BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Ahad, Jun 29, 2008

Agnes Monica - Matahariku

Tertutup sudah pintu
Pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu
Hanya untukmu

Kini kau pergi
Dari hidupku
Ku harus relakanmu
Walau aku tak mahu

reff :
Berjuta warna pelangi
Di dalam hati
Sejenak luluh terhening
Menjauh pergi

Tak ada lagi
Cahaya suci
Semua nada beranjak
Aku terdiam sepi

**
Dengarlah matahariku
Suara tangisanku
Ku bersedih karena panah
Cinta menusuk jantungku

Ucapkan matahariku
Puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu
Menaklukkan waktu



huuu~ beh le lagu nih nak download lagu nih? klik di sini

Sabtu, Jun 28, 2008

Cerita Tentang Ego

aku: aku yang ego

jam: 3.22am

lokasi: depan pc

pekerjaan: tenung skrin pc

sebab: apa "egoisme"

*teks yg ditaip adalah teks sms yang asal

















*sms








*call





*sms













"btol 2,tgok cte pe mlm2 mcm nie?"
- shanghai knight kat tv3.. kmu mst penah bce pape kat blog sy (friendster) kn?


"bez kr? kalo da penah bce, knp?"
-xde pe.. ad x bce kemarin?


"sbnrny, sy xbce ag blog awk tu.. bce yg dlu 2 laa..sy juz hrap awk bhgie dsmpg or2 yg awk syg.. "
-kalu ccm tu bgs la.. ouh kmu pn sme.. kmu usya fs org len x anta testi ke?


mesej terhenti..















mesej dibalas...


"last word from me, awk ni ego la.. tp ego awk x btmpt..krna ego awk,awk tlh mlkakn ati sesorg slme ni yg syg n tol2 risau sal awk..tp skrg nie,org 2 dh lth n dy juz hrap awk bhgie..dy ykin awk akn bhgia krn dy x pnh bhnti bdoa untk kbhgian awk..maf kalo da tksar bhse..jgn bls!"

















aku yang ego..

Jumaat, Jun 27, 2008

Musim U!

Kemasukan Julai datang lagi! ada yang malas, takut, sedih, ngan hepy nak masuk u.
jadi posting nih aku nak ucap tahniah ngan gud luck kat korang yang akan daftar U/poli esok 28/6 atau lusa 29/6 k!




shahril A/Akar         UUM
anif PB                       UPM (serdang)
aripPB                        UKM
azie PB                       UniKL (MICET)
syuqran PB                Entah
yus PB                        UiTM (S.Alam)
mail PB                       UUM
fakh PB                       IPTA
ina NS                         SPA '08 (Nurse)
shahir PB                    UUM
fifah Matrik               UiTM (S.Alam)
izati FS                       UiTM (Arau)
salwa NS                    USM (kelantan)



*PB - Smk Paya Besar
*NS - National Service
*FS - Friendster
*... - Nama Tempat

Khamis, Jun 26, 2008

Firman Allah Terhadap Wanita

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."


"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah sakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah hatinya,tempat dimana cinta itu ada."

Blogspot URL Yang Baru.

kenapa aku tukar URL blogspot yang baru?

hmm..sebenarnya aku rasa cam "tak seberapa mesra" dengan URL yg lama tu.





Pandangan kawan..



sms 1


aku sms: "beh x ngan nme bru nih? bloggychannel.blogspot?"

dia sms: ouh best jgk sedap skit..



sms 2 aku sms: "beh x ngan nme bru nih? bloggychannel.blogspot?" dia sms: uish! lebih global arr..yang lgi 1 tu cm best je..tp aku lbh suka yg lgi 1 tu aku sms: amirhaddatsa tu ke? dia sms: haah aku sms: npe ske yg tu lak? dia sms: mtah arr tapi pape pn bes yg lma dri yg bru nih



sms3


aku sms: "beh x ngan nme bru nih? bloggychannel.blogspot?"

dia sms: hype!! hah! mne dpt nme yg sedap tuh?? wargghh behnye nme yg kmu pilih tu!!

mne kmu dpt??

aku sms: heheh bese la~





yahoo messengger

: dh tau sy tuka blog URL?


: dh..

: tdi bru je tgk..

: npe tuka.....

: sy ske y dulu..

: mne tau?
amirhaddatsa?

: bulletin la..

: yup..


: kmu tau mksud "amirhaddatsa" tu ape?


: x..
pemksd

: sy agak amirmembaca..


: iqra bru bce..

: ouh heheh mjur ltk "agak" tadi..

: sy x igt pe mksud dia..
hehehe.. nape yg lama dlu beh?

: yup..
sy ske nme tu(2) amirhaddatsa



kepada

amirhaddatsa.blogspot.com -------> bloggychannel.blogspot.com











WildChannel







jadi Bloggy + Channel = BloggyChannel.blogspot.





hmm..best jugak nama nih..so aku tukar ler..aku pun tak ingat apa maksud Haddatsa tu..komen korang lak?

Koleksi Buku

ada apa dengan buku?

buku yang paling aku paling minat+hargai dalam koleksi aku ade 2 jenis je..



1. sains

2. komik



tapi dalam dua jenis nih aku akan letak gambar koleksi buku tu je..













Estidotmy. heheh nih koleksi paling berharga yang aku ada setakat nih. semua sekali 34 buah. majalah nih sebulan sekali je dikeluarkan oleh utusan. aku minat kumpul menda nih pun sebab banyak yang kita tak tahu boleh jadi tahu..majalah sains kan. aku pernah rembat sebijik majalah nih kat sekolah aku. eles depada majalah tu peram cam telor kat stor..bek rembat je. majalah first yang aku ada bertarikh 26 Februari 2003 - Misi Nod - Terokai Khazanah laut Dalam.













Naruto. hehehe aku nih peminat setia naruto. naruto nih member aku yang mula kenalkan kat aku masa aku tingkatan 4 (2005) nama dia salman. kemudian merebak satu kelas semua budak lelaki layan naruto. tapi penyokong kuat masa tu ramai lagi, but then setahun 2 kemudian, yang aku tahu masih minat ngan naruto nih aku salman ngan hanif. anam terus tak tahu pape. koleksi buku nih sebenarnya ada dari volume 1 sampai 24. pastu ada yang pinjam hilang tinggal la cam gigi jongang. sekarang aku layan lagi tapi dah makin kurang..korang kalu nak donlod naruto latest episode pegi www.narutocentral.com.





aku nih tak banyak simpan koleksi buku. kalu dulu besenya gempak, starz, pe entah satu lagi ada gak aku simpan. pastu mak aku suh buangkan..aku kan budak baik.



sekarang tengah khatam baca buku Ahmadinejad: Singa Baru Dunia Islam

Rabu, Jun 18, 2008

The Happening

Cerita nih aku pergi tengok siang tadi dengan member PLKN aku iaitu..aku, ery, kema, ina, dan aina. ouh aku nak wat shoutout kat aina jap. Weh aina kalu ko terbaca posting nih jangan kembang idung lak k!



Aina thanx coz sempoi turun kuantan join kitorang! pastu ouh!! kalu bf ko menjerit2+marah2 kat ko sebab turun kuantan sorang2!! ko jangan riso k! aku xkan backup ko! ery kan ada~ heheh anway thanx join kitorang!

p/s sori x letk pic ko..coz aku xde stok gmbr ko..



tu jela..okeh, filem nih mula-mula korang akan tengok bunuh diri tahap paling lembut sekali yang korang akan tengok dalam filem nih. bila tengok filem nih pada babak awal atau sesetengah babak yang lain korang mungkin dapat rasa ngilu bila tengok filem nih, terutama aku heheh. filem nih gak korang akan dapat jumpa pelapis Sean Kingston..x pecaya pergi la tengok treler dia. tapi aku rasa hairan tahap pelik, kenapa filem camnih FINAS letak U(umum)? adakah sebab antara watak utama dalam filem nih kanak-kanak? atau pada diorang nilai atau elemen sains yang cuba disampaikan?



hmm..aku bagi 4.5 bintang tengok cerita nih. filem nih ada gak la lawak yang x dibuat-buat oleh hero filem nih. yang pasti korang mesti x rasa stress kalau tengok kat panggung o dvd player korang okeh!



We've Sensed It. We've Seen The Signs. Now... It's Happening









Sinopsis THE HAPPENING



Selepas The Sixth Sense, Signs dan The Village, pengarah artistik M Night Shyamalan lahir dengan sebuah filem thriller berkisarkan kehidupan sebuah keluarga yang berhadapan dengan situasi kurang menyenangkan.



Sebuah situasi yang bukan saja menyukarkan keluarga berkenaan, malahan membelenggu kebanyakan manusia yang tinggal di beberapa bandar Amerika Syarikat.



Ia hadir tanpa sebarang amaran, bergentayangan ke merata tempat, di mana jua yang sekaligus menyebabkan sesiapa yang dijangkitinya akan melepasi kelaziman manusia. Apakah sebenarnya situasi itu? Apakah ada penawarnya?.


Sajak Member

Apabila kita ingin berteman,

Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kita mungkin akan menjauhinya….
Andai kita ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kita akan membencinya….
Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kita mungkin akan memfitnahnya….
Andai kita inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kita mungkin akan menyalahkannya….
Andai kita ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa….
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kita juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna.
Melainkan DIA
trima kasih krn slalu mnolong..
maf krn mnyusah kn awk slalu..


huuu~ heheh trimas kat izati..

Selasa, Jun 17, 2008

Spray Nyamuk!

first: outside, suddenly became cloudy and noisy with reeeennng..reeennngg. The kids seem likeed enjoyed what happened. they ran into the smoke, then they laughed like kurang akal kids. Hmm..potong steam petang tul ler..

Second: the power of seeing, became low..huh! pehal lak tuh!

Third: uff!! the smoke cloudy became into dark!!..adeh

fourth: huh!! quick cover your noise with mask!! hah!! no mask?!! ttup je la ngan baju xpun kain.. JU-ON datang la!!

uhuk!uhuk!uhuk!!..what become next.

Ber''couple haram"


as'kum..huh terkejut aku bila baca artikel bertajuk "ber''couple'' haram". Hoho sebelum nih ada la jugak dengar orang bercerita couple nh sebenarnya hukum haram!. Hmm..aku nih bukan la petah nak bercakap hukum agama, tapi kenyataan yang dikeluarkan tu mesti ada sebab yang..teramat releven. Kalau anda perhatikan sekeliling (kalu anda keluar pergi kemana2) mesti anda akan nampak sepasang manusia, yang mengikut pandangan mata anda, mungkin diorang tu x sejoli, mungkin diorang tu sejoli. kalu anda pergi ke bandar just untuk shopping window, mesti otak+mata anda akan jadi sewel, sebab bersepah-sepah lelaki perempuan berkepit..hmm yang nih aku tujukan kat yang single macam aku le..

minggu lepas aku dengan beraninya pegi jalan kat k.ill sorang-sorang, bukan pe tu kali ke3 aku g k.ill. hari selasa aku pergi petang, bersepah budak melayu bersosial. maaf terkasar bahasa, yang paling jelik sekali ada sorang budak perempuan tu dressing sebijik maca pelacur dalam drama singapura (tajuk drama tu x igt le). pergh bersosial tahap bayang. kalau cun xpe, nih huduh sepang (maaf terkasar sekali lagi).

aku ada seorang kawan perempuan, umur dia 3 tahun lebih muda dari aku, kira sekarang nih tingkatan 4 la. kisah hidup dia nih yang dia pernah cerita kat aku, ada sorang mamat tingkatan 6 rendah (sebaya aku) syok kat dia. aku tak kisah sangat diorang nak bercouple,tapi bila kawan aku nih cerita perwatakan budak tingkatan 6 tuh terus aku jadi tak sedap hati. yela siapa sanggup tengok kawan dia kena tipu kelak dengan laki dayus cam tu..tul x?? dia cerita yang budak tu suka berjudi, merokok, rempit, aku tak rasa dia nak tipu sebab adik dia pun cerita menda yang sama gak iaitu..budak laki tu suka ride RX-Z siput lembab dia kat depan rumah kawan aku tuh. korang agak apasal mamat tu suka ride kat depan rumah dia?? dah tentu mamat tu ada niat buruk bila dia kata, disebabkan kawan aku tuh dia sanggup berubah..leh pecaya ke ngan mamat nih??

sebenarnya bagi pendapat aku, bercouple tu haram bila melanggar syara Islam. contohnya perkara paling asas, pegang tangan, ngan duduk rapat2. itukan haram bagi bukan muhrim, tapi tolong la hormat kat orang lain sama. korang pegang tangan kat tempat awam wat pe?? lepas tu paling nakal pun korang akan wat kat makwe korang, mesti peluk perut tak pun rekod terbaik aku pernah tengok depan mata, mamat buduh tu pergi raba buntut makwe huduh dia masa tengah berjalan sama. adeh..

walaubagaimanapun kalau ada yang terbaca dan korang ada bf/gf, kalau nak tunjuk caring korang tu, pergi la wat kat tempat tertutup. korang cuba letakkan diri korang kat ibubapa yang ada anak kecik, korang sanggup ke dari perbuatan korang tu jadi ikutan budak-budak tuh?? saham dosa makin melonjak la beb! makin kaya korang..

Papepun anda semua boleh merujuk dia laman web nih untuk mengetahui 5 SEBAB MENJADIKAN BER“COUPLE” HARAM. Ataupun taip je "couple haram" kat google.. 127000 ribu keputusan pasal couple..bagi perempuan hormat diri anda tu k..

Sabtu, Jun 14, 2008

Reunion PLKN, Version Kuantan

Siang tadi aku, qhushairy, ina, yanti, kema, huda, ngan lagi sorang kawan dia..x kenal. okeh!

kitaorang semua janji berkumpul pukul 12.30 tengahari. tapi orang pertama, sudah semestinya owner blog nih, kedua ery ngan ina. tu pun dah lebih 3 minit makan maggi memang x sempat la.. ok lepas tu kitorang bertiga nih lepak tunggu yang selebihnya kat tingkat bawah (GL). macam yang korang bleh tgk nih..tu selepas beberapa minit kitorang tunggu diorang datang. lepas tu tunggu lagi dua orang datang, kema dengan hafiz. tapi diorang x datang2 juga akhirnya kitorang semua gerak gi main boling..pastu fin..ltih nak taip..sory

tapi pae pun..beh lor!







download sume gambar kat sini

Khamis, Jun 12, 2008

Exam paper..





















korang penah wat cam kat atas nih?

Rabu, Jun 11, 2008

Genre Trance

Irama trance secara keseluruhannya mempunyai irama tempo antara 130 dan 160 BPM (Beat per minute), frasa melodi yang rendah, dan sebuah muzikal melodi yang dibina tinggi dan rendah mengikut sesebuah track lagu tu sendiri. trance mudah difahami sebagai sebuah kombinasi yang mempunyai banyak bentuk muzik elektronik contohnya ambient, techno, dan house. tempoh melodi yang sebenar masih samar, tempoh yang sebenar diperoleh daripada Klaus Schulze album Trancefer (1981). dalam kebanyakan hal muzik trance lebih kepada dentuman drum (bass) untuk menghasil altered states of consciousness yang dikenali sebagai trance. oleh itu walaupun muzik ini banyak dimainkan di kelab malam, kawasan percutian, muzik trance ini boleh difahami sebagai jenis club music.



Diterjemah daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Trance_music



Muzik trance nih kebiasaannya orang cilok dari lagu-lagu yang diremixkan..kalau kena tempo yang diorang editkan tu, memang power muzik tu. genre nih x banyak yang dicampur gunakan DJ/Deejay(Disc Jockey). biasanya diorang gunakan software atau bahasa paling mudah gunakan pc je..macam lagu kat bawah nih.





Mimi Taylor Trance.mp3 - Mix





Publish Post

Jadi kalau korang rasa nak cuba dengar muzik nih..boleh download Trance disini. Korang leh gak g laman web youtube(direct terus). ok have fun!

Karangan bdk darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan
garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia.. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu
feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


copy kat frenster! anywy thanx owner mnda nh!

Sabtu, Jun 07, 2008

First Bundle Shoes

Bundle??

aku beli kasut brand Everlast nih Rm60. huh dah lama tinggal tabiat nak pakai kasut model kasut sekolah. kadang orang kata barang bundle nih cepat rosak..yang paling xleh dinafikan..second hand. Dulu aku pun anti gak nak beli barang bundle nih. tapi bila tengok abah aku rilek je beli pas dari tu terbuka pintu hatiku nak beli sama..tapi tak banyak la yang ada kat aku sekarang nih bleh kira ngan sebelah tangan je.



Rabu, Jun 04, 2008

Rm2.57

Baru je tadi aku tengok berita kat tv3. Pengumuman kenaikan harga petrol daripada Rm1.97 kepada Rm2.57. sebelum kenaikan minyak kali nh mugkin kita dah terasa betapa mahal harga fosil nh. sebelum kenaikan kepada rm1.97 mungkin sebilangan dari kita tak seberapa perasan kenaikan meter minyak. apabila harga petrol naik kepada nisbah 2:1 (1.97:1L) petrol yang kita salur kedalam tangki minyak, terasa ciput sangat, rasa cam rosak je meter minyak kereta nih.

Malam semalam radio ada siarkan kenyataan dari Presiden Iran Ahmadinejad yang menyatakan "..sementara pertumbuhan kadar penggunaan adalah lebih rendah berbanding pengeluaran dan pasaran dipenuhi minyak, harga tetap berterusan naik dan situasi ini adalah palsu dan terus mengenakan beban..". Pada pendapat aku, Iran adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil tinggal fosil bumi tu, kemudian hampir semua tangki-tangki minyak yang ada dinegara teluk adalah jenis dari kualiti yang rendah, banding minyak dari malaysia yang berkualiti tinggi kerana kandungan sulfur yang rendah. salah satu fakta yang menarik, Iran lebih tertumpu dalam penggunaan tenaga alternatif yang lain - tenaga nuklear.

Kadang ada rakyat malaysia terutama remaja purata umur 28-26 tahun masih kurang matang dalam berbincang hal politik. apabila menyentuh hal politik kadang ada yang terlampau sensitif dalam mana-mana parti kat dalam malaysia nih. teringat kat satu artikel dalam suratkhabar Mingguan Malaysia, "..kadang remaja lebih terdorang dengan sifat yang kurang matang dalam membicarakan hal politik dalaman..". tapi bukan maksud semua remaja tergolong dalam golongan yg dimaksudkan, ramai yang masih berfikiran lebih elok dari menteri-menteri hantu kat dalam parlimen tu.


Namun apa yang dipastikan hampir semua barang dalam malaysia ni akan naik. tiket melaka-kuantan lepas nh mungkin dari Rm19.00 (maraliner) akan jadi Rm20.00++. hehe anggaran aku je tuh..tapi kecian kat orang yang pergi study kat negeri-negeri yang jauh dari diorang. Pape pun fikirkan la dengan wajar. sokong BA tak semestinya pembangunan terjamin. sokong Bn x semestinya sempurna pembangunan. kedua-dua nih saling berkaitan. konklusinya amerika memainkan peranan paling besar dalam sume nh..

berikut petikan yg dibulletinkan di fresnter

Date: Wednesday, 4 June, 2008 10:55 PM
Subject: Minyak naik
Message:
Minyak naik..harga barang pon naiklah.adeh -_-


Date: Wednesday, 4 June, 2008 10:33 PM
Subject: ak sOkOng 100%...
Message:
btol ckp ash.....mmg sial btol...
wktu dlu2x dr.mahathir jaga suma nyer terkawal....x dak problem...
skang neyh len plak....suma naik...lama2x bungkus MALAYSIA....
ak sokong 100% dr mahathir kuar umno...
bgus2x......suma nuyh ssb Pak Lah.....................................!!!



Date: Wednesday, 4 June, 2008 7:38 PM
Subject: barisan natang
Message:
dari singgit sembilan naik 2.70.. barisan natang yang disokong.. dulu janji tak naik..petronas untung bilion.. makan ngan kroni je.. isi minyak motor rm 4 pun dah serupa mcm tak isi.. belom lagi isi kat kereta.. barisan natang selamat aman makmur.. paklah tidoooooo.. ZzZzZzZz.. bangun dari tido terus ckp minyak naik.. tdo terus lagi bagus..



Sekilas..

harga petrol berbeza antara negara diseluruh dunia. abtara faktor penentuan harga bergantung kepada kapasiti pengeluaran minyak mentah negara tersebut.berdasarkan harga sehingga 22 April 2008, Norway merupakan negara yang meletakan harga termahal iaitu AS$2.49 seliter, berbanding Venezuela AS$0.03 sen seliter. sebagai perbandingan memandu kereta bagi jarak 100 kilometer memerlukan kira-kira 6 liter petrol. bermakna, dia perlu menangung kos kira-kira AS$14.94 jika dikenakan harga seperti di norway dan memerlukan kos AS$0.18 sahaja di venezuela.



hmm..pe yang akan berlaku seterusnya ye..

Isnin, Jun 02, 2008

Long Khong / ART OF THE DEVIL

Long Khong

Pergh gles cte long khong..seram gles!! hari sabtu kitorang g tengok.. aku bajet ramai orang g tengok cte nih..rupenye cput je..tapi memula start tu tengok cam slow je cte..x lama pun..lepas slow tu baru la hormon adrenalin aku befungsi dengan aktif bila tengok ilmu hitam siam..memang giles ilmu siam. lagipun apa yang aku tahu, long khong yang ke2 nih lagi power seram berbanding long khong 2005.. anyway heheh nih cte ke2 yang aku tengok (18PL+++++) selepas Woman With Slit-mouth..





Sinopsis:


Panor (Napakpapah Nakprasit), seorang guru di sebuah kawasan pedalaman yang memiliki aura menggoda, namun dia tetap mengimpikan kehidupan normal dan bahagia seperti wanita lain di kampungnya. Namun, kecantikannya menjadi sumpahan mengerikan kerana Panor menjadi kegilaan ramai pemuda. Dan membuatkan hidupnya huru-hara.

Guru-guru dan pelajar-pelajar lelaki di sekolahnya berusaha memikatnya menggunakan pelbagai ilmu hitam dan ubat pengasih bagi meraih perhatiannya. Untuk menghindari ancaman yang tidak berkesudahan itu, Panor terpaksa membunuh Porn, seorang pawang tidak bermoral. Dan kemudiannya membolehkan dia memiliki Syaitan Tiga-Mata yang sangat berkuasa. Itu menyebabkan Sarjan Dit (Suppakorn Kitsuwan), rakan si pawang yang taksub dengan ilmu voodoo, muncul di dalam hidup Panor dengan hasrat untuk merampas Syaitan Tiga-Mata darinya.



Moralnya..pilih la ilmu selain ilmu silat, tae kwon do, o kung fu nak protek diri korang...

Efek Gambar Lama

Salam

ini adalah untuk membuat efek gambar supaya nampak lama.

image>>adjustments>>brightness/contrast
brightness +17
contrast +80

filter>>blur>>gaussian blur
1.2 pixel

image>>adjustments>>desaturate

Right click at the layer>>blending options>>colour overlays>>choose the sephia colour
*pastikan anda adjust peratusan opacity untuk membuatkannya trasperant 
Anda boleh letak efek sekarang
Jika CS anda hanya mempunyai basic effect, download scar brush effect melalui link ini
http://vanity-insecurity.deviantart.com/art/vanity-insecurity-Decay-II-3958285
Jika anda tidak tahu bagaimana untuk paste brush itu klik link ini


Akhirnya..

Ahad, Jun 01, 2008

"Saya cuma beri dia RM5 untuk satu ‘game’ "


KUALA LUMPUR: “Saya cuma beri dia RM5 untuk satu ‘game’ (melakukan hubungan seks). Kami lakukannya di dalam bilik, sama ada di rumah saya atau rumahnya. Ibu bapa tak tahu kerana ingat kami belajar.”

Demikian pengakuan remaja berusia 14 tahun yang mahu dikenali sebagai Andy ketika menceritakan pengalamannya mengamalkan seks bebas dengan beberapa rakan sekolah.

Andy membuat pengakuan itu ketika sesi kaunseling program Kem Smart Remaja khusus untuk membimbing pelajar bermasalah berusia 13 hingga 15 tahun dari sekolah menengah di Selangor di sebuah kawasan perkhemahan di pinggir ibu kota, baru-baru ini.

Andy berkata, dia mula melakukan hubungan seks dengan rakan sekolahnya ketika berusia 13 tahun, manakala pasangannya setahun lebih tua daripadanya tetapi memang dikenali sebagai ‘bohsia’.

“Dia sanggup terima bayaran serendah RM5 untuk sekali ‘main’. Bukan semua pelajar tahu kegiatan ini melainkan kenalan rapat gadis itu,” katanya.

Andy mengakui mengamalkan hubungan seks bebas sejak mengenali seniornya hujung tahun lalu dan melakukannya di rumahnya atau senior berkenaan, meskipun ahli keluarga ada di rumah masing-masing.

Dalam tempoh tiga bulan dari November tahun lalu hingga Januari tahun ini, Andy berkata, tiga kali dia melakukan hubungan seks dengan gadis bohsia itu, dan lebih memeranjatkan, mereka bukan sekadar berdua tetapi turut disertai seorang lagi lelaki yang juga rakan Andy.

“Saya lebih suka melakukan (hubungan seks) beramai-ramai,” kata remaja berasal dari daerah Kuala Langat itu tanpa segan silu.


Petikan Metro Ahad 1 Jun


huh xde beza with others malay prostitute!