BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Khamis, Oktober 29, 2009

Masalah Negara 2

aku dah add dia..






huhu kita tengok pe yang jadi 

Isnin, Oktober 26, 2009

Masalah Negara

Salam

Sebentar tadi aku saja2 google nama orang. Tiba2, Ya Allah sangat hebat kuasa-Mu!
Aku tak tahu samada ini petunjuk atau apa, tapi orang yang aku google kan tu, sorang yang sangat aku kenali dari PLKN, kiranya orang yang aku minatlah.

Betul aku ada juga profile friendster dia, tapi makin lama terlalu jarang kami berhubung. Dia jenis kalau lelaki yang dia tak kenal dia x berapa nak layan. Jadi dalam kes aku, silapnya masa PLKN dulu aku suruh member aku pergi amik no. telefon dari dia! huhu punyala tersangat besar giler malu aku pada perempuan waktu tu. Sampaikan hati nak sangat minta no. telefon sendiri nak pergi bersembang bagai, tapi apa boleh buat MALU menebal!

Tapi alhamdulillah dalam tempoh 2 bulan setengah kitorang kat dalam kem tu, aku ada member yang memahami (cewah) dia ni la yang tolong adjust nya. Hehe bila teringat masa2 tu rasa rugi pulak, ye la semua member yang tolong buatkan, cuba kalau aku yang mula? Kunfem takde posting ni (sebab aku dengan dia selalu kontek). Tapi nak buat macam mana, nasib.

Okeh, aku terjumpa facebook dia masa aku godeh nama dia kat google. Pergh! kalau kau pengguna facebook dah tentu kau akan kata "Facebook helps you connect and share with the people in your life." huhu memang betul pun sebab mudah. Tapi yang aku malunya,

- Nak add dia macam tu je ke atau
- Tanya dia ada tak akaun facebook

Masalah negara kan?

Ahad, Oktober 25, 2009

Akon Berbogel Ketika Buat Show



Salam

Akon tak berbaju

Oh aku menanti mana orang melayu yang sangat2 la beria protes masa si Faizal Tahir buka baju dulu?


Itu Faizal Tahir, macam mana plak dengan Anggun? Alahai takde siapa pun yang bising tentang anggun dengan yang lain.

Oh aku bukan peminat Faizal Tahir atau pencinta seni! Ulangi, BUKAN PEMINAT dan PENCINTA!!

Hm..agaknya kenapa jadi macam tu..dalam majalah Mangga Porno Melayu tu lagi bersepah budak perempuan melayu tnjuk muka tak malu, WHAT THE HELL?

Oh sengaja aku emosi

Si Faizal Tahir tu asal dari kumpulan nasyid Nirwana oleh itu dia tak patut bertelanjang diatas pentas, begitu ke? macam mana pulak dengan isu anak melayu perempuan, yang bersosial dengan lelaki? Anak artis yang HOT2~ lagi bersepah bercampur dengan lelaki bukan suami diorang.

Aku cuma sakit hati dengan dengan melayu jenis macam ni. Benda kecik pun nak protes gila babi. Benda sebesar maruah semua buat dek siap bluurr lagi muka yang tak malu tu.

Tu pasal aku tak sokong industri hiburan Malaysia ni, GOTOHELLSUCKERS!



Credit - http://fajridil.blogspot.com/2009/05/anggun-seksi-salah-siapa.html

Jumaat, Oktober 23, 2009

Hatiku telah dicuri!

Salam

Oh kenapa aku rasa makin naik gila dengan KAU?


Kenapa kau JUAL MAHAL sangat?


Betul kau sungguh CANTIK, COMEL, dan MENAWAN!


Aku tahu aku tak mampu pikat yang golongan kau yang BERKULIT PUTIH.


Tiap malam aku MENATAP BADAN mu, yang hitam manis..bagiku.


Tiap malam aku terasa TERANSANG untuk bersamamu.


Aku mahu ajak kau keluar, tapi kau perlu diteman.


Diluar ni sangat merbahaya..


Kalau kau mahu tahu, semua orang kata aku SESUAI UNTUK DAPATKAN kau


Kau tahu mengapa?


Sebab kau dari keturunan baik, berkualiti dan argh...sungguh indah dunia aku.


Insyaallah kalau ada duit lebih aku akan beli kau!!


:) Canon EF-S 55-250mm f/4-5.6 IS

Khamis, Oktober 15, 2009

Kisah Baju Major



Salam
Hoho akhirnya sampai juga baju dari Food Department. Lebih kurang 2 3 minggu aku tunggu baju ni, sebelum raya rasanya. Hmm..aku pakai, oh tidak! Lengan dia kontot la.. adeh Cuma separuh lengan je baju tu tutup, baki dia terdedah alahai~

Oh aku xberapa berkenan sikit sebab lengan aku bukan lengan gusti..

Hmm..baju dari major aku? Kui..kui..kui..entah. Yang pernah aku beli pun kali terakhir kaler hitam. Style juga la sebab rasanya tu la satu2nya baju ada tulisan “chemical engineering bla..bla..bla..” hoho style cuma masa tu je la.

Oh ada kawan aku ajak aku join diorang jual baju sebelum final ni. Aku cuma design je. Nak tengok ke design baju tu? Heh tunggu lepas baju tu semua dah siap ya. 

Sabtu, Oktober 10, 2009

Reunion @ Melaka V2 - Raya


Salam

Hari ini kitorang ada reunion raya~

Hoho sangat best! Oh ramai dengan banyak pula orang bawa DSLR hari ni.

Oh tapi tu bukan point aku untuk berkongsi.

Huhu aku pun tak tahu nak cerita apa, cuma sebelum aku dengan hanifa begerak pergi Melaka, kami pergi tengok dahulu English Day yang pelajar semester 3 diploma degree buat hari ni.

Fuh! lagi meriah dari tahun yang kitorang buat! Agak sayang juga la sebab masa pergi tu pun cuma jalan2 je. Tak join apa yang diorang buat pun. Tapi rasanya tu satu lagi kesilapan sebabnya booth jualan lagi banyak dari booth aktiviti.

Entah aku pun konfius dengan tema dan tujuan English Day ni. Kemudian baru la kitorang begerak pergi Melaka, peh panas beb tengahari tadi. Aku kalau dah berpeluh memang susah-nak-mati untuk berhenti secara otomatik.

Perjumpaan kali ni lagi meriah sebab ada 3 member kitorang join. Joey kawan kelas aku dulu, ayu dengan izah. Hoho meriah2~

Saja letak tajuk "..East and South Have Talent" hoho orang timur dengan selatan ni banyak bakat la weh..betul~

Link untuk lihat kesemua gambar di Facebook

Selasa, Oktober 06, 2009

Ammonia, En. Azrin dan MiCET



Salam

Hoho aku agak budak2 hostel mesti kelam kabut semalam.

Korang nak tahu? FAKTA ni!

1. Semalam (6/10) ammonia bocor kat Micet! Ni bukan ammonia yang ringan2, standard industri! Hmm..hebatkan?


2. Tahu x, semua tu terjadi kat lab tempat aku buat projek bisnes biodiesel! 


3. Oh, En. Azrin tu pensyarah aku dari semester 4, dia yang incharge lab tu. 


4. Nak tahu tak? ada orang kata ada instrument kat dalam lab tu meletup tu menyebabkan sorang technician, cedera (tak tahu la parah ke tak) dekat muka, dan En. Azrin tu cedera bahagian tangan. Hah dah sampai 'part' ni, macam2 cerita keluar, sampai En. Azrin koma pun ada.


5. Hmm..sebenarnya sehari sebelum semalam masa aku buat projek dalam makmal tu, aku tengok diorang2 ni kelam kabut baiki instrument machine dalam lab tu. 


6. Oh 1 lagi fakta, semua lab diMicet tak boleh digunakan sementara waktu. Tu bermakna, projek biodiesel aku lambat lagi la siap!


7. Hmm..sebenarnya sehari sebelum semalam, aku dah booking nak gunakan lab tu pada malam semalam, lepas tu jadi macam ni, alahai~ alhamdulillah mujur tak pergi lab semalam.

Hah tu jela faktanya. Semester ni dah 2x arahan kuarantin dikeluarkan. Harap2 la takde kelas hari ni.. :)

Sabtu, Oktober 03, 2009

Keramaian 2009



Salam

Hoho lepas posting luahan merapu yang baru ni, aku nak bercerita pasal pesta keramai-ramaian malam semalam.

Oh malam semalam kampus aku ada buat majlis hari raya, alah setiap U ke kolej ke mesti buat benda ni semua.

Fuuhh~ mujur aku bawa baju melayu raya kaler kuning. Tapi sayang! songket kaler ungu yang beli kat Kuala Terengganu hari tu, tak bawa! Nampak macam kontra kuning vs ungu, tapi kena dengan kulit aku yang warna coklat hoho bukan putih cerah ya.

Kami, aku ijat dengan haliman, gamble je pergi tak beli kupon RM5. Peh ada orang kata mahal banding tahun sebelum ni. Tapi aku memang sengaja tak nak beli, kut sampai masa ada yang tak jadi pergi, semua cancel.

Sampai tu, memang ramai la orang. Perempuan dengan mekap comel mereka, lelaki dengan baju melayu lengkap. Mujur takde yang pakai keris kat pingang.

Cuma konklusinya yang aku dapat dari member2, malam tu x meriah mana pun. Kalau meriah mungkin sebab last sekali tu diorang ni berkumpul amik gambar. Okeh! harap aku semester 1 kat situ nanti lagi meriah ya!