Sabtu, Oktober 10, 2009
Reunion @ Melaka V2 - Raya
Hari ini kitorang ada reunion raya~
Hoho sangat best! Oh ramai dengan banyak pula orang bawa DSLR hari ni.
Oh tapi tu bukan point aku untuk berkongsi.
Huhu aku pun tak tahu nak cerita apa, cuma sebelum aku dengan hanifa begerak pergi Melaka, kami pergi tengok dahulu English Day yang pelajar semester 3 diploma degree buat hari ni.
Fuh! lagi meriah dari tahun yang kitorang buat! Agak sayang juga la sebab masa pergi tu pun cuma jalan2 je. Tak join apa yang diorang buat pun. Tapi rasanya tu satu lagi kesilapan sebabnya booth jualan lagi banyak dari booth aktiviti.
Entah aku pun konfius dengan tema dan tujuan English Day ni. Kemudian baru la kitorang begerak pergi Melaka, peh panas beb tengahari tadi. Aku kalau dah berpeluh memang susah-nak-mati untuk berhenti secara otomatik.
Perjumpaan kali ni lagi meriah sebab ada 3 member kitorang join. Joey kawan kelas aku dulu, ayu dengan izah. Hoho meriah2~
Saja letak tajuk "..East and South Have Talent" hoho orang timur dengan selatan ni banyak bakat la weh..betul~
Link untuk lihat kesemua gambar di Facebook
Pos Laju-laju 11:00 PG 0 Commentores
Spiesis Aktiviti Budak kampus, Budaya, Diari, Foto, Hiburan, Suatu Sentuhan
Sabtu, Oktober 03, 2009
Keramaian 2009
Salam
Hoho lepas posting luahan merapu yang baru ni, aku nak bercerita pasal pesta keramai-ramaian malam semalam.
Oh malam semalam kampus aku ada buat majlis hari raya, alah setiap U ke kolej ke mesti buat benda ni semua.
Fuuhh~ mujur aku bawa baju melayu raya kaler kuning. Tapi sayang! songket kaler ungu yang beli kat Kuala Terengganu hari tu, tak bawa! Nampak macam kontra kuning vs ungu, tapi kena dengan kulit aku yang warna coklat hoho bukan putih cerah ya.
Kami, aku ijat dengan haliman, gamble je pergi tak beli kupon RM5. Peh ada orang kata mahal banding tahun sebelum ni. Tapi aku memang sengaja tak nak beli, kut sampai masa ada yang tak jadi pergi, semua cancel.
Sampai tu, memang ramai la orang. Perempuan dengan mekap comel mereka, lelaki dengan baju melayu lengkap. Mujur takde yang pakai keris kat pingang.
Cuma konklusinya yang aku dapat dari member2, malam tu x meriah mana pun. Kalau meriah mungkin sebab last sekali tu diorang ni berkumpul amik gambar. Okeh! harap aku semester 1 kat situ nanti lagi meriah ya!
Pos Laju-laju 10:04 PG 0 Commentores
Spiesis Aktiviti Budak kampus, Diari, Unikl
Ahad, September 13, 2009
Lab Oh Puasa
Salam
Raya makin dekat kan, kan?
Kelmarin kitorang ada lab minyak. Buat sabun, ni bukan tahap basic tingkatan 4 5 ya. Peh! lama mengila dari 9 pagi sampai 4 petang!
2x ulang buat titrate pula tu! Balik lab tu fikir nak buka puasa je, ponteng la. Tapi rasa2 boleh tahan sebab apa masa tu dah pukul 4 lebih baki 3 jam je. Alahai alhamdulillah puasa juga haritu.
p/s trimas syaz
Pos Laju-laju 1:53 PG 1 Commentores
Spiesis Aktiviti Budak kampus, Diari, Islam, Lab, Unikl
Sabtu, Ogos 29, 2009
Tambah Lagi 1 Game
Salam
Macam biasa la diorang ni kalau dah plan nak pergi berjalan, mesti lewat sejam atau dua untuk bergerak.
Mulanya ingat nak pergi berbuka di Melaka tapi bila masing2 dah bangun lewat tak mandi apa semua, gerak pukul 11 malam. Kitorang pergi main boling kat MITC melaka. Peh tempat baru. Bangunan seketul khas untuk main boling sahaja kat dalam.
Heh, kamu nak tahu? Kitorang main percuma 1 game~
Hoho sebenarnya tempat boling tu baru je 2 bulan buka. Jadi entah macam mana kebetulan tokey dia nak gambar pesekitaran untuk promote ke apa aku x tahu. Aku pun pinjamkan kamera tapi syaratnya, 1 game setiap sorang. Kira dua game la. Tapi memang puas hati malam ni! Sengal2 diorang.
Pos Laju-laju 5:26 PTG 2 Commentores
Spiesis Aktiviti Budak kampus, Diari, Panorama
Isnin, Ogos 24, 2009
Bulan Puasa
Salam
Dah 3 hari kita semua puasa ya. Aku rasa macam xde beza dengan hari lain haha. Entah la. Sangat normal, bila dah tengah bulan duit makin susut. Hmm..duit 200+ bukan habis macam tu je, tak main la, 200 habis bayar bil Streamyx. Tu pun bahagi 8 orang ada yang belum bayar lagi sampai hari ni. Letih kot ingat semester ni nak kurang minta duit masa tetengah bulan gini. Asal tengah bulan minta dana bantuan. Dah tu cerita kat bebudak asrama, tinggal luar paling ekstrem berdikari bebas..kononnya.
Oh sekarang dah ada sesuatu yang paling aku berpuas hati, rasa seronok ler pulak. Ha aku bukan orang suka tukar ngan kagum ngan henset ya. Mustahil. Gambar pun puas hati best! Sebab tu telefon aku paling kuno antara member aku yang lain.
Macam biasa la bulan puasa tidur awal nak bangun sahur. Pastu letak status "fighting with Dawn" kat facebook. Heh best pulak facebook. Oh friendster dah x bape nak aktif sebab yang tu jadi macam arkib jejak kasih.
Oh! macam puasa yang lepas2, aku buat saguhati duit raya. Niat nak x nak je bagi sebenarnya haha. "kalau kamu puasa penuh 30 hari, dapat duit raya 30 ringgit dari amir" jeng..jeng..jeng.. Memang takde beza semester ni dengan semester lepas macam ni huhu.
Oh! Jum dengar P.Ramli - Dendang Perantau?
Pos Laju-laju 8:05 PG 0 Commentores
Spiesis Aktiviti Budak kampus, Budaya, Diari, Internet, Islam, Lagu, Suatu Sentuhan
Selasa, Mac 31, 2009
Brand tu penting?
Ahad lepas kami pergi KLjadi adakah golongan pelajar, lebih mewah banding golongan pekerja?
PTPTN
MARA
Oh adakah Brand tu penting?
Heh subjektif betul
Oh terlupa, jangan tanya samada aku ni ada beli ke tak baju yang harga RM5 60+ keatas.
p/s sebenarnya aku ni bukan jenis boleh pegi ajak shopping k!
Pos Laju-laju 1:44 PG 0 Commentores
Spiesis Aktiviti Budak kampus, Diari
Rabu, Mac 25, 2009
XXX Hanya Untuk Akil Baligh Sahaja!

*Untuk pengetahuan anda semua muhrim bermaksud orang yang berihram dan mahram pula bermakna orang yang haram dikahwini.
*Kredit untuk Yana
Pos Laju-laju 3:12 PTG 0 Commentores
Spiesis Aktiviti Budak kampus, Diari, Internet, Islam, Jantina
Sabtu, Mac 21, 2009
City Of Ember
Salam
Sinopsis
Ember sebuah bandar bawah tanah yang dibina 240 tahun dahulu oleh "the builders". Orang-orang yang tinggal di bawah ini adalah untuk mengelakkan manusia daripada pupus disebabkan pemusnahan yang dilakukan besar-besaran. Pada tahun ke 240 ada dua orang budak ni pasti terdapat jalan keluar daripada kehidupan mereka yang menggunakan tenaga elektrik sebagai janakuasa kehidupan mereka. Mereka terpaksa melalui banyak dugaan untuk mencari jalan keluar dari bandar Ember.
Pos Laju-laju 2:19 PTG 0 Commentores
Spiesis Aktiviti Budak kampus, Diari, Hiburan, Wayang
Selasa, Mac 10, 2009
MARA dan RM4000+
Salam
Hoho aku terpaksa tahan diri aku dari berblog. Aku berpeluang untuk defrag kepala, defrag tidur dan defrag duit. Hoh! Sangat mengharukan macam mana aku boleh survive kat KL dengan duit tinggal seringgit lagi. Anda boleh?? Tapi alhamdulillah boleh juga aku chow dari KL tu dengan senang hati sebab tetiba terjumpa RM5 lagi dalam bag..he he nasib.
Heh isnin! bila aku cek akaun CimbClicks. RM4000+. Uish sangat mentouchingkan aku bila teerfikir sapa la yang buat dajjal tetiba bagi aku 4k ni. Tapi aku rasa mesti MARA yang buat ni.
Ya MARA la yang buat sebab, suruh pelajar bayar sendiri duit yuran. Aku ingat mesti konfem ada baki. Tapi tak guna! Hanya pelajar yang ambil subjek kurang 12jam kredit sahaja yang ada baki! Aku tak nak komen bebanyak, yang penting akaun aku pernah cecah 4K he he..
Pos Laju-laju 9:43 PG 0 Commentores
Spiesis Aktiviti Budak kampus, Diari
Isnin, Februari 16, 2009
Pengembaraan Geng Upin dan Ipin
Sinopsis
Tiada sesiapa yang berani untuk mencari benda tersebut, sehinggalah Badrol dan Lim yang sedang bercuti di kampung ini, bertembung dengan punca misteri itu sendiri. Sekarang terpulanglah kepada kedua-dua lelaki tersebut bersama rakan-rakan baru mereka: Rajoo yang boleh berkomunikasi dengan haiwan, Ros si jelita kammpung, serta adik-beradik kembar Upin dan Ipin yang nakal, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri.
Pos Laju-laju 1:35 PG 11 Commentores
Spiesis Aktiviti Budak kampus, Diari, Hiburan, Wayang
Selasa, Februari 10, 2009
Semalam Hari Malang!
"wei! (jerit ngan frekuinsi berbisik dari dalam kereta) pam tu rosak! pergi isi angin kat sebelah lagi satu!"Hoho sungguh bijak pekerja nih kerana tolong aku untuk menambahkan maki ngan carutan kat pam angin tuh! Aku pun tolak ngokngek2 motor aku yang takde nagin kat tayar belakang tu pegi ke pam lagi satu kat situ.
Malangnya lepas beratur untuk isi angin masih tak bleh jugak kembangkan tayar motor, pe nasib ar. Masa tu aku dah mula nak sakit kepala (mungkin sebab heatstrok <--memandai je). Aku pun helo kawan aku then kitorang pun pi isi angin kat bengkel kereta kat situ.
Tidoooo
Petang tu aku ingat nak ponteng kelas tapi memandangkan ada ura-ura kata ada kuiz, tak jadi ler aku nak ponteng. Kalau tak..mesti boleh tidur ngan aman bawah kipas kuning nih.Rupanya takde kuiz. Pergi kelas 20 min mengantuk pastu tidur, 10 minit akhir kelas je aku boleh fokus walaupun tengah mamai~~
Balik dari makan malam tu aku terus tidur sampai la pukul 1 pagi then... pe lagi study le!
Pos Laju-laju 11:06 PG 8 Commentores
Spiesis Aktiviti Budak kampus, Diari
Sabtu, Januari 31, 2009
Budu Orang Negeri Sembilan
Hoho, dah teramat lama kau tak update blog. Hmm..nape baru sekarang nak update?
Salam
Ok aku nak buat bancian pada anda. Anda nih orang mana? timur? darat? utara? selatan? atau tengah-tengah? hoh?!
Ok2 pasal aku dulu eh. Aku lahir KL tapi mak aku orang Baling, abah aku pula orang Kemaman. Anda tahu tak tempat nih kat mana? Tahukan? Tapi dalam keluarga aku yang ad jati diri orang utara dengan timur je. Pantai barat takde ye.
Hmm..kenapa ada orang dari negeri lain suka kutuk-kutuk orang pantai timur eh?.
Hoho meh aku cerita kisah aku tak puas hati dengan minah ni.
Rupa dia nih..tak lawa mana pun, fizikal dia pun memang level paling tak mengancam. Tapi dia nih minat kat housemate aku budak Terengganu..adei.. Tapi sikap yang aku paling benci, sikap nak menang. Asyik dia je nak menang, kalau jadi kat korang, korang suka tak? tak kan, kan2? Memang tak mesra alam dia ni. Tapi ada kawan yang puji dia, dia nih jenis jaga kawan. Aku pun perasan dan aku takde hal pasal tu. Tapi sikap nak menang dan berlagak bagus yang jadi hal. Habis semua benda, tempat makan, orang dia nak ban. Hoh nih memang tabiat korang kena tahan kalau ada kawan cerewet macam nih la.
Cuma yang jadi baru-baru kami keluar pergi tengok wayang waktu malam (hoho duduk luar kan..) balik tu singgah kedai makan, lama sikit lepas hampir habis (or never ending) topik yang diorang duduk cakap sesama diorang tu, minah nih pun mula la keluar tajuk "Aku Ban Ko". (Hoh! please take note it's not ban (roti) but ban (larangan) pronounce it properly ye). Kitorang masa tu lepak kat kedai orang kelantan (aih kat melaka pun ada juga ye) pastu pelayan permpuan dia pulak lagi berganda-ganda lawa dari dia!. Hoho..Time nih dia kata;
Eh aku benci ar orang pantai timur, asal diorang tu pakai baju kurung?? dah tu pakai tudung pulak? tak panas ke?? eii entah2 lauk yang diorang deserve tu ada yang termasuk dengan tudung tu tak??
Hoho aku tak tahu minah nih spiesis Mr. Bean yang turun dari langit tu ke atau orang baru keluar dari hutan. Kalau korang nak tahu dia nih pakai tudung lebih kurang je. Serius aku kata dia nih memang tak boleh buat bini. Baka tak elok weh. Dah dia cakap camtu ada pulak yang sokong! Orang pantai timur juga. Tapi ni pelik pun aku tak nak taip camne. Yang paling bestnya, dia cuba nak cakap malam tu yang bahasa terengganu dengan kelantan nih teruk!
Minah nih suka makan budu, siap mengaku awal-awal lagi. Nak tahu point pe buat yang dia tu nak menang?
alah aku cincalok aku makan, budu aku makan aku semua benda aku makan
Hoho entah la ko minah weh. Hoho memang aku nak je debat dengan dia pagi tu (ece), tapi tu la aku nih dah botak sekarang nih, gambar pun takde nak tunjuk..adei2.. Jadi malam tu aku beku sikit dan sokongan psikologi pun takde (kawan aku lagi 2 orang), dan lagi 1..aku memang takleh lawan dengan stail gengste dia bila cakap dengan bebelan kaw2 dari dia. Hoh haritu 1 rumah dah kena dengan dia. Tak leh lawan woo~
Entah la pasal dia. Aku rasa dia nih belum merasa tinggal jauh dengan keluarga. Mungkin jakun kut kalau bawa dia pi tranu atau kelantan. Toktek2 je perangai, bosan weh. 1 rumah bermuka talam dengan dia nih..
Pos Laju-laju 12:58 PTG 5 Commentores
Spiesis Aktiviti Budak kampus, Diari
Jumaat, Disember 19, 2008
Kisah Sebuah Gambar
salam ini adalah gambar section J/Jauh untuk sesi semester 3 julai 2008. masa gambar ini diambil semua belum berpecah mengikut major lagi. waktu ini kami baru habis projek carnival english. ketua projek wan/john. kelas ini yang paling sempoi. maklum kelas hujung pelajar lelaki yang lebih ramai dari perempuan.hampir semua masuk kepala. walaubagaimanapun kenangan tetap tinggal dalam kenangan. sekian
Pos Laju-laju 9:30 PG 0 Commentores
Spiesis Aktiviti Budak kampus, Perpisahan, Suatu Sentuhan






























