BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Ahad, Disember 20, 2009

Bila Jarjit Berpantun

Salam


Huhu lawak gile bila aku dengar Jarjit berpantun. Simple tapi best~ hahaha


Hang Upin dan Hang Ipin

Pantun Jarjit
Dua tiga burung kenari
Apa hajat tuan hamba kemari

Pantun Mail (menyampuk)
Dua tiga kucing berlari
Dua singgit mana nak cari

Pantun Ipin
Dua tiga ayam goreng
Kami datang nak tangkap jarjit (boleh ke pantun macam ni?)

Pantun Jarjit #2
Dua tiga kapal terbang
Lanun mana yang paling garang

Pantun Upin
Pergi kedai beli barang
Kak Ros la yang paling garang

Pantun Jarjit
Dua Tiga Ada Gigi
Lain Semua Takda

Pantun di atas sangat kelakar.Ianya dipetik dari cerita Upin dan Ipin yang abru ditayangkan cuti sekolah baru-baru ini...

Jumaat, Disember 18, 2009

Salam Awal Muharam, Filem Avatar!


Salam

Sudah tengok cerita Avatar?
Huhu kebanyakan kawan aku dengan aku sekali, semua fikir filem Avatar tu, sama macam Avatar yang adik2, atau kamu layan kat tv9.
Huhu sebenarnya tak pun. Jalan cerita pun jauh beza. Cait.

Oh tapi kamu tahu penggunaan avatar didalam forum? Haa konsep dia lebih kurang sama la. Tapi kalau tengok cerita ni, nanti mesti lagi faham.

Ok Avatar ni cerita dia pasal, satu masa nanti manusia Bumi terjumpa planet yang hampir sama dengan Bumi, tapi mempunyai sumber mineral termahal. Lagi mahal dari emas, mungkin Titanium. Hoho kalau kamu pernah layan filem The Core, hoho superb cite ni!, dalam cite tu kalau tak silap la, kapal gerudi yang diorang naik tu diperbuat dari unsur Ubtonium. Lebih kurang macam tu la, iras2 uranium aku ingat. Jadi dalam filem ni, unsur ubtonium tu banyak terdapat bawah kerak sebatang pokok besar. Pokok semangat la kata orang. Jadi orang Bumi ni berperang dengan orang2 asli kat situ untuk dapatkan unsur ni pastu jual kat Bumi, hoho kaya raya raya la diorang kat Bumi nanti.

Hmm cerita ni panjang, tapi best layan. Grafik A++

*****


Oh untuk kamu yang pernah baca entry Masalah Negara tu, awek tu baru je declare In Relationship With dengan orang, kemungkinan besar aku kenal. Adei huhu..

*****


Oh yang ini kalau "kamu" terbaca, kut "kamu" la nak balas balik ke x.

Haha baru2 ni aku usya sorang awek ni, hajat saja nak kawan, hmm rupa dia, entah. Tapi bagi aku cantik la juga. So dah berapa lama tu, aku minta id YM, mula2 (mungkin) macam biasa la aku fikir orang perempuan ni malas atau jual mahal atau pape je la, nak layan lelaki yang diorang tak kenal. Tapi bila ym dia ni macam acuh tak acuh nak membalas, aku pun dah kering soalan soal jawab, aku pun beritahu nak out sebab aku memang nak out pun, so aku tutup ym dia dan dalam masa sama, kebetulan sepupu aku online ym. Tetiba dia mengejek/perli aku sebab aku tak buat status offline (mungkin dia fikir aku akan buat invisible bila aku cakap nak off). Adei..

Huhu

******


Oh Salam Awal Muharam 1431. :)

Khamis, Disember 17, 2009

Contest: aku dan..

Hoho ni adalah pertandingan "aku dan..". Kamu tambah la sendiri selepas, dan, tu huhu.
Okeh Tuan punya blog, dibawah ni~ Walopun orang lain lagi lawa dari aku! aku tetap nak coba!



Amaran: Ini adalah posting untuk pertandingan "Aku dan.."






Hoho aku kalau takde internet, tapi ada tv..aku boleh lagi teruskan kehidupan dalam rumah
aku kalau takde internet tapi ada kereta, motor..aku boleh teruskan kehidupan dalam rumah
aku kalau takde internet tapi ada pc/laptop..aku boleh teruskan kehidupan dalam rumah
aku kalau takde internet tapi ada duit..aku boleh teruskan kehidupan dalam rumah
tapi kalau aku ada internet..hahahaha aku abaikan semua kat atas tu! sebab aku masih boleh teruskan kehidupan!

Huhu internet ni cuma sampingan wajib ada je dalam hidup. Tapi dari darjah 5 ke 6 macam tu aku dah terdedah dengan internet ni, hoho jadi sampai sekarang dah jadi sebahagian hidup aku. Nak cari maklumat, nak cari kawan lama, nak rancang hari, cuma taip kat keyboard. Senangkan?

Ahad, Disember 13, 2009

Gambar Tidur Comel :)


















Extension 1

Salam

Convert doc/word to pdf
http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?FamilyID=f1fc413c-6d89-4f15-991b-63b07ba5f2e5&displaylang=en

Hoho kalau kamu mahu save dokumen microsoft word kepada bentuk PDF, kamu boleh je download extension PDF ni dari pada microsoft. Software ni percuma, senang nak guna, senang nak install

***

Google chrome, translator extension
https://chrome.google.com/extensions/detail/aapbdbdomjkkjkaonfhkkikfgjllcleb

Oh bagi pengguna google chrome yang memang takkan guna firefox atau IE dah, untuk terjemah laman web, kamu boleh je download extension ni di pelantar google. Hoho misal kata kamu pening nak baca atau nk terjemah bahasa melayu kepada inggeris, maka kamu boleh guna extension ni. Mudah nak digunakan.

***

Download youtube, chrome
**javascript:window.location.href = 'http://youtube.com/get_video?video_id=' + yt.getConfig("SWF_ARGS")['video_id'] + "&sk=" + yt.getConfig("SWF_ARGS")['sk'] + '&t=' + yt.getConfig("SWF_ARGS")['t'];**


Ok memandangkan IDM  tak sokong google chrome, sudah tentu untuk mendownload video youtube susah kan. Jadi kamu boleh [klik kanan > add page > copy kod kat atas ni, paste ke bahagian URL]. Walaubagaimanapun, cara ini hanya boleh digunakan dilaman web youtube sahaja. Metacafe, dengan lain2 tak boleh ya. Tak percaya, cuba la semoga berjaya hahaha.

Ahad, Disember 06, 2009

Teka Movie Apa



Salam

Hoho posting ni aku nak tunjuk gambar desktop aku yang tak bape lawa + canggih, tapi ada improvement kalu nak banding 2 minggu lepas. Untuk gambar desktop sebelum ni, kamu boleh klik disini dan juga disini



Eh jap2..hoho sebenarnya wallpaper ni aku printscreen dari movie, jadi kalau kamu otaku + peminat separuh mati + giler fiksyen, kamu boleh teka movie mana aku printscreen. Hint? Hmm "badan merah bertanduk". Cuma, yang gambar petak kecil2 tu cuma kesan editing from photoshop.

******

Hoho nak tahu, hari ni (ahad) dalam seminggu ni, tak hujan~
Haha best! Kalau semalam sanggup redah hujan nak pergi tengok wayang, hari ni tak buat apa2.
Aku download album Justin Timberlake, Futuresex entah pape lagu. Menyesal, 177MB. Kamu jangan download ya. Album yang setakat ni jadi playlist aku, Coldplay, Radiohead, Fall Out Boys, dengan The Killers.
Yang ini kamu wajib download..Best~