BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Selasa, Disember 01, 2009

9 Gambar Foto Yang Paling Terkenal!

Salam

Hoho fakta yang best
http://wickedreport.com/top-10-world-most-famous-photos-ever/



01. Afghan Girl [1984]
Photographer: Steve McCurry

Gadis Ahghanistan, hoho gambar ni telah diambil oleh jurugambar National Geographic Steve McCurry. Sharbat Gula adalah salah seorang pelajar disekolah yang tidak rasmi didalam kawasan kem pelarian. Dia ni masa tu berusia lebih kurang 12 tahun dan telah menjadi muka depan majalah National Geographic pada tahun berikutnya. Walaubagaimanapun, identity dia hanya mula diketahui ialah pada tahun 1992.


02. Omayra Sánchez [1985]
Photographer: Frank Fournier

Omayra Sánchez ni salah sorang daripada 25,000 orang mangsa bencana gunung Nevado del Ruiz (Colombia) yang meletup pada November 14, 1985. Budak berumur 13 tahun teperangkap kat dalam air dan konkrit selama 3 hari, walaubagamanapun dah takdir dia, gambar ni sempat diambil sebelum dia mati sekaligus mencetuskan kontroversi diantara jurugambar ni dengan kerajaan Colombian yang x amik kisah dengan bencana apabila gambar ni disiarkan seluruh dunia.


03. Portrait of Winston Churchill [1941]
Photograph from: Yousuf Karsh

Gambar ni diambil oleh jurugambar kanada Yousuf Karsh bila Winston Churchill datang (singgah minum kut) ke Ottawa. Gambar portrait Churchill ini telah membuatkan Karsh menjadi femes diperingkat antarabangsa. It is claimed to be the most reproduced photographic portrait in history. It also appeared on the cover of Life magazine.


04. The plight of Kosovo refugees [1999]
Photographer: Carol Guzy

Gambar ni sebahagian daripada The Washington Post’s Pulitzer Prize-winning entry (2000) menunjukkan macam mana pelarian Kosovo Agim Shala, 2, kena pas-pas melalui dawai berduri untuk diberikan pada tok nek dia di kem pelarian United Arab Emirates di Kukes, Albania. Ahli keluarga Shala berkumpul kat sini, kira reunion kut, lepas berjaya melarikan diri dari konflik kat Kosovo.


05. Stricken child crawling towards a food camp [1994]
Photographer: Kevin Carter

Hoho gambar ni, jurugambar dia memang femes sampai sekarang walaupun dah mati. Gambar ni yang diambil pada tahun 1994 semasa krisis makanan atau kebuluran di Sudan berjaya menang anugerah Pulitzer Prize. Macam yang kamu tengok, budak ni lapar sampai kering badan dia, uish kesian gile bila aku tengok. Burung tu nama speisis dia Vulture tengah tunggu budak tu mati, pastu baru boleh buat kenduri. Gambar ni telah mengejutkan seluruh dunia. Takde siapa yang tahu apa yang jadi pada budak tu, termasuk la si Kevin yang Cuma ambil gambar lepas tu chooww laju-laju. Disebabkan kejadian ni dengan yang lain-lain (kamu boleh rujuk wiki) dia bunuh diri sebab terlalu tekanan. Memang superb gambar-gambar yang dia ambil.


06. Segregated Water Fountains [1950]
Photographer: Elliott Erwitt, Magnum Photos

Ada hikmah Allah jadikan sebahagian manusia ni berkulit hitam, heh msti tukang amik gambar ni pening, omputih, putih sampai x ternampak. Gambar yang memisahkan, orang zaman sekarang panggil water cooler antara kulit di Noeth Carolina.


07. Burning Monk – The Self-Immolation [1963]
Photographer: Malcolm Browne

Pada 11 June 1963, Thich Quang Duc, sorang sami Buddha dari Vietnam, membakar diri dia sendiri tanda protes disimpang jalan yang sibuk kat Saigon. Sami Buddha menuntut supaya regime tarik balik larangan diorang supaya bendara tradisional agama Buddha ni dapat dikibarkan, memberi hak yang sama rata kepada penganut Buddha sebagaimana penganut Catholicism, lepas tu menuntut supaya hentikan tahanan terhadap penganut Buddha dan berikan kebebasan kepada sami dengan penganut diorang untuk mengamalkan dan menyebarkan agama diorang.


08. Bliss [~2000]
Photographer: Charles O’Rear

Hoho mesti kamu pernah tengok gambar ni di skrin tv kamu kan? Bliss ni nama sebuah gambar lanskap di Napa County, California. Dalam gambar asal tu mempunyai, bukit yang menghijau dan langit yang biru dan awan2 yang sirrus. Gambar ni digunapakai sebagai wallpaper asal untuk tema “Luna” dalam Windows XP. Ok gambar ni diambil oleh fotografi profeisional, Charles O’ReAR seorang penduduk St. Helena di Napa County untuk syarikat digital-design High Turn. Gambar O’Rear telah menjayakan iklan Windows XP sebanyak US$200 juta dalam kempen Yes You Can


09. The Triangle Shirtwaist Fire [1911]
Photographer: International Ladies Garmet workers Union

Gambar mayat di Triangle Shirtwaist Company. Peraturan syarikat yang menetapkan supaya semua pintu keluar di kilang dikunci supaya pekerja (kebanyakan pendatang wanita) tidak dapat mencuri atau lari. Apabila kebakaran berlaku, 146 orang mati pada hari tu.

3 Commentores:

cik tika berkata...

haahh. best entry kali nih. :)
(da berjanggut sy tak bg komen)

Amir' berkata...

hoho kena tukar strategi pemasaran la gini hehe anywy tq bg komen :)

cik tika berkata...

haha. takpa2. jarang tak beerti lupa. :)