BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Sabtu, Ogos 30, 2008

Nostalgia Ramadhan

 
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (QS Al-Baqarah : 183)

Assalmualaikum

1 Ramadhan datang sekali lagi. Setiap tahun, setiap kali musim puasa tiba, sebahagian dari kita pasti tak sedar dah tiba 1 Ramadhan. Puasa yang aku rasa paling seronok dan paling mencabar sepanjang sejarah hidup, puasa masa zaman muda-muda dulu kala, puasa kat sekolah. Sekarang dah belajar di universiti, memang tak terasa lansung nak dekat dah puasa. Tapi terasa giler nak raya.

Puasa Disekolah

Kalau dulu 1 Ramadhan, 7pagi - 2/3 petang mesti rasa lain giles situasi masa tu. Kantin tutup. Rehat je kitorang semua bebas. Surau sekolah pula yang meriah dengan mengaji waktu tu. Seronok!. Kalau ada kes ponteng puasa mesti hebah. Adeh macam sekolah agama lak. Tapi waktu tu memang sentiasa ada aktiviti agama yang terisi. Yang takde kaitan pun ada juga..tidur. Setiap pagi mesti ada lagu nasyid atau mengaji dipasang. Dari pintu utama dah dengar lagu nasyid. Mendayu-dayu. Waktu tu kalau lewat pun En Halimi gerenti tak libas punggung, sebab tak elok marah-marah masa puasa nanti letih dah letih puasa haritu mesti atas pagar. Cikgu pun tak berani nak sound kalau tak siap kerja. Kalau masa SPM tu masa tu ar nak fokus. Tapi bila dah ramadhan, PJ mesti takde, tak seronok. Tapi bila nak balik tu memang letih. Aku dulu dari tingkatan 2/3 sampai 5 berjalan kaki dari rumah ke sekolah tiap hari. Dekat je dalam 1km jarak dia. Tapi kalau haritu panas, fuh!! Tercabar!. Last sampai rumah je terus tidur, kalau letih la. Pegi bazaar kadang tersempak dengan member sekolah terasa lain pula. Diorang tak pakai baju uniform macam kat sekolah.  Perasaan tu waktu zaman sekolah je kita dapat. Kemudian Puasa 6 tu dah jadi macam mendawajib la kat sana. Memang teruja ar..

Puasa Diuniversiti 

Puasa semester lepas, abih kelas je balik bilik. kalau tak tidur..aku pun tak ingat buat pe masa tu. Tiap petang sebelumpukul 5 atau 6 dah kena turun beli makanan nak buka. Penuh gles orang kat cafe! Makanan sekejap je habis. Kadang aku buka sorang. Kadang buka ramai-ramai. Jarang sangat bersahur. Kadang je g terawih. Nak dekat raya, masa tu sibuk cari tiket bas nak balik. Kalau ada wakil pelajar dari negeri masing-masing tempah bas. Tu pun dah kira mujur. Tapi setiap malam diorang akan pasng lagu raya kuat-kuat. Seronok layan~ masa tu terharunya nak balik..
Situasi terlalu berbeza.
P/s: Gambar diatas adalah dari sumber www.irm.org.my/formB.html anda boleh menderma di Islamic Relief Malaysia.


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan

Konvokesyen OUM

Assalamualaikum

Pada 24 Ogos hari OUM mengadakan konvokesyen kali ke-5 kat PWTC. First time kitorang sekeluaraga masuk PWTC. Mak aku baru je tamat Ijazah Pengurusan jadi OUM buat la konvokesyen kat PWTC tu.

***
Makanan, pergh!! Mahal giles!! Maaf gambar tak diambil. Mee goreng yang standard mak aku masak, Rm6.00 sepinggan! Kopi O (tapi aku agak nescafe bodo je) RM3.00 segelas, gelas polisterin pula tu! Adeh kecian abah kena bayar RM24+ ntuk 4 orang makan mee goreng K.Ill.

***

Konvo untuk Ijazah Pengurusan hari Ahad petang. Pagi tu ijazah juga, tapi ijazah jurusan lain. Hmm..rupa-rupanya takde la besar sangat PWTC tu. Tapi aku rasa bosan+lapar teramat sangat time konvo nih adeh.. Kalau duduk dalam dewan mesti kena jadi patung (nak jga profil konvo tu sendiri) takpun tidur masa dlama dewan sinonimnya, perbuatan yang halal jadi haram kat dalam tu.

Jumaat, Ogos 29, 2008

Nidji - Jangan Lupakan

Jangan Lupakan

Ku berjalan terus tanpa henti
Dan dia pun kini telah pergi
Ku berdoa di tengah
Indahnya dunia
Ku berdoa untuk dia yang kurindukan

Memohon untuk tetap tinggal
Dan jangan engkau pergi lagi
Berselimut di tengah dingin dunia
Berselimut dengan dia yang kurindukan

Would it be nice to hold you...
Would it be nice to take you home...
Would it be nice to kiss you...

Memohon untuk tetap tinggal
Dan jangan engkau pergi lagi
Bernyanyilah na na na na na
Bernyanyilah untuk dia yang kurindukan

Would it be nice to hold you...
Would it be nice to take you home...
Would it be nice to kiss you...

Jangan pernah lupakan aku
Jangan hilangkan diriku
Jangan pernah lupakan aku
Jangan hilangkan diriku
Jangan pernah lupakan aku
Jangan pergi dari aku


Untuk download lagu, klik disini.

Isnin, Ogos 25, 2008

Suatu Malam

Assalamualaikum

hoho dah lama tak update blog aku nih.

Bab-bab langgar nih jadi 2 minggu lepas (baru nak cite!. Masa tu pukul 1 pagi, aku dengan Hafiz macam biasa malam jumaat pergi Kolam Air Panas Gadek. Masa tu aku tunggang motor, hafiz kat depan moto aku aku kat belakang moto dia. Masa aku syok bawa motor tu mungkin dalam 80-90Km kat selekoh yang tak berapa tajam.

Tiba-tiba aku perasan ada menda berlari, kira masa tu menda tu tengah menyemberangi jalan la. Kecil. Hitam. Yang penting! menda tu tak cuba elak pun!!.

Menda tu tak cuba elak pun dari tayar belakang motor masa tu. Sangat hampir + rapat dengan tayar belakng motor.

Peh! giles!! aku rasa tu dah kira rezeki dah. Acu cuba try bayangkan kalau menda tu langgar tayar belakang masa aku tengah ride dengan keadaan jalan masa tu kereta bersepah2 lagi kiri kanan?? Dah semestinya motor aku berpusing paling koman 450 darjah la kemudian jatuh peh! hukum graviti Newton tu!
Jadi bawa la motor dengan berhati-hati. Pimpin la tangan yang lebih tua kalu nak lintas.

Khamis, Ogos 14, 2008

Photoshop

Assalamualaikum






Ini adalah blog Amirwashere.




Banner ini dihasilkan dalam 2 jam.





Dihasilkan mengunakan Adobe Photoshop CS2.





Hasil yang terakhir.

Memeluk Islam

Assalamualaikum


Forum “Memeluk Islam”

Malam kelmarin ada seorang rakan yang bercerita tentang forum yang diadakan pada hari Sabtu kelmarin. Aku tak tahu apa tujuan forum tu, dia beritahu tajuk forum tu “Memeluk Islam”. Eh forum dalam internet ke atau forum reality? Dia kata reality.

Aku tak tahu lansung pasal forum tu, punca kenapa Russia berperang dengan Georgia pun sama. Semua tu baru pagi tadi aku tahu. rumah aku mana ada tv, internet lak “jauhkan api dari lalang”. Ish teringat pepatah dulu-dulu kala “aku ketahuan”. Lagipun member aku tu bakal peguam, dan diorang tengah cuti pertengahan semester le nih. Tu pasal diorang patut ambil tahu.

Forum nih pasal apa?

Apa yang aku tahu (semasa artikal ini ditaip) forum ni pada asalnya diadakan pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 10.00 pagi (ditamatkan tija lebih awal). Ahli-ahli forumer ni diambil dari kalangan keluarga bukan Islam yang terdapat dikalangan ahli mereka yang sudah memeluk Islam. Ertikata yang lain mereka sedang meluahkan “penderitaan” yang mereka hadapi setelah terdapat ahli kelurga mereka yang memeluk Islam. Forum ni dianjurkan oleh Majlis Peguam.

PAS UMNO PKR

Sewaktu forum ini dijalankan ketiga-tiga parti (PAS, UMNO, PKR) sedang membuat demonstrasi didepan bangunan Majlis Peguam untuk menuntut forum dihentikan segera. Bukan tiga parti ni sahaja, tapi lebih 1000 orang daripada 29 NGO menyertai membuat demonstrasi.

"Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat - Saya tidak faham mengapa dia (Majlis Peguam) nak anjurkan forum ini, apa tujuannya kerana telah berjuta-juta manusia di dunia ini memeluk Islam sekian lama, jadi kenapa pula mereka perlu bising sekarang. Saya lebih setuju jika dibuat satu forum khas tentang mana yang lebih baik dan logik antara agama Islam dan agama lain. Ini lebih baik dan bermanfaat"

Pendapat

Forum ni lebih kurang sama dengan isu Lina Joy (stick) (bangang, nama Islam lagi merdu dari kristian pegi tuka). Isunya terdapat peguam Melayu+Islam yang membela Lina Joy(stick). Jadi tak mustahil forum nih terdapat segelintir Melayu+Islam yang jadi kepala untuk semua nih.

Ish buduh diorang nih membincangkan sesuatu berdasarkan bukan pada ahlinya. Hasilnya mesti semasa forum dilansungkan bukan atas dasar profeisional. Maksud aku para ahli keluarga tu dah semestinya hanya menceritakan keburukan ahli keluarga mereka setelah memeluk Islam masa tengah menangih-nagih meraung really sadness. Sebagai contoh (maaf bahasa kasar), kalau sebelum ni diorang rajin makan babi dan minum arak bersama, jadi dah semestinya mereka tidak akan boleh bersama lagi berbuat demikian kerana Islam mengharamkan benda begitu.

Perlembagaan Negara Malaysia yang melarang semua agama selain agama Islam disebar dan didakwah secara terbuka. Mudah nak faham salah satu perlembagaan nih? Diorang kerja dah bagus tapi salahguna lak. Senang mereka nih bukan dikalangan yang profeisional yang dilaksanakan bukan pada ahlinya.

Selasa, Ogos 12, 2008

Dikala anda online

Assalamualaikum
Aku sebenarnya nak siarkan artikel pasal forum "Memeluk Islam" tu. Tapi format file to Word 2007, nak convert dah  tak boleh sebab aku dah tuka format dia dari docx. ---> doc = "x" ---> aku delt. Lansung tak boleh nak convert. Kesengalan betul!

ok posting yang nih aku akan tunjukkan kat anda apa yang anda boleh dapat melalui online bila anda terdesak.

******


docx2doc.com

Laman web nih sesuai bila anda terdesak+tertekan apabila file word anda dengan secara tak sengaja (atau sengaja) saved dalam format docx. Laman web nih menyediakan converter secara online. Tapi anda kena sertakan emel sekali. Convert docx. to doc.



Citcat.com.my

Pernah tak ada promoter yang mendatangi anda then dia promoted software kamus Malay-Eng Eng-Malay? Mesti pernahkan? ok laman web nih masih dalam peringkat percubaan (beta). Aku tak tahu kenapa percubaan tapi yang paling penting laman nih inovasi banding software yang promoter tu nak jual kat anda. Laman web nih menyediakan terjemahan untuk ayat bukan PERKATAAN. Tu yang best laman web nih. Tapi kalu yang dah terel berbahasa tu takpe arr..aku nih tak terel mana bahasaKamus Malay - English.
4shared.com
Ini adalah laman web free-hosting. Lebih kurang macam web hosting yang lain. Tapi kebiasaannya aku guna laman web nih untuk cari lagu dan lagu yang ada dalam blog aku ni adalah dari akaun aku di 4shared.com. Aku tak tahu apa yang best menggunakan web-hosting yang lain banding dengan yang nih. Tapi bagi aku yang nih lagi mudah sebab dah ada ruang search kat homepage dia. Yang kurang bestnya pasal web-hosting nih, file anda akan disimpan dalam masa 30 hari sahaja jika anda tidak meng'login ke akaun anda. Senang cite kalu dalam masa 30 hari tu anda tak login..semua file anda hilang.. Web-hosting 
p/s: nih contoh akaun aku

Isnin, Ogos 04, 2008

Moscow Cap

Assalamualaikum

Baru-baru nih aku usya Mahkota Parade nak cari sweater nipis..
tapi tak jumpa lak..adeh.
kemudian aku pergi Dataran Pahlawan lak pun nak pergi setakat jalan-jalan je (loan dah masukkan~).

Aku tersempak (terkejut sikit!) dengan satu kedai nih yang jual barang ala-ala tentera (aku pun tak tahu pe motif dia buat kedai konsep cam tu).
tiba-tiba..aku ternampak...
---------->
 peh!! aku terus pergi kedai tu .

Boleh tahan harga! RM2+.00
Siap ada less 20%
aku cuba..kool!
(sebenarnya semasa artikel ini ditaip, tak sampai seminggu rambut aku di"makeup"..)
Topi nih ada kaitan denga 4 lagenda (kononya):
1. Peter Chezh (penjaga gol Chelsea)
2. Preety Ugly (vokalis)
3. Pemain ragbi
4. Lebih kurang dengan topi Tentera Rusia.
Bagi anda?

Ahad, Ogos 03, 2008

Rumah Sewa


assalamualaikum

huhu meh-meh kali nih aku tunjuk rupa sebenar rumah sewa aku hohoho~
masa aku amik gambar nih kitorang tengah beria kemas rumah.
sebabnya malam tu kitorang semua masak kat rumah (kira ak akan luar malam tu)

bila kitorang counting semua bajet, memasak kat rumah lagi jimat banding makan luar.(aku tak tau bape peratus "jimat" tu)

*******

Yang nih -------------->
MERDEKA..MERDEKA..!!





 <----- Rapi tak??





Yang paling fobia -------->
mana motor aku?



<---Kereta Wan