BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Selasa, Oktober 07, 2008

Kami The Movie

Salam

Baru-baru ni (selasa malam) aku, Hafiz, Wan, Budin pergi tengok filem KAmi The Movie! Hehe. Mulanya Wan kebosanan tahap hyper duduk kat rumah, yela takde aktiviti lansung! Meh baca perbualan yang terjadi kat dalam rumah usang ni.

******

Wan: Fuuh bosannya..
Dia pergi baring

Wan: Amir jum tengok cte Kami?
Aku: ko serius ke?

Wan: Bosan bodo..

Wan telefon..

Wan: Amir jum arr tengok cite Kami..
Aku: Betul ke? aku pun bosan gak nih.. 

Wan: Jum arr
Aku: Ko kontek arr Budin suruh balik


Wan telefon

Aku: Budin kat mana? Dia nak ikut ke?
Wan: Mtah arr dia otw nak balik..dia nak ikut.

Aku: Kalu cam tu bia aku check cite tu tayang pukul berapa..nak tengok kat mana?

Wan: Kat Dataran (Dataran Pahlawan)

*****

9:10 malam berkejar pergi Ayer Keroh Melaka.
Di Dataran filem Kami mula pukul 9.50. Jadi kami pergi ke Melaka Raya, MBO.
Di MBO filem tu mula 10.15 kami sampai pula masa tu tepat jam 10 (jam tangan aku ler)..



+++sinopsis untuk Kami The Movie+++

Hidup ini memang palat. tapi esok masih ada

Filem "KAMI" mengekalkan Liyana Jasmay sebagai Lynn, Syarul Ezani (Ali), Nas-T (Abu), Juliana Evans (Sofie) dan Zayanah Ibrahim (Adii) juga Zahiril Adzim sebagai (Boy). Ia meneruskan kisah lima sahabat ini yang bakal meninggalkan zaman sekolah.

Lynn, tanpa diketahui rakan-rakannya telah berpindah dari kampung bersama ibunya untuk membina hidup baru setelah Lynn didapati bekerja untuk Boy, seorang pengedar dadah.

Lebih mengeruhkan keadaan, Lynn yang menulis majalah terbitannya sendiri iaitu KAMI dibawah nama samaran Teka Teki telah menyumbangkan ulasan yang mengkritik pedas band Ali di dalam sebuah majalah muzik tempatan. Dalam kesukaran menyembunyikan rahsianya, Lynn mendapati semua rakannya juga mempunyai rahsia masing-masing.

"KAMI" bermula dengan Abu melarikan diri dari rumah akhlak untuk bersama Ali meraikan hari terakhir Lynn, Sofie dan Adii menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Namun, kegembiraan mereka tidak kekal apabila kehidupan lampau Lynn kembali menghantui dan mencetus konflik lalu memaksa setiap daripada mereka untuk berhadapan dengan pergolakan hidup masing-masing dan membuat keputusan yang bakal mengubah hidup mereka buat selama-lamanya.


Layan je~

0 Commentores: