BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Ahad, Februari 01, 2009

Turki Vs Israel


Siapa menang kalau Turki berperang dengan Israel? Dah tentu la bukan Turki! Mujur Erdagon nih ada roh manusia dalam jasad dia tu. Nak kata kasihan kat pakcik nih, kasihan juga la sebab terang-terang atau bak kata pepatah "jangan pasang lampu kalau masih lagi terang" kena terasing atau dibuli oleh 2 orang atau mungkin bukan orang, wakil negara Amerika dan Israel.

Hoho aku rasa Peres (Presiden Israel) ni buta dah kut? Yela dia nih dah la tua hampagas..err Erdagon yang kata Peres lagi tua dari dia, mungkin dia nak suruh orang tua nih beringat yang dia dah nak jumpa Allah gitu..

"Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza."
Walaubagaimanapun untuk edisi penuh anda boleh baca disini.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20090131002227/Article/

Khamis, Ogos 14, 2008

Memeluk Islam

Assalamualaikum


Forum “Memeluk Islam”

Malam kelmarin ada seorang rakan yang bercerita tentang forum yang diadakan pada hari Sabtu kelmarin. Aku tak tahu apa tujuan forum tu, dia beritahu tajuk forum tu “Memeluk Islam”. Eh forum dalam internet ke atau forum reality? Dia kata reality.

Aku tak tahu lansung pasal forum tu, punca kenapa Russia berperang dengan Georgia pun sama. Semua tu baru pagi tadi aku tahu. rumah aku mana ada tv, internet lak “jauhkan api dari lalang”. Ish teringat pepatah dulu-dulu kala “aku ketahuan”. Lagipun member aku tu bakal peguam, dan diorang tengah cuti pertengahan semester le nih. Tu pasal diorang patut ambil tahu.

Forum nih pasal apa?

Apa yang aku tahu (semasa artikal ini ditaip) forum ni pada asalnya diadakan pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 10.00 pagi (ditamatkan tija lebih awal). Ahli-ahli forumer ni diambil dari kalangan keluarga bukan Islam yang terdapat dikalangan ahli mereka yang sudah memeluk Islam. Ertikata yang lain mereka sedang meluahkan “penderitaan” yang mereka hadapi setelah terdapat ahli kelurga mereka yang memeluk Islam. Forum ni dianjurkan oleh Majlis Peguam.

PAS UMNO PKR

Sewaktu forum ini dijalankan ketiga-tiga parti (PAS, UMNO, PKR) sedang membuat demonstrasi didepan bangunan Majlis Peguam untuk menuntut forum dihentikan segera. Bukan tiga parti ni sahaja, tapi lebih 1000 orang daripada 29 NGO menyertai membuat demonstrasi.

"Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat - Saya tidak faham mengapa dia (Majlis Peguam) nak anjurkan forum ini, apa tujuannya kerana telah berjuta-juta manusia di dunia ini memeluk Islam sekian lama, jadi kenapa pula mereka perlu bising sekarang. Saya lebih setuju jika dibuat satu forum khas tentang mana yang lebih baik dan logik antara agama Islam dan agama lain. Ini lebih baik dan bermanfaat"

Pendapat

Forum ni lebih kurang sama dengan isu Lina Joy (stick) (bangang, nama Islam lagi merdu dari kristian pegi tuka). Isunya terdapat peguam Melayu+Islam yang membela Lina Joy(stick). Jadi tak mustahil forum nih terdapat segelintir Melayu+Islam yang jadi kepala untuk semua nih.

Ish buduh diorang nih membincangkan sesuatu berdasarkan bukan pada ahlinya. Hasilnya mesti semasa forum dilansungkan bukan atas dasar profeisional. Maksud aku para ahli keluarga tu dah semestinya hanya menceritakan keburukan ahli keluarga mereka setelah memeluk Islam masa tengah menangih-nagih meraung really sadness. Sebagai contoh (maaf bahasa kasar), kalau sebelum ni diorang rajin makan babi dan minum arak bersama, jadi dah semestinya mereka tidak akan boleh bersama lagi berbuat demikian kerana Islam mengharamkan benda begitu.

Perlembagaan Negara Malaysia yang melarang semua agama selain agama Islam disebar dan didakwah secara terbuka. Mudah nak faham salah satu perlembagaan nih? Diorang kerja dah bagus tapi salahguna lak. Senang mereka nih bukan dikalangan yang profeisional yang dilaksanakan bukan pada ahlinya.

Rabu, Jun 04, 2008

Rm2.57

Baru je tadi aku tengok berita kat tv3. Pengumuman kenaikan harga petrol daripada Rm1.97 kepada Rm2.57. sebelum kenaikan minyak kali nh mugkin kita dah terasa betapa mahal harga fosil nh. sebelum kenaikan kepada rm1.97 mungkin sebilangan dari kita tak seberapa perasan kenaikan meter minyak. apabila harga petrol naik kepada nisbah 2:1 (1.97:1L) petrol yang kita salur kedalam tangki minyak, terasa ciput sangat, rasa cam rosak je meter minyak kereta nih.

Malam semalam radio ada siarkan kenyataan dari Presiden Iran Ahmadinejad yang menyatakan "..sementara pertumbuhan kadar penggunaan adalah lebih rendah berbanding pengeluaran dan pasaran dipenuhi minyak, harga tetap berterusan naik dan situasi ini adalah palsu dan terus mengenakan beban..". Pada pendapat aku, Iran adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil tinggal fosil bumi tu, kemudian hampir semua tangki-tangki minyak yang ada dinegara teluk adalah jenis dari kualiti yang rendah, banding minyak dari malaysia yang berkualiti tinggi kerana kandungan sulfur yang rendah. salah satu fakta yang menarik, Iran lebih tertumpu dalam penggunaan tenaga alternatif yang lain - tenaga nuklear.

Kadang ada rakyat malaysia terutama remaja purata umur 28-26 tahun masih kurang matang dalam berbincang hal politik. apabila menyentuh hal politik kadang ada yang terlampau sensitif dalam mana-mana parti kat dalam malaysia nih. teringat kat satu artikel dalam suratkhabar Mingguan Malaysia, "..kadang remaja lebih terdorang dengan sifat yang kurang matang dalam membicarakan hal politik dalaman..". tapi bukan maksud semua remaja tergolong dalam golongan yg dimaksudkan, ramai yang masih berfikiran lebih elok dari menteri-menteri hantu kat dalam parlimen tu.


Namun apa yang dipastikan hampir semua barang dalam malaysia ni akan naik. tiket melaka-kuantan lepas nh mungkin dari Rm19.00 (maraliner) akan jadi Rm20.00++. hehe anggaran aku je tuh..tapi kecian kat orang yang pergi study kat negeri-negeri yang jauh dari diorang. Pape pun fikirkan la dengan wajar. sokong BA tak semestinya pembangunan terjamin. sokong Bn x semestinya sempurna pembangunan. kedua-dua nih saling berkaitan. konklusinya amerika memainkan peranan paling besar dalam sume nh..

berikut petikan yg dibulletinkan di fresnter

Date: Wednesday, 4 June, 2008 10:55 PM
Subject: Minyak naik
Message:
Minyak naik..harga barang pon naiklah.adeh -_-


Date: Wednesday, 4 June, 2008 10:33 PM
Subject: ak sOkOng 100%...
Message:
btol ckp ash.....mmg sial btol...
wktu dlu2x dr.mahathir jaga suma nyer terkawal....x dak problem...
skang neyh len plak....suma naik...lama2x bungkus MALAYSIA....
ak sokong 100% dr mahathir kuar umno...
bgus2x......suma nuyh ssb Pak Lah.....................................!!!



Date: Wednesday, 4 June, 2008 7:38 PM
Subject: barisan natang
Message:
dari singgit sembilan naik 2.70.. barisan natang yang disokong.. dulu janji tak naik..petronas untung bilion.. makan ngan kroni je.. isi minyak motor rm 4 pun dah serupa mcm tak isi.. belom lagi isi kat kereta.. barisan natang selamat aman makmur.. paklah tidoooooo.. ZzZzZzZz.. bangun dari tido terus ckp minyak naik.. tdo terus lagi bagus..



Sekilas..

harga petrol berbeza antara negara diseluruh dunia. abtara faktor penentuan harga bergantung kepada kapasiti pengeluaran minyak mentah negara tersebut.berdasarkan harga sehingga 22 April 2008, Norway merupakan negara yang meletakan harga termahal iaitu AS$2.49 seliter, berbanding Venezuela AS$0.03 sen seliter. sebagai perbandingan memandu kereta bagi jarak 100 kilometer memerlukan kira-kira 6 liter petrol. bermakna, dia perlu menangung kos kira-kira AS$14.94 jika dikenakan harga seperti di norway dan memerlukan kos AS$0.18 sahaja di venezuela.



hmm..pe yang akan berlaku seterusnya ye..

Isnin, Mei 12, 2008

Andai Malaysia diserang ..

Andai Malaysia diserang ..

Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….” Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kita??


MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)
AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia…lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia…
AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan.
Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.
Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan, Iraq dan Lubnan.
Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.
Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.


SAAT Peperangan bermula….

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!
AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Datang lagi pesawat musuh silih berganti…..
Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti….
Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.
Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…
Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia…muncung senapang ditujukan di kepala anda…
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006…diajukan muncung senapang…
DAMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu…
Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…..
Anda menangis ketakutan….
Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….
Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….
Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.
Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata…
Anak kecil ditembak didepan mata…
Isteri dirampas untuk diperkosa…. didepan mata!!!!
kawan-kawan…sahabat taulan… ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh..
Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…
Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa…
Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….
Apa yang anda Harapkan pada masa itu????
Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…BANTUAN ALLAH….
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA… ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN…..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……
Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…
ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANGLAIN
menyatakan:
“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia” (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)
“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM)
“Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan…Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni” <— Pemimpin Malaysia selalu sebut. Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai) “Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia” Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand) “Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat…

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

fikir2 kan…. A

Kesengalan berlaku dimana2..