BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Sabtu, Mac 21, 2009

City Of Ember


Salam

Rugi kau budin, betul kau balik Terengganu?
Petang tadi Mizan dan aku pergi tonton cerita City Of Ember.
Mizan pagi tu ada lab Pilot Plant, giliran Lab aku pula minggu depan.

Hei aku tak rasa Faiz Rooney boleh hasilkan sabun! Dia cuma sesuai bahagian pembacuh sahaja sebelum lab tu dipenuhi buih-buih!

Kami pergi tonton di Dataran Pahlawan. Hoh! ada bas UiTM Penang la, 2 buah pula tu! Tapi apa aku peduli bukan aku kenal pun mereka tu siapa..kan?
Tempat duduk dalam panggung memang tak ramai.
Sampainya baru 1 baris yg orang duduk. Patut la panggung dia kecil, sambutan kurang orang pun kurang tadi. Tapi sebelah aku tadi, hoho sangat hapak! Aku tak tahu bau hapak dari badan, baju atau dia tu perokok..??
Tapi isi artikal ini ialah, City of Ember sangat best! Betul best! bagi aku daripada tengok pelakon Dragon Ball yang tak boleh terbang tu dan terasa terpaksa ambil mood untuk tonton, lebih baik tonton City of Ember!


Sinopsis

Ember sebuah bandar bawah tanah yang dibina 240 tahun dahulu oleh "the builders". Orang-orang yang tinggal di bawah ini adalah untuk mengelakkan manusia daripada pupus disebabkan pemusnahan yang dilakukan besar-besaran. Pada tahun ke 240 ada dua orang budak ni pasti terdapat jalan keluar daripada kehidupan mereka yang menggunakan tenaga elektrik sebagai janakuasa kehidupan mereka. Mereka terpaksa melalui banyak dugaan untuk mencari jalan keluar dari bandar Ember.

0 Commentores: