BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Jumaat, April 17, 2009

UniKL di IPTA kan


Salam

KUALA LUMPUR: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (Maju) mungkin ditukar statusnya menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam usaha memantapkan pembangunan prasarana dan modal intelektual kedua-dua universiti swasta itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kaedah terbaik dan paling sesuai untuk menukar status UniKL dan Maju sedang dikaji selepas kedua-duanya secara rasmi dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi, kelmarin. 


Adakah kau sudah tahu UniKL kini menjadi ipta ?

Oh! aku tak mahu UniKL menjadi ipta! Ya kalau menjadi ipta UniKL tidak akan dipandang lagak lagi oleh budak-budak ipta yang lain disebabkan swasta sebelum ini. Tapi jika sudah ditukar menjadi ipta, maka UniKL mungkin bukan lagi universiti 90% pelajar adalah orang melayu, dan sudah tentu untuk menjaga kualiti, kemasukkan ke UniKL diketatkan seperti ipta yang lain. Alahai, aku mahu habiskan hidup belajar aku berbaki 6 tahun 7 bulan lagi disini.

Persaingan sengit akan berlaku. Aku tak rasa pelajar peminjam MARA yang lain mahu tukar pinjaman dari MARA ke PTPTN. Aku tak mahu. Penggunaan fasiliti makmal mungkin terbaik dan berbeza dari ipta yang lain akan menjadi sesuatu yang tiada beza dengan ipta yang lain. Untuk pengetahuan kau, fasiliti makmal di UniKL sahaja yang lengkap (tegur jika salah) nak dibandingkan ipta yang lain.

Banyak perbezaan mungkin akan jadi nanti. Kau sendiri tahu apa rasa kalau tinggal dikolej yang serba terjaga dengan skemanya perlu pergi ke kelas. Dulu boleh pakai selipar, dulu boleh berambut panjang, dulu boleh pakai T, dulu boleh keluar masuk suka hati. Mungkin nanti pelajar MICET ramai yang jenis open-minded, ramai yang sporting dan segalanya berbeza. Yang pastinya kualiti pejar terjamin gila-gila oleh kementerian.

9 Commentores:

cik tika berkata...

dah terbese dengan status budak ipts.
rasa cam lain pulak tiba-tiba kena tukar status jadi budak ipta.
huhuhu.
ada masa 6 7 bulan lagi kat unikl.
saya 2 taun lagi..
aiyak. T___________T

Huzai berkata...

PEERGHHHH benci siak. IPTA ape kelas. Marah sehh gua..!!

AmirHaddatsa berkata...

Amir Reply:
Cik tika - ouh bnykkn minum h2o k tika..bkn skejap pn 2 thun tu..bykkn cek tekanan darah k

Huzai - Rilek la bro..jum g bakar agrement drg kat kementrian mlm ni..nk x?!

hahijaw berkata...

pstu lg di larang lg menjadi2. elok2 dtg nk belajar jd memberontak. yg penting jiwa btul x? lg pn ape beza hands on dgn ipta laen nnt?

AmirHaddatsa berkata...

btul2..adeh rilek la jgn nk berontak xbek ntuk kesihatan hahah

akid berkata...

UniKL masih IPTS

-student BMI-

Mr K berkata...

Ya. Masih IPTS. itu bagus

UniKL Forumer berkata...

Salam, anda semua dijemput untuk memeriahkan forum unikl.forumer.com

Fariqh berkata...

im currently stdying in uniKL RCMP...for my opinion...i agree if the ministry convert the UniKL to IPTA...but MUST BE ON THE CONDITIONS ....SUCH LIKE MARA loan must be 'PERMENANT' n not for the PTPenipu!!!!....n other such things...