BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Ahad, Disember 06, 2009

Teka Movie Apa



Salam

Hoho posting ni aku nak tunjuk gambar desktop aku yang tak bape lawa + canggih, tapi ada improvement kalu nak banding 2 minggu lepas. Untuk gambar desktop sebelum ni, kamu boleh klik disini dan juga disini



Eh jap2..hoho sebenarnya wallpaper ni aku printscreen dari movie, jadi kalau kamu otaku + peminat separuh mati + giler fiksyen, kamu boleh teka movie mana aku printscreen. Hint? Hmm "badan merah bertanduk". Cuma, yang gambar petak kecil2 tu cuma kesan editing from photoshop.

******

Hoho nak tahu, hari ni (ahad) dalam seminggu ni, tak hujan~
Haha best! Kalau semalam sanggup redah hujan nak pergi tengok wayang, hari ni tak buat apa2.
Aku download album Justin Timberlake, Futuresex entah pape lagu. Menyesal, 177MB. Kamu jangan download ya. Album yang setakat ni jadi playlist aku, Coldplay, Radiohead, Fall Out Boys, dengan The Killers.
Yang ini kamu wajib download..Best~

Selasa, Disember 01, 2009

Pekerja pulang Semula

Salam


Cuba teka aku print segala thesis 3 set tu kat mana?
Hoho aku print kat tempat kerja aku dulu, (ancient link~) masa cuti semester 3 rasanya.
Ah agak2 belum cukup setahun kut aku tak berjalan kat bahagian atas sekali Kuantan Parade tu.


Heh bos aku macam biasa sindiran maut dia bila aku tanya,
Aku - "bos sorang je pekerja yang ada?"
Bos - "hoh lebih baik sorang, dari ramai2 tak buat kerja buat apa"


Aih kau masih seperti dulu bos. Aku buat kerja ko kata aku banyak sembang x buat kerja.
Hoho tak baik mengunkit.
Tapi pekerja baru (aku aggap pekerja tu msih baru) yang sorang tu,
pergh panggil aku "bhai" hasil tindakbalas aku panggil dia adik.
Hoho mungkin ni kut ciri2 pekerja yang bos aku nak hoho~


Oh sebenarnya aku tak tahu la kot ada pelajar yang nak cari tempat untuk buat hard cover untuk thesis ke tidak, tapi aku bagi alamat la kalau kamu nak buat hardcover thesis, ijazah, degree atau diploma atau buku biasa, kamu boleh pergi kat alamat ni


Salam, kedai kat Indera Mahkota 3, betul betul menghadap ke Kolej Shahputra.

Nama kedai SINARAN EQUIPMENTS

FON : 0179094500

website:
http://www.sureincome.ws

baik x aku? hahaha

9 Gambar Foto Yang Paling Terkenal!

Salam

Hoho fakta yang best
http://wickedreport.com/top-10-world-most-famous-photos-ever/



01. Afghan Girl [1984]
Photographer: Steve McCurry

Gadis Ahghanistan, hoho gambar ni telah diambil oleh jurugambar National Geographic Steve McCurry. Sharbat Gula adalah salah seorang pelajar disekolah yang tidak rasmi didalam kawasan kem pelarian. Dia ni masa tu berusia lebih kurang 12 tahun dan telah menjadi muka depan majalah National Geographic pada tahun berikutnya. Walaubagaimanapun, identity dia hanya mula diketahui ialah pada tahun 1992.


02. Omayra Sánchez [1985]
Photographer: Frank Fournier

Omayra Sánchez ni salah sorang daripada 25,000 orang mangsa bencana gunung Nevado del Ruiz (Colombia) yang meletup pada November 14, 1985. Budak berumur 13 tahun teperangkap kat dalam air dan konkrit selama 3 hari, walaubagamanapun dah takdir dia, gambar ni sempat diambil sebelum dia mati sekaligus mencetuskan kontroversi diantara jurugambar ni dengan kerajaan Colombian yang x amik kisah dengan bencana apabila gambar ni disiarkan seluruh dunia.


03. Portrait of Winston Churchill [1941]
Photograph from: Yousuf Karsh

Gambar ni diambil oleh jurugambar kanada Yousuf Karsh bila Winston Churchill datang (singgah minum kut) ke Ottawa. Gambar portrait Churchill ini telah membuatkan Karsh menjadi femes diperingkat antarabangsa. It is claimed to be the most reproduced photographic portrait in history. It also appeared on the cover of Life magazine.


04. The plight of Kosovo refugees [1999]
Photographer: Carol Guzy

Gambar ni sebahagian daripada The Washington Post’s Pulitzer Prize-winning entry (2000) menunjukkan macam mana pelarian Kosovo Agim Shala, 2, kena pas-pas melalui dawai berduri untuk diberikan pada tok nek dia di kem pelarian United Arab Emirates di Kukes, Albania. Ahli keluarga Shala berkumpul kat sini, kira reunion kut, lepas berjaya melarikan diri dari konflik kat Kosovo.


05. Stricken child crawling towards a food camp [1994]
Photographer: Kevin Carter

Hoho gambar ni, jurugambar dia memang femes sampai sekarang walaupun dah mati. Gambar ni yang diambil pada tahun 1994 semasa krisis makanan atau kebuluran di Sudan berjaya menang anugerah Pulitzer Prize. Macam yang kamu tengok, budak ni lapar sampai kering badan dia, uish kesian gile bila aku tengok. Burung tu nama speisis dia Vulture tengah tunggu budak tu mati, pastu baru boleh buat kenduri. Gambar ni telah mengejutkan seluruh dunia. Takde siapa yang tahu apa yang jadi pada budak tu, termasuk la si Kevin yang Cuma ambil gambar lepas tu chooww laju-laju. Disebabkan kejadian ni dengan yang lain-lain (kamu boleh rujuk wiki) dia bunuh diri sebab terlalu tekanan. Memang superb gambar-gambar yang dia ambil.


06. Segregated Water Fountains [1950]
Photographer: Elliott Erwitt, Magnum Photos

Ada hikmah Allah jadikan sebahagian manusia ni berkulit hitam, heh msti tukang amik gambar ni pening, omputih, putih sampai x ternampak. Gambar yang memisahkan, orang zaman sekarang panggil water cooler antara kulit di Noeth Carolina.


07. Burning Monk – The Self-Immolation [1963]
Photographer: Malcolm Browne

Pada 11 June 1963, Thich Quang Duc, sorang sami Buddha dari Vietnam, membakar diri dia sendiri tanda protes disimpang jalan yang sibuk kat Saigon. Sami Buddha menuntut supaya regime tarik balik larangan diorang supaya bendara tradisional agama Buddha ni dapat dikibarkan, memberi hak yang sama rata kepada penganut Buddha sebagaimana penganut Catholicism, lepas tu menuntut supaya hentikan tahanan terhadap penganut Buddha dan berikan kebebasan kepada sami dengan penganut diorang untuk mengamalkan dan menyebarkan agama diorang.


08. Bliss [~2000]
Photographer: Charles O’Rear

Hoho mesti kamu pernah tengok gambar ni di skrin tv kamu kan? Bliss ni nama sebuah gambar lanskap di Napa County, California. Dalam gambar asal tu mempunyai, bukit yang menghijau dan langit yang biru dan awan2 yang sirrus. Gambar ni digunapakai sebagai wallpaper asal untuk tema “Luna” dalam Windows XP. Ok gambar ni diambil oleh fotografi profeisional, Charles O’ReAR seorang penduduk St. Helena di Napa County untuk syarikat digital-design High Turn. Gambar O’Rear telah menjayakan iklan Windows XP sebanyak US$200 juta dalam kempen Yes You Can


09. The Triangle Shirtwaist Fire [1911]
Photographer: International Ladies Garmet workers Union

Gambar mayat di Triangle Shirtwaist Company. Peraturan syarikat yang menetapkan supaya semua pintu keluar di kilang dikunci supaya pekerja (kebanyakan pendatang wanita) tidak dapat mencuri atau lari. Apabila kebakaran berlaku, 146 orang mati pada hari tu.

Sehelai Tali Leher



Salam

Hoho hari tu aku ad terima hadiah hari lahir, tali leher dengan cenderamata dari kawan aku hoho~
oh terima kasih banyak2 ya izati.. susah2 kamu ja ^^


Sabtu, November 21, 2009

2012: Doomsday




Salam

Akhirnya berjaya juga aku tengok filem 2012, dah lama giler babeng aku tunggu dia tayang!. Oh aku peminat scince fiction. Sebelum cite 2012 tayang, ada lagi satu filem, District 9. Hoho berpuas hati dapat donlod~ Heh memang dah minat, boleh aku katakan Star Wars, Sunshine mungkin Star Trek tu A lagi la kalau nak banding cerita lain. Walopun nak tengok cite fiksyen ni kena pakai imaginasi, tapi kena logik juga. Ada filem aku donlod, macam entah apa-apa efek yang diorang buat.

Tapi senarai A filem fiksyen yang aku penah tengok, aku ingat banyak. Semua dalam drive D dengan DVD.
Sumpah filem Armageddon, Sunshine, Star Wars dengan yang lain-lain tu dah bape kali aku ulang tengok.

Bagi aku, hoho pandangan ni, aku tengok filem fiksyen ni semua sebabkan efek yang diorang buat, biar nampak tak logik, prob hampiri matahari, spacecraft yang kecik tapi custom yang diorang pakai, macam kuno, alien masih perlu hidup dengan graviti, tapi tu ler pasal efek yang diorang buat.

Kita dah biasa sangat tengok cite dalam lingkungan kita, terlalu realistik, kiranya cinta2 pastu masalah sosial yang bodoh semua tu. Pastu, filem ni buat kita fikir pasal masa depan, kalau menda tu betul-betul terjadi, hidup lagi ke kita masa tu?

Khamis, November 12, 2009

5 Cerita, Posting ke-200




Salam


Hari ni hari Jumaat, hari jugak aku akan buat posting yang ke-200!
Oh periksa dah pun habis semalam, adeh susah2.

******


Oh aku nak ucapkan trilion terima kasih pada kamu yang mengucapkan selamat hari lahir 5hb haritu. Oh papepun terima kasih kak Zara sebab telefon malam tu! hoho saya anggap yang tu hadiah hari jadi la ya kak n_n.

Heh aku dah umo 20 tahun! dah takde belasan dah. Kalau nak tahu, dari Jan haritu lagi aku dah rasa, tahun ni memang x cantek..oh bukan sebab apa pun, cuma umo akan genap 20 tahun, bagi aku belasan ni kita x kan jumpa dah selepas puluh. Selepas 20 umo kita akan ada "puluh" ditengah2 sehingga la mati. Tak ke rasa nikmat belasan dengan muda tu sudah tamat?

******

Okeh berbalik kisah "Masalah negara" dan "Masalah negara 2" tu, aku memang dah add dia, kemudian kitorang sembang perkara biasa je, last2 macam biasa aku yang takde idea nak cakap pasal pe dah. Oh untuk ajak keluar dan berbagai tu, maaf la belum sampai masa lagi. Jauh kut rumah dia. Nak telefon dia, tak tau nak cakap pe. Takpe2 slow and steady dulu~ Tapi dia ada wish 5hb tu, hoho kat fb je, hmm xpela.

******

Oh sekarang apa yang aku buat ya..nak siapkan thesis dengan kerja analisis yang tak siap lagi. Huhu mujur aku dapat advisor terbaik hoho~~ mujur dia jenis suruh jaga grammar dengan sumber datang dari mana. Kalu dia jenis nak cepat je, sah aku kena pancung!

******

Hoho musim cuti dah mula! Jom bercuti! Aku ingat nak bekerja. Hoho bagi aku seminggu dulu duk rumah, rilek2~~ Oh Aku Nak Tengok Filem 2012!

Chioww~