BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/
Memaparkan catatan dengan label Ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmu. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 05, 2010

Mati Dari Sudut Sains

Apa yang berlaku selepas mati


Badan kita terdiri dari jutaan sel. Sel-sel berkumpul membentuklapisan demi lapisan. Lapisan sel inilah yang akhirnya membentuk tisudan organ seperti jantung, kulit dan hati. Sel seolah-olah sebuah rumahyang mempunyai komponen yang sentiasa bekerja tanpa henti. Mitokondria, jasad Golgi, ribosom, nukleus, dan sitoplasmabekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Untuk bekerja secaranormal, sel memerlukan tenaga yang diambil dalam bentuk tenaga ATP (Adenosine-5′-triphosphate). Sel juga memerlukan oksigen, fosfat, kalsiumdan bahan makanan sebagaimana kita. Setiap apa yang kita makan akandisalurkan kepada sel-sel tertentu mengikut pengkhususan kerja mereka. Namun jika berlaku sebarang masalah dan bekalan ini tidak mencukupi,sel akan mati.

Boleh dikatakan bahawa kematian bermula apabila roh dikeluarkan darijasad. Jasad adalah pakaian roh. Maka apabila manusia mati, jantungberhenti mengepam darah ke seluruh badan. Sel-sel badan tidak lagimenerima oksigen yang diangkut oleh darah.

Akibat ketiadaan oksigen, semua sel akan mati. Kematian sel bermulapada sel otak dan berakhir pada sel kulit. Dalam beberapa minit darahakan mengalir dari bahagian atas ke bahagian bawah dan berkumpul disitu akibat tarikan graviti bumi. Bahagian atas yang ketiadaan darahkelihatan pucat manakala bahagian bawah menjadi lebih gelap.Tempoh perubahan badan adalah berbeza-beza. Sel otak akan mati jikaia mengalami kekurangan oksigen selama tiga minit. Sel otot bolehbertahan setelah beberapa jam manakala sel tulang serta kulit bolehbertahan berhari-hari lamanya.

Perlu diketahui bahawa badan bernafas secara aerobik iaitu denganmenggunakan oksigen. Maka apabila mati, proses respirasi aerobik akanterhenti dan menghalang penghasilan tenaga molekul yang diperlukanuntuk melakukan tindakbalas biokimia otot. Ion kalsiumakan bergerak ke sel-sel otot bagi menghalang otot berehat ataumengendur. Tapi apa yang berlaku ialah otot menjadi kaku dan keras,tidak bergerak lagi.

Sel telah mati. Tidak mampu melawan bakteria daripada memusnahkandirinya. Enzim dan bakteria sebenarnya sudah wujud dalam sel semasakita masih hidup lagi. Oleh sebab itulah, diriwayatkan jika kitaditemukan dengan tanda berupa denyutan atau kedutan di antara dahikanan dan kiri menandakan kematian kita akan terjadi dalam beberapahari lagi, kita digalakkan berpuasa supaya badan kita tidak mengandungibanyak kotoran dan ini memudahkan memandikan mayat kita nanti.


Hikmah Pengebumian Jenazah


Amat besar hikmah mengkebumikan jenazah di dalam kubur. Manusia yangdicipta dari segumpal tanah akhirnya kembali kepada tanah. Kita sediamaklum, semua jasad yang mati, lama kelamanan akan mereput. Prosespereputan ini berlaku berperingkat-peringkat di dalam kubur. Seandainyajenazah tidak disemadikan di tanah perkuburan, maka akan tersingkaplahkejadian pereputan yang mengaibkan ini dan manusia tidak dapat hidupaman lantaran bau busuk yang dikeluarkan dari mayat. Malahan, bakteriaakan tersebar dan menularkan penyakit kepada manusia yang masih hidup.

Peringkat pertama


pereputan dikenali sebagai Pemecahan Sendiri (self-destruction).Enzim yang terdapat dalam badan akan menghadamkan badan sendiri.Struktur membran sel akan rosak dan enzim penguraian dilepaskan. Iaakan menyahaslikan makromolekul dalam badan. Peringkat pertama ini bermula dalam sel yang aktif menjalankan metabolisma seperti sel perembes dan makrofaj.

Peringkat kedua


adalah peringkat pembusukan akibat tindakan bakteria anaerobik. Oksigen sudah tiada menyebabkan wujud suasana anaerobik ( tiadaoksigen) dalam mayat. Keadaan ini menggalakkan pertumbuhan danpembiakan bakteria anaerobik terutamanya pada bahagian organ dalamanbadan seperti perut. Bakteria ini menguraikan zat makanan iaitu karbohidrat, protein dan lipidpada mayat dan menghasilkan asid dan gas. Gas yang dilepaskanmengakibatkan tubuh mengembung bermula dari perut yang akan mengubahbentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletus dari mulut dan hidungmayat akibat tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma.Organ dalam tubuh seperti paru-paru, jantung dan hati turut membusuk.Pandangan yang paling menjijikkan adalah di sekitar perut, akibat kulittidak dapat lagi menahan tekanan gas dan akhirnya pecah lalumenyebarkan bau yang meloyakan.

Peringkat ketiga


adalah peringkat pereputan. Pada akhir peringkat kedua, cecair badan yang busuk telah mengalirkeluar. Daging akan luruh satu persatu bermula dari bahagian tengkorak.Kulit dan jaringan lembut yang lain akan tercerai-berai. Otak turutmembusuk dan kelihatan seperti tanah liat. Tisu-tisu badan yang lembutmenjadi kecut dan kering. Proses pereputan berterusan hingga akhirnyamayat tinggal rangka.

Peringkat keempat


adalah peringkat terakhir dalamproses pereputan. Pada masa ini, tiada lagi daging untuk dihancurkan.Semuanya telah dimakan bakteria dan serangga di dalam kubur. Yangtinggal hanyalah tisu-tisu keras seperti tulang dan gigi.

Akhirnya, mikroorganisma seperti bakteria, kulat,alga dan serangga berjaya menakluki tulang. Berlakulah perembesanasid dan enzim metabolisma. Mikroorganisma tersebut memetabolismakan matriks tulangpula hingga tulang hancur. Penguraian tulang ini dibantu oleh bahankimia di persekitaran. Pada persekitaran berasid, kalsium fosfat yangterdapat dalam tulang akan melarut. Tulang akan musnah. Maka, tiada apalagi yang tinggal pada jasad.

Sehebat manapun kita, akhirnya akan mati dan hancur jua. Apabilamati, segalanya telah berlalu dan tidak dapat diubah. Maka ingatlahsentiasa akan mati kerana ia satu peringatan.

Catatan Editor //: Samhani Ismail merupakan Penulis Sains dan seorang Penuntut Sarjana dalam bidang Neurosains di USM.

Ahad, Disember 13, 2009

Extension 1

Salam

Convert doc/word to pdf
http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?FamilyID=f1fc413c-6d89-4f15-991b-63b07ba5f2e5&displaylang=en

Hoho kalau kamu mahu save dokumen microsoft word kepada bentuk PDF, kamu boleh je download extension PDF ni dari pada microsoft. Software ni percuma, senang nak guna, senang nak install

***

Google chrome, translator extension
https://chrome.google.com/extensions/detail/aapbdbdomjkkjkaonfhkkikfgjllcleb

Oh bagi pengguna google chrome yang memang takkan guna firefox atau IE dah, untuk terjemah laman web, kamu boleh je download extension ni di pelantar google. Hoho misal kata kamu pening nak baca atau nk terjemah bahasa melayu kepada inggeris, maka kamu boleh guna extension ni. Mudah nak digunakan.

***

Download youtube, chrome
**javascript:window.location.href = 'http://youtube.com/get_video?video_id=' + yt.getConfig("SWF_ARGS")['video_id'] + "&sk=" + yt.getConfig("SWF_ARGS")['sk'] + '&t=' + yt.getConfig("SWF_ARGS")['t'];**


Ok memandangkan IDM  tak sokong google chrome, sudah tentu untuk mendownload video youtube susah kan. Jadi kamu boleh [klik kanan > add page > copy kod kat atas ni, paste ke bahagian URL]. Walaubagaimanapun, cara ini hanya boleh digunakan dilaman web youtube sahaja. Metacafe, dengan lain2 tak boleh ya. Tak percaya, cuba la semoga berjaya hahaha.

Selasa, Disember 01, 2009

9 Gambar Foto Yang Paling Terkenal!

Salam

Hoho fakta yang best
http://wickedreport.com/top-10-world-most-famous-photos-ever/



01. Afghan Girl [1984]
Photographer: Steve McCurry

Gadis Ahghanistan, hoho gambar ni telah diambil oleh jurugambar National Geographic Steve McCurry. Sharbat Gula adalah salah seorang pelajar disekolah yang tidak rasmi didalam kawasan kem pelarian. Dia ni masa tu berusia lebih kurang 12 tahun dan telah menjadi muka depan majalah National Geographic pada tahun berikutnya. Walaubagaimanapun, identity dia hanya mula diketahui ialah pada tahun 1992.


02. Omayra Sánchez [1985]
Photographer: Frank Fournier

Omayra Sánchez ni salah sorang daripada 25,000 orang mangsa bencana gunung Nevado del Ruiz (Colombia) yang meletup pada November 14, 1985. Budak berumur 13 tahun teperangkap kat dalam air dan konkrit selama 3 hari, walaubagamanapun dah takdir dia, gambar ni sempat diambil sebelum dia mati sekaligus mencetuskan kontroversi diantara jurugambar ni dengan kerajaan Colombian yang x amik kisah dengan bencana apabila gambar ni disiarkan seluruh dunia.


03. Portrait of Winston Churchill [1941]
Photograph from: Yousuf Karsh

Gambar ni diambil oleh jurugambar kanada Yousuf Karsh bila Winston Churchill datang (singgah minum kut) ke Ottawa. Gambar portrait Churchill ini telah membuatkan Karsh menjadi femes diperingkat antarabangsa. It is claimed to be the most reproduced photographic portrait in history. It also appeared on the cover of Life magazine.


04. The plight of Kosovo refugees [1999]
Photographer: Carol Guzy

Gambar ni sebahagian daripada The Washington Post’s Pulitzer Prize-winning entry (2000) menunjukkan macam mana pelarian Kosovo Agim Shala, 2, kena pas-pas melalui dawai berduri untuk diberikan pada tok nek dia di kem pelarian United Arab Emirates di Kukes, Albania. Ahli keluarga Shala berkumpul kat sini, kira reunion kut, lepas berjaya melarikan diri dari konflik kat Kosovo.


05. Stricken child crawling towards a food camp [1994]
Photographer: Kevin Carter

Hoho gambar ni, jurugambar dia memang femes sampai sekarang walaupun dah mati. Gambar ni yang diambil pada tahun 1994 semasa krisis makanan atau kebuluran di Sudan berjaya menang anugerah Pulitzer Prize. Macam yang kamu tengok, budak ni lapar sampai kering badan dia, uish kesian gile bila aku tengok. Burung tu nama speisis dia Vulture tengah tunggu budak tu mati, pastu baru boleh buat kenduri. Gambar ni telah mengejutkan seluruh dunia. Takde siapa yang tahu apa yang jadi pada budak tu, termasuk la si Kevin yang Cuma ambil gambar lepas tu chooww laju-laju. Disebabkan kejadian ni dengan yang lain-lain (kamu boleh rujuk wiki) dia bunuh diri sebab terlalu tekanan. Memang superb gambar-gambar yang dia ambil.


06. Segregated Water Fountains [1950]
Photographer: Elliott Erwitt, Magnum Photos

Ada hikmah Allah jadikan sebahagian manusia ni berkulit hitam, heh msti tukang amik gambar ni pening, omputih, putih sampai x ternampak. Gambar yang memisahkan, orang zaman sekarang panggil water cooler antara kulit di Noeth Carolina.


07. Burning Monk – The Self-Immolation [1963]
Photographer: Malcolm Browne

Pada 11 June 1963, Thich Quang Duc, sorang sami Buddha dari Vietnam, membakar diri dia sendiri tanda protes disimpang jalan yang sibuk kat Saigon. Sami Buddha menuntut supaya regime tarik balik larangan diorang supaya bendara tradisional agama Buddha ni dapat dikibarkan, memberi hak yang sama rata kepada penganut Buddha sebagaimana penganut Catholicism, lepas tu menuntut supaya hentikan tahanan terhadap penganut Buddha dan berikan kebebasan kepada sami dengan penganut diorang untuk mengamalkan dan menyebarkan agama diorang.


08. Bliss [~2000]
Photographer: Charles O’Rear

Hoho mesti kamu pernah tengok gambar ni di skrin tv kamu kan? Bliss ni nama sebuah gambar lanskap di Napa County, California. Dalam gambar asal tu mempunyai, bukit yang menghijau dan langit yang biru dan awan2 yang sirrus. Gambar ni digunapakai sebagai wallpaper asal untuk tema “Luna” dalam Windows XP. Ok gambar ni diambil oleh fotografi profeisional, Charles O’ReAR seorang penduduk St. Helena di Napa County untuk syarikat digital-design High Turn. Gambar O’Rear telah menjayakan iklan Windows XP sebanyak US$200 juta dalam kempen Yes You Can


09. The Triangle Shirtwaist Fire [1911]
Photographer: International Ladies Garmet workers Union

Gambar mayat di Triangle Shirtwaist Company. Peraturan syarikat yang menetapkan supaya semua pintu keluar di kilang dikunci supaya pekerja (kebanyakan pendatang wanita) tidak dapat mencuri atau lari. Apabila kebakaran berlaku, 146 orang mati pada hari tu.

Isnin, September 14, 2009

Buat e-Card Raya 2009

Salam

Sempena hari raya Aidilfitri yang akan menjelang tak lama lagi, jadi aku akan tunjukkan cara untuk buat kad raya atau e-kad raya.

Semua ada 16 langkah. Selamat mencuba~

Langkah 1 & 2



Cari gambar untuk muka depan, dan adjust level (image>adjustment>level)

Langkah 3 & 4





Create New layout namakan sebagai "bahagian depan". Yang ini kita guna 1280x800, kalau layout tu dalam bentuk melintang, rotatekanya tegak (image>image rotation>90'CW)

buatkan lagi 1 New Layout, kali ini saiznya pastikan lagi besar dari yang atas. Ini sebagai background asas diatas.

Langkah 5


Copy layout "bahagian depan" (highlight bahagian depan Ctrl+C dan paste ke layout 5 (layout asas). Duplicate "bahagian depan".

*Bahagian layout yang tegak (bahagian depan)
Masukkan layout yang menegak tadi kedalam layout yang bersaiz besar, kemudian letakkan warna (paint) ke layout yang tegak tadi supaya mudah ntuk beza. Duplicate kan layer ni dan warna kan layout yang baru tu seperti gmbar diatas.

Langkah 6



Sama seperti langkah 5, tapi kali ini dengan gambar untuk hias "bahagian depan". Namakan layer gambar masjid sebagai "masjid" dan susun mengikut shot gambar yang kita mahukan, contoh seperti gambar dibawah ini.

Langkah 7 - 9




Dengan menggunakan pen tool buat garisan untuk buat hias bahagian depan, kemudian inverse kan layer masjid tu dan tekan Delete.

*pastikan anda rujuk seperti gambar diatas 

Langkah 10




Taip ucapan di bahgian atas kad.

Untuk lebih cantik, klik kanan pada layer "Salam Aidilfitri" dan blending options. Disini boleh adjust bentuk macam mana kita mahu pada tulisan.

Langkah 11




Selesai diatas, anda highlight semua layer kecuali "bahagian belakang" dan background kemudian klik kanan pada layer dan klik link layers.

Dibahagian gambar, anda perlu rotate (klik kanan>free transform) dan anda rotate la~

Langkah 12



Setelah sudah berpuas hati dengan rotate, highlight kan sekali lagi semua sekali layer kemudian groupkan.

Langkah 13 & 14


Duplicate group dan pilih salah satu group untuk dirotate untuk membuat mirror atau cermin dibahagian bawah

Tarik gambar kebawah dan anda lakukan rotate, pastikan dari atas gambar ke bawah (klik kanan pada gambar>free transform)

Langkah 15 & 16



Untuk membuang lebihan background, Crop kan background anda

sekarang sudey siap!


Tag - kad raya, buat kad raya, contoh kad raya, cara buat kad raya, e-card raya

Rabu, Jun 03, 2009

Aktiviti Mendownload


Salam

Apa yang kau buat tatkala cuti?

Heh aku dengan aktiviti aku tersendiri iaitu..
- Mendowload anime, movie dan lagu
- Praktis DOTA


Baiklah semenjak cuti ni HDD aku telah meningkat lebih 5 gig! akibat proses mendownload pelbagai movie dan segala software. Kenapa aku buat kerja untuk hilangkan bosan ni? sebab aku aku bosan tu aku download

Minggu lepas duit masuk, hehe.. Aku terasa hidup! Sebab kalau kau mahu tahu, duit aku dah habis 2 hari sebelum aku balik. Kemana duit tu pergi meniggalkan aku? Ha bak kata pepatah "bia la rahsia".

Baik! ini adalah senarai movie, lagu dan anime yang aku download ya..

Movie
- Letters From Iwo Jima - Peperangan Jepun vs Amerika
- All Well End Well Too - lawak
- Night At The Museum 2006 - sejarah
- Pirates of Caribbean 2 - sejarah
- The Core - sains
- Der Untergang -Kisah Adolf Hitler

Lagu (album)
- Lenka - Lenka
- Linkin Park
- Avatar The last Airbender
- Norah Jones

Anime
- Code - Geass
- One Piece
- My Neighbour Totoro
- Doraemon Return

Hmm..bab DOTA pula

Sekarang semua dah ada kat rumah masing-masing. Heh aku masih Normal lagi


Hero feveret aku
- Void
- Troll
- Magina
- aku terlupa nama dia

Kesemua download diatas, aku download dari link-link yang aku percayai seumur hidup sekarang. Baik ini dia link itu! (sesetengah kau kena jadi ahli terlebih dahulu)

Movie
http://www.forfreedownloads.com/ 
http://www.syok.org/portal/forum/index.php
http://bach-khoa.org/forum/showthread.php?t=21991


Lagu
http://www.mp3locker.net/

Anime
http://www.realitylapse.com/
ftp://ftp.anime-browser.com/

Selamat Mendownload~

Ouh kalau kau ada link lain..beritahu la ya~

Ahad, April 05, 2009

Karangan Father Muslim

Salam

Aku menaip bukan untuk mengkritik bahkan untuk mengingatkan dan menyebarkan

Pernah tak kau baca karangan Father Muslim seperti begini;






 ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).
> > >
> > > Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. Selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
> > >
> > > (a)isteri tidak mendengar kata suami.(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa
> > > (c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.
> > >

> > > Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.
> > >
> > > PESANAN HAMBA INI
> > > (a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
> > > (b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
> > > (c) Bersembahyanglah
> > > (d) berzakat - jangan ditinggalkan.
> > > (e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
> > > (f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.
> > >
> > > UNTUK MAKLUMAN
> > > 1.seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.
> > > 2.seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
> > > 3.Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekasKetua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.
> > > 4.Tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.
> > >
> > > p/s:- Hanya ALLAH Sahaja yang tahu kebenarannya..Dari ALLAH kita datang,kepada ALLAh kita kembali..


Karangan paling laris dalam 2 dekad! Oh aku cuba untuk mengeposkan peringatan di buletin, tapi tak keluar pula post buletin aku tu. Oh tak guna! Waktu begini jadi macam ni.
Sudah lama bukan fenomena begini berlaku? Bagi aku surat ini boleh disamakan seperti penganut Kristian yang minta dihapuskan dosa daripada Father mereka dan Father mereka mohon diampunkan dosa daripada ketua Father mereka dan ketua Father mereka mohon diampunkan dosa daripada Pope dan..Pope mohon kemaafan dari manusia mana? Lebih baik jangan jadi Pope kalau begitu! Dosa Pope lagi banyak dari sekalian makhluk yang lain, dia rela?! Ah emosional.

Jadi ini adalah hukum yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1978.

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).
Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.
Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Sudah siang lagi ditidur! Apakah yang kau rasa sekarang?

KITA BOLEH DENGAR ATAU BACA SEMUA BERITA, TAPI KITA TAK PERLU SEBAR SEMUA BERITA!!!


BAHAN BERITA YANG KITA SEBARKAN MENENTUKAN SIAPA DIRI KITA, SI BADUTKAH? SI BANGANGKAH? ATAU MUNGKIN SI PERASAN BIJAK,,HE HE HE..

Ah surat-surat berantai seperti diatas diharamkan dibendung! Budak kecil paling bersemangat nak sebarkan semua ni. Ha ha teringat aku dulu bila adik aku dapat surat macam ni, aku siyatkan saja surat tu! Ah Kristian tidak sama seperti Islam, lahir sudah ada dosa tapi Islam tidak! Hukum mempercayai adalah Haram.

Rujukan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Surat_berantai
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=545
http://al-ikhwanweb.tripod.com/fatwasuratberantai.htm
http://keretamayat.blogspot.com/2007/04/sudahkah-anda-baikot.html

Selasa, Februari 17, 2009

Chrome Plug-in - Dual View


Salam

Google dah pun mengeluarkan plug-in untuk pengguna Google Chrome mereka. Plug-in membolehkan anda split (menceraikan) kepada 2 bahagian. Sebelum ini plug-in untuk jenis ini hanya boleh digunakan di Mozilla Firefox dan kini sudah boleh digunakan di Google Chrome. Baiklah aku akan tunjuk cara nak pasang, dan menggunakan plug-in ni.

1. Klik Google Chrome Split View dan akan keluar 2 pop-up. Pop-up pertama tu biarkan dengan link asal, dan pop-up yang kedua tu masukkan link yang kedua.

2. Dah siap!

Cara untuk pasangkan plug-in ini di Google Chrome anda.
-Anda klik dan drag terus ke link bookmark di sebelah atas tu haa.


Dah pun siap memasang plug-in di Google Chrome anda.

Selasa, Januari 13, 2009

Google Oh Google


Salam

Berbanding Yahoo, Aim atau apa-apa jenis search engine yang ada dalam dunia internet ni, saya lebih suka menggunakan Google untuk mencari sesuatu dan menggunakannya sebagai homepage.

Kenapa?
Semestinya Google lebih mudah dan senang untuk mencari maklumat. Tidak seperti search engine yang lain, kepantasan untuk mencari maklumat lebih pantas dan lebih berkesan berbanding Yahoo. Saiz page Google juga lebih terlalu rendah. Mungkin sebab dalam laman web Google yang ada cuma satu baris bar dan barisan link dibahagian atas. Jadi pengguna yang menggunakan line internet yang lembab dapat mengakses ke homepage Google seperti biasa. Disebabkan kelebihan yang ada pada Google, ranking pertama search engine adalah Google!. Google oh Google~ Mengikut pendapat saya, pencarian melalui Google lebih mudah dan tepati apa yang kita mahukan.

Pernah tak anda perasan dengan logo ini?

Logo ini adalah tema untuk suatu peristiwa yang berlaku.
In 1998 Sergey Brin created a computerized version of the Google letters using the free graphics program GIMPafter teaching himself how to use it. The exclamation mark was added, mimicking the Yahoo! logo
"Pada tahun 1998 Sergey Brin mencipta perkataan Google dari versi berkomputer menggunakan perisian grafik percuma selepas GIMP mengajar beliau sendiri cara untuk menggunakanya. Tanda seruan (!) pernah digunakkan untuk membuat mimik seakan logo Yahoo!."

Isnin, Januari 12, 2009

Bom Fosforus


Fosforus (Bahasa Yunani phosphoros, bermaksud "pembawa cahaya" iaitu nama kuno bagi planet Zuhrah) dijumpai oleh ahli alkimia Jerman yang bernama Hennig Brand pada tahun 1669 melalui persediaan daripada air kencing. Menjalankan kajiannya di Hamburg, Brand cuba untuk menyuling garam dengan mengewapkan air kencing, dan dalam proses tersebut sejenis bahan putih terhasil dan membara dalam keadaan gelap serta terbakar dengan cerahnya. Semenjak itu, perkataanpendarfosfor telah digunakan untuk menerangkan bahan yang berkilau dalam keadaan gelap tanpa terbakar.
Mancis awal menggunakan fosforus putih dalam komposisinya, dan adalah berbahaya kerana ketoksikannya. Pembunuhan, bunuh diri, dan keracunan secara tak sengaja merupakan akibat daripada penggunaannya. (Satu kisah yang diragukan menceritakan tentang percubaan seorang wanita untuk membunuh suaminya dengan meletakkan fosforus putih dalam makanannya, yang kemudiannya dikesani dalam stew yang menghasilkan stim berkilau). Tambahan pula, pendedahan kepada wap menyebabkan pekerja kilang mancis menghidapinekrosis pada tulang rahang, yang dikenali sebagai "phossy-jaw" (rahang fosforus). Apabila fosforus merah ditemui, yang mempunyai kemudahbakaran dan ketoksikan yang lebih rendah, ia kemudiannya diterima guna sebagai pengganti yang lebih selamat untuk penghasilan mancis.
Oleh kerana kereaktifannya dengan udara dan lain-lain bahan yang mengandungi oksigen, fosforus tidak dijumpai secara bebas dalam semulajadi tetapi teragih secara meluas dalam pelbagai jenis mineral. Batuan fosfat, yang diperbuat separanya daripada apatit (sejenis mineral tri-kalsium fosfat tak tulen), adalah sumber komersil penting untuk unsur ini. Mendapan besar apatit dijumpai di ChinaRussiaMaghribiFloridaIdahoTennesseeUtah, dan lain-lain lagi. Namun terdapatnya bimbangan tentang berapa lamanya mendapan fosforus akan bertahan. Amerika Syarikat akan kehabisan mendapannya pada sekitar tahun 2035. China dan Maghribi mempunyai mendapan terbesar yang diketahui pada hari ini, namun ia juga akan kemudiannya menyusut. Semasa kehabisan fosforus, akan terdapatnya pelbagai masalah serius dalam penghasilan makanan sejagat kerana fosforus adalah ramuan yang sangat penting dalam baja.
Alotrop putih boleh dihasilkan menggunakan beberapa kaedah yang berbeza. Dalam satu proses, tri-kalsium fosfat, yang diterbitkan daripada batuan fosfat, dipanaskan dalam relau elektrik atau relau pembakaran bahan api dengan kehadiran karbon dan silika. Unsur fosforus kemudiannya dibebaskan dalam bentuk wap dan boleh dikumpulkan dalam bentuk asid fosforik.

Sabtu, Januari 10, 2009

Google Chrome!

Salam

Now google chrome is not beta anymore! You can use it without any crushing that always bothering us before! hohoh~ trust me it's so great use google chrome than mozilla firefox. Seriously i'm quietly surprise when use it. So what are you thinking for? Come quick feel the smoothest web browser on earth! To quick download please click here.

Rabu, Disember 31, 2008

Cool Burn Method (vid)

How To Start a Fire With a Battery


Hoh! heheh im going be an evil hehe it's help to burn campus down lol! and they would not find any lighter on me hehe..

Selasa, Disember 30, 2008

FAQ Kenapa Susah Macam Haram?!

Salam

Sepanjang musim cuti yang penuh kebebasan sebelum masuk 12 hb ini, aktiviti yang aku buat.. aku  mencari tutorial dengan video how develop weblog. Adeh! susah macam haram! Hari tu (long-long time ago..) aku ada terbaca iklan di blog IEN (<--femes minah nih..)

Aku telah berbincang dengan Eriyza, dan bercadang untuk buat tutorial online iaitu Modified Template secara asas. (Advance2 aku xreti sgt haha!)
Hangpa nak join kah?
Sila lihat syarat2 dan reply komen di  ~Blog Eriyza~.

Begitulah per-cerita-an-nya dan ke-utara-an-nya. Tapi! aku terlewat. Aku ingat majlis keilmuan tu dibuat selepas tarikh 1 Januari, Tetapi dengan tidak atau secara mudahnya dengan kebetulan aku login ym.. huhu diorang dah mula / habis dengan kelas tu..sengal aku..

Sampai sekarang aku cari tutorial yang paling power! tapi dimanakah mereka ini berada..where are you bebeh.. Aku bukan nak bangunkan web! Tetapi setelah berkali-kali aku mencari dengan mendemo-strasian kesemua tutorial tu, aku dapat ilmu baru! Huh biarkan sahaja untuk aku membangga diri huuu~~ 

Aku bukan budak IT . Aku belajar semua ini sebab..sebab. Huhuhu! Pendapat aku, bidang komputer ini, semua jenis lapisan masyarakat yang samaada belum cukup umur untuk membolehkan masuk tengok wayang 18SG atau hadrcore, atau yang sudah boleh menonton tetapi tidak ambil jurusan peng-komputer-an masih boleh jadi seorang yang amatur. Huh baru nak noktah.

Isnin, November 10, 2008

4 Web Online Yang Jadi Pilihan

Salam

Baru lepas balik dari gathering section J kat pizza hut Tampin. Adei kenyangnya~

4 laman web yang menyediakan perkhidmatan online yang anda patut tahu.
- Convert video to mp3

******

Convert video to mp3

Bagi anda yang memerlukan platform untuk download lagu dari laman web video cth; youtube, metacafe, dan sebagainya laman ini sesuai untuk anda mendownload lagu dari laman web berkenaan atau bahasa mudahnya, mengekstrak lagu dari video berkenaan. Laman web ini menyediakan perkhidmatan yang berkualiti walaupun lagu diekstrak secara online dari laman video. Memory lagu juga bersaiz sedikit kecil banding dari saiz mp3 yang asal. 

pastikan anda ingat nama lagu yang anda download nanti ye.

-------------------

Convert FLV to mp4

Pasti ramai yang sudah tahu platform untuk mendownload video ini. Laman ini menyediakan perkhidmatan mendownload video dari laman web cth; youtube, metacafe dan sebagainya dalam 2 format, iaitu flv dan mp4. Bagi yang sukakan kepuasan video, elok mendownload dalam format mp4.
pastikan tiada "&feature=channel" dihijung URL video anda.
http://keepvid.com/

-------------------

Free mp3 download

Bagi anda yang tiada perisian P2P untuk mendownload lagu didalam komputer anda, laman ini sesuai bagi anda untuk mendownload lagu. Laman web ini merupakan platform untuk mendownload lagu inggeris terus ke komputer anda. Bagi aku laman web ini adalah unlimited download. Anda taip sahaja nama atau tajuk lagu dibar yang disediakan, berpuluh (mungkin) lagu yang sama anda mempunyai pilihan untuk memilih dan terdapat juga top download song untuk anda.
laman ini cuma menyediakan lagu inggeris sahaja (mungkin)
http://www.airmp3.net/

-------------------

Project Playlist

Laman web ini aku dapat dari friendster Kinah. Laman ini menyediakan playlist lagu untuk anda, malahan anda tidak perlu menunggu masa yang lama untuk buffering suatu lagu berkenaan. Namun begitu anda harus mempunyai akaun untuk nempunyai pilihan lagu yang sendiri. Bagi aku laman ini ibarat hasil titk peluh petani pemain lagu yang kedua selepas mp3 laptop saing aku ini. Anda boleh embbed playlist ini kedalam profile friendster atau blog anda.
senang nak digunakan
http://www.playlist.com/

Rabu, September 17, 2008

Kanser Payudara

Salam


Mengenali Barah Payudara

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.  Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel?  Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.  

Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya  akan menghasilkan lebihan tisu.  Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.  Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah).  Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.

Faktor–faktor 


Berikut adalah faktor-faktor yang telah dikenal pasti

Jantina
Kanser payudara adalah khususnya penyakit wanita (95% daripada kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita)

Umur
Semakin usia meningkat semakin tinggi risiko. Wanita yang berumur kurang daripada 25 tahun jarang sekali mengidapi kanser payudara

Perbezaan geografi
Kawasan kediaman memainkan peranan. Kanser payudara lebih didapati di negeri barat jika dibandingkan dengan negara Asia atau Afrika (sila lihat Barah Payudara - Permasaalahan serius) 

Riwayat kanser payudara
Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda

Adanya riwayat penyakit payudara
Ini meliputi semua keadaan di mana terdapat sel-sel abnormal. Wanita di mana sel-sel agak abnormal iaitu hiperplasia atypical mempunyai kadar risiko 4 kali ganda menghidapi kanser payudara. Begitu juga dengan penyakit fibrosistik atau penyakit proliferatif.

Riwayat haid
Sekiranya seorang wanita baligh pada usia sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun, risiko ia menghidapi kanser meningkat 2 atau 3 kali ganda. Ini berkaitan dengan fasa kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon oestrogen.

Jumlah anak
Seorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30 tahun mempunyai risiko tinggi menghidapi kanser payudara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak terganggu.

Pendedahan radiasi
Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku

Pendedahan kepada letupan bom atom boleh meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Risiko radiasi diperolehi daripada data pendedahan tinggi seperti mangsa letupan bom atom, pelombong uranium, mangsa pendedahan gas radon, pesakit tuberculosis yang pernah mengalami floroskopi ulangan (satu cara pemeriksaan yang tidak dilakukan lagi) dan pesakit yand didedahkan radiasi untuk rawatan penyakit mastitis dan penyakit Hodgkins. Dos yang didapati merangkumi 250mGy – 20Gy (25 sehingga 2000rads). Dos seperti ini tidak digunakan semasa pemeriksaan diagnostik

Status socioekonomi
Status socioekonomi tinggi akan meningkatkan risiko kanser payudara. Ini berkaitan dengan usia semasa baligh, usia semasa putus haid, usia ketika hamil anak pertama dan juga pemakanan

Pemakanan
Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walaubagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa kaitan antara kadar kanser payu dara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol telah membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2.0 kali ganda.

Saiz tubuh
Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi

Penyusuan
Kajian telah menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara penyusuan dan kanser payudara. Penyusuan tidak memberikan apa perlindungan. Kajian Carolina Breast Center pada tahun 1999 telah menunjukkan bahawa penyusuan merendahkan sedikit risiko terhadap kanser payudara di kalangan wanita yang boleh hamil (child bearing). Kajian ini juga memperingatkan wanita jangan melakukan penyusuan hanya sebagai perlindungan untuk kanser payudara. Penyusuan harus dilakukan kerana manfaat kepada kedua dua ibu dan bayi.

Kanser Payudara dan Pemakanan

Kanser payudara telah menjadi satu penyakit yang tidak mengenal batasan, miskin, kaya, tua, muda turut diancam. Pemakanan merupakan satu faktor yang ada kaitan dengan pencegahan, rawatan dan pemulihan. American National Cancer Institite telah melaporkan sebanyak 35% kanser mempunyai kaitan dengan pemakanan. Kaitan ini meningkat sebanyak 80% sekiranya ditambah faktor merokok dan kekurangan senaman. Kadar kanser payudara mempunyai sebanyak 50% kaitan dengan apa yang kita makan.

Kajian pemakanan penduduk telah menunjukkan pengambilan lemak tepu, protin haiwan dan makanan kurang serabut yang tinggi akan meningkatkan kadar kanser payudara. Lemak haiwan dan minyak kelapa merupakan sumber lemak tepu. Serabut hanya didapati daripada tumbuh-tumbuhan. Didapati bahawa apabila makanan seperti daging, keju, susu dan telur lebih dimakan, buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin dikurangkan.

Mulakan hari anda dengan memandang makanan sabagai sumber rawatan dan pencegahan kanser. Pilihlah makanan mengikuti piramid makanan. Dengan penglibatan mental dan rohani yang aktif, kanser payudara boleh diatasi.

Rawatan

Rawatan utama barah payudara merupakan pembedahan, dengan kemungkinan diikuti oleh kimoterapi dan/atau radioterapi.
Bergantung kepada tahap dan jenis tumour, hanya lumpektomi (hanya pembuangan ketulan) sahaja diperlukan atau pembuangan tisu payudara yang lebih besar mungkin diperlukan. Pembedahan membuang keseluruhan payudara dikenali sebagai mastektomi.
Langkah biasa memerlukan pakar bedah memastikan bahawa tisu yang dibuang dalam operasi mempunyai lebih bebas dari barah, menunjukkan barah telah dibuang sepenuhnya. Jika tisu yang dibuang tidak sepenuhnya, pembedahan lanjut bagi membuang lebih banyak tisu diperlukan.

Kadang-kala ini memerlukan penyingkiran sebahagian daripada otot utama pektoralis (pectoralis major muscle) yang merupakan otot utama dinding dada anterior (anterior chest wall).
Semasa pembedahan, nodus limfa pada axilla juga dipertimbangkan untuk dibuang. Pada masa lalu, operasi axillary besar membuang 10-40 nodus limfa untuk memastikan samaada (mengelak daripada) barah merebak - malangnya ini memberikan kesan sampingan iaitu menyebabkan lymphedema pada tangan sebelah yang sama pada pemindahan ini kerana banyak nodus limfa bersambungan dengan saliran sistem limfa telah dibuang. Lebih baru-baru ini teknik pengawal diseksi nodus limfa telah menjadi popular kerana rawatan ini hanya memerlukan pemindahan nodus limfa yang jauh lebih sedikit, (risiko) kesan sampingan lebih sedikit yang bakal dihadapi.


Rujukan

http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/BM/Maklumat/index.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_barah_payudara


Artikel ini dibuat atas tujuan kesedaran dan kepada Mak teh yang meninggal dunia 17 Ramadhan (17 September) waktu maghrib.

Selasa, September 16, 2008

Lelaki Suka dan Tidak Suka

Salam


 PERHATIAN!: Anda dilarang membangkang apa yang terdapat dalam artikel ini!


Lelaki suka:

  • Sikap kelakar
  • Budi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai memasak
  • Pandai dalam mengenakan pakaian
  • Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
  • Tak mudah naik angin
  • Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  • “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
  • Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  • Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  • Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
  • Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  • Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat-buat
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  • Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
  • Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  • Tahu bersyukur
  • Pandai berjimat-cermat
  • Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

Lelaki Tak Suka:
  • Wanita yang suka mengumpat
  • Sombong dan bongkak
  • Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  • Hisap rokok
  • “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
  • Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  • Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
  • “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
  • “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
  • Wanita yang hipokrit
  • Pembohong dan suka mencari alasan
  • Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
  • Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
  • Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  • Pengotor dan pemalas
  • Tak bertanggungjawab langsung
  • Tak pandai mengemas
  • Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
  • Kuat berleter walau hal remeh temeh
  • Boros berbelanja
  • Tak tahu memasak
  • Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
  • “Queen Control” atau suka mengarah-arah
  • Tak pandai bergaya atau selekeh
  • Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
  • Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
  • Panas baran
  • Kuat merajuk dan sukar dipujuk
  • Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
  • Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

Di copy"n"paste dari TC.
hoho bak kata pepatah kunos "i'm not a perfect person".

Selasa, September 02, 2008

Workshop Welding

Salam


This is arc welding. Arc welding use an electrode that clip on  to strike on this steel plate. Fuuh along this 3 weeks workshop classes this is the most hard welding that i ever did. As you can see my line is no straight. Usually the house buider will use this thing, i think maybe it more cheap and it easy to move anywhere.

This is my second artwork. We use TIG or Gas Tungsten Arc Welding . Huhu this is more easiest than other two type. TIG has a tungsten electrode in the middle and use inert gas as a shielding gas. Tig is commonly use in big industries, usually it use to weld thin sections of stainless steel and light metal such the base plate that i had used above. The machine is too big to moveout lor.

This is last welding workshop. I just can make only half from whole plate adeh.This aluminium base plate and it use aluminium electrode to strike on this plate.This is call MIG (Metal inert gas). It use argon to melt the aluminium electrode and i think it much more powerful brightning than other two type.

 
Arc welding
Safety First - Shahidi