BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Sabtu, Ogos 30, 2008

Nostalgia Ramadhan

 
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (QS Al-Baqarah : 183)

Assalmualaikum

1 Ramadhan datang sekali lagi. Setiap tahun, setiap kali musim puasa tiba, sebahagian dari kita pasti tak sedar dah tiba 1 Ramadhan. Puasa yang aku rasa paling seronok dan paling mencabar sepanjang sejarah hidup, puasa masa zaman muda-muda dulu kala, puasa kat sekolah. Sekarang dah belajar di universiti, memang tak terasa lansung nak dekat dah puasa. Tapi terasa giler nak raya.

Puasa Disekolah

Kalau dulu 1 Ramadhan, 7pagi - 2/3 petang mesti rasa lain giles situasi masa tu. Kantin tutup. Rehat je kitorang semua bebas. Surau sekolah pula yang meriah dengan mengaji waktu tu. Seronok!. Kalau ada kes ponteng puasa mesti hebah. Adeh macam sekolah agama lak. Tapi waktu tu memang sentiasa ada aktiviti agama yang terisi. Yang takde kaitan pun ada juga..tidur. Setiap pagi mesti ada lagu nasyid atau mengaji dipasang. Dari pintu utama dah dengar lagu nasyid. Mendayu-dayu. Waktu tu kalau lewat pun En Halimi gerenti tak libas punggung, sebab tak elok marah-marah masa puasa nanti letih dah letih puasa haritu mesti atas pagar. Cikgu pun tak berani nak sound kalau tak siap kerja. Kalau masa SPM tu masa tu ar nak fokus. Tapi bila dah ramadhan, PJ mesti takde, tak seronok. Tapi bila nak balik tu memang letih. Aku dulu dari tingkatan 2/3 sampai 5 berjalan kaki dari rumah ke sekolah tiap hari. Dekat je dalam 1km jarak dia. Tapi kalau haritu panas, fuh!! Tercabar!. Last sampai rumah je terus tidur, kalau letih la. Pegi bazaar kadang tersempak dengan member sekolah terasa lain pula. Diorang tak pakai baju uniform macam kat sekolah.  Perasaan tu waktu zaman sekolah je kita dapat. Kemudian Puasa 6 tu dah jadi macam mendawajib la kat sana. Memang teruja ar..

Puasa Diuniversiti 

Puasa semester lepas, abih kelas je balik bilik. kalau tak tidur..aku pun tak ingat buat pe masa tu. Tiap petang sebelumpukul 5 atau 6 dah kena turun beli makanan nak buka. Penuh gles orang kat cafe! Makanan sekejap je habis. Kadang aku buka sorang. Kadang buka ramai-ramai. Jarang sangat bersahur. Kadang je g terawih. Nak dekat raya, masa tu sibuk cari tiket bas nak balik. Kalau ada wakil pelajar dari negeri masing-masing tempah bas. Tu pun dah kira mujur. Tapi setiap malam diorang akan pasng lagu raya kuat-kuat. Seronok layan~ masa tu terharunya nak balik..
Situasi terlalu berbeza.
P/s: Gambar diatas adalah dari sumber www.irm.org.my/formB.html anda boleh menderma di Islamic Relief Malaysia.


1 Commentores:

+ iNaMoRaTa + berkata...

amer..puasa wktu budak2 best kan..kl dulu nak ponteng puasa pun blh bedal je..skrg??..huk~..kene fikir lg nak ganti balik..uwaa~..berikan aku mesin kembali ke zaman kanak2 riang..huk~