BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Sabtu, September 26, 2009

Wujud ke Nur Kasih..



Salam

Rasa macam nak luah, tapi nak mula macam mana?

Oh kawan aku selalu ulang ayat ni pada aku tatkala aku mencuci mata, tengok perempuan yang bagi aku lawa kat facebook atau friendster.

"haha! ko cari orang lain la! dia bukan sesuai untuk ko!"
"hmm baik ko cari orang lain la, dengan aku padan la"

Haha padahal kawan aku tu takda la hensem mana pun, kachak lagi aku hehe (oih!!).

Ada awek orang percaya, takda awek lagi la orang percaya.

"Ha amir sorang je yang takda awek, awak bila lagi amir?"
"Oh saya tunggu Nur Kasih"

Keh3 wujud ke Nur Kasih..

Bila tengok foto2 kawan aku, adeh nak tonyoh2 mata aku macam tak percaya. Dirumah lain bersalam minta izin keluar, diluar lain. Macam mana la pakwe diorang rasa bila gambar aurat awek diorang tu jadi umum.

Belum kahwin, nak rasa apa?

Makin susah kut nak rapat dengan perempuan sekarang ni. Tapi diorang kata tak pandang rupa, hmm.. pandang benda lain kut? bukan harta benda tapi, badan..otot.

Jumaat, September 25, 2009

Kisah Beg Duit Yang Hilang dan xkan Jumpa



Salam


Oh kisah pasal dompet/beg duit aku tu.


Hmm..nak mula camna ya..

Oh camni, hari khamis minggu lepas kan aku  semangat giles! nak balik rumah, sampai je kat rumah malam tu dalam 1.30am baru aku teringat beg duit aku takde.

Godei2 seluar tak jumpa. Mana pegi hah?

Lepas tu baru aku teringat bas yang aku naik tu. Bangang tak bodohnya, aku tercicir beg duit dalam bas tu?? dan sampai rumah baru sedar ada barang hilang.

Penat sangat sebab baru sampai rumah, lantak ko la beg duit, aku terus tidur sahur tu baru aku cerita kat mak.

Pagi tu telefon kaunter trans kut pemandu tu ada tinggalkan ke x, tapi xde. Kemudian pergi depot minta no pemandu, pemandu tu kata x jumpa, haram betul.

Time ni abah aku dah start bising

Lepas sembahyang jumaat, pergi buat report polis. Oh disini aku mahu komplen sekomplennya!

Polis? Perkhidmatan cekap. Layanan, x mesra lansung!

Masa buat report tu, puan yang amik report tu bengkeng nak mati, mungkin. Tanya soalan macam aku ni yang pegi mencuri, padahal benda tu nak hilang nak buat macam mana?? Aku ingat dia datang bulan atau anti lelaki! Last2 member dia duk sebelah tu ajak pergi bazaar rilek je menjawab siap nak manja2 lagi. NI KE LAYANAN POLIS?

Tapi aku xtau la polis2 lain macam mana kan. Lagipun ni kali pertama aku buat report polis

Lepas dari tu, long2 time after that~ Khamis, lepas rabu tu balik rumah, aku pergi buat IC dengan lesen. Habis rm140.

Tak sangka denda hilang IC naik sampai rm110 seingat aku 30 lebih je untuk kali pertama.

Hoho tu je la kisah nya. Tadi pergi buat kad atm CIMB, free x kena bayar denda~~

p/s
- cuma pandangan perasaan secara peribadi
- huuu~~ yang penting gambar lesen ngan ic lagi kachak dari sebelum ni hahah~

Khamis, September 24, 2009

Tournament Raya Besar-besaran



Salam

Adeh terasa dan memang terasa best 3 hari ni!



Untuk pengetahuan korang, ni kali pertama lepas 2 tahun kami buat tournament raya besar-besaran.



Oh test?, fyp?, report? argh abaikan itu semua! dunia!



Tapi secara teknikalnya memang best dapat jumpa kawan sekolah dulu2 kala.



Cuma dah bosan dengan "oh kau ajak aku just untuk cukupkan orang ke?". Hina atau apa?



Lepas ni harap aktiviti macam ni, jadi aktiviti tahunan.



Oh teringat awek2 yang aku jarang tegur masa sekolah dulu. Kini sudah berjumpa~







Waalaikumusalam

Rabu, September 23, 2009

Kad Raya 2009!

Salam!

Meh hari ni aku nak edar kad raya (betul ke "kad" raya)!!

Tahun lepas tema lain! Tahun ni tema lain pula! meh tempek kat blog kamu ya! :)




Kepada-



< Semoga kita semua terus berblogger dan terus berhubung antara satu sama lain ya! Dan maaf sangat2 kalau ada yang terkasar pada kamu tapi tidak bagi aku



Assalamualaikum

Jumaat, September 18, 2009

Koleksi Kad Raya Tahun ni

Salam

hoho terima kasih bebanyak la bagi siapa2 yang sudi bagi kad raya kat aku ya.. susah2 je pada yang bagi.. oh sebelum terlambat selamat hari raya maaf zahir dan batin!




Dari Zierea





p/s insyaallah lepas ni aku ceritakan kisah dompet aku yang hilang tatkala balik berhari raya~

Isnin, September 14, 2009

Buat e-Card Raya 2009

Salam

Sempena hari raya Aidilfitri yang akan menjelang tak lama lagi, jadi aku akan tunjukkan cara untuk buat kad raya atau e-kad raya.

Semua ada 16 langkah. Selamat mencuba~

Langkah 1 & 2



Cari gambar untuk muka depan, dan adjust level (image>adjustment>level)

Langkah 3 & 4





Create New layout namakan sebagai "bahagian depan". Yang ini kita guna 1280x800, kalau layout tu dalam bentuk melintang, rotatekanya tegak (image>image rotation>90'CW)

buatkan lagi 1 New Layout, kali ini saiznya pastikan lagi besar dari yang atas. Ini sebagai background asas diatas.

Langkah 5


Copy layout "bahagian depan" (highlight bahagian depan Ctrl+C dan paste ke layout 5 (layout asas). Duplicate "bahagian depan".

*Bahagian layout yang tegak (bahagian depan)
Masukkan layout yang menegak tadi kedalam layout yang bersaiz besar, kemudian letakkan warna (paint) ke layout yang tegak tadi supaya mudah ntuk beza. Duplicate kan layer ni dan warna kan layout yang baru tu seperti gmbar diatas.

Langkah 6



Sama seperti langkah 5, tapi kali ini dengan gambar untuk hias "bahagian depan". Namakan layer gambar masjid sebagai "masjid" dan susun mengikut shot gambar yang kita mahukan, contoh seperti gambar dibawah ini.

Langkah 7 - 9




Dengan menggunakan pen tool buat garisan untuk buat hias bahagian depan, kemudian inverse kan layer masjid tu dan tekan Delete.

*pastikan anda rujuk seperti gambar diatas 

Langkah 10




Taip ucapan di bahgian atas kad.

Untuk lebih cantik, klik kanan pada layer "Salam Aidilfitri" dan blending options. Disini boleh adjust bentuk macam mana kita mahu pada tulisan.

Langkah 11




Selesai diatas, anda highlight semua layer kecuali "bahagian belakang" dan background kemudian klik kanan pada layer dan klik link layers.

Dibahagian gambar, anda perlu rotate (klik kanan>free transform) dan anda rotate la~

Langkah 12



Setelah sudah berpuas hati dengan rotate, highlight kan sekali lagi semua sekali layer kemudian groupkan.

Langkah 13 & 14


Duplicate group dan pilih salah satu group untuk dirotate untuk membuat mirror atau cermin dibahagian bawah

Tarik gambar kebawah dan anda lakukan rotate, pastikan dari atas gambar ke bawah (klik kanan pada gambar>free transform)

Langkah 15 & 16



Untuk membuang lebihan background, Crop kan background anda

sekarang sudey siap!


Tag - kad raya, buat kad raya, contoh kad raya, cara buat kad raya, e-card raya

Ahad, September 13, 2009

Lab Oh Puasa

Salam

Raya makin dekat kan, kan?

Kelmarin kitorang ada lab minyak. Buat sabun, ni bukan tahap basic tingkatan 4 5 ya. Peh! lama mengila dari 9 pagi sampai 4 petang!

2x ulang buat titrate pula tu! Balik lab tu fikir nak buka puasa je, ponteng la. Tapi rasa2 boleh tahan sebab apa masa tu dah pukul 4 lebih baki 3 jam je. Alahai alhamdulillah puasa juga haritu.





p/s trimas syaz

Khamis, September 10, 2009

Pengampu Pensyarah


Salam

Dikhabarkan disebuah tempat terdapat seorang manusia yang sangat jahat, dengki, mulut kecoh, muka baik dan berbagai lagi perangai yang tak disangka.

Dia ni kalau dilihat dari luar, memang tidak disyaki mempunyai sikap2 kat atas. Diceritakan bahawa dikala test atau quiz, dikala terdapat pelajar yang membawa Ju-On yang sangat berguna secara senyap2 maka, pelajar itu perlu berhati terhadap 2 golongan manusia ini.

Pertama golongan tua. Golongan tua ini adakalanya sangat tegas. Adakalanya baik seperti tak masuk dek akal atau otak yang menjana neuron untuk bayi. Golongan ini amat pantang jika terlihat spesis Ju-On dikala waktu ujian kerana dikhuatiri akan memakan diri sendiri diakhir pengajian.

Keduanya golongan hantu yang menyerupai pelajar. Siapakah golongan ini? ini lah golongan pelajar yang disebut diatas. Mulutnya sangat meyakitkan hati. Sangat membuatkan seseorang itu mudah terjatuh cinta untuk mengetuk mukanya. Sangat membuatkan seseorang itu sakit hati dan menjadi tekanan.

Seperti dikhabarkan, pelajar yang membawa Ju-On tadi, perlu berhati2 supaya tidak dilihat oleh 2 golongan ini. Jika diketemu dengan golongan pertama, makanya pelajar ini akan selamat. Jika diketemukan golongan kedua makanya pelajar ini hanya menunggu detik untuk dipanggil kerananya, orang dari golongan kedua sudah memberi laporan semasa kepada golongan pertama.

Ini sangat mendukacitakan. Sehinggakan semua orang sudah hilang pertimbangan dan geram dengan golongan kedua. Golongan kedua ini sangatlah berlagak. Sangatlah menyakitkan hati. Sangat dan sangatlah pengampu. Oleh itu jika terdapat golongan kedua dikalangan kalian, berhati2 la berkawan dengan golongan ini kerana secara halusnya mereka ini akan tikam kalian dari belakang.

p/s heh korang paham ke?

Ahad, September 06, 2009

Oh Indon



Salam

Heh aku pun, sebahagian orang indon juga ke?

Ok, aku orang Melayu. Kalau buat survey secara lisan pada orang melayu Malaysia,
"Hey kau ni orang indon ke?"

Heh, maka kau akan dapat tiga jawapan.
"arrgghh aku orang Malaysia la!"
"aku? hmm..tok aku orang bugis"
"aku..entah la..xde beza pun aku dengan diorang"

Baru-baru ni ada berita orang indonesia bakar bendera Malaysia. Hoho secara serius tentu bukan main2, bagi aku orang malaysia ni x cukup berani nak balas bakar bendera Indonesia. Gila apa kalau kita balas tindakan diorang tu?! Biarkan sahaja diorang bakar!

Sebabnya?

"Nak beli bendera Indonesia kat mana?"
"beb kawasan rumah aku tu ada orang indon ar"
"bhai lagu puspa poyo ni sedap nak mampus!"
"wei jangan buat rugi ko je..bukan ada TV3 nak datang rakam pun"
"alah lantak diorang la! datang ar sini kalu berani!"

Bukan susah nak jumpa orang yang bagi jawapan macam ni. Kalau aku jawapannya mungkin yang last tu.

Muzik, drama, bangunan, orang indon dah pegang Malaysia la. Kau jangan mimpi la kalau suatu hari nanti ada sepanduk Ganyang Malingsia kali kedua, Malaysia akan selamat, jangan mimpi!!

Entah bini jiran kau yang dari jawa tengah tu boleh bunuh kau sekeluarga sebab Ganyang Malingsia dah diistiharkan.

Media Malaysia ni kalau diberi kebebasan yang macam Anwar tu nakkan, heh media indon kata orang Malaysia bodoh, media Malaysia balas orang indon 2x bodoh sebab miskin.

Facebook, blogspot pun orang indon sindir Malaysia. Alahai kasihanya kau orang indon.

Heh, harap-harap ler orang bekerja kat kedutaan indon tu selamat ya..

Rabu, September 02, 2009

KIS, Makcik Klinik, dan Demam


Salam

Member aku dimasukkan ICU kelmarin.

Oh! macam nak bagitahu semua orang, aku dah beralih pada antivirus yang berbayar. Sebelum ni aku guna Avira dengan AVG, kira guna 2 antivirus yang serentak. Tapi sebelum avira premium yang percuma 6 bulan tu tamat tempoh lebih kurang sebulan 2 yang lepas, laptop aku memang xde masalah kalu nak online pakai wifi free. Tapi lepas aku uninstall dan pakai avira personal, baru la bala datang..

1. Laptop aku xleh terima wifi free, macam wifi pustaka atau wifi awam punya.
2. Laptop aku kena attack dengan virus SVCHOST. Pergh! laptop kamu boleh jadi bengong. Kamu tahu kenapa siput berjalan lagi laju dari laptop kamu? Kalu kamu rasa laptop kamu hang, cuba periksa task manager kat bahagian performance, CPU Usage. Kalau asyik 100% tapi kamu tak buka apa2 aplikasi kecuali, blog aku ni, hah! maknanya kamu dah kena virus lovely ni.
3. Aku memang dah x yakin pakai personal ni, rasa macam tak power je banding pakai premium.
4. Oh! aku benci iklan besar yang akan kluar bila antivirus di update.
5. AVG tidak akan remove file yang didetect, cuma takat heal/sembuh kat file yang kena serang je.


Key license ni murah sebab aku tak beli sekotak yang tertaip 3 user atau 1 user. Beli key dia sudey.

Kelmarin member tilam sebelah aku kena masuk ICU. Pergh! suhu badan dia aku rasa petang tu, panas! Kemudian kena kat pula lepas berbuka tu. Badan rasa tak sihat, Sengal badan, sakit kepala, sakit tekak. Banyaknya~ Sahur tu lepas makan, aku rasa nak muntah. Oh masa tu la paling kritikal perut asyik rasa nak muntah je tapi xnak keluar.

Aku suruh Ray hantar aku pergi hospital Tampin. Lepas doktor tu check, xde pape pun tapi badan aku tetap rasa xbest! Siang tu orang kesihatan datang kerumah kitorang nak tengok apa yang patut sebab member aku tu diorang kata kena denggi, diorang cadang aku pergi check semula ke klinik tau hospital.

Lepas buka, aku tido jap dalam pukul 10 tu pergi klinik. Heh ni yang paling aku benci dengan makcik kat klinik tu. Memang anak haram!! Klinik tu klinik panel TNB. Dah memang kad perubatan TNB x sampai ke tangan abah aku nak buat macam mana?? ni pergi tuduh abah aku tak buat lagi kad tu memang sial makcik tu!
Dah kerja gaji sikit kat klinik tu, kerja la betul2, ni memang saja perli. Geram sangat aku mencarut depan dia angkat middle finger in front her lepas tu bullshit sikit. Biar dia rasa!

Tapi sampai sekarang member aku tu kena tahan kat hospital. Ada dua kemungkinan pula tu, antara H1N1 dengan denggi. Adei baru sebulan pindah rumah sewa baru, dah ada macam2 penyakit.

p/s aku bukan biadab seperti diatas, tapi apabila ada yang memulakan dahulu..