kisah tulang rusuk..
ade 1 cerite....
WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu,
adalah tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam
kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan
menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari
tulang rusuknya yang hilang dan saat
menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu
mengalami masa yang indah dan manis
untuk sementara. Setelah itu, pasangan
muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan masing-masing dan kelelahan
hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat
mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai
bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari
pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar dari rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia
berteriak "Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!". LELAKI sangat membenci
ketidak dewasaan WANITA dan secara spontan
juga berteriak "Saya menyesali dengan
perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan
tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri
kaku untuk beberapa saat. LELAKI
menyesali akan apa yang sudah dia
lafazkan, tetapi seperti air yang telah
tertumpah tidak mungkin untuk diceduk
kembali. Dengan berlinang air mata,
WANITA kembali ke rumah dan mengambil
barang-barangnya, bertekad untuk bertekad untuk
berpisah.
"Kalau saya bukan tulang rusukmu,
biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati
masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum
lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin
dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui
WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia
meminum kopinya dan merasakan sakit
dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup
mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu
kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan
perpisahan, mereka dipisahkan hanya
oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya
kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ?Tidak ada
yang berubah.
WANITA tersenyum man is , berlalu dihujung lafaz "Selamat tinggal..."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima
khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali
lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu
adalah kerana WANITA, tulang rusuknya
sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau
kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan.
Seringkali penyesalan itu datang di
kemudiannya, akibatnya setelah kita
menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat....
Kerana itu, jagalah dan sayangilah
orang yang dicintai dengan sepenuh
hati... Sebelum mengucapkan sesuatu
berfikirlah dahulu, apakah kata kata
yang kamu ucapkan akan menyakiti orang
yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah
dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang
dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata
yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima???
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.A
0 Commentores:
Catat Ulasan