BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/
Memaparkan catatan dengan label Wayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wayang. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 18, 2009

Salam Awal Muharam, Filem Avatar!


Salam

Sudah tengok cerita Avatar?
Huhu kebanyakan kawan aku dengan aku sekali, semua fikir filem Avatar tu, sama macam Avatar yang adik2, atau kamu layan kat tv9.
Huhu sebenarnya tak pun. Jalan cerita pun jauh beza. Cait.

Oh tapi kamu tahu penggunaan avatar didalam forum? Haa konsep dia lebih kurang sama la. Tapi kalau tengok cerita ni, nanti mesti lagi faham.

Ok Avatar ni cerita dia pasal, satu masa nanti manusia Bumi terjumpa planet yang hampir sama dengan Bumi, tapi mempunyai sumber mineral termahal. Lagi mahal dari emas, mungkin Titanium. Hoho kalau kamu pernah layan filem The Core, hoho superb cite ni!, dalam cite tu kalau tak silap la, kapal gerudi yang diorang naik tu diperbuat dari unsur Ubtonium. Lebih kurang macam tu la, iras2 uranium aku ingat. Jadi dalam filem ni, unsur ubtonium tu banyak terdapat bawah kerak sebatang pokok besar. Pokok semangat la kata orang. Jadi orang Bumi ni berperang dengan orang2 asli kat situ untuk dapatkan unsur ni pastu jual kat Bumi, hoho kaya raya raya la diorang kat Bumi nanti.

Hmm cerita ni panjang, tapi best layan. Grafik A++

*****


Oh untuk kamu yang pernah baca entry Masalah Negara tu, awek tu baru je declare In Relationship With dengan orang, kemungkinan besar aku kenal. Adei huhu..

*****


Oh yang ini kalau "kamu" terbaca, kut "kamu" la nak balas balik ke x.

Haha baru2 ni aku usya sorang awek ni, hajat saja nak kawan, hmm rupa dia, entah. Tapi bagi aku cantik la juga. So dah berapa lama tu, aku minta id YM, mula2 (mungkin) macam biasa la aku fikir orang perempuan ni malas atau jual mahal atau pape je la, nak layan lelaki yang diorang tak kenal. Tapi bila ym dia ni macam acuh tak acuh nak membalas, aku pun dah kering soalan soal jawab, aku pun beritahu nak out sebab aku memang nak out pun, so aku tutup ym dia dan dalam masa sama, kebetulan sepupu aku online ym. Tetiba dia mengejek/perli aku sebab aku tak buat status offline (mungkin dia fikir aku akan buat invisible bila aku cakap nak off). Adei..

Huhu

******


Oh Salam Awal Muharam 1431. :)

Sabtu, November 21, 2009

2012: Doomsday




Salam

Akhirnya berjaya juga aku tengok filem 2012, dah lama giler babeng aku tunggu dia tayang!. Oh aku peminat scince fiction. Sebelum cite 2012 tayang, ada lagi satu filem, District 9. Hoho berpuas hati dapat donlod~ Heh memang dah minat, boleh aku katakan Star Wars, Sunshine mungkin Star Trek tu A lagi la kalau nak banding cerita lain. Walopun nak tengok cite fiksyen ni kena pakai imaginasi, tapi kena logik juga. Ada filem aku donlod, macam entah apa-apa efek yang diorang buat.

Tapi senarai A filem fiksyen yang aku penah tengok, aku ingat banyak. Semua dalam drive D dengan DVD.
Sumpah filem Armageddon, Sunshine, Star Wars dengan yang lain-lain tu dah bape kali aku ulang tengok.

Bagi aku, hoho pandangan ni, aku tengok filem fiksyen ni semua sebabkan efek yang diorang buat, biar nampak tak logik, prob hampiri matahari, spacecraft yang kecik tapi custom yang diorang pakai, macam kuno, alien masih perlu hidup dengan graviti, tapi tu ler pasal efek yang diorang buat.

Kita dah biasa sangat tengok cite dalam lingkungan kita, terlalu realistik, kiranya cinta2 pastu masalah sosial yang bodoh semua tu. Pastu, filem ni buat kita fikir pasal masa depan, kalau menda tu betul-betul terjadi, hidup lagi ke kita masa tu?

Sabtu, Mac 21, 2009

City Of Ember


Salam

Rugi kau budin, betul kau balik Terengganu?
Petang tadi Mizan dan aku pergi tonton cerita City Of Ember.
Mizan pagi tu ada lab Pilot Plant, giliran Lab aku pula minggu depan.

Hei aku tak rasa Faiz Rooney boleh hasilkan sabun! Dia cuma sesuai bahagian pembacuh sahaja sebelum lab tu dipenuhi buih-buih!

Kami pergi tonton di Dataran Pahlawan. Hoh! ada bas UiTM Penang la, 2 buah pula tu! Tapi apa aku peduli bukan aku kenal pun mereka tu siapa..kan?
Tempat duduk dalam panggung memang tak ramai.
Sampainya baru 1 baris yg orang duduk. Patut la panggung dia kecil, sambutan kurang orang pun kurang tadi. Tapi sebelah aku tadi, hoho sangat hapak! Aku tak tahu bau hapak dari badan, baju atau dia tu perokok..??
Tapi isi artikal ini ialah, City of Ember sangat best! Betul best! bagi aku daripada tengok pelakon Dragon Ball yang tak boleh terbang tu dan terasa terpaksa ambil mood untuk tonton, lebih baik tonton City of Ember!


Sinopsis

Ember sebuah bandar bawah tanah yang dibina 240 tahun dahulu oleh "the builders". Orang-orang yang tinggal di bawah ini adalah untuk mengelakkan manusia daripada pupus disebabkan pemusnahan yang dilakukan besar-besaran. Pada tahun ke 240 ada dua orang budak ni pasti terdapat jalan keluar daripada kehidupan mereka yang menggunakan tenaga elektrik sebagai janakuasa kehidupan mereka. Mereka terpaksa melalui banyak dugaan untuk mencari jalan keluar dari bandar Ember.

Isnin, Februari 16, 2009

Pengembaraan Geng Upin dan Ipin


Salam

Dah lama aku teringin nak tengok cerita Geng Upin dan Ipin ni, dan akhirnya, kitorang pergi juga tengok malam minggu sabtu minggu lepas walaupun sekarang nih dah tengah-tengah bulan kitorang tetap pergi jugak! hehe..

Serius cerita Upin dan Ipin ni memang best! Betul-betul best daripada cerita kartun Malaysia yang lain. Hoho cerita upin ipin nih tepat dengan tema dia tentang kisah pengembaraan dan komedi budak-budak kecik tu. Betul tak sia-sia kitorang pergi tengok walaupun dalam panggung tu budak kecil dengan famili yang ramai. Hampir penuh pulak tu! Tapi tak penuh lagi la..

Jadi anda yang mana kaki anime atau otaku atau berasa dah tua atau berasa jiwa remaja atau kanak-kanak, pergi la layan cerita Upin Ipin nih! Memang best hoh!
p/s huuu~ akak upin ipin kak ros cun hoo betul3

Sinopsis


Jejak kaki yang ganjil dan suara-suara yang ngeri cumalah beberapa daripada apa-apa yang menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh. Terdapat cerita-cerita bahawa ada seekor makhluk ganas yang berkeliaran di hutan pada waktu malam.



Tiada sesiapa yang berani untuk mencari benda tersebut, sehinggalah Badrol dan Lim yang sedang bercuti di kampung ini, bertembung dengan punca misteri itu sendiri. Sekarang terpulanglah kepada kedua-dua lelaki tersebut bersama rakan-rakan baru mereka: Rajoo yang boleh berkomunikasi dengan haiwan, Ros si jelita kammpung, serta adik-beradik kembar Upin dan Ipin yang nakal, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri.



Selasa, Oktober 07, 2008

Kami The Movie

Salam

Baru-baru ni (selasa malam) aku, Hafiz, Wan, Budin pergi tengok filem KAmi The Movie! Hehe. Mulanya Wan kebosanan tahap hyper duduk kat rumah, yela takde aktiviti lansung! Meh baca perbualan yang terjadi kat dalam rumah usang ni.

******

Wan: Fuuh bosannya..
Dia pergi baring

Wan: Amir jum tengok cte Kami?
Aku: ko serius ke?

Wan: Bosan bodo..

Wan telefon..

Wan: Amir jum arr tengok cite Kami..
Aku: Betul ke? aku pun bosan gak nih.. 

Wan: Jum arr
Aku: Ko kontek arr Budin suruh balik


Wan telefon

Aku: Budin kat mana? Dia nak ikut ke?
Wan: Mtah arr dia otw nak balik..dia nak ikut.

Aku: Kalu cam tu bia aku check cite tu tayang pukul berapa..nak tengok kat mana?

Wan: Kat Dataran (Dataran Pahlawan)

*****

9:10 malam berkejar pergi Ayer Keroh Melaka.
Di Dataran filem Kami mula pukul 9.50. Jadi kami pergi ke Melaka Raya, MBO.
Di MBO filem tu mula 10.15 kami sampai pula masa tu tepat jam 10 (jam tangan aku ler)..



+++sinopsis untuk Kami The Movie+++

Hidup ini memang palat. tapi esok masih ada

Filem "KAMI" mengekalkan Liyana Jasmay sebagai Lynn, Syarul Ezani (Ali), Nas-T (Abu), Juliana Evans (Sofie) dan Zayanah Ibrahim (Adii) juga Zahiril Adzim sebagai (Boy). Ia meneruskan kisah lima sahabat ini yang bakal meninggalkan zaman sekolah.

Lynn, tanpa diketahui rakan-rakannya telah berpindah dari kampung bersama ibunya untuk membina hidup baru setelah Lynn didapati bekerja untuk Boy, seorang pengedar dadah.

Lebih mengeruhkan keadaan, Lynn yang menulis majalah terbitannya sendiri iaitu KAMI dibawah nama samaran Teka Teki telah menyumbangkan ulasan yang mengkritik pedas band Ali di dalam sebuah majalah muzik tempatan. Dalam kesukaran menyembunyikan rahsianya, Lynn mendapati semua rakannya juga mempunyai rahsia masing-masing.

"KAMI" bermula dengan Abu melarikan diri dari rumah akhlak untuk bersama Ali meraikan hari terakhir Lynn, Sofie dan Adii menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Namun, kegembiraan mereka tidak kekal apabila kehidupan lampau Lynn kembali menghantui dan mencetus konflik lalu memaksa setiap daripada mereka untuk berhadapan dengan pergolakan hidup masing-masing dan membuat keputusan yang bakal mengubah hidup mereka buat selama-lamanya.


Layan je~

Selasa, Julai 01, 2008

Filem Sepi

Tentang Sepi 1/7/07

huhuhu terkezut tadi masa masuk panggung hampir semua penonton kat situ perempuan!.. ingat kut-kut la tersalah masuk pintu panggung macam akak tiket yang tunjuk pintu salah kat aku tadi. mesti akak tu fikir aku nih takkan la nak layan filem genre cam tu kan? kata dia..

"hah adik pergi kat pintu sana k." "trimas kak"

aku main redah je cuba cari pintu no1. tapi yang ada pintu 4 dan 5,

"wtf! sah le aku kena kelentong ngn akak tu."

aku kan profesional jadi kena la bertindak profesional kan? aku pun pergi cari pintu no1 kat sebelah sana tu, (GSC kuantan nih drg asingkan pintu 1,2,3 kat sebelah kanan, 4,5 sebelah kiri)

"heheh dah jumpa pun "pintu kebenaran".

aku try la intai-intai. hak!! semua yang ada kat dalam tu perempuan!! adeh sedih lor rasa menyesal lak beli, tapi mengingatkan hari nih..

tak pe rilek dulu tunggu lampu dipadamkan dulu baru la masuk. aku pun duduk cam tengah tunggu orang datang..heheh hati aku lagi terel mengarah dari khabir bhaktia tu.

filem nih best tahap touching kalau korang layan ngan bf/gf korang (jangan wat maksiat dalam tu dh le). aku pun teringin nak cry tapi mungkin salur air mata aku dah frost sebab air-cond kut??
siapa kata filem korea saja yang boleh wat korang touching and then feel romance when watch it with ur bf/gf?? filem melayu sekarang pun dah boleh buat macam tu la.
Tapi kecian gles watak Imaan dalam filem nih, bf dia (piere) mati kena toreh/sabit/cucuk (aku x tau nak bayangkan camne sebab orang yg wat tu bukn bnuh pakai pisau tapi mnda len) dengan orang jahat masa dia leraikan pergaduhan last2 kena humban dalam sungai. Imaan tengok menda tu semua tapi dia macam x pecaya dia tengok kearah lain rupanya bf dia nih tengah melambai kat dia. korang mesti x faham kan? jadi pergi la tengok!


Puisi Sepi

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku



Sinopsis Filem Sepi
Jalan menemui kebahagiaan tidak selalunya mudah. Untuk Adam, Sufi dan Imaan, sepi terlebih dulu menjengah hati mereka. Sepi membuat mereka mencari cinta, memilih cinta, dan menggengam cinta. Sepilah mengajar mereka erti cinta.

Adam seorang chef yang berjaya, dan kek perkahwinannya sering menjadi idaman pengantin. Dia sentiasa menghadiri majlis majlis perkahwinan – tanpa pasangan. Walau sentiasa dikelilingi teman-teman, Adam rasa tersendiri. Walau sentiasa kelihatan ceria, hatinya tercari-cari. Dia inginkan seseorang untuk berkongsi bahagia.

Tapi mungkinlah cinta yang dicari, telah lama berada di depannya?

Sufi & Marya

Setelah kematian isterinya, Sufi terbeban dengan memori. Hatinya yang kosong enggan meneruskan hidup tanpa kekasih hati. Dia berlari - menjauhkan diri dari realiti kehidupan, kerjaya, malah anaknya sendiri. Tidak terbayang olehnya cinta akan menjenguknya lagi. Bukankah cinta datang hanya sekali dalam hidup?

Imaan kecewa bila pementasan teater nukilannya tidak diambil serius oleh pelakon utamanya, Ean. Imaan bencikan Ean, tapi tanpa disedarinya, Ean berjaya mencuri hatinya. Benci berubah menjadi bibit cinta. Tapi Imaan sudah berpunya. Hatinya tersepit antara kasih pada dua lelaki yang begitu penting dalam hidupnya. Akhirnya, cinta memaksa Imaan memilih.

Tiga kisah yang berbeza, terikat dalam satu desitini.

Rabu, Jun 18, 2008

The Happening

Cerita nih aku pergi tengok siang tadi dengan member PLKN aku iaitu..aku, ery, kema, ina, dan aina. ouh aku nak wat shoutout kat aina jap. Weh aina kalu ko terbaca posting nih jangan kembang idung lak k!



Aina thanx coz sempoi turun kuantan join kitorang! pastu ouh!! kalu bf ko menjerit2+marah2 kat ko sebab turun kuantan sorang2!! ko jangan riso k! aku xkan backup ko! ery kan ada~ heheh anway thanx join kitorang!

p/s sori x letk pic ko..coz aku xde stok gmbr ko..



tu jela..okeh, filem nih mula-mula korang akan tengok bunuh diri tahap paling lembut sekali yang korang akan tengok dalam filem nih. bila tengok filem nih pada babak awal atau sesetengah babak yang lain korang mungkin dapat rasa ngilu bila tengok filem nih, terutama aku heheh. filem nih gak korang akan dapat jumpa pelapis Sean Kingston..x pecaya pergi la tengok treler dia. tapi aku rasa hairan tahap pelik, kenapa filem camnih FINAS letak U(umum)? adakah sebab antara watak utama dalam filem nih kanak-kanak? atau pada diorang nilai atau elemen sains yang cuba disampaikan?



hmm..aku bagi 4.5 bintang tengok cerita nih. filem nih ada gak la lawak yang x dibuat-buat oleh hero filem nih. yang pasti korang mesti x rasa stress kalau tengok kat panggung o dvd player korang okeh!



We've Sensed It. We've Seen The Signs. Now... It's Happening









Sinopsis THE HAPPENING



Selepas The Sixth Sense, Signs dan The Village, pengarah artistik M Night Shyamalan lahir dengan sebuah filem thriller berkisarkan kehidupan sebuah keluarga yang berhadapan dengan situasi kurang menyenangkan.



Sebuah situasi yang bukan saja menyukarkan keluarga berkenaan, malahan membelenggu kebanyakan manusia yang tinggal di beberapa bandar Amerika Syarikat.



Ia hadir tanpa sebarang amaran, bergentayangan ke merata tempat, di mana jua yang sekaligus menyebabkan sesiapa yang dijangkitinya akan melepasi kelaziman manusia. Apakah sebenarnya situasi itu? Apakah ada penawarnya?.


Isnin, Jun 02, 2008

Long Khong / ART OF THE DEVIL

Long Khong

Pergh gles cte long khong..seram gles!! hari sabtu kitorang g tengok.. aku bajet ramai orang g tengok cte nih..rupenye cput je..tapi memula start tu tengok cam slow je cte..x lama pun..lepas slow tu baru la hormon adrenalin aku befungsi dengan aktif bila tengok ilmu hitam siam..memang giles ilmu siam. lagipun apa yang aku tahu, long khong yang ke2 nih lagi power seram berbanding long khong 2005.. anyway heheh nih cte ke2 yang aku tengok (18PL+++++) selepas Woman With Slit-mouth..





Sinopsis:


Panor (Napakpapah Nakprasit), seorang guru di sebuah kawasan pedalaman yang memiliki aura menggoda, namun dia tetap mengimpikan kehidupan normal dan bahagia seperti wanita lain di kampungnya. Namun, kecantikannya menjadi sumpahan mengerikan kerana Panor menjadi kegilaan ramai pemuda. Dan membuatkan hidupnya huru-hara.

Guru-guru dan pelajar-pelajar lelaki di sekolahnya berusaha memikatnya menggunakan pelbagai ilmu hitam dan ubat pengasih bagi meraih perhatiannya. Untuk menghindari ancaman yang tidak berkesudahan itu, Panor terpaksa membunuh Porn, seorang pawang tidak bermoral. Dan kemudiannya membolehkan dia memiliki Syaitan Tiga-Mata yang sangat berkuasa. Itu menyebabkan Sarjan Dit (Suppakorn Kitsuwan), rakan si pawang yang taksub dengan ilmu voodoo, muncul di dalam hidup Panor dengan hasrat untuk merampas Syaitan Tiga-Mata darinya.



Moralnya..pilih la ilmu selain ilmu silat, tae kwon do, o kung fu nak protek diri korang...

Isnin, Mei 12, 2008

Ironman..

Kemarin pergi ke bandar masuk cek dalam bank..dah alang-alang ada kat bandar pegi tengok wayang kat megamall..tapi biasa la hari isnin mana la ramai sangat orang kat dalam mega tu..ciput je..



Ironman kasi 3.5 stars dah la..sebab x mengancam jiwa..x beh mana pun jalan cerita..ingat jalan cerita sama macam Transfomers tapi biasa-biasa macam cerita Hero yang lain..
The value of this movie is Islamic country and their people are still they (American producer) show/create as evil and terrorists. Anyway heroes aren't Born. They're Built.


rilex kesempoian je tgk..