BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Khamis, September 10, 2009

Pengampu Pensyarah


Salam

Dikhabarkan disebuah tempat terdapat seorang manusia yang sangat jahat, dengki, mulut kecoh, muka baik dan berbagai lagi perangai yang tak disangka.

Dia ni kalau dilihat dari luar, memang tidak disyaki mempunyai sikap2 kat atas. Diceritakan bahawa dikala test atau quiz, dikala terdapat pelajar yang membawa Ju-On yang sangat berguna secara senyap2 maka, pelajar itu perlu berhati terhadap 2 golongan manusia ini.

Pertama golongan tua. Golongan tua ini adakalanya sangat tegas. Adakalanya baik seperti tak masuk dek akal atau otak yang menjana neuron untuk bayi. Golongan ini amat pantang jika terlihat spesis Ju-On dikala waktu ujian kerana dikhuatiri akan memakan diri sendiri diakhir pengajian.

Keduanya golongan hantu yang menyerupai pelajar. Siapakah golongan ini? ini lah golongan pelajar yang disebut diatas. Mulutnya sangat meyakitkan hati. Sangat membuatkan seseorang itu mudah terjatuh cinta untuk mengetuk mukanya. Sangat membuatkan seseorang itu sakit hati dan menjadi tekanan.

Seperti dikhabarkan, pelajar yang membawa Ju-On tadi, perlu berhati2 supaya tidak dilihat oleh 2 golongan ini. Jika diketemu dengan golongan pertama, makanya pelajar ini akan selamat. Jika diketemukan golongan kedua makanya pelajar ini hanya menunggu detik untuk dipanggil kerananya, orang dari golongan kedua sudah memberi laporan semasa kepada golongan pertama.

Ini sangat mendukacitakan. Sehinggakan semua orang sudah hilang pertimbangan dan geram dengan golongan kedua. Golongan kedua ini sangatlah berlagak. Sangatlah menyakitkan hati. Sangat dan sangatlah pengampu. Oleh itu jika terdapat golongan kedua dikalangan kalian, berhati2 la berkawan dengan golongan ini kerana secara halusnya mereka ini akan tikam kalian dari belakang.

p/s heh korang paham ke?

5 Commentores:

Qamaruls berkata...

haha kou ni buku zaman feudal manelaa kou copy pastu paste kt blog nih

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

yang kak tau~

gambar spek itu sgt kacak~

Amir' berkata...

qama - haha..xde copy paste la..just ntuk berkias je..heh aku rsa ko msti kenl org yg aku mksudkn ni

kak zara - hoho yeke?..

touyakaruma berkata...

Aku dari jenis yang pertama , kenapa ada masalah ? Cewah aku .... datang-datang ke blog ko terus nak cari gado . Hahahaha relax gurau saja ...

Tapi serius cakap .. aku memang dari jenis pertama ... golongan tua ? Tak bergaya langsung nama yang diberikan .

Tapi macam ko cakap .. golongan kedua nie kena hati-hati sikit . Sebab nie jenis tikam dari belakang punya kawan .

Tapi bukan semua macam tu , mungkin diorang berniat baik . Aku cakap mungkin okay ?

Ahh , aku cuma seorang students .. yang berfikiran macam orang tua.

Amir' berkata...

keh keh keh..goolongan pertama yg aku mksudkan tu adlh golongn technician (dlm kata len pengawas) yg jaga ktrg time test atau quiz..jdi kau msti fikirkan golongan petama ni golongan pelajar bukan? haha maafla ya..ini golongan pengawas yg jaga time test atau priksa

heh golongan k2 ni mmg jenis tikam blakang..kau takkan sedar pnya..tp xtau la jenis mcm mana yang kau akan jmpa sbb dalam bumi ada 3 4 bilion manusia yg msih belajar.

haha terima kasih en.touyakamura sebab sudi kongsi pandangan..oh maafkan bahasa saya ya