Khamis, Mei 13, 2010
Sabtu, April 24, 2010
Khamis, April 22, 2010
Mood: Meh Betenung...
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah:216)
Pos Laju-laju 10:13 PG 0 Commentores
Spiesis Islam, Suatu Sentuhan
Rabu, April 21, 2010
Bila Lelaki Memasak: Huhu
Salam
hahah tetarik dengan statement ni~ Adei xkan kut
huhu hari ni bru ada inisiatif nk blajar masak
*******
fakta menarik tentang lelaki.....senyum dulu baru baca.tau....!!!...
senyum dulu baru baca tau.......:003:
kalau salah maafkan saya.....:011:
* 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.
* Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…
* Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.
* Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak…
* Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak telur masin…
* Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.
* Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…
* Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..
Antara sebab sebab lelaki memasak:
* Malas nak pegi kedai
* Hampir hampir pokai
* Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
* Mental theraphy
* Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
* Buang tebiat…
Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki..
http://www.nogold.com/forum/showthread.php?41123-fakta-menarik-tentang-lelaki-senyum-dulu-baru-baca-tau-!!!
Pos Laju-laju 10:55 PG 0 Commentores
Jumaat, April 16, 2010
Jumaat 16April
Salam
Tadi hantar laptop kat faiz. Hoho pandai ko faiz bab2 komputer, x sia2 ko rajin ponteng skola dulu2 layan ps patut ko x payah jadi pakcik nurse..jadi pakar IT terus! Keh keh keh gurauan semata2 faiz oi. Bagus2 kalau hanif xde ke atau ilmu ko lagi tinggi dari anep yg tengah semangat study tu aku letak ko dalam priority aku la ya.
Untuk korang yang ada masalah dengan nak format Laptop Hp Mini samada yang korang dapat dari langgan streamyx tu ke atau menang contest macam abah aku atau pun korang beli sendiri. Laptop Hp Mini tu xde ruang untuk DVD Driver kan, jadi untuk format tu memang akan fly rm30 kan kalau hantar kedai.
Jadi korang x payah hantar kedai, buat sendiri lagi best. Nak buat tutor macam photoshop tu, rajin plak aku. Cumanya untuk format laptop Hp Mini ni, kalau korang reti nak boot dari pendrive, ikut suka hangpa la. Aku x reti pun sebab komplikated. Jadi korang carikan external DVD driver.
Hahaha pelaburan sentiasa ada. (hmm apa motif aku nk britau ni)
*******
Hoho~ baru je lepas orintasi dengan otai2 fotog. Hoho~ xnak la aku beritau hangpa sapa diorang. Hoho terasa diriku yang rendah ni huhu. Xde apa pun cuma alhamdulillah diorang ok x sombong. Gelak je banyak.
******
Blog baru akan menyusul nanti~~
******
Ok ni list untuk senarai brand dengan siri laptop yang compatible dengan OS Win 7
Acer
Compaq
Dell
Pos Laju-laju 9:40 PG 0 Commentores
Selasa, April 13, 2010
Foto Hari Keluarga
Pos Laju-laju 5:01 PG 0 Commentores
Spiesis Diari, Foto, old photo, Photoshop, Suatu Sentuhan
Isnin, Mac 22, 2010
PS: Fish Eye Teknik
Salam
Hoho aku baru tahu teknik hasilkan gambar jenis fisheye dari brader Huzai. Hoho kredit ni penting hehe..
Ok cara cara untuk buat fisheye ni..
ko ubah2 r slider dia sikit
hahaha
tp jgn obvious sgt r
Aku tak berapa faham sangat, so boleh la ni kan
Pos Laju-laju 9:34 PG 0 Commentores
Spiesis Photoshop
Ahad, Mac 07, 2010
Mungkin Dah Terlambat
Salam
Hoho sekarang makin gila dari dulu
Betul betul gila..orang tua nak mampus 40-an (agak) pukul budak sampai mati. Fuuh memang hebat laki tu. Agaknya dia tu tok guru silat kot (?). mana taknya dia dengan berani pukul budak perempuan sampai mampus. Fuuh agaknya dia terikut “kecik kecik taknak mampus besar besar mnyusahkan orang” hoho dia ada vision untuk masa depan punya..gilakan.
Si mak budak pulak, mujur lawa, sebab tu boleh beranak anak luar nikah sampai anak tu jadi anak yang sah. Dah tu pulak disalahkan orang tua gila tu, yang jadi penyebab anak dia yang sah tu mati. Adeh makin kronik.
Huhu kes baru bayi dibuang kat sarawak
Kadang kadang kita xtahu berapa lama kita boleh berkawan baik dengan kawan yang berlawan jantina. Korang (lelaki/perempuan) rasa boleh ke kawan baik dengan kawan (lelaki/perempuan) korang sampai bila bila? Entah la..kalau korang rasa boleh kawan sampai bila bila, maksudnya sampai korang dah kawen pun korang boleh hang out sama sama? Semua ni mesti ada stop. Ada masa yang terhenti yang korang xkan berhubung lagi.
Aku kalau boleh nak sangat sangat lepak dengan dia ni. Sekali.. pun xpe. Tapi mungkin dah terlambat.
Selasa, Februari 16, 2010
Awek: Bhai, JB dah ada bas?
Jumaat, Februari 05, 2010
Mati Dari Sudut Sains
Badan kita terdiri dari jutaan sel. Sel-sel berkumpul membentuklapisan demi lapisan. Lapisan sel inilah yang akhirnya membentuk tisudan organ seperti jantung, kulit dan hati. Sel seolah-olah sebuah rumahyang mempunyai komponen yang sentiasa bekerja tanpa henti. Mitokondria, jasad Golgi, ribosom, nukleus, dan sitoplasmabekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Untuk bekerja secaranormal, sel memerlukan tenaga yang diambil dalam bentuk tenaga ATP (Adenosine-5′-triphosphate). Sel juga memerlukan oksigen, fosfat, kalsiumdan bahan makanan sebagaimana kita. Setiap apa yang kita makan akandisalurkan kepada sel-sel tertentu mengikut pengkhususan kerja mereka. Namun jika berlaku sebarang masalah dan bekalan ini tidak mencukupi,sel akan mati.
Boleh dikatakan bahawa kematian bermula apabila roh dikeluarkan darijasad. Jasad adalah pakaian roh. Maka apabila manusia mati, jantungberhenti mengepam darah ke seluruh badan. Sel-sel badan tidak lagimenerima oksigen yang diangkut oleh darah.
Akibat ketiadaan oksigen, semua sel akan mati. Kematian sel bermulapada sel otak dan berakhir pada sel kulit. Dalam beberapa minit darahakan mengalir dari bahagian atas ke bahagian bawah dan berkumpul disitu akibat tarikan graviti bumi. Bahagian atas yang ketiadaan darahkelihatan pucat manakala bahagian bawah menjadi lebih gelap.Tempoh perubahan badan adalah berbeza-beza. Sel otak akan mati jikaia mengalami kekurangan oksigen selama tiga minit. Sel otot bolehbertahan setelah beberapa jam manakala sel tulang serta kulit bolehbertahan berhari-hari lamanya.
Perlu diketahui bahawa badan bernafas secara aerobik iaitu denganmenggunakan oksigen. Maka apabila mati, proses respirasi aerobik akanterhenti dan menghalang penghasilan tenaga molekul yang diperlukanuntuk melakukan tindakbalas biokimia otot. Ion kalsiumakan bergerak ke sel-sel otot bagi menghalang otot berehat ataumengendur. Tapi apa yang berlaku ialah otot menjadi kaku dan keras,tidak bergerak lagi.
Sel telah mati. Tidak mampu melawan bakteria daripada memusnahkandirinya. Enzim dan bakteria sebenarnya sudah wujud dalam sel semasakita masih hidup lagi. Oleh sebab itulah, diriwayatkan jika kitaditemukan dengan tanda berupa denyutan atau kedutan di antara dahikanan dan kiri menandakan kematian kita akan terjadi dalam beberapahari lagi, kita digalakkan berpuasa supaya badan kita tidak mengandungibanyak kotoran dan ini memudahkan memandikan mayat kita nanti.
Amat besar hikmah mengkebumikan jenazah di dalam kubur. Manusia yangdicipta dari segumpal tanah akhirnya kembali kepada tanah. Kita sediamaklum, semua jasad yang mati, lama kelamanan akan mereput. Prosespereputan ini berlaku berperingkat-peringkat di dalam kubur. Seandainyajenazah tidak disemadikan di tanah perkuburan, maka akan tersingkaplahkejadian pereputan yang mengaibkan ini dan manusia tidak dapat hidupaman lantaran bau busuk yang dikeluarkan dari mayat. Malahan, bakteriaakan tersebar dan menularkan penyakit kepada manusia yang masih hidup.
Peringkat pertama
pereputan dikenali sebagai Pemecahan Sendiri (self-destruction).Enzim yang terdapat dalam badan akan menghadamkan badan sendiri.Struktur membran sel akan rosak dan enzim penguraian dilepaskan. Iaakan menyahaslikan makromolekul dalam badan. Peringkat pertama ini bermula dalam sel yang aktif menjalankan metabolisma seperti sel perembes dan makrofaj.
Peringkat kedua
adalah peringkat pembusukan akibat tindakan bakteria anaerobik. Oksigen sudah tiada menyebabkan wujud suasana anaerobik ( tiadaoksigen) dalam mayat. Keadaan ini menggalakkan pertumbuhan danpembiakan bakteria anaerobik terutamanya pada bahagian organ dalamanbadan seperti perut. Bakteria ini menguraikan zat makanan iaitu karbohidrat, protein dan lipidpada mayat dan menghasilkan asid dan gas. Gas yang dilepaskanmengakibatkan tubuh mengembung bermula dari perut yang akan mengubahbentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletus dari mulut dan hidungmayat akibat tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma.Organ dalam tubuh seperti paru-paru, jantung dan hati turut membusuk.Pandangan yang paling menjijikkan adalah di sekitar perut, akibat kulittidak dapat lagi menahan tekanan gas dan akhirnya pecah lalumenyebarkan bau yang meloyakan.
Peringkat ketiga
adalah peringkat pereputan. Pada akhir peringkat kedua, cecair badan yang busuk telah mengalirkeluar. Daging akan luruh satu persatu bermula dari bahagian tengkorak.Kulit dan jaringan lembut yang lain akan tercerai-berai. Otak turutmembusuk dan kelihatan seperti tanah liat. Tisu-tisu badan yang lembutmenjadi kecut dan kering. Proses pereputan berterusan hingga akhirnyamayat tinggal rangka.
Peringkat keempat
adalah peringkat terakhir dalamproses pereputan. Pada masa ini, tiada lagi daging untuk dihancurkan.Semuanya telah dimakan bakteria dan serangga di dalam kubur. Yangtinggal hanyalah tisu-tisu keras seperti tulang dan gigi.
Akhirnya, mikroorganisma seperti bakteria, kulat,alga dan serangga berjaya menakluki tulang. Berlakulah perembesanasid dan enzim metabolisma. Mikroorganisma tersebut memetabolismakan matriks tulangpula hingga tulang hancur. Penguraian tulang ini dibantu oleh bahankimia di persekitaran. Pada persekitaran berasid, kalsium fosfat yangterdapat dalam tulang akan melarut. Tulang akan musnah. Maka, tiada apalagi yang tinggal pada jasad.
Sehebat manapun kita, akhirnya akan mati dan hancur jua. Apabilamati, segalanya telah berlalu dan tidak dapat diubah. Maka ingatlahsentiasa akan mati kerana ia satu peringatan.
Catatan Editor //: Samhani Ismail merupakan Penulis Sains dan seorang Penuntut Sarjana dalam bidang Neurosains di USM.
Pos Laju-laju 11:48 PG 0 Commentores