Job: Pengapit Lelaki~

Adei letihnya..

Salam

Hari Jumaat hingga sabtu minggu lepas kitorang (lepas bergabung dengan geng keluarga dari kemaman) berkonvoi pergi K.Ill. Hoho sebuah van dengan unser. Gambar tak banyak yang ambil, adik aku la seng'hal pi amik gambar badan je. Blur pula tuh!

Oh walau apa-apa pun yang kahwin ni bukan orang luar ya, sepupu aku yang kahwin. Pagi sabtu pi akad nikah, malam tu pula bersanding. Heh tak pernah lagi (aku rasa la) aku pergi majlis orang kahwin waktu malam. Hoho kalau kau nak tahu, akak ipar sepupu aku tu Rina Khan..kui..kui aku pun tak kenal tapi dia ni artis, mak aku cerita dia ni pengacara gameshow kat Tv3.

Hoho aku tak mau nak komen siapa pengapit perempuan. Huhu merepek je orang K.Ill ni ber'dressing.


Hoho Selamat Pengantin Baru ya..

Optimus Prime Boleh Cakap Melayu!

Salam

Korang dah tengok Transformers ke belum? Beh~

Hoho hari ni pergi tengok filem Transformers, adeh best pula. Tapi aku rasa yang pertama lagi best kut, hoho sebab yang pertama tu aku pergi tengok kat panggung juga tapi perasaan dia tak sama macam yang kedua ni. Aiya~ masa tengok tu rasa sekejap je padahal filem tu 2 jam 20 minit, tapi yang tak bestnya, terlalu sejuk! Sipi-sipi nak ter'tui~. 

Tu lah siapa suruh beli air Spritzer..
Tapi nak buat macam mana sebab lepas aku beli tiket tu aku kena hantar barang adik aku pula. Panas siang hari ni, mujur tak peluh banjir je aku. Layan DVD dia pula lepas ni.

PPSMI ke PSMI?..tak kisah la apa pun
Aku bukan golongan mana-mana parti politikus yang hancing kat dalam Malaysia ni.

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009 setelah melakukan kajian mendalam.
Hoho sebenarnya aku tak setuju langsung dasar ni. Kau racun macam mana pun aku memang tak bersetuju dengan dasar ni. Sebabnya macam semua maklum penarafan budak-budak sekolah ni makin menurun. Memang orang tua kata "alah budak sekarang makin senang belajo tak sama macam kitorang dulu-dulu kala hoho~~" sebabnya makin lama makin senang. 

Heh tapi disebabkan makin senang ni la aku sampai tahap ni. Entah-entah kalau ikut sistem feudal tu mesti aku repeat paper berpuluh kali. Tapi aku bukan nak ceritakan pasal ni.

Sekarang ni kalau korang tengok drama tv3, dah takde dialog pure melayu betul tak? Pelakon yang takde guna faedah pada ekonomi negara berlakon cakap bahasa Inggeris sekerat-sekerat, baru la stailkan? Baru la ada gaya dengan tajuk ARTIS kat depan nama. Hoho hebatkan slang yang diorang cakap tu?..kaku. Suruh diorang ni yang belajar semula guna dasar PPSMI tu.

Aku rasa kat rumah orang-orang besar melayu lagi hebat tahap dewa bahasa inggeris diorang dari artis kampung ni. Am I Right? Aku lagi segan nak dengar apa diorang cakap..iyala dah pergi luar negara kan. Tapi tak kisah la dengan golongan ni sebab diorang dah hebat. Tapi yang kesiannya kadang terkeluar juga bahasa inggeris kalau bercakap dengan pak mak cik. Pergi jalan dalam Tanah Melayu ni pun diorang lagi sanggup cakap bahasa inggeris..betapa agungnya inggeris.

PPSMI dikatakan sebagai persediaan untuk pelajar sebelum pergi ke IPT. Aku sampai sekarang noob bahasa inggeris. Tapi macam mana la ya Jepun Amerika Russia China boleh maju kehadapan ya. Kalau korang noob untuk memahami sesuatu maklumat, kalau disediakan depan korang antara buku bahasa Melayu dan Inggeris, yang mana korang pilih?

Jelasnya kaum Melayu hari ini, bahasa diorang makin terhakis. Aku dengar kalau kat Korea, diorang sanggup buat wawancara kat seluruh dunia untuk mencari sesiapa sahaja selain orang Korea untuk bercakap bahasa Korea. Yusuf Haslam dengan anak-anak dia tak boleh lawan la cerita dari Korea ni sebab bahasa Melayu kan second standard, tak gitu? Orang cina pun marah sebab PPSMI gugat bahasa diorang.

Cuma disini harapnya kalau PPSMI tu berjaya, berjaya biarlah pada orang yang nak cari ilmu. Jangan yang hebat menghiburkan orang ni nak amalkan sekali dasar PPLNI (Pengajaran dan Pembelajaran Lakonan dan Nyanyian dalam bahasa Inggeris). Sebabnya dari sejak darjah satu lagi kita semua mesti pernah buat karangan "Televisyen memberi kesan buruk". 

Biarkan PPSMI tu cuma dalam sekolah sahaja. Secara konklusinya bahasa Melayu dah takde nilai.
Hoho lupa lak 2010 nanti aku nak cadangkan kat Majlis Olimpik Kebangsaan supaya mengusulkan cadangan aku ni..Tak sia-sia kalau diorang usulkan, percaya la.


DIADAKAN PERTANDINGAN SUKAN NYANYIAN. 


Pembekal atlit, 
Astro - Jangan Lupa Lirik, Akademi Fantasia
Tv3 - Mentor, Jomheboh, OIAM

Desktopku Yang Lawa~

Salam

Hoho untuk memenuhi tuntutan dari Ziera yang nak aku letak gambar desktop aku..

Selamat Tinggal Michael

Salam

Semua dah tahu Jacko dah meninggal dunia semalam. Aku tak tahu nak kata dia ni Islam pada nama atau memang dah Islam atau Kristian. Sebelum ni semua dah tahu yang berita SiJacko ni masuk Islam tersebarkan. Lepas dari tu ada yang kata surat khabar inggeris The Sun, cuma buat gimik sensasi. Entah ler..benda macam ni pun boleh buat main.

Hmm..kalau korang ingat tahun 90an, televisyen kat rumah kau tu mesti ada pasang tayang lagu. Lagu ni femes nak mati rasanya masa tu. Masa tu aku suka lagu ni pun sebab buat aku fikir, macam mana la diorang buat video klip orang mati, pokok tumbang boleh elok semula. Aku tak tahu nak kata apa..sampai sekarang pun terfikir macam mana diorang buat video macam tu. Kan bagus kalau video tu ditayangkan balik pada masa sekarang ni.. tak gitu?


Michael Jackson - Earth Song




Ini pula aku cilok dari Youtube. Aku tak tahu la betul ke tak, tapi sekurang-kurangnya kita tahu la juga apa yang jadi dan agak-agaknya mesti Lan Pet Pet sedih melampau sebab idola dia ni dah takde
I dont know if u guys have heard , BUT you know that KID that said Michael Jackson abused him in 1993? Well after Michael Jackson died , the kid admitted THAT he was lying and he also said that the only reason he made up that story was because his step father pushed him to say that so he could steal Michael Jackson's money and at the same time Michael jackson was all about helping children and people in need... Rip Mj (King of pop) You will never forgotten!! :'(
Heh apa-apa pun Rest In Peace la ko ya Jacko. Ko meninggal pun aku terasa.

Michael Jackson 1958 - 2009

*sampai post ini ditaip, ada sebilangan web yang tak dapat dimasukki disebabkan over bandwith limit

TuneMoney.com

Salam

Oh kau pernah dengar pasal Tunemoney? Okeh kau tahu AirAsia? Dah tentu tahu, kan?

TuneMoney.Com merupakan satu kad pintar yang serupa dengan kad kredit. Tapi ini bukan kad kredit, malah merupakan satu kad yang serupa dengan kad kredit. Kad ini tidak memerlukan akaun seperti kad kredit lain. Kad ini hanya bergantung kepada jumlah duit yang dimasukkan dalam kad tersebut. Kad ini sebagai ganti kepada duit tunai. Duit tunai boleh dimasukkan dalam kad itu untuk berbelanja dan lain² lagi tetapi terhad. Untuk memasukkan duit dalam kad ini dengan menggunakan ATM CIMB bank, Pos Malaysia dan BSN.
Kad ini juga boleh dibawakan khas daripada AirAsia Airline untuk pelbagai kegunaan. Kad ini juga berfungsi sebagai kad kredit dan juga boleh bayar bil tiket kapal terbang. Kad ini juga boleh slap macam kad kredit.
Aku selalu keliru Tunemoney ni dengan Tuneup..

TuneMoney ni kau perlu daftarkan diri dilaman web https://www.tunemoney.com/. Perlu diingatkan kau perlulah daftar dengan sebaik+secermat+sehati semasa mendaftar, kalau tidak mesti senasib dengan aku!

Aku daftar dan bayar semua sekali tahun lepas bulan 12. Kelmarin 10 June baru dapat lepas dah maki hampir mencarut kat customer service tu..letih menunggu wei.


*Kesilapan dia kat bahagian hujung nama aku tu.."bin amir"..

Oh Lapuk - Reka T-shirt

Salam

Oh yang ini cerita lapuk yang baru aku nak beritahu.

Kalau kau pengguna msjbox@Junaidix mesti kau sedia maklum pasal promosi jualan t-shirt yang dibuat untuk pengguna atau bukan pengguna msjbox tu bukan?

Aku ada join pertandingan tu tapi dapat sagu hati je..


Ha inilah seni yang aku hantar
Pemenang dia yang kau lihat dalam promosi tu la