BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Selasa, Mac 31, 2009

Brand tu penting?

Salam

Ahad lepas kami pergi KLjadi adakah golongan pelajar, lebih mewah banding golongan pekerja?

PTPTN

Orang kata pelajar yang dapat ptptn ni lebih mewah kalau nak dibandingkan dengan orang yang bekerja..betul ke? Mungkin betul kut sebabnya duit diorang tu masuk sedebuk masa awal-awal semester. Mudah cerita, budak-budak tajaan ptptn ni tunggu tak pandai guna duit yang tiba-tiba banyak. Kawan aku yang masuk politek, katanya dapat duit terus beli hp. Dan mungkin sebab yuran diorang dikenakan subsidi. Heh aku tengah kumpul cita-cita nak beli PDA.

MARA

Budak tajaan mara ni pun sama juga seperti ptptn. Cuma yang bezanya tak ramai yang dapat duit terus beli hp bila dapat cek yang tertunggak. Kebanyakkan diorang habiskan beli pakaian..kan2? Lagipun budak mara ni terima duit sikit-sikit tapi pinjam banyak gila! Heh ni la yang aku tengok ahad lepas, dah duit banyakkan.

Oh adakah Brand tu penting?

Ahad tu kawan aku habis duit RM100+ beli sehelai baju yang mahal pada brand. Pada kau, berbaloi? Mungkin fenomena gila brand banyak jadi kat ipts banding ipta, ke, serupa je dua-dua ipt ni? Oh ahad tu aku cuma beli baju giordano yang tengah ada sales 2 pasang RM50. Jadi aku cutting duit dengan kawan aku.

Heh subjektif betul

Oh terlupa, jangan tanya samada aku ni ada beli ke tak baju yang harga RM5 60+ keatas.


p/s sebenarnya aku ni bukan jenis boleh pegi ajak shopping k!

Oh Yuna Oh Akustik!


Salam

Oh! Mana nak dapat EP Yune hah?!
Suseh-suseh, langkah yang paling terbaik untuk aku dapatkan lagu Yuna adalah..FREE DOWNLOAD!
Kali pertama aku tahu Yuna ni, melalui majalah al-Islam. Heh aku tahu ramai jugk orang Malaysia yang baru tahu pasal penyanyi indie ni melalui al-Islam.

Hoh! aku bukan peminat Indie ok!
Bila aku baca artikel pasal Yuna ni kat al-Islam, rasa macam..macam mana eh?
Macam ada semangat inkuiri nak dengar apa yang best dari dia ni. Oh aku sebelum ni kalau kau nak tahu, aku bukan peminat muzik indie. Jadi aku try dengar dan aku cuba cari lagu dia yang lain melalui internetku yang selembapan kuda ni..Oh Akustik!

Jom sokong dia ni! Yehuuu~


Yuna - Firework Accoustic

Are you happy where you are now?
Dangling from the stars
Worry Free
I used to be just like you

Is she all that you asked
Park your greed far away
You are under a microscopic lens
I am seeing you in different ways now
I was a fool

Falling into hole
Running into a web
You could bet
When I see you on the other side
With someone else
I just died.

I am like a firework
Creating masterpieces in the sky
Thank you for watching
Thank you for standing by
While I burn
I was a fool

Falling into hole
Running into a web
You could bet
When I see you on the other side
With someone else
I see you on the other side
with someone else
I see you on the other side
with someone else
I just died.
I just died.

Rabu, Mac 25, 2009

XXX Hanya Untuk Akil Baligh Sahaja!


Salam
Setiap blog atau laman web pasti akan dapat tahu keyword yang menyebabkan pelawat ke blog diorang. Ini adalah keyword yang aku ambil ahad minggu lepas.

Heh boleh tahan juga keyword ke blog aku ni. Selalunya kalau aku perasan, cerita blue ni pasti akan naik kat carta nuffnang tu. Contoh yang aku ingat "rm5 budak sekolah" hoho~. Sebabnya blog ni pernah aku copypaste berita Metro 'RM5 sahaja untuk buat seks' (lebih kurang cam tu).

Kalau nak dapatkan perkembangan perlakuan seks di Malaysia ni, rajin-rajin la beli surat khabar Metro. Kalau yang kaki gosip atau mengumpat pasal artis atau yang otak cuma fikir pasal artis Malaysia tu, elok la juga cari akhbar ini. Kebanyakkan cerita blue dan tak berkembang tu disiarkan muka depan ok contohnya "siti makin kurus rindu kat papanya", surat khabar hari tu membuatkan aku rasa kesian kat surat khabar ni. Aku pasti jualan dia mesti laku pada sebahagian orang Malaysia yang sibuk atau penyibuk atau otak pemalas yang rajin sangat ambil pasti hiburan kelas kedua dalam Malaysia ni...bukan begitu?

Cerita pasal lucah ni, semalam kami serumah pergi keluar makan lewat malam di Melaka. Rugi kalau orang Melaka tak tahu port Asam Pedas yang paling sedap! Ok kemudian dah masing boroi2 kitorang pergi kacau maknyah kat..aku tak tahu nama tempat tu.


Fuh! Malam tu boleh tahan juga lawa maknyah2 kat situ! Hei lelaki tu ok. Aku tak tahu apa beza maknyah melaka dengan Lorong Haji Taib. Tapi ada sorang tu body dia macam perempuan kemudian dada dia macam ori lepas tu macam cina pun ada! Pada aku nampak macam perempuan cantik..bukan lelaki. Last-last bila kitorang usik, garau! ekekek..(kitorang dalam kereta masa tu)

Heh jadi jauhkan diri kau dari seks pada umur yang muda dan pasangan kau selagi belum ijabkabul. Perempuan yang cintakan kecantikan dengan keyuan tu, jauhkan kemaluan kau dari didekati oleh pasangan kau selagi belum ijabkabul.

*Untuk pengetahuan anda semua muhrim bermaksud orang yang berihram dan mahram pula bermakna orang yang haram dikahwini. 


*Kredit untuk Yana 

Ahad, Mac 22, 2009

Streamyx Aku Sangat LAJU!


Salam

Memandangkan Streamyx didalam rumah ni sudah genap seminggu LEMBAB, SLOWMOTION seperti kuda laut, maka aku terjumpa nyanyian Streamyx Oh Streamyx untuk nyanyian kau dibawah ini.
Streamyx, Oh Streamyx
Mengapa engkau lembab?
Bagaimana aku tak lembab, banyak server down.

Server oh server kenapa engkau down?
bagaimana aku tak down, korang download banyak sangat.

Korang oh korang kenapa download banyak sangat?
Bagaimana tak download, kerana dah bayar streamyx setiap bulan.

Streamyx Oh Streamyx
Mengapa repair lama sangat?
Bagaimana tak lama repair, semua staff banyak cuti.

Streamyx Oh Streamyx
Mengapa engkau tak ada back-up plan?
Bagaimana nak ada back-up, Gomen tak kasi subsidi

Streamyx Oh Streamyx
Bila hang nak paham?
The whole of Malaysia hate you.

Hai encik streamyx, we all know you are trying your best to improve, but how about trying your bestest?

Kredit kepada Ashraf -komplen 

Sabtu, Mac 21, 2009

City Of Ember


Salam

Rugi kau budin, betul kau balik Terengganu?
Petang tadi Mizan dan aku pergi tonton cerita City Of Ember.
Mizan pagi tu ada lab Pilot Plant, giliran Lab aku pula minggu depan.

Hei aku tak rasa Faiz Rooney boleh hasilkan sabun! Dia cuma sesuai bahagian pembacuh sahaja sebelum lab tu dipenuhi buih-buih!

Kami pergi tonton di Dataran Pahlawan. Hoh! ada bas UiTM Penang la, 2 buah pula tu! Tapi apa aku peduli bukan aku kenal pun mereka tu siapa..kan?
Tempat duduk dalam panggung memang tak ramai.
Sampainya baru 1 baris yg orang duduk. Patut la panggung dia kecil, sambutan kurang orang pun kurang tadi. Tapi sebelah aku tadi, hoho sangat hapak! Aku tak tahu bau hapak dari badan, baju atau dia tu perokok..??
Tapi isi artikal ini ialah, City of Ember sangat best! Betul best! bagi aku daripada tengok pelakon Dragon Ball yang tak boleh terbang tu dan terasa terpaksa ambil mood untuk tonton, lebih baik tonton City of Ember!


Sinopsis

Ember sebuah bandar bawah tanah yang dibina 240 tahun dahulu oleh "the builders". Orang-orang yang tinggal di bawah ini adalah untuk mengelakkan manusia daripada pupus disebabkan pemusnahan yang dilakukan besar-besaran. Pada tahun ke 240 ada dua orang budak ni pasti terdapat jalan keluar daripada kehidupan mereka yang menggunakan tenaga elektrik sebagai janakuasa kehidupan mereka. Mereka terpaksa melalui banyak dugaan untuk mencari jalan keluar dari bandar Ember.

Halo BUMI!


Salam

Petang tadi..

by_anko1945: xpe2 kte fight!
sharifah syed : hahaha..
sharifah syed : fight apa syg?
by_anko1945 : blog sy pn bleh standing visitor cm kak!
Heh sekadar pemberitahuan cabaran

Ok kak zara ?





p/s aku sedang cuba-cuba stail kak Zara

Jumaat, Mac 13, 2009

Coldplay - Don't Panic


Don't Panic


Bones sinking like stones
All that we've fought for
Homes, places we've grown
All of us are done for

And we live in a beautiful world
Yeah we do, yeah we do
We live in a beautiful world

Bones sinking like stones
All that we've fought for
Homes, places we've grown
All of us are done for

And we live in a beautiful world
Yeah we do, yeah we do
We live in a beautiful world

And we live in a beautiful world
Yeah we do, yeah we do
We live in a beautiful world

Oh all that I know is that you suck
There's nothing here to run from
'Cos yeah, everybody here's got somebody to lean on

Free Download Coldplay - Don't Panic

Selasa, Mac 10, 2009

MARA dan RM4000+

Salam

Hoho aku terpaksa tahan diri aku dari berblog. Aku berpeluang untuk defrag kepala, defrag tidur dan defrag duit. Hoh! Sangat mengharukan macam mana aku boleh survive kat KL dengan duit tinggal seringgit lagi. Anda boleh?? Tapi alhamdulillah boleh juga aku chow dari KL tu dengan senang hati sebab tetiba terjumpa RM5 lagi dalam bag..he he nasib.

Memandangkan aku tak hirau amaran dari assistant abah aku; mak aku, aku dah belanja semua duit dalam bank sehari sebelum balik! Wat Fish! Heh hasilnya..~

Heh isnin! bila aku cek akaun CimbClicks. RM4000+. Uish sangat mentouchingkan aku bila teerfikir sapa la yang buat dajjal tetiba bagi aku 4k ni. Tapi aku rasa mesti MARA yang buat ni.

Ya MARA la yang buat sebab, suruh pelajar bayar sendiri duit yuran. Aku ingat mesti konfem ada baki. Tapi tak guna! Hanya pelajar yang ambil subjek kurang 12jam kredit sahaja yang ada baki! Aku tak nak komen bebanyak, yang penting akaun aku pernah cecah 4K he he..

klik la untuk besarkan ye..

Rabu, Mac 04, 2009

7. Port Dickson Days

 Aperature: F/6.3

Exposure time: 1/1sec
Iso: Iso-1600
Focal Length: 33 mm


Aperature: F/10
Exposure time: 1/50sec
Iso: Iso-200
Focal Length: 18 mm


Aperature: F/7.1
Exposure time: 1/50sec
Iso: Iso-200
Focal Length: 18 mm


Aperature: F/60
Exposure time: 1/100sec
Iso: Iso-100
Focal Length: 55 mm


Aperature: F/9
Exposure time: 1/60sec
Iso: Iso-100
Focal Length: 18 mm

Actual Published 5 march 10

6. Oh Rubic

 Aperature: F/1.8

Exposure time: 1/5sec
Iso: Iso-1600
Focal Length: 50 mm


Aperature: F/3.5
Exposure time: 1/2sec
Iso: Iso-400
Focal Length: 50 mm


Actual Published 5 march 10