BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Selasa, Jun 02, 2009

Part-time Oh Part-time


salam

YahOo! Amir dah dapat idea!

Oh dah hampir sebulan cuti semester bermula. Bukan aku tidak mahu update tetapi takde bahan nak diceritakan pada kau. Hari-hari buat dan buang lemak. Takde perubahan.

Hari sabtu minggu lepas aku mula buat kerja part-time yang dulu-dulu tu..iaitu kerja menghidang makanan! Oh sebenarnya kawan aku keluarga dia ada buat perkhidmatan katering, jadi disebabkan diorang x cukup orang, jadi aku dengan kawan-kawan kau yang lain dipanggil untuk datang membantu. Aku tak panggil gaji sebabnya sehari dapat RM30 sahaja tak kira kau terlebih rajin berkerja atau macam mana banyak tu juga kau dapat. Tapi kira ok la juga kan sementara duit takde ni.

Kadang-kadang bising juga le mak aku suruh pegi cari kerja. Tapi aku malas teramat. Niat cuti sems kali ni aku nak cuti bersungguh-sungguh. Tu la pasal aku malas nak pergi cari. Tapi aku ada ambil borang 7Eleven. Alahai setakat ambil dan isi je, hantar? entah la..fikir-fikir peluang tu mesti tipis. Bongek taknak amik risiko.

Oh apa yang kau buat masa cuti-cuti ni?

Ini jadual aku dari Isnin sampai jumaat

10Am - Bangun, baring-baring kat atas kerusi, buka tv, on pc, online

1 PM - Mandi, Online


3 PM - Rilek-rilek, tengok tv


4PM - Online


6 PM - keluar jalan-jalan, tengok tv


8 PM - online 


10 PM - Makan malam, tengok tv


12 Am - online


3 AM - Tido

Heh hari sabtu dengan ahad berterabur. Aku pun tak tahu apa yang aku buat 2 hari tu. Kadang stamina tidur overload heh nak buat macam mana kan.

Oh aku sebenarnya tak jadi pergi tengok gig Yuna sebabnya..ada kat kemaman time tu! huhu! dah berapa kali aku bagi signal suruh balik tapi taknak balik-balik juga!

Oh ada seorang kawan bloggers aku balik hari ni dari UK (ulu kelantan ekek!). Nama dia Ika. Selamat pulang Ika !

3 Commentores:

Fina berkata...

seronok gile jadi lelaki. gile ah aku dah jeles. ahahaha

minat yuna eyh?

miss GAZA berkata...

erk,
smayang tak ni bro?

lalala~

AmirHaddatsa berkata...

fina - alahai baru tahu ke jadi laki ni syookk~~ haha

m. gaza - hoho dalam rilek2 tu ad masa ntuk smbhyng