BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/
Memaparkan catatan dengan label Bahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahasa. Papar semua catatan

Ahad, Disember 20, 2009

Bila Jarjit Berpantun

Salam


Huhu lawak gile bila aku dengar Jarjit berpantun. Simple tapi best~ hahaha


Hang Upin dan Hang Ipin

Pantun Jarjit
Dua tiga burung kenari
Apa hajat tuan hamba kemari

Pantun Mail (menyampuk)
Dua tiga kucing berlari
Dua singgit mana nak cari

Pantun Ipin
Dua tiga ayam goreng
Kami datang nak tangkap jarjit (boleh ke pantun macam ni?)

Pantun Jarjit #2
Dua tiga kapal terbang
Lanun mana yang paling garang

Pantun Upin
Pergi kedai beli barang
Kak Ros la yang paling garang

Pantun Jarjit
Dua Tiga Ada Gigi
Lain Semua Takda

Pantun di atas sangat kelakar.Ianya dipetik dari cerita Upin dan Ipin yang abru ditayangkan cuti sekolah baru-baru ini...

Rabu, September 02, 2009

KIS, Makcik Klinik, dan Demam


Salam

Member aku dimasukkan ICU kelmarin.

Oh! macam nak bagitahu semua orang, aku dah beralih pada antivirus yang berbayar. Sebelum ni aku guna Avira dengan AVG, kira guna 2 antivirus yang serentak. Tapi sebelum avira premium yang percuma 6 bulan tu tamat tempoh lebih kurang sebulan 2 yang lepas, laptop aku memang xde masalah kalu nak online pakai wifi free. Tapi lepas aku uninstall dan pakai avira personal, baru la bala datang..

1. Laptop aku xleh terima wifi free, macam wifi pustaka atau wifi awam punya.
2. Laptop aku kena attack dengan virus SVCHOST. Pergh! laptop kamu boleh jadi bengong. Kamu tahu kenapa siput berjalan lagi laju dari laptop kamu? Kalu kamu rasa laptop kamu hang, cuba periksa task manager kat bahagian performance, CPU Usage. Kalau asyik 100% tapi kamu tak buka apa2 aplikasi kecuali, blog aku ni, hah! maknanya kamu dah kena virus lovely ni.
3. Aku memang dah x yakin pakai personal ni, rasa macam tak power je banding pakai premium.
4. Oh! aku benci iklan besar yang akan kluar bila antivirus di update.
5. AVG tidak akan remove file yang didetect, cuma takat heal/sembuh kat file yang kena serang je.


Key license ni murah sebab aku tak beli sekotak yang tertaip 3 user atau 1 user. Beli key dia sudey.

Kelmarin member tilam sebelah aku kena masuk ICU. Pergh! suhu badan dia aku rasa petang tu, panas! Kemudian kena kat pula lepas berbuka tu. Badan rasa tak sihat, Sengal badan, sakit kepala, sakit tekak. Banyaknya~ Sahur tu lepas makan, aku rasa nak muntah. Oh masa tu la paling kritikal perut asyik rasa nak muntah je tapi xnak keluar.

Aku suruh Ray hantar aku pergi hospital Tampin. Lepas doktor tu check, xde pape pun tapi badan aku tetap rasa xbest! Siang tu orang kesihatan datang kerumah kitorang nak tengok apa yang patut sebab member aku tu diorang kata kena denggi, diorang cadang aku pergi check semula ke klinik tau hospital.

Lepas buka, aku tido jap dalam pukul 10 tu pergi klinik. Heh ni yang paling aku benci dengan makcik kat klinik tu. Memang anak haram!! Klinik tu klinik panel TNB. Dah memang kad perubatan TNB x sampai ke tangan abah aku nak buat macam mana?? ni pergi tuduh abah aku tak buat lagi kad tu memang sial makcik tu!
Dah kerja gaji sikit kat klinik tu, kerja la betul2, ni memang saja perli. Geram sangat aku mencarut depan dia angkat middle finger in front her lepas tu bullshit sikit. Biar dia rasa!

Tapi sampai sekarang member aku tu kena tahan kat hospital. Ada dua kemungkinan pula tu, antara H1N1 dengan denggi. Adei baru sebulan pindah rumah sewa baru, dah ada macam2 penyakit.

p/s aku bukan biadab seperti diatas, tapi apabila ada yang memulakan dahulu..

Sabtu, April 25, 2009

Jenis Blog

Salam

Pasti kau pernah terbaca dimana-mana laman blog yang menceritakan jenis blog yang mereka tidak berapa gemari bukan?


Hakhak~ sengaja aku memilih topik ini untuk menceritakan pada kau jenis blog yang bagaimana yang aku membuatkan aku segan dan benci untuk mengkomen dan mungkin menyapa.

1. Blog yang komennya melebihi 40++ orang peromen (hahaha)
- Oh yang ini sangat aku segan-segan untuk menyapa. Kau boleh anggap jika kau berhadapan dengan seseorang yang mempunyai ramai peminat, adakah kau masih mahu menegur sapa? Hmm..mungkin kau patut memikirkan peratusan kau dilayan atau diabaikan

2. Blog bahasa kurap koya (he he)
- Oh blog ini yang paling aku benci untuk membaca malahan untuk romen dalam satu-satu entry mereka. Kalau bahasa kau jenis bercampur sekejap melayu sekejap tamil sekejap cina sekejap inggeris, maka tiada masalah untuk kau memahami tatkala kau membaca blog ala-ala orang pakistan atau bangla yang bercakap menggunakan bahasa melayu ini. Golongan ini selalunya golongan yang mahu menjadi profesional dan tiada jati bahasa dalam blognya.

3. Blog yang mempunyai follower yang ramai
- Oh blog ini mempunyai follower yang sangat ramai sedangkan bilangan komennya tidak sampai sepuluh. Maka bagi pendapat aku blog ini elok dibuat kawan kerana sudah jelas tuan blog cuma mahu mencari kawan.

4. Blog teknologi
- Oh blog ini bagi aku sangat menarik kerana tidak banyak blog melayu pada masa kini yang menceritakan subjek teknologi dalam blog mereka. Kebanyakan tips-tips yang kita tidak tahu kita boleh belajar dari blog jenis ini.

5. Blog kehidupan
- Oh kenapa aku panggil dengan panggilan blog kehidupan? Sebabnya kita boleh tahu dari A sampai Z tentang kehidupan tuan blog itu. Oh blog aku pun blog kehidupan cuma aku kurang update, maka kau cuma dapat kesan A sampai B sahaja tentang perangai dan kehidupan aku (hahaha). Walaubagaimanapun blog jenis ini menarik jika bahasanya terjaga dan tidak mengandungi elemen-elemen carutan dan carutan jua la.

Ini cuma pandangan dari aku sahaja ya. Jangan pula kau berubah cara kau berblog. Yang mana mempunyai top readers tu tahniah la ya. n_^

Isnin, November 10, 2008

Jonas Brother - Love Bug

Jonas Brother - Love Bug
Nick:
Called her for the first time yesterday(OMG)
Finally found the missing part of me
Felt so close, but you were far away
Left me without anything to say

Joe:
(chorus):
Now I'm speechless, over the edge, I'm just breathless, I never thought that I'd catch this LOVE BUG again
Hopeless, head over heels, in the moment, I'd never thought that I'd get hit by this LOVE BUG again

Talking:
Dude, I don't know
I'm Eating
...diabetes...
(mumbling)
No WAY, John Taylor!!!
NO WAY!!!
(mumbling)(again)
Unbelievable

Nick:
I can't get your smile out of my mind
Joe: (I can't get you out of my mind)
I think about your eyes all the time
You're beautiful, but you don't even try
Joe: (you don't even, don't even try)
Modesty is just so hard to find

Joe:
(chorus)
Now I'm speechless, over the edge, I'm just breathless, I never thought that I'd catch this LOVE BUG again
Hopeless, head over heels, in the moment, I'd never thought that I'd get hit by this LOVE BUG again

Nick:
Kissed her for the first time yesterday
Everything I wished that it would be
Suddenly, I forgot how to speak
Hopeless, Breathless, Baby can't you..see

Joe: NOW I'M!!!!!!!!

Kevin,Joe,Nick:
(chorus)
Now I'm speechless, over the edge, I'm just breathless, I never thought that I'd catch this LOVE BUG again
Now I'm hopeless, head over heels, in the moment, I'd never thought that I'd get hit by this LOVE BUG again!!

ohhhhoh LOVE BUG AGAIN! 


To review this song? Click play on the media player. Download

Rabu, Oktober 29, 2008

Makian Seorang Makcik

Salam

Sedap lak maggi ayam yang qowiy masak ni

Baru-baru ini aku terdengar percakapan dari jiran belakang rumah aku. Dia seorang makcik dan aku agak dia seorang pengasuh.

Situasi waktu tu, tengahari dan baru lepas mandi.
Bilik aku belakang sekali dari sekian bilik yang ada kat dalam rumah teres yang disewa ni. Waktu tu aku tengah bersiapkan diri, tiba-tiba aku terdengar orang tengah tengking kat belakang. Aku pergi jenguk, ada seorang makcik dan 2 orang budak lingkungan 3-4 tahun yang dia tengking masa makan tengahari. Belakang tu tempat yang kotor kemudian menghadap longkang..

Disebabkan jarak antara rumah xde la jauh mana, dengan jelas dan pasti makcik tu cakap cam ni kat budak yang dia jaga tu...


Apa yang kau main dengan makanan tu bodoh! Ko jangan nak main dengan nasi nih! Makan cepat bangang!

Ayat ni la yang aku dengar masa tu. Adei kecian budak tu. Bukan salah dia nak main dengan makanan tu. Alah budak kecik ditengking-tengking macam tu, nampak sangat makcik tu cam jenis kureng mesra.

Aku dulu nakal gak. Siap lari balik kerumah aku sendiri walaupun petang tu lepas habis tadika, aku kena balik kerumah asuhan aku. Tapi aku taknak, sebab mak angkat (tukang jaga aku time tu) ok dengan aku adik beradik, tapi anak-anak dia cam aram perangai dera mental kitorang time tu. Tu pasal aku lari dari pergi rumah diorang. Adei macam baru je berlaku benda ni sume..

Tapi pasal area rumah sewa aku ni, selain dari makcik kat belakang tu, sebelah rumah aku nih pun sama juga..


Sehari selepas peristiwa tu berlaku, dikeheningan pagi sabtu. Ayah diorang ni tiba-tiba marahkan anak yang diorang asuh. Aku tak tahu apa sebab dia marahkan budak tu, tapi yang pastinya banyak kali aku dengar dia kata "kau nih bodoh la!". Adei aku benci orang2 tua2 sengal2 macam ni.


Cuba fikirkan kalau kelak anak anda diperlakukan begitu dibelakang anda...

Jumaat, Julai 25, 2008

Ayat-ayat Cinta

Aku selalu ingat aku ini siapa? Anak petani miskin. Aku ini siapa?

aku adalah lumpur hitam
yang mendebu
menempel di sandal dan sepatu
hinggap di atas aspal
terguyar hujan
terpelanting
masuk longkang
siapa sudi memandang
atau menghulur tangan?
tanpa uluran tangan Tuhan
aku adalah lumpur hitam
yang malang
***

m/s260

aku tersihir oleh personanya. tanpa sedar hatiku bertasbih dan berpuisi:
alangkah manisnya gadis ini 
bukan main elok dan ayu
calon isteriku
matanya berbinar-binar
alangkah indahnya
***

m/s279

kehilangan satu huruf saja kau akan sangat menyesalnya:

agar dapat melukiskan hasratku, kekasih,
taruh bibirmu seperti bintang di langit kat-katamu,
ciuman dalam malam yang hidup,
dan deras lenganmu memeluk daku
seperti suatu nyala bertanda kemenangan
mimpiku pun berada dalam
benderang dan abadi
***
paul eluard
m/s316

assalamualaikum

Hampir aku habiskan novel ayat-ayat cinta. novel nih pertama sekali yang aku baca. dah lama aku usya2 nak beli novel nih tapi iman tak kuat nak kekang daripada beli benda lain. Di atas ini adalah puisi yang aku rasakan sedap untuk dihahami dari novel Ayat-ayat Cinta.

novel ni bagi aku, takde la jiwang terlampau karat sangat. Tapi ada suatu perasaan yang anda mesti rasa seronok nak baca bab seterus..dan seterusnya..anda boleh kenal bangsa Mesir dan tempat-tempat di Mesir melalui novel ni.novel ni lebih menekankan aspek keIslaman dan kelembutan agama tu sendiri. sebagai contoh perlamaran Aisha terhadap Fahri sangat lembut sangat menekankan aspek Islam kata lain ber'taaruf la. tapi memang syok la! Padan la A Samad Said pun puji novel nih.




Taaruf
Taaruf adalah kegiatan bersilaturhmi, kalau pada masa ini kita katakan sebagai berkenalan bertatap muka, atau main/bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya. Boleh juga dikatakan bahwa tujuan dari berkenalan tersebut adalah untuk mencari jodoh. Taaruf boleh juga dilakukan jika kedua belah pihak keluarga setuju dan tinggal menunggu keputusan anak untuk bersedia atau tidak untuk dilanjutkan ke jenjang khitbah - taaruf dengan mempertemukan yang hendak dijodohkan dengan maksud agar saling mengenal.
Islam itu indah

Isnin, Julai 14, 2008

1 minggu Di Simpang Ampat

assalamualaikum
Berikut ialah apa dilakukan sepanjang 6/7-13/7

6.7.08

aku sampai ke "Rumah Sewa Orang2 Bujang Simpang Ampat"
hanya aku dan hafiz je yang ada

8.7.08

aku bertolak seorang diri ke k.ill pada jam 11.00 pagi menaiki bas Jebat Ekspres untuk berfoya-foya dan bertemu dengan Badrul@Bro Yo, sepupu.

sebaik tiba di Pudu, dengan pantas aku mencari tandas untuk "make up"kan diri

member aku pun sampai dan kitorag pergi Sogo dan lepak disitu

memandangkan less kaw-kaw ok, aku beli sehelai baju Padini bercorak hitam. sungguh fit dengan badan aku.

disebelah malam aku berjumpa dengan sepupuku di...aku sudah lupa.

9.7.08

aku pulang ke melaka pada pukul 12 tengahari

aku telah ditipu oleh akak yang jaga kaunter kerana, dia mendakwa tiketku melalui Alor Gajah dahulu sebelum ke Melaka, namun sebaliknya yang terjadi.

10.7.08

motor Wave yang abah hantarkan pada isnin lepas telah sampai ke melaka. buktinya aku dihubungi oleh pihak pos laju melaka

rakan-rakanku yang dihalau keluar dari asrama MICET telah datang melawat kerumah kami pada malamnya. namun tidaklah semeriah mana.

pada jam 11 malam aku hafiz dan rooney pergi merongeng-ronggeng ke Ayer Panas Gadek pada sebelah malam. namun tidaklah sepanas mana air panas yang kami mandi. sungguh tidak seronok.

pulang pada jam 3 pagi

11.7.08

sungguh lemah badanku pagi itu

petangnya pada mulanya aku hafiz dan rooney merangcang mahu bermain futsel pada petang itu, namun disebabbkan ketiadaan bole futsel dan court, hafiz mencadangkan pergi ke pantai...lupa, untuk melihat matahari terbenam.

agak jauh perjalanan ke pantai itu

Para/Amir pulang kerumah sewa akhirnya.

malamnya kami pergi funfair di Tampin. rooney telah terpikat dengan keayuan seorang gadis disitu. tambah beliau lagi wajah gadis itu adalah "kena" kehendak beliau yang sukakan gadis kacukan India+Melayu=Muslim. sungguh aku tidak sangka. namun begitu disebabkan ketidakberanian beliau untuk mengur gadis itu, maka terlepaslah peluang untuk beliau berkenalan. agak malang bagi beliau.


12.7.08

aku dan rooney keluar ke bandar melaka untuk membeli belah. hafiz pergi ke Serdang untuk menguruskan ptptn adiknya yang sebaya aku yang meelanjutkan dalam bidang Ijazah Aeroangkasa. bidang yang paling aku minati sejak darjah enam. Para pula pulang ke kampungnya di melaka.

malamnya aku tidur dirumah sewa rooney yang baru pindah masuk. lagi pun hanya aku seorang sahaja dirumah pada malam itu.

13.7.08

hampir semua sampai tiba dirumah kecuali kowi dan budin. 

sekian~




akhirnya "terguna" juga label "aktiviti budak kampus"..

Khamis, Jun 26, 2008

Blogspot URL Yang Baru.

kenapa aku tukar URL blogspot yang baru?

hmm..sebenarnya aku rasa cam "tak seberapa mesra" dengan URL yg lama tu.





Pandangan kawan..



sms 1


aku sms: "beh x ngan nme bru nih? bloggychannel.blogspot?"

dia sms: ouh best jgk sedap skit..



sms 2 aku sms: "beh x ngan nme bru nih? bloggychannel.blogspot?" dia sms: uish! lebih global arr..yang lgi 1 tu cm best je..tp aku lbh suka yg lgi 1 tu aku sms: amirhaddatsa tu ke? dia sms: haah aku sms: npe ske yg tu lak? dia sms: mtah arr tapi pape pn bes yg lma dri yg bru nih



sms3


aku sms: "beh x ngan nme bru nih? bloggychannel.blogspot?"

dia sms: hype!! hah! mne dpt nme yg sedap tuh?? wargghh behnye nme yg kmu pilih tu!!

mne kmu dpt??

aku sms: heheh bese la~





yahoo messengger

: dh tau sy tuka blog URL?


: dh..

: tdi bru je tgk..

: npe tuka.....

: sy ske y dulu..

: mne tau?
amirhaddatsa?

: bulletin la..

: yup..


: kmu tau mksud "amirhaddatsa" tu ape?


: x..
pemksd

: sy agak amirmembaca..


: iqra bru bce..

: ouh heheh mjur ltk "agak" tadi..

: sy x igt pe mksud dia..
hehehe.. nape yg lama dlu beh?

: yup..
sy ske nme tu(2) amirhaddatsa



kepada

amirhaddatsa.blogspot.com -------> bloggychannel.blogspot.com











WildChannel







jadi Bloggy + Channel = BloggyChannel.blogspot.





hmm..best jugak nama nih..so aku tukar ler..aku pun tak ingat apa maksud Haddatsa tu..komen korang lak?

Koleksi Buku

ada apa dengan buku?

buku yang paling aku paling minat+hargai dalam koleksi aku ade 2 jenis je..



1. sains

2. komik



tapi dalam dua jenis nih aku akan letak gambar koleksi buku tu je..













Estidotmy. heheh nih koleksi paling berharga yang aku ada setakat nih. semua sekali 34 buah. majalah nih sebulan sekali je dikeluarkan oleh utusan. aku minat kumpul menda nih pun sebab banyak yang kita tak tahu boleh jadi tahu..majalah sains kan. aku pernah rembat sebijik majalah nih kat sekolah aku. eles depada majalah tu peram cam telor kat stor..bek rembat je. majalah first yang aku ada bertarikh 26 Februari 2003 - Misi Nod - Terokai Khazanah laut Dalam.













Naruto. hehehe aku nih peminat setia naruto. naruto nih member aku yang mula kenalkan kat aku masa aku tingkatan 4 (2005) nama dia salman. kemudian merebak satu kelas semua budak lelaki layan naruto. tapi penyokong kuat masa tu ramai lagi, but then setahun 2 kemudian, yang aku tahu masih minat ngan naruto nih aku salman ngan hanif. anam terus tak tahu pape. koleksi buku nih sebenarnya ada dari volume 1 sampai 24. pastu ada yang pinjam hilang tinggal la cam gigi jongang. sekarang aku layan lagi tapi dah makin kurang..korang kalu nak donlod naruto latest episode pegi www.narutocentral.com.





aku nih tak banyak simpan koleksi buku. kalu dulu besenya gempak, starz, pe entah satu lagi ada gak aku simpan. pastu mak aku suh buangkan..aku kan budak baik.



sekarang tengah khatam baca buku Ahmadinejad: Singa Baru Dunia Islam

Rabu, Jun 18, 2008

Sajak Member

Apabila kita ingin berteman,

Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kita mungkin akan menjauhinya….
Andai kita ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kita akan membencinya….
Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kita mungkin akan memfitnahnya….
Andai kita inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kita mungkin akan menyalahkannya….
Andai kita ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa….
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kita juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna.
Melainkan DIA
trima kasih krn slalu mnolong..
maf krn mnyusah kn awk slalu..


huuu~ heheh trimas kat izati..

Rabu, Jun 11, 2008

Karangan bdk darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan
garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia.. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu
feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


copy kat frenster! anywy thanx owner mnda nh!

Sabtu, Mac 29, 2008

Minta maaf?!

Sorry? minta maaf (formal) ..katakanlah anda kena sound ngn cikgu ke mak ke bile dh buat silap. Xkan anda nak balas "sory ckgu" "sory mak" pada amir tu menunjukan anda x bape ikhlas (ngan kawan bolehla ckp camtu). Jadi better anda guna "maaf" ayat nh lgi mudah untuk menunjukan anda betul-betul buat silap dan xkan mengulangi kesilapan tersebut (ish nh pn nk kna ajar ke??). Tapi kalu anda bercakap ngn orang dari oversea, cam orang Langkawi ke.. Pulau Kapas ke.. Australia ke.. England ke.. atau sesape yang luar dari tanah besar malaysia nh..berspeaking la ngn drg dalam bahasa drg k.. A

English

Sorry

Afrika

Jammer!

Arabic

(aasif/a - m/f) آ

Arabic (Mesir)

(aasif/a - m/f)

Chinese (Mandarin)

duìbùqǐ

Dutch

Het spijt me! Sorry!

French

Je m'excuse !

German

Ich bedaure!

Indonesian

Maaf!

Italian

Scusa!

Japanese

ごめんなさい! (gomen nasai)

Kannada

(kshamisi)

Latin

Ignosce mihi!

Malay

Ma'af!

Persian

(motaasef)

Norway

Beklager, Unnskyld

Spanish

¡Perdón!

Thai

ผม(ฉัน)เสียใจ (pǒm (chân) sěe-a jai)

Zulu

Uxolo!

Romanian

Pardon!