Ahad, September 06, 2009
Oh Indon
Salam
Heh aku pun, sebahagian orang indon juga ke?
Ok, aku orang Melayu. Kalau buat survey secara lisan pada orang melayu Malaysia,
"Hey kau ni orang indon ke?"
Heh, maka kau akan dapat tiga jawapan.
"arrgghh aku orang Malaysia la!"
"aku? hmm..tok aku orang bugis"
"aku..entah la..xde beza pun aku dengan diorang"
Baru-baru ni ada berita orang indonesia bakar bendera Malaysia. Hoho secara serius tentu bukan main2, bagi aku orang malaysia ni x cukup berani nak balas bakar bendera Indonesia. Gila apa kalau kita balas tindakan diorang tu?! Biarkan sahaja diorang bakar!
Sebabnya?
"Nak beli bendera Indonesia kat mana?"
"beb kawasan rumah aku tu ada orang indon ar"
"bhai lagu puspa poyo ni sedap nak mampus!"
"wei jangan buat rugi ko je..bukan ada TV3 nak datang rakam pun"
"alah lantak diorang la! datang ar sini kalu berani!"
Bukan susah nak jumpa orang yang bagi jawapan macam ni. Kalau aku jawapannya mungkin yang last tu.
Muzik, drama, bangunan, orang indon dah pegang Malaysia la. Kau jangan mimpi la kalau suatu hari nanti ada sepanduk Ganyang Malingsia kali kedua, Malaysia akan selamat, jangan mimpi!!
Entah bini jiran kau yang dari jawa tengah tu boleh bunuh kau sekeluarga sebab Ganyang Malingsia dah diistiharkan.
Media Malaysia ni kalau diberi kebebasan yang macam Anwar tu nakkan, heh media indon kata orang Malaysia bodoh, media Malaysia balas orang indon 2x bodoh sebab miskin.
Facebook, blogspot pun orang indon sindir Malaysia. Alahai kasihanya kau orang indon.
Heh, harap-harap ler orang bekerja kat kedutaan indon tu selamat ya..
Pos Laju-laju 10:04 PG 4 Commentores
Ahad, Jun 28, 2009
Selamat Tinggal Michael
Semua dah tahu Jacko dah meninggal dunia semalam. Aku tak tahu nak kata dia ni Islam pada nama atau memang dah Islam atau Kristian. Sebelum ni semua dah tahu yang berita SiJacko ni masuk Islam tersebarkan. Lepas dari tu ada yang kata surat khabar inggeris The Sun, cuma buat gimik sensasi. Entah ler..benda macam ni pun boleh buat main.
Hmm..kalau korang ingat tahun 90an, televisyen kat rumah kau tu mesti ada pasang tayang lagu. Lagu ni femes nak mati rasanya masa tu. Masa tu aku suka lagu ni pun sebab buat aku fikir, macam mana la diorang buat video klip orang mati, pokok tumbang boleh elok semula. Aku tak tahu nak kata apa..sampai sekarang pun terfikir macam mana diorang buat video macam tu. Kan bagus kalau video tu ditayangkan balik pada masa sekarang ni.. tak gitu?
Michael Jackson - Earth Song
Ini pula aku cilok dari Youtube. Aku tak tahu la betul ke tak, tapi sekurang-kurangnya kita tahu la juga apa yang jadi dan agak-agaknya mesti Lan Pet Pet sedih melampau sebab idola dia ni dah takde
I dont know if u guys have heard , BUT you know that KID that said Michael Jackson abused him in 1993? Well after Michael Jackson died , the kid admitted THAT he was lying and he also said that the only reason he made up that story was because his step father pushed him to say that so he could steal Michael Jackson's money and at the same time Michael jackson was all about helping children and people in need... Rip Mj (King of pop) You will never forgotten!! :'(Heh apa-apa pun Rest In Peace la ko ya Jacko. Ko meninggal pun aku terasa.
Michael Jackson 1958 - 2009
*sampai post ini ditaip, ada sebilangan web yang tak dapat dimasukki disebabkan over bandwith limit
Pos Laju-laju 9:57 PG 0 Commentores
Spiesis Diari, Hi-Streaming, Islam, Lagu, Pedoman, Perpisahan, Suatu Sentuhan
Ahad, April 05, 2009
Karangan Father Muslim
Salam
Aku menaip bukan untuk mengkritik bahkan untuk mengingatkan dan menyebarkan
Pernah tak kau baca karangan Father Muslim seperti begini;
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).
> > >
> > > Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. Selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
> > >
> > > (a)isteri tidak mendengar kata suami.(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa
> > > (c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.
> > >
> > > Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.
> > >
> > > PESANAN HAMBA INI
> > > (a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
> > > (b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
> > > (c) Bersembahyanglah
> > > (d) berzakat - jangan ditinggalkan.
> > > (e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
> > > (f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.
> > >
> > > UNTUK MAKLUMAN
> > > 1.seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.
> > > 2.seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
> > > 3.Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekasKetua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.
> > > 4.Tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.
> > >
> > > p/s:- Hanya ALLAH Sahaja yang tahu kebenarannya..Dari ALLAH kita datang,kepada ALLAh kita kembali..
Jadi ini adalah hukum yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1978.
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).
Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.
Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Surat_berantai
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=545
http://al-ikhwanweb.tripod.com/fatwasuratberantai.htm
http://keretamayat.blogspot.com/2007/04/sudahkah-anda-baikot.html
Selasa, Februari 24, 2009
Hiburan Kelas Ketiga
Salam
Situasi Malaysia hari ni. Obama dah lama angkat sumpah jadi presiden Amerika. Malaysia dah lebih beberapa bulan tamat piliharaya. Amerika sibuk fikir macam mana nak kurangkan masalah inflasi pelaburan disana. Dua industri yang sangat mengkayakan budaya Malaysia; hiburan dan politik. Hiburan untuk lalaikan penganggur penganggur yang dah dibuang kerja. Hiburan untuk sesiapa sahaja yang mahu lupakan inflasi hari ini.
Kenapa nak bimbang? Rizab antarabangsa Bank Negara ada USD91.3 bilion. Malaysia masih kaya dikalangan negara dunia ketiga.
Jangan risau, orang kita masih lagi sangat berminat dengan parti politik. Pelajar tingkatan lima pun dah ada blog politik sendiri. Apa nak hairan dengan Melayu? Gila kuasa? Orang kita kan masih minat bersaing untuk mati. Orang kita masih lagi amatur untuk membuat filem peribadi sendiri, mesti ambil masa untuk belajar. Orang kita kan masih cintakan bahasa lain. Masa?
Jangan risau, orang cina masih wujud kat malaysia untuk running ekonomi Malaysia. Orang india masih wujud untuk isi kekosongan pekerjaan di Malaysia. Orang Indon masih ada keinginan untuk jadi pendatang asing Malaysia. Orang Bangla kan sanggup untuk jadi pencuci tandas di Malaysia. Orang Pakistan masih cintakan gadis Melayu.
Malaysia masih wujud sebab ada golongan ni. Orang Melayu pun masih boleh wujud untuk terus bagi hiburan pada golongan ni dan untuk terus membantu golongan dari negara yang susah. Sebahagiankan masih sanggup untuk bertakliq buta. Malaysia kan rela dijadikan negara kebajikan.
Kredit untuk mohdismail
Pos Laju-laju 5:28 PG 2 Commentores
Sabtu, Januari 17, 2009
Melayu Haram!
Salam
Hoho anda ada myspace? Aku pun ada juga. Anda ada friendster? Aku pun ada juga. Berbanding myspace dengan friendster, myspace aku guna sejak dari awal tingkatan 4 friendster pula lepas tingkatan 5.
Myspace masa zaman aku dulu (tingkatan 4 5) sukalah aku main sebab klik "add me" dah jadi kawan. Lagi pun budak sekolah aku yang ajar guna myspace. Waktu tu anime Naruto tengah femes, aku salah sorang dari otaku dia. Tapi tak lama lepas tu, myspace kena serang hackers. Aku dah mula bosan gler dengan lucah myspace yang macam haram ditambah sial tu.
Tapi sekarang aku mula aktif myspace. Aku guna akaun lama tapi tukar password.
Melayu Jahanam. ok tak? Kalau aku ada power macam otromen ke tok dalip ke (pepaya tak main ) atau sesiapa saja mesti aku dah pi serang budak-budak Melayu haram ni.
Heh aku bagi 2 contoh ni jela ye. Hebatkan kuasa myspace ni? Kawan aku yang perempuan pun kata
"alah myspace tukan banyak lucah bogel mesti korang layan kan.."
Tapi yang paling menanya sekali ada 1 profile myspace budak melayu tu lagi teruk. Kepala dengan muka melayu pakai tudung, tapi badan orang lain. Hoh yang ni memang level touching, agaknya mesti mamat sial mana yang tak puas hati dengan sorang permpuan ni kemudiannya dia pi edit muka supaya match dengan badan orang lain. Anda faham kan?
Hoho myspace ni kalau ada yang nak tengok fesyen melayu sepanjang zaman, elok ar tengok myspace.
Myspace pengguna dia seluruh dunia, banding friendster pasaran hanya cuma di asia tenggara sahaja. Jadi promosi menggunakan myspace lebih laku banding friendster. Sebab tu isu malay naked and violence on myspace tak boleh didelete akaun mereka.
Penyelesaiannya? aku pun tak tahu.
Pos Laju-laju 9:51 PG 7 Commentores
Jumaat, Januari 09, 2009
Rabu, Oktober 29, 2008
Makian Seorang Makcik
Salam
Apa yang kau main dengan makanan tu bodoh! Ko jangan nak main dengan nasi nih! Makan cepat bangang!
Pos Laju-laju 7:12 PG 15 Commentores
Selasa, Oktober 07, 2008
Kami The Movie
Salam
Baru-baru ni (selasa malam) aku, Hafiz, Wan, Budin pergi tengok filem KAmi The Movie! Hehe. Mulanya Wan kebosanan tahap hyper duduk kat rumah, yela takde aktiviti lansung! Meh baca perbualan yang terjadi kat dalam rumah usang ni.
Wan telefon
Wan: Kat Dataran (Dataran Pahlawan)
9:10 malam berkejar pergi Ayer Keroh Melaka.
Di Dataran filem Kami mula pukul 9.50. Jadi kami pergi ke Melaka Raya, MBO.
Di MBO filem tu mula 10.15 kami sampai pula masa tu tepat jam 10 (jam tangan aku ler)..
+++sinopsis untuk Kami The Movie+++
Hidup ini memang
Filem "KAMI" mengekalkan Liyana Jasmay sebagai Lynn, Syarul Ezani (Ali), Nas-T (Abu), Juliana Evans (Sofie) dan Zayanah Ibrahim (Adii) juga Zahiril Adzim sebagai (Boy). Ia meneruskan kisah lima sahabat ini yang bakal meninggalkan zaman sekolah.
Lynn, tanpa diketahui rakan-rakannya telah berpindah dari kampung bersama ibunya untuk membina hidup baru setelah Lynn didapati bekerja untuk Boy, seorang pengedar dadah.
Lebih mengeruhkan keadaan, Lynn yang menulis majalah terbitannya sendiri iaitu KAMI dibawah nama samaran Teka Teki telah menyumbangkan ulasan yang mengkritik pedas band Ali di dalam sebuah majalah muzik tempatan. Dalam kesukaran menyembunyikan rahsianya, Lynn mendapati semua rakannya juga mempunyai rahsia masing-masing.
"KAMI" bermula dengan Abu melarikan diri dari rumah akhlak untuk bersama Ali meraikan hari terakhir Lynn, Sofie dan Adii menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Namun, kegembiraan mereka tidak kekal apabila kehidupan lampau Lynn kembali menghantui dan mencetus konflik lalu memaksa setiap daripada mereka untuk berhadapan dengan pergolakan hidup masing-masing dan membuat keputusan yang bakal mengubah hidup mereka buat selama-lamanya.
Pos Laju-laju 10:39 PTG 0 Commentores
Spiesis Aktiviti Budak kampus, Budaya, Diari, Hiburan, Pedoman, Wayang
Jumaat, September 26, 2008
Perubahan Friendster
Salam
Pos Laju-laju 9:36 PG 0 Commentores
Rabu, September 17, 2008
Kanser Payudara
Salam
Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel? Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.
Faktor–faktor
Berikut adalah faktor-faktor yang telah dikenal pasti
Jantina
Kanser payudara adalah khususnya penyakit wanita (95% daripada kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita)
Umur
Semakin usia meningkat semakin tinggi risiko. Wanita yang berumur kurang daripada 25 tahun jarang sekali mengidapi kanser payudara
Perbezaan geografi
Kawasan kediaman memainkan peranan. Kanser payudara lebih didapati di negeri barat jika dibandingkan dengan negara Asia atau Afrika (sila lihat Barah Payudara - Permasaalahan serius)
Riwayat kanser payudara
Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda
Adanya riwayat penyakit payudara
Ini meliputi semua keadaan di mana terdapat sel-sel abnormal. Wanita di mana sel-sel agak abnormal iaitu hiperplasia atypical mempunyai kadar risiko 4 kali ganda menghidapi kanser payudara. Begitu juga dengan penyakit fibrosistik atau penyakit proliferatif.
Riwayat haid
Sekiranya seorang wanita baligh pada usia sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun, risiko ia menghidapi kanser meningkat 2 atau 3 kali ganda. Ini berkaitan dengan fasa kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon oestrogen.
Jumlah anak
Seorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30 tahun mempunyai risiko tinggi menghidapi kanser payudara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak terganggu.
Pendedahan radiasi
Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku
Pendedahan kepada letupan bom atom boleh meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Risiko radiasi diperolehi daripada data pendedahan tinggi seperti mangsa letupan bom atom, pelombong uranium, mangsa pendedahan gas radon, pesakit tuberculosis yang pernah mengalami floroskopi ulangan (satu cara pemeriksaan yang tidak dilakukan lagi) dan pesakit yand didedahkan radiasi untuk rawatan penyakit mastitis dan penyakit Hodgkins. Dos yang didapati merangkumi 250mGy – 20Gy (25 sehingga 2000rads). Dos seperti ini tidak digunakan semasa pemeriksaan diagnostik
Status socioekonomi
Status socioekonomi tinggi akan meningkatkan risiko kanser payudara. Ini berkaitan dengan usia semasa baligh, usia semasa putus haid, usia ketika hamil anak pertama dan juga pemakanan
Pemakanan
Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walaubagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa kaitan antara kadar kanser payu dara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol telah membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2.0 kali ganda.
Saiz tubuh
Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi
Penyusuan
Kajian telah menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara penyusuan dan kanser payudara. Penyusuan tidak memberikan apa perlindungan. Kajian Carolina Breast Center pada tahun 1999 telah menunjukkan bahawa penyusuan merendahkan sedikit risiko terhadap kanser payudara di kalangan wanita yang boleh hamil (child bearing). Kajian ini juga memperingatkan wanita jangan melakukan penyusuan hanya sebagai perlindungan untuk kanser payudara. Penyusuan harus dilakukan kerana manfaat kepada kedua dua ibu dan bayi.
Kanser Payudara dan Pemakanan
Kanser payudara telah menjadi satu penyakit yang tidak mengenal batasan, miskin, kaya, tua, muda turut diancam. Pemakanan merupakan satu faktor yang ada kaitan dengan pencegahan, rawatan dan pemulihan. American National Cancer Institite telah melaporkan sebanyak 35% kanser mempunyai kaitan dengan pemakanan. Kaitan ini meningkat sebanyak 80% sekiranya ditambah faktor merokok dan kekurangan senaman. Kadar kanser payudara mempunyai sebanyak 50% kaitan dengan apa yang kita makan.Kajian pemakanan penduduk telah menunjukkan pengambilan lemak tepu, protin haiwan dan makanan kurang serabut yang tinggi akan meningkatkan kadar kanser payudara. Lemak haiwan dan minyak kelapa merupakan sumber lemak tepu. Serabut hanya didapati daripada tumbuh-tumbuhan. Didapati bahawa apabila makanan seperti daging, keju, susu dan telur lebih dimakan, buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin dikurangkan.
Mulakan hari anda dengan memandang makanan sabagai sumber rawatan dan pencegahan kanser. Pilihlah makanan mengikuti piramid makanan. Dengan penglibatan mental dan rohani yang aktif, kanser payudara boleh diatasi.
Rawatan
Rawatan utama barah payudara merupakan pembedahan, dengan kemungkinan diikuti oleh kimoterapi dan/atau radioterapi.Bergantung kepada tahap dan jenis tumour, hanya lumpektomi (hanya pembuangan ketulan) sahaja diperlukan atau pembuangan tisu payudara yang lebih besar mungkin diperlukan. Pembedahan membuang keseluruhan payudara dikenali sebagai mastektomi.
Langkah biasa memerlukan pakar bedah memastikan bahawa tisu yang dibuang dalam operasi mempunyai lebih bebas dari barah, menunjukkan barah telah dibuang sepenuhnya. Jika tisu yang dibuang tidak sepenuhnya, pembedahan lanjut bagi membuang lebih banyak tisu diperlukan.
Kadang-kala ini memerlukan penyingkiran sebahagian daripada otot utama pektoralis (pectoralis major muscle) yang merupakan otot utama dinding dada anterior (anterior chest wall).
Semasa pembedahan, nodus limfa pada axilla juga dipertimbangkan untuk dibuang. Pada masa lalu, operasi axillary besar membuang 10-40 nodus limfa untuk memastikan samaada (mengelak daripada) barah merebak - malangnya ini memberikan kesan sampingan iaitu menyebabkan lymphedema pada tangan sebelah yang sama pada pemindahan ini kerana banyak nodus limfa bersambungan dengan saliran sistem limfa telah dibuang. Lebih baru-baru ini teknik pengawal diseksi nodus limfa telah menjadi popular kerana rawatan ini hanya memerlukan pemindahan nodus limfa yang jauh lebih sedikit, (risiko) kesan sampingan lebih sedikit yang bakal dihadapi.
Rujukan
http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/BM/Maklumat/index.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_barah_payudara
Sabtu, Ogos 30, 2008
Nostalgia Ramadhan
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (QS Al-Baqarah : 183)
Pos Laju-laju 11:14 PTG 1 Commentores
Spiesis Aktiviti Budak kampus, Budaya, Diari, Islam, Panorama, Pedoman, Suatu Sentuhan
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan
Pos Laju-laju 9:20 PG 0 Commentores
Spiesis Budaya, Diari, Pedoman, Suatu Sentuhan
Khamis, Ogos 14, 2008
Memeluk Islam
Assalamualaikum
Forum “Memeluk Islam”
Malam kelmarin ada seorang rakan yang bercerita tentang forum yang diadakan pada hari Sabtu kelmarin. Aku tak tahu apa tujuan forum tu, dia beritahu tajuk forum tu “Memeluk Islam”. Eh forum dalam internet ke atau forum reality? Dia kata reality.
Aku tak tahu lansung pasal forum tu, punca kenapa Russia berperang dengan Georgia pun sama. Semua tu baru pagi tadi aku tahu. rumah aku mana ada tv, internet lak “jauhkan api dari lalang”. Ish teringat pepatah dulu-dulu kala “aku ketahuan”. Lagipun member aku tu bakal peguam, dan diorang tengah cuti pertengahan semester le nih. Tu pasal diorang patut ambil tahu.
Apa yang aku tahu (semasa artikal ini ditaip) forum ni pada asalnya diadakan pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 10.00 pagi (ditamatkan tija lebih awal). Ahli-ahli forumer ni diambil dari kalangan keluarga bukan Islam yang terdapat dikalangan ahli mereka yang sudah memeluk Islam. Ertikata yang lain mereka sedang meluahkan “penderitaan” yang mereka hadapi setelah terdapat ahli kelurga mereka yang memeluk Islam. Forum ni dianjurkan oleh Majlis Peguam.
PAS UMNO PKR
Sewaktu forum ini dijalankan ketiga-tiga parti (PAS, UMNO, PKR) sedang membuat demonstrasi didepan bangunan Majlis Peguam untuk menuntut forum dihentikan segera. Bukan tiga parti ni sahaja, tapi lebih 1000 orang daripada 29 NGO menyertai membuat demonstrasi.
"Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat - Saya tidak faham mengapa dia (Majlis Peguam) nak anjurkan forum ini, apa tujuannya kerana telah berjuta-juta manusia di dunia ini memeluk Islam sekian lama, jadi kenapa pula mereka perlu bising sekarang. Saya lebih setuju jika dibuat satu forum khas tentang mana yang lebih baik dan logik antara agama Islam dan agama lain. Ini lebih baik dan bermanfaat"
Pendapat
Forum ni lebih kurang sama dengan isu Lina Joy (stick) (bangang, nama Islam lagi merdu dari kristian pegi tuka). Isunya terdapat peguam Melayu+Islam yang membela Lina Joy(stick). Jadi tak mustahil forum nih terdapat segelintir Melayu+Islam yang jadi kepala untuk semua nih.
Ish buduh diorang nih membincangkan sesuatu berdasarkan bukan pada ahlinya. Hasilnya mesti semasa forum dilansungkan bukan atas dasar profeisional. Maksud aku para ahli keluarga tu dah semestinya hanya menceritakan keburukan ahli keluarga mereka setelah memeluk Islam masa tengah menangih-nagih meraung really sadness. Sebagai contoh (maaf bahasa kasar), kalau sebelum ni diorang rajin makan babi dan minum arak bersama, jadi dah semestinya mereka tidak akan boleh bersama lagi berbuat demikian kerana Islam mengharamkan benda begitu.
Perlembagaan Negara Malaysia yang melarang semua agama selain agama Islam disebar dan didakwah secara terbuka. Mudah nak faham salah satu perlembagaan nih? Diorang kerja dah bagus tapi salahguna lak. Senang mereka nih bukan dikalangan yang profeisional yang dilaksanakan bukan pada ahlinya.
Jumaat, Julai 25, 2008
Ayat-ayat Cinta
Aku selalu ingat aku ini siapa? Anak petani miskin. Aku ini siapa?
***
m/s260
aku tersihir oleh personanya. tanpa sedar hatiku bertasbih dan berpuisi:
***
m/s279
kehilangan satu huruf saja kau akan sangat menyesalnya:
***
assalamualaikum
Hampir aku habiskan novel ayat-ayat cinta. novel nih pertama sekali yang aku baca. dah lama aku usya2 nak beli novel nih tapi iman tak kuat nak kekang daripada beli benda lain. Di atas ini adalah puisi yang aku rasakan sedap untuk dihahami dari novel Ayat-ayat Cinta.novel ni bagi aku, takde la jiwang terlampau karat sangat. Tapi ada suatu perasaan yang anda mesti rasa seronok nak baca bab seterus..dan seterusnya..anda boleh kenal bangsa Mesir dan tempat-tempat di Mesir melalui novel ni.novel ni lebih menekankan aspek keIslaman dan kelembutan agama tu sendiri. sebagai contoh perlamaran Aisha terhadap Fahri sangat lembut sangat menekankan aspek Islam kata lain ber'taaruf la. tapi memang syok la! Padan la A Samad Said pun puji novel nih.
Pos Laju-laju 9:11 PTG 1 Commentores
Spiesis Bahasa, Budaya, Buku, Islam, Pedoman, Suatu Sentuhan
Khamis, Jun 26, 2008
Firman Allah Terhadap Wanita
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah sakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah hatinya,tempat dimana cinta itu ada."
Pos Laju-laju 11:47 PG 0 Commentores
Spiesis Islam, Jantina, Pedoman, Suatu Sentuhan
Selasa, Jun 17, 2008
Ber''couple haram"

as'kum..huh terkejut aku bila baca artikel bertajuk "ber''couple'' haram". Hoho sebelum nih ada la jugak dengar orang bercerita couple nh sebenarnya hukum haram!. Hmm..aku nih bukan la petah nak bercakap hukum agama, tapi kenyataan yang dikeluarkan tu mesti ada sebab yang..teramat releven. Kalau anda perhatikan sekeliling (kalu anda keluar pergi kemana2) mesti anda akan nampak sepasang manusia, yang mengikut pandangan mata anda, mungkin diorang tu x sejoli, mungkin diorang tu sejoli. kalu anda pergi ke bandar just untuk shopping window, mesti otak+mata anda akan jadi sewel, sebab bersepah-sepah lelaki perempuan berkepit..hmm yang nih aku tujukan kat yang single macam aku le..
minggu lepas aku dengan beraninya pegi jalan kat k.ill sorang-sorang, bukan pe tu kali ke3 aku g k.ill. hari selasa aku pergi petang, bersepah budak melayu bersosial. maaf terkasar bahasa, yang paling jelik sekali ada sorang budak perempuan tu dressing sebijik maca pelacur dalam drama singapura (tajuk drama tu x igt le). pergh bersosial tahap bayang. kalau cun xpe, nih huduh sepang (maaf terkasar sekali lagi).
aku ada seorang kawan perempuan, umur dia 3 tahun lebih muda dari aku, kira sekarang nih tingkatan 4 la. kisah hidup dia nih yang dia pernah cerita kat aku, ada sorang mamat tingkatan 6 rendah (sebaya aku) syok kat dia. aku tak kisah sangat diorang nak bercouple,tapi bila kawan aku nih cerita perwatakan budak tingkatan 6 tuh terus aku jadi tak sedap hati. yela siapa sanggup tengok kawan dia kena tipu kelak dengan laki dayus cam tu..tul x?? dia cerita yang budak tu suka berjudi, merokok, rempit, aku tak rasa dia nak tipu sebab adik dia pun cerita menda yang sama gak iaitu..budak laki tu suka ride RX-Z siput lembab dia kat depan rumah kawan aku tuh. korang agak apasal mamat tu suka ride kat depan rumah dia?? dah tentu mamat tu ada niat buruk bila dia kata, disebabkan kawan aku tuh dia sanggup berubah..leh pecaya ke ngan mamat nih??
sebenarnya bagi pendapat aku, bercouple tu haram bila melanggar syara Islam. contohnya perkara paling asas, pegang tangan, ngan duduk rapat2. itukan haram bagi bukan muhrim, tapi tolong la hormat kat orang lain sama. korang pegang tangan kat tempat awam wat pe?? lepas tu paling nakal pun korang akan wat kat makwe korang, mesti peluk perut tak pun rekod terbaik aku pernah tengok depan mata, mamat buduh tu pergi raba buntut makwe huduh dia masa tengah berjalan sama. adeh..
walaubagaimanapun kalau ada yang terbaca dan korang ada bf/gf, kalau nak tunjuk caring korang tu, pergi la wat kat tempat tertutup. korang cuba letakkan diri korang kat ibubapa yang ada anak kecik, korang sanggup ke dari perbuatan korang tu jadi ikutan budak-budak tuh?? saham dosa makin melonjak la beb! makin kaya korang..
Papepun anda semua boleh merujuk dia laman web nih untuk mengetahui 5 SEBAB MENJADIKAN BER“COUPLE” HARAM.
Ataupun taip je "couple haram" kat google.. 127000 ribu keputusan pasal couple..bagi perempuan hormat diri anda tu k..
Isnin, Jun 02, 2008
Long Khong / ART OF THE DEVIL
Long Khong
Pergh gles cte long khong..seram gles!! hari sabtu kitorang g tengok.. aku bajet ramai orang g tengok cte nih..rupenye cput je..tapi memula start tu tengok cam slow je cte..x lama pun..lepas slow tu baru la hormon adrenalin aku befungsi dengan aktif bila tengok ilmu hitam siam..memang giles ilmu siam. lagipun apa yang aku tahu, long khong yang ke2 nih lagi power seram berbanding long khong 2005.. anyway heheh nih cte ke2 yang aku tengok (18PL+++++) selepas Woman With Slit-mouth..
Sinopsis:
Panor (Napakpapah Nakprasit), seorang guru di sebuah kawasan pedalaman yang memiliki aura menggoda, namun dia tetap mengimpikan kehidupan normal dan bahagia seperti wanita lain di kampungnya. Namun, kecantikannya menjadi sumpahan mengerikan kerana Panor menjadi kegilaan ramai pemuda. Dan membuatkan hidupnya huru-hara.
Guru-guru dan pelajar-pelajar lelaki di sekolahnya berusaha memikatnya menggunakan pelbagai ilmu hitam dan ubat pengasih bagi meraih perhatiannya. Untuk menghindari ancaman yang tidak berkesudahan itu, Panor terpaksa membunuh Porn, seorang pawang tidak bermoral. Dan kemudiannya membolehkan dia memiliki Syaitan Tiga-Mata yang sangat berkuasa. Itu menyebabkan Sarjan Dit (Suppakorn Kitsuwan), rakan si pawang yang taksub dengan ilmu voodoo, muncul di dalam hidup Panor dengan hasrat untuk merampas Syaitan Tiga-Mata darinya.
Pos Laju-laju 10:54 PG 0 Commentores
Ahad, Jun 01, 2008
"Saya cuma beri dia RM5 untuk satu ‘game’ "
KUALA LUMPUR: “Saya cuma beri dia RM5 untuk satu ‘game’ (melakukan hubungan seks). Kami lakukannya di dalam bilik, sama ada di rumah saya atau rumahnya. Ibu bapa tak tahu kerana ingat kami belajar.”
Demikian pengakuan remaja berusia 14 tahun yang mahu dikenali sebagai Andy ketika menceritakan pengalamannya mengamalkan seks bebas dengan beberapa rakan sekolah.
Andy membuat pengakuan itu ketika sesi kaunseling program Kem Smart Remaja khusus untuk membimbing pelajar bermasalah berusia 13 hingga 15 tahun dari sekolah menengah di Selangor di sebuah kawasan perkhemahan di pinggir ibu kota, baru-baru ini.
Andy berkata, dia mula melakukan hubungan seks dengan rakan sekolahnya ketika berusia 13 tahun, manakala pasangannya setahun lebih tua daripadanya tetapi memang dikenali sebagai ‘bohsia’.
“Dia sanggup terima bayaran serendah RM5 untuk sekali ‘main’. Bukan semua pelajar tahu kegiatan ini melainkan kenalan rapat gadis itu,” katanya.
Andy mengakui mengamalkan hubungan seks bebas sejak mengenali seniornya hujung tahun lalu dan melakukannya di rumahnya atau senior berkenaan, meskipun ahli keluarga ada di rumah masing-masing.
Dalam tempoh tiga bulan dari November tahun lalu hingga Januari tahun ini, Andy berkata, tiga kali dia melakukan hubungan seks dengan gadis bohsia itu, dan lebih memeranjatkan, mereka bukan sekadar berdua tetapi turut disertai seorang lagi lelaki yang juga rakan Andy.
“Saya lebih suka melakukan (hubungan seks) beramai-ramai,” kata remaja berasal dari daerah Kuala Langat itu tanpa segan silu.
Petikan Metro Ahad 1 Jun
huh xde beza with others malay prostitute!
Pos Laju-laju 8:00 PG 0 Commentores
Spiesis Pedoman
Isnin, Mei 12, 2008
Andai Malaysia diserang ..
Andai Malaysia diserang ..
Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….” Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kita??
“
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)
AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia…lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia…
AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan.
Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.
Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan, Iraq dan Lubnan.
Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.
Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.
SAAT Peperangan bermula….
Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!
AMARIKOS dan sekutunya menyerang
Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti….
Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.
Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…
Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam
ditujukan di kepala anda…
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006…diajukan muncung senapang…
DAMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu…
Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…..
Anda menangis ketakutan….
Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….
Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….
Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.
Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata…
Anak kecil ditembak didepan mata…
Isteri dirampas untuk diperkosa…. didepan mata!!!!
kawan-kawan…sahabat taulan… ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh..
Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…
Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa…
Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….
Apa yang anda Harapkan pada masa itu????
Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…BANTUAN ALLAH….
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA… ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN…..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……
Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…
ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANGLAIN
menyatakan:
“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia” (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)
“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM)
“Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan…Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni” <— Pemimpin Malaysia selalu sebut. Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai) “Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia” Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand) “Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat…
APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??
fikir2
Kesengalan berlaku dimana2..
Pos Laju-laju 4:02 PG 0 Commentores
Selasa, Mac 04, 2008
Tulang Rusuk
kisah tulang rusuk..
ade 1 cerite....
WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu,
adalah tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam
kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan
menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari
tulang rusuknya yang hilang dan saat
menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu
mengalami masa yang indah dan manis
untuk sementara. Setelah itu, pasangan
muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan masing-masing dan kelelahan
hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat
mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai
bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari
pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar dari rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia
berteriak "Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!". LELAKI sangat membenci
ketidak dewasaan WANITA dan secara spontan
juga berteriak "Saya menyesali dengan
perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan
tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri
kaku untuk beberapa saat. LELAKI
menyesali akan apa yang sudah dia
lafazkan, tetapi seperti air yang telah
tertumpah tidak mungkin untuk diceduk
kembali. Dengan berlinang air mata,
WANITA kembali ke rumah dan mengambil
barang-barangnya, bertekad untuk bertekad untuk
berpisah.
"Kalau saya bukan tulang rusukmu,
biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati
masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum
lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin
dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui
WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia
meminum kopinya dan merasakan sakit
dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup
mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu
kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan
perpisahan, mereka dipisahkan hanya
oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya
kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ?Tidak ada
yang berubah.
WANITA tersenyum man is , berlalu dihujung lafaz "Selamat tinggal..."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima
khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali
lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu
adalah kerana WANITA, tulang rusuknya
sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau
kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan.
Seringkali penyesalan itu datang di
kemudiannya, akibatnya setelah kita
menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat....
Kerana itu, jagalah dan sayangilah
orang yang dicintai dengan sepenuh
hati... Sebelum mengucapkan sesuatu
berfikirlah dahulu, apakah kata kata
yang kamu ucapkan akan menyakiti orang
yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah
dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang
dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata
yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima???
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.A
Pos Laju-laju 9:23 PG 0 Commentores
Spiesis Jantina, Pedoman, Suatu Sentuhan























