BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Isnin, Mac 22, 2010

PS: Fish Eye Teknik


Sebelum

Selepas

Salam

Hoho aku baru tahu teknik hasilkan gambar jenis fisheye dari brader Huzai. Hoho kredit ni penting hehe..
Ok cara cara untuk buat fisheye ni..

Filter --- Distort --- Lens Correction

Hoho pesan Huzai, 

ko ubah2 r slider dia sikit
hahaha
tp jgn obvious sgt r

Aku tak berapa faham sangat, so boleh la ni kan

Ahad, Mac 07, 2010

Mungkin Dah Terlambat

Salam

Hoho sekarang makin gila dari dulu

Betul betul gila..orang tua nak mampus 40-an (agak) pukul budak sampai mati. Fuuh memang hebat laki tu. Agaknya dia tu tok guru silat kot (?). mana taknya dia dengan berani pukul budak perempuan sampai mampus. Fuuh agaknya dia terikut “kecik kecik taknak mampus besar besar mnyusahkan orang” hoho dia ada vision untuk masa depan punya..gilakan.
Si mak budak pulak, mujur lawa, sebab tu boleh beranak anak luar nikah sampai anak tu jadi anak yang sah. Dah tu pulak disalahkan orang tua gila tu, yang jadi penyebab anak dia yang sah tu mati. Adeh makin kronik.

Huhu kes baru bayi dibuang kat sarawak

******

Ada satu kisah

Pernah aku lepak dengan member member aku. Diorang jenis mulut banyak cakap punya. Tapi still boleh kawal mulut (harap). Oh kalau korang nak tahu aku ni payah nak masuk (pendiam/low profil) kalau kenal dengan member baru. Jadi yang member member tu semua orang yang baru aku kenal. Salah sorang dari diorang Tanya aku ni jenis pendiam kea pa. aku jawab aku tengok mood kalau rasa macam tak boleh masuk, ndiam kalu baru kenal dengan orang baru pastu most time aku memang suka senyap.

Jadinya kawan baru tu tiba tiba (stail becakap paling jelik/sindir) cakap orang pendiam ni merbahaya. Aku tak tahu nak jawab. Did not expect that awful voice came out.
Okeh untuk korang korang yang jenis pendiam atau kuat bercakap, bagi aku tak semua masa kita nak kena bercakap lepas tu tunjuk betapa mesra kita dengan member baru. Orang jenis pendiam ni memang penyimpan rahsia rahsia kerajaan terbaik (mungkin). Kalau cakap banyak pun orang jadi rimas. Pot pet sepanjang masa..adeh.

Tapi aku rasa yang dia maksudkan “merbahaya” tu mungkin orang jenis pendiam ni simpan dendam gile gile dalam hati then sampai satu masa nanti orang tu boleh mengamuk. Ha tu memang betul. Jadi jangan la pula korang amik kesempatan buli kawan kawan korang ya.

******

Kadang kadang kita xtahu berapa lama kita boleh berkawan baik dengan kawan yang berlawan jantina. Korang (lelaki/perempuan) rasa boleh ke kawan baik dengan kawan (lelaki/perempuan) korang sampai bila bila? Entah la..kalau korang rasa boleh kawan sampai bila bila, maksudnya sampai korang dah kawen pun korang boleh hang out sama sama? Semua ni mesti ada stop. Ada masa yang terhenti yang korang xkan berhubung lagi.

******

Aku kalau boleh nak sangat sangat lepak dengan dia ni. Sekali.. pun xpe. Tapi mungkin dah terlambat.