assalamualaikum
Berikut ialah apa dilakukan sepanjang 6/7-13/7
6.7.08
aku sampai ke "Rumah Sewa Orang2 Bujang Simpang Ampat"
hanya aku dan hafiz je yang ada
8.7.08
aku bertolak seorang diri ke k.ill pada jam 11.00 pagi menaiki bas Jebat Ekspres untuk berfoya-foya dan bertemu dengan Badrul@Bro Yo, sepupu.
sebaik tiba di Pudu, dengan pantas aku mencari tandas untuk "make up"kan diri
member aku pun sampai dan kitorag pergi Sogo dan lepak disitu
memandangkan less kaw-kaw ok, aku beli sehelai baju Padini bercorak hitam. sungguh fit dengan badan aku.
disebelah malam aku berjumpa dengan sepupuku di...aku sudah lupa.
9.7.08
aku pulang ke melaka pada pukul 12 tengahari
aku telah ditipu oleh akak yang jaga kaunter kerana, dia mendakwa tiketku melalui Alor Gajah dahulu sebelum ke Melaka, namun sebaliknya yang terjadi.
10.7.08
motor Wave yang abah hantarkan pada isnin lepas telah sampai ke melaka. buktinya aku dihubungi oleh pihak pos laju melaka
rakan-rakanku yang dihalau keluar dari asrama MICET telah datang melawat kerumah kami pada malamnya. namun tidaklah semeriah mana.
pada jam 11 malam aku hafiz dan rooney pergi merongeng-ronggeng ke Ayer Panas Gadek pada sebelah malam. namun tidaklah sepanas mana air panas yang kami mandi. sungguh tidak seronok.
pulang pada jam 3 pagi
11.7.08
sungguh lemah badanku pagi itu
petangnya pada mulanya aku hafiz dan rooney merangcang mahu bermain futsel pada petang itu, namun disebabbkan ketiadaan bole futsel dan court, hafiz mencadangkan pergi ke pantai...lupa, untuk melihat matahari terbenam.
agak jauh perjalanan ke pantai itu
Para/Amir pulang kerumah sewa akhirnya.
malamnya kami pergi funfair di Tampin. rooney telah terpikat dengan keayuan seorang gadis disitu. tambah beliau lagi wajah gadis itu adalah "kena" kehendak beliau yang sukakan gadis kacukan India+Melayu=Muslim. sungguh aku tidak sangka. namun begitu disebabkan ketidakberanian beliau untuk mengur gadis itu, maka terlepaslah peluang untuk beliau berkenalan. agak malang bagi beliau.
12.7.08
aku dan rooney keluar ke bandar melaka untuk membeli belah. hafiz pergi ke Serdang untuk menguruskan ptptn adiknya yang sebaya aku yang meelanjutkan dalam bidang Ijazah Aeroangkasa. bidang yang paling aku minati sejak darjah enam. Para pula pulang ke kampungnya di melaka.
malamnya aku tidur dirumah sewa rooney yang baru pindah masuk. lagi pun hanya aku seorang sahaja dirumah pada malam itu.
13.7.08
hampir semua sampai tiba dirumah kecuali kowi dan budin.
sekian~
akhirnya "terguna" juga label "aktiviti budak kampus"..
BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI
http://posto-posto.blogspot.com/
Isnin, Julai 14, 2008
1 minggu Di Simpang Ampat
Pos Laju-laju 6:42 PG
Spiesis Aktiviti Budak kampus, Bahasa, Diari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Commentores:
Catat Ulasan