BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Rabu, Oktober 08, 2008

Carnival English Day

Salam

Hoho~ dah lama aku tak update blog nih sejak dari minggu lepas lagi.

Bulan nih banyak sangat bajet nak dikeluarkan, dah lepas kira-kira baki tinggal $$$ lagi.
Adeh..

Bulan ni Carnival English Day akan diadakan pada 21 Oktober (selasa) ni. Semua seksyen semester 3 akan mengadakan sebarang aktiviti yang berkaitan dan bersesuaian dengan tema English Day. Karnival ini diadakan dalam sehari sahaja, tapi semenjak dari awal semester lagi kami terpaksa membuat perancangan untuk sehari ini. Antaranya mock meeting, setiap kelas/seksyen diwajibkan memilih ketua, setiausaha, bendahari, dan ajk. Pemilihan tempat atau bilik telah dibuat pada bulan lepas supaya setiap kelas atau seksyen tahu tempat atau aktiviti mereka dimana. Walaubagaimanapun pada permulaan, bejet terpaksa dikeluarkan setiap kelas terlebih dahulu. Micet dikatakan hanya mengeluarkan RM300 untuk setiap kelas.

Fuuh! sebenarnya susah juga nak organize sesuatu event atau function nih! Kelas aku buat aktiviti Spell-it-right alah macam dalam tv tu. Tapi kami ada juga selitkan aktiviti sampingan selain SIT tu. T-shrit, banner, id kad, dan tempat untuk berlansung aktiviti tu dah kami siapkan. Sebagai sokongan kepada modal, kami juga membuat jualan biasa-biasa je..

Mulanya kami nak juga buat benda nih secara grand. NST, WC kami dah cuba mohon untuk jadi penaja tapi, adeh diorang tak balas permintaan kami tu. Kemudian baru-baru nih masa cuti balik raya, ada yang nak try minta kat famili diorang, tapi seposen pun tak dapat.. adeh UniKL belum sefemes IPTA lain untuk diorang melabur..

2 Commentores:

iEn berkata...

wah2.. mesti sibuk sakan nih.. leh la ajor aku english plak wekekeke

amirwashere berkata...

ekeke..ad la jgak la sbuk tu..