Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009 setelah melakukan kajian mendalam.
BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI
http://posto-posto.blogspot.com/
Rabu, Julai 08, 2009
Optimus Prime Boleh Cakap Melayu!
Salam
Korang dah tengok Transformers ke belum? Beh~
Hoho hari ni pergi tengok filem Transformers, adeh best pula. Tapi aku rasa yang pertama lagi best kut, hoho sebab yang pertama tu aku pergi tengok kat panggung juga tapi perasaan dia tak sama macam yang kedua ni. Aiya~ masa tengok tu rasa sekejap je padahal filem tu 2 jam 20 minit, tapi yang tak bestnya, terlalu sejuk! Sipi-sipi nak ter'tui~.
Tu lah siapa suruh beli air Spritzer..
Tapi nak buat macam mana sebab lepas aku beli tiket tu aku kena hantar barang adik aku pula. Panas siang hari ni, mujur tak peluh banjir je aku. Layan DVD dia pula lepas ni.
PPSMI ke PSMI?..tak kisah la apa pun
Aku bukan golongan mana-mana parti politikus yang hancing kat dalam Malaysia ni.
Hoho sebenarnya aku tak setuju langsung dasar ni. Kau racun macam mana pun aku memang tak bersetuju dengan dasar ni. Sebabnya macam semua maklum penarafan budak-budak sekolah ni makin menurun. Memang orang tua kata "alah budak sekarang makin senang belajo tak sama macam kitorang dulu-dulu kala hoho~~" sebabnya makin lama makin senang.
Heh tapi disebabkan makin senang ni la aku sampai tahap ni. Entah-entah kalau ikut sistem feudal tu mesti aku repeat paper berpuluh kali. Tapi aku bukan nak ceritakan pasal ni.
Sekarang ni kalau korang tengok drama tv3, dah takde dialog pure melayu betul tak? Pelakon yang takde guna faedah pada ekonomi negara berlakon cakap bahasa Inggeris sekerat-sekerat, baru la stailkan? Baru la ada gaya dengan tajuk ARTIS kat depan nama. Hoho hebatkan slang yang diorang cakap tu?..kaku. Suruh diorang ni yang belajar semula guna dasar PPSMI tu.
Aku rasa kat rumah orang-orang besar melayu lagi hebat tahap dewa bahasa inggeris diorang dari artis kampung ni. Am I Right? Aku lagi segan nak dengar apa diorang cakap..iyala dah pergi luar negara kan. Tapi tak kisah la dengan golongan ni sebab diorang dah hebat. Tapi yang kesiannya kadang terkeluar juga bahasa inggeris kalau bercakap dengan pak mak cik. Pergi jalan dalam Tanah Melayu ni pun diorang lagi sanggup cakap bahasa inggeris..betapa agungnya inggeris.
PPSMI dikatakan sebagai persediaan untuk pelajar sebelum pergi ke IPT. Aku sampai sekarang noob bahasa inggeris. Tapi macam mana la ya Jepun Amerika Russia China boleh maju kehadapan ya. Kalau korang noob untuk memahami sesuatu maklumat, kalau disediakan depan korang antara buku bahasa Melayu dan Inggeris, yang mana korang pilih?
Jelasnya kaum Melayu hari ini, bahasa diorang makin terhakis. Aku dengar kalau kat Korea, diorang sanggup buat wawancara kat seluruh dunia untuk mencari sesiapa sahaja selain orang Korea untuk bercakap bahasa Korea. Yusuf Haslam dengan anak-anak dia tak boleh lawan la cerita dari Korea ni sebab bahasa Melayu kan second standard, tak gitu? Orang cina pun marah sebab PPSMI gugat bahasa diorang.
Cuma disini harapnya kalau PPSMI tu berjaya, berjaya biarlah pada orang yang nak cari ilmu. Jangan yang hebat menghiburkan orang ni nak amalkan sekali dasar PPLNI (Pengajaran dan Pembelajaran Lakonan dan Nyanyian dalam bahasa Inggeris). Sebabnya dari sejak darjah satu lagi kita semua mesti pernah buat karangan "Televisyen memberi kesan buruk".
Biarkan PPSMI tu cuma dalam sekolah sahaja. Secara konklusinya bahasa Melayu dah takde nilai.
Hoho lupa lak 2010 nanti aku nak cadangkan kat Majlis Olimpik Kebangsaan supaya mengusulkan cadangan aku ni..Tak sia-sia kalau diorang usulkan, percaya la.
DIADAKAN PERTANDINGAN SUKAN NYANYIAN.
Pembekal atlit,
Astro - Jangan Lupa Lirik, Akademi Fantasia
Tv3 - Mentor, Jomheboh, OIAM
Pos Laju-laju 10:34 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 Commentores:
Aduhai..
Sakit hati PPSMI dimansuhkan for some reasons..=(
Catat Ulasan