BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Sabtu, November 21, 2009

2012: Doomsday




Salam

Akhirnya berjaya juga aku tengok filem 2012, dah lama giler babeng aku tunggu dia tayang!. Oh aku peminat scince fiction. Sebelum cite 2012 tayang, ada lagi satu filem, District 9. Hoho berpuas hati dapat donlod~ Heh memang dah minat, boleh aku katakan Star Wars, Sunshine mungkin Star Trek tu A lagi la kalau nak banding cerita lain. Walopun nak tengok cite fiksyen ni kena pakai imaginasi, tapi kena logik juga. Ada filem aku donlod, macam entah apa-apa efek yang diorang buat.

Tapi senarai A filem fiksyen yang aku penah tengok, aku ingat banyak. Semua dalam drive D dengan DVD.
Sumpah filem Armageddon, Sunshine, Star Wars dengan yang lain-lain tu dah bape kali aku ulang tengok.

Bagi aku, hoho pandangan ni, aku tengok filem fiksyen ni semua sebabkan efek yang diorang buat, biar nampak tak logik, prob hampiri matahari, spacecraft yang kecik tapi custom yang diorang pakai, macam kuno, alien masih perlu hidup dengan graviti, tapi tu ler pasal efek yang diorang buat.

Kita dah biasa sangat tengok cite dalam lingkungan kita, terlalu realistik, kiranya cinta2 pastu masalah sosial yang bodoh semua tu. Pastu, filem ni buat kita fikir pasal masa depan, kalau menda tu betul-betul terjadi, hidup lagi ke kita masa tu?

Khamis, November 12, 2009

5 Cerita, Posting ke-200




Salam


Hari ni hari Jumaat, hari jugak aku akan buat posting yang ke-200!
Oh periksa dah pun habis semalam, adeh susah2.

******


Oh aku nak ucapkan trilion terima kasih pada kamu yang mengucapkan selamat hari lahir 5hb haritu. Oh papepun terima kasih kak Zara sebab telefon malam tu! hoho saya anggap yang tu hadiah hari jadi la ya kak n_n.

Heh aku dah umo 20 tahun! dah takde belasan dah. Kalau nak tahu, dari Jan haritu lagi aku dah rasa, tahun ni memang x cantek..oh bukan sebab apa pun, cuma umo akan genap 20 tahun, bagi aku belasan ni kita x kan jumpa dah selepas puluh. Selepas 20 umo kita akan ada "puluh" ditengah2 sehingga la mati. Tak ke rasa nikmat belasan dengan muda tu sudah tamat?

******

Okeh berbalik kisah "Masalah negara" dan "Masalah negara 2" tu, aku memang dah add dia, kemudian kitorang sembang perkara biasa je, last2 macam biasa aku yang takde idea nak cakap pasal pe dah. Oh untuk ajak keluar dan berbagai tu, maaf la belum sampai masa lagi. Jauh kut rumah dia. Nak telefon dia, tak tau nak cakap pe. Takpe2 slow and steady dulu~ Tapi dia ada wish 5hb tu, hoho kat fb je, hmm xpela.

******

Oh sekarang apa yang aku buat ya..nak siapkan thesis dengan kerja analisis yang tak siap lagi. Huhu mujur aku dapat advisor terbaik hoho~~ mujur dia jenis suruh jaga grammar dengan sumber datang dari mana. Kalu dia jenis nak cepat je, sah aku kena pancung!

******

Hoho musim cuti dah mula! Jom bercuti! Aku ingat nak bekerja. Hoho bagi aku seminggu dulu duk rumah, rilek2~~ Oh Aku Nak Tengok Filem 2012!

Chioww~