BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Rabu, Jun 04, 2008

Rm2.57

Baru je tadi aku tengok berita kat tv3. Pengumuman kenaikan harga petrol daripada Rm1.97 kepada Rm2.57. sebelum kenaikan minyak kali nh mugkin kita dah terasa betapa mahal harga fosil nh. sebelum kenaikan kepada rm1.97 mungkin sebilangan dari kita tak seberapa perasan kenaikan meter minyak. apabila harga petrol naik kepada nisbah 2:1 (1.97:1L) petrol yang kita salur kedalam tangki minyak, terasa ciput sangat, rasa cam rosak je meter minyak kereta nih.

Malam semalam radio ada siarkan kenyataan dari Presiden Iran Ahmadinejad yang menyatakan "..sementara pertumbuhan kadar penggunaan adalah lebih rendah berbanding pengeluaran dan pasaran dipenuhi minyak, harga tetap berterusan naik dan situasi ini adalah palsu dan terus mengenakan beban..". Pada pendapat aku, Iran adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil tinggal fosil bumi tu, kemudian hampir semua tangki-tangki minyak yang ada dinegara teluk adalah jenis dari kualiti yang rendah, banding minyak dari malaysia yang berkualiti tinggi kerana kandungan sulfur yang rendah. salah satu fakta yang menarik, Iran lebih tertumpu dalam penggunaan tenaga alternatif yang lain - tenaga nuklear.

Kadang ada rakyat malaysia terutama remaja purata umur 28-26 tahun masih kurang matang dalam berbincang hal politik. apabila menyentuh hal politik kadang ada yang terlampau sensitif dalam mana-mana parti kat dalam malaysia nih. teringat kat satu artikel dalam suratkhabar Mingguan Malaysia, "..kadang remaja lebih terdorang dengan sifat yang kurang matang dalam membicarakan hal politik dalaman..". tapi bukan maksud semua remaja tergolong dalam golongan yg dimaksudkan, ramai yang masih berfikiran lebih elok dari menteri-menteri hantu kat dalam parlimen tu.


Namun apa yang dipastikan hampir semua barang dalam malaysia ni akan naik. tiket melaka-kuantan lepas nh mungkin dari Rm19.00 (maraliner) akan jadi Rm20.00++. hehe anggaran aku je tuh..tapi kecian kat orang yang pergi study kat negeri-negeri yang jauh dari diorang. Pape pun fikirkan la dengan wajar. sokong BA tak semestinya pembangunan terjamin. sokong Bn x semestinya sempurna pembangunan. kedua-dua nih saling berkaitan. konklusinya amerika memainkan peranan paling besar dalam sume nh..

berikut petikan yg dibulletinkan di fresnter

Date: Wednesday, 4 June, 2008 10:55 PM
Subject: Minyak naik
Message:
Minyak naik..harga barang pon naiklah.adeh -_-


Date: Wednesday, 4 June, 2008 10:33 PM
Subject: ak sOkOng 100%...
Message:
btol ckp ash.....mmg sial btol...
wktu dlu2x dr.mahathir jaga suma nyer terkawal....x dak problem...
skang neyh len plak....suma naik...lama2x bungkus MALAYSIA....
ak sokong 100% dr mahathir kuar umno...
bgus2x......suma nuyh ssb Pak Lah.....................................!!!



Date: Wednesday, 4 June, 2008 7:38 PM
Subject: barisan natang
Message:
dari singgit sembilan naik 2.70.. barisan natang yang disokong.. dulu janji tak naik..petronas untung bilion.. makan ngan kroni je.. isi minyak motor rm 4 pun dah serupa mcm tak isi.. belom lagi isi kat kereta.. barisan natang selamat aman makmur.. paklah tidoooooo.. ZzZzZzZz.. bangun dari tido terus ckp minyak naik.. tdo terus lagi bagus..



Sekilas..

harga petrol berbeza antara negara diseluruh dunia. abtara faktor penentuan harga bergantung kepada kapasiti pengeluaran minyak mentah negara tersebut.berdasarkan harga sehingga 22 April 2008, Norway merupakan negara yang meletakan harga termahal iaitu AS$2.49 seliter, berbanding Venezuela AS$0.03 sen seliter. sebagai perbandingan memandu kereta bagi jarak 100 kilometer memerlukan kira-kira 6 liter petrol. bermakna, dia perlu menangung kos kira-kira AS$14.94 jika dikenakan harga seperti di norway dan memerlukan kos AS$0.18 sahaja di venezuela.



hmm..pe yang akan berlaku seterusnya ye..

0 Commentores: