BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Jumaat, September 25, 2009

Kisah Beg Duit Yang Hilang dan xkan Jumpa



Salam


Oh kisah pasal dompet/beg duit aku tu.


Hmm..nak mula camna ya..

Oh camni, hari khamis minggu lepas kan aku  semangat giles! nak balik rumah, sampai je kat rumah malam tu dalam 1.30am baru aku teringat beg duit aku takde.

Godei2 seluar tak jumpa. Mana pegi hah?

Lepas tu baru aku teringat bas yang aku naik tu. Bangang tak bodohnya, aku tercicir beg duit dalam bas tu?? dan sampai rumah baru sedar ada barang hilang.

Penat sangat sebab baru sampai rumah, lantak ko la beg duit, aku terus tidur sahur tu baru aku cerita kat mak.

Pagi tu telefon kaunter trans kut pemandu tu ada tinggalkan ke x, tapi xde. Kemudian pergi depot minta no pemandu, pemandu tu kata x jumpa, haram betul.

Time ni abah aku dah start bising

Lepas sembahyang jumaat, pergi buat report polis. Oh disini aku mahu komplen sekomplennya!

Polis? Perkhidmatan cekap. Layanan, x mesra lansung!

Masa buat report tu, puan yang amik report tu bengkeng nak mati, mungkin. Tanya soalan macam aku ni yang pegi mencuri, padahal benda tu nak hilang nak buat macam mana?? Aku ingat dia datang bulan atau anti lelaki! Last2 member dia duk sebelah tu ajak pergi bazaar rilek je menjawab siap nak manja2 lagi. NI KE LAYANAN POLIS?

Tapi aku xtau la polis2 lain macam mana kan. Lagipun ni kali pertama aku buat report polis

Lepas dari tu, long2 time after that~ Khamis, lepas rabu tu balik rumah, aku pergi buat IC dengan lesen. Habis rm140.

Tak sangka denda hilang IC naik sampai rm110 seingat aku 30 lebih je untuk kali pertama.

Hoho tu je la kisah nya. Tadi pergi buat kad atm CIMB, free x kena bayar denda~~

p/s
- cuma pandangan perasaan secara peribadi
- huuu~~ yang penting gambar lesen ngan ic lagi kachak dari sebelum ni hahah~

1 Commentores:

Tanpa Nama berkata...

seksanya hilang dompet