BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Rabu, Oktober 15, 2008

Penghargaan Dari Zara.

Salam



Hoho..trimas ye kak zara!
psst dah lama tak bual...

Ahad, Oktober 12, 2008

EduFun Day 2008

 
kalau de bran jom r join aktiviti section J yg bertempat di B.T 4 pd 19 oktober ini bermula pda pkl 8 pgi...

antara aktiviti2 yg akn diadakan ialah WORD HUNT CHALLENGE AND SPEED TYPING...

Word Hunt Challenge : satu group rm5 je..

(hadiah dy wang tunai + hamper)

wang tunai dy up to rm 150 beb..

takkan x nak kot org bg duit free??

masuk jgn x masuk...

Speed Typing Competition : haa.. spesyel siot game nie.. ak fokuskan game nie kat chatters, tak kesah laa ym ke gtalk ke.. jugak terbukak kat bloggers.. hoh0.. korg mesti laju je menaip.. so0o0, buktikannya.. kitorg nga cr the fastest finger in unikl micet.. huhuhu~ sape menng dpt badge- speed typing comp.-winner... takke smart tue.. hadiah smpai tmpt no 8...

so0o0.. cpat2 jd 8 org terpantas dlm micet nie.. heheheh~

bnyk hadiah utk dmenangi antaranya WANG TUNAI dan HAMPER

sbarang pertanyaan sila bjumpa

AZHAR-D002

ROZILA-A201


Sabtu, Oktober 11, 2008

Ayat-ayat Cinta 2

Salam

Perhatian: Artikel ini pernah ditulis diblog ini sebelum ini. Sila klik untuk direct terus.

Huhu..memang sadis tahap hyper-market cerita nih.
malam semalam (10 Oktober) kat tv3 kali ke3 aku tengok filem ACC tapi tak pernah satu pun habis aku tengok.
Budak rumah aku cepat2 berkejar pergi duduk kat meja VIP. Fuh! Kemudian datang lagi budak rumah lain join sama. 2 meja penuh depan tv! (<--- budak laki)

2 kali tengok tak sampai pun separuh jalan, sekali tengok (10 Okto) cerita nak dekat habis. Adei nape la aku tak pernah2 tengok sampai habis?? Kawan aku ada yang dah 2 3 kali tengok..tak kira arr laki atau perempuan..sama je..2 2 spiesis nih layan ACC nih.

Cerita ni dalam novel lagi best layan. First novel yang aku pernah habiskan dalam hidup aku tu~

Lagu pilihan aku!

Jalan Cinta" (Sherina)

Semua resah hati manusiamu
Untuk membagi kisah atas nama cinta
Butir air mata di setiap sujudmu seperti tak pernah cukup untuk menjagaku
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu....oo... Cinta yang semu

Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di sela doa dalam malam-malam yang sunyi

Ampun yang engkau pinta dalam semua keraguan yg tlah meliputi jiwamu
Semoga akan membawa cintamu

Pada diriku dalam jalan dan ridho-Nya
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu...oo... Cinta yang semu

Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di tengah terik matahari dan dinginnya malam
Kau panjatkan ayat-ayat cinta pada-Nya
Melindungi dan menjaga kisah cinta kita...

Review dan download Jalan Cinta
Sherina - Jalan Cinta




Laman web rasmi Ayat-ayat Cinta

Rabu, Oktober 08, 2008

Carnival English Day

Salam

Hoho~ dah lama aku tak update blog nih sejak dari minggu lepas lagi.

Bulan nih banyak sangat bajet nak dikeluarkan, dah lepas kira-kira baki tinggal $$$ lagi.
Adeh..

Bulan ni Carnival English Day akan diadakan pada 21 Oktober (selasa) ni. Semua seksyen semester 3 akan mengadakan sebarang aktiviti yang berkaitan dan bersesuaian dengan tema English Day. Karnival ini diadakan dalam sehari sahaja, tapi semenjak dari awal semester lagi kami terpaksa membuat perancangan untuk sehari ini. Antaranya mock meeting, setiap kelas/seksyen diwajibkan memilih ketua, setiausaha, bendahari, dan ajk. Pemilihan tempat atau bilik telah dibuat pada bulan lepas supaya setiap kelas atau seksyen tahu tempat atau aktiviti mereka dimana. Walaubagaimanapun pada permulaan, bejet terpaksa dikeluarkan setiap kelas terlebih dahulu. Micet dikatakan hanya mengeluarkan RM300 untuk setiap kelas.

Fuuh! sebenarnya susah juga nak organize sesuatu event atau function nih! Kelas aku buat aktiviti Spell-it-right alah macam dalam tv tu. Tapi kami ada juga selitkan aktiviti sampingan selain SIT tu. T-shrit, banner, id kad, dan tempat untuk berlansung aktiviti tu dah kami siapkan. Sebagai sokongan kepada modal, kami juga membuat jualan biasa-biasa je..

Mulanya kami nak juga buat benda nih secara grand. NST, WC kami dah cuba mohon untuk jadi penaja tapi, adeh diorang tak balas permintaan kami tu. Kemudian baru-baru nih masa cuti balik raya, ada yang nak try minta kat famili diorang, tapi seposen pun tak dapat.. adeh UniKL belum sefemes IPTA lain untuk diorang melabur..

Selasa, Oktober 07, 2008

Kami The Movie

Salam

Baru-baru ni (selasa malam) aku, Hafiz, Wan, Budin pergi tengok filem KAmi The Movie! Hehe. Mulanya Wan kebosanan tahap hyper duduk kat rumah, yela takde aktiviti lansung! Meh baca perbualan yang terjadi kat dalam rumah usang ni.

******

Wan: Fuuh bosannya..
Dia pergi baring

Wan: Amir jum tengok cte Kami?
Aku: ko serius ke?

Wan: Bosan bodo..

Wan telefon..

Wan: Amir jum arr tengok cite Kami..
Aku: Betul ke? aku pun bosan gak nih.. 

Wan: Jum arr
Aku: Ko kontek arr Budin suruh balik


Wan telefon

Aku: Budin kat mana? Dia nak ikut ke?
Wan: Mtah arr dia otw nak balik..dia nak ikut.

Aku: Kalu cam tu bia aku check cite tu tayang pukul berapa..nak tengok kat mana?

Wan: Kat Dataran (Dataran Pahlawan)

*****

9:10 malam berkejar pergi Ayer Keroh Melaka.
Di Dataran filem Kami mula pukul 9.50. Jadi kami pergi ke Melaka Raya, MBO.
Di MBO filem tu mula 10.15 kami sampai pula masa tu tepat jam 10 (jam tangan aku ler)..



+++sinopsis untuk Kami The Movie+++

Hidup ini memang palat. tapi esok masih ada

Filem "KAMI" mengekalkan Liyana Jasmay sebagai Lynn, Syarul Ezani (Ali), Nas-T (Abu), Juliana Evans (Sofie) dan Zayanah Ibrahim (Adii) juga Zahiril Adzim sebagai (Boy). Ia meneruskan kisah lima sahabat ini yang bakal meninggalkan zaman sekolah.

Lynn, tanpa diketahui rakan-rakannya telah berpindah dari kampung bersama ibunya untuk membina hidup baru setelah Lynn didapati bekerja untuk Boy, seorang pengedar dadah.

Lebih mengeruhkan keadaan, Lynn yang menulis majalah terbitannya sendiri iaitu KAMI dibawah nama samaran Teka Teki telah menyumbangkan ulasan yang mengkritik pedas band Ali di dalam sebuah majalah muzik tempatan. Dalam kesukaran menyembunyikan rahsianya, Lynn mendapati semua rakannya juga mempunyai rahsia masing-masing.

"KAMI" bermula dengan Abu melarikan diri dari rumah akhlak untuk bersama Ali meraikan hari terakhir Lynn, Sofie dan Adii menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Namun, kegembiraan mereka tidak kekal apabila kehidupan lampau Lynn kembali menghantui dan mencetus konflik lalu memaksa setiap daripada mereka untuk berhadapan dengan pergolakan hidup masing-masing dan membuat keputusan yang bakal mengubah hidup mereka buat selama-lamanya.


Layan je~

Sabtu, Oktober 04, 2008

Foto Episod Raya

Salam