BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Isnin, September 14, 2009

Buat e-Card Raya 2009

Salam

Sempena hari raya Aidilfitri yang akan menjelang tak lama lagi, jadi aku akan tunjukkan cara untuk buat kad raya atau e-kad raya.

Semua ada 16 langkah. Selamat mencuba~

Langkah 1 & 2



Cari gambar untuk muka depan, dan adjust level (image>adjustment>level)

Langkah 3 & 4





Create New layout namakan sebagai "bahagian depan". Yang ini kita guna 1280x800, kalau layout tu dalam bentuk melintang, rotatekanya tegak (image>image rotation>90'CW)

buatkan lagi 1 New Layout, kali ini saiznya pastikan lagi besar dari yang atas. Ini sebagai background asas diatas.

Langkah 5


Copy layout "bahagian depan" (highlight bahagian depan Ctrl+C dan paste ke layout 5 (layout asas). Duplicate "bahagian depan".

*Bahagian layout yang tegak (bahagian depan)
Masukkan layout yang menegak tadi kedalam layout yang bersaiz besar, kemudian letakkan warna (paint) ke layout yang tegak tadi supaya mudah ntuk beza. Duplicate kan layer ni dan warna kan layout yang baru tu seperti gmbar diatas.

Langkah 6



Sama seperti langkah 5, tapi kali ini dengan gambar untuk hias "bahagian depan". Namakan layer gambar masjid sebagai "masjid" dan susun mengikut shot gambar yang kita mahukan, contoh seperti gambar dibawah ini.

Langkah 7 - 9




Dengan menggunakan pen tool buat garisan untuk buat hias bahagian depan, kemudian inverse kan layer masjid tu dan tekan Delete.

*pastikan anda rujuk seperti gambar diatas 

Langkah 10




Taip ucapan di bahgian atas kad.

Untuk lebih cantik, klik kanan pada layer "Salam Aidilfitri" dan blending options. Disini boleh adjust bentuk macam mana kita mahu pada tulisan.

Langkah 11




Selesai diatas, anda highlight semua layer kecuali "bahagian belakang" dan background kemudian klik kanan pada layer dan klik link layers.

Dibahagian gambar, anda perlu rotate (klik kanan>free transform) dan anda rotate la~

Langkah 12



Setelah sudah berpuas hati dengan rotate, highlight kan sekali lagi semua sekali layer kemudian groupkan.

Langkah 13 & 14


Duplicate group dan pilih salah satu group untuk dirotate untuk membuat mirror atau cermin dibahagian bawah

Tarik gambar kebawah dan anda lakukan rotate, pastikan dari atas gambar ke bawah (klik kanan pada gambar>free transform)

Langkah 15 & 16



Untuk membuang lebihan background, Crop kan background anda

sekarang sudey siap!


Tag - kad raya, buat kad raya, contoh kad raya, cara buat kad raya, e-card raya

1 Commentores:

Tanpa Nama berkata...

thanx dear...

selamat menyambut lebaran.