BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Rabu, Oktober 08, 2008

Carnival English Day

Salam

Hoho~ dah lama aku tak update blog nih sejak dari minggu lepas lagi.

Bulan nih banyak sangat bajet nak dikeluarkan, dah lepas kira-kira baki tinggal $$$ lagi.
Adeh..

Bulan ni Carnival English Day akan diadakan pada 21 Oktober (selasa) ni. Semua seksyen semester 3 akan mengadakan sebarang aktiviti yang berkaitan dan bersesuaian dengan tema English Day. Karnival ini diadakan dalam sehari sahaja, tapi semenjak dari awal semester lagi kami terpaksa membuat perancangan untuk sehari ini. Antaranya mock meeting, setiap kelas/seksyen diwajibkan memilih ketua, setiausaha, bendahari, dan ajk. Pemilihan tempat atau bilik telah dibuat pada bulan lepas supaya setiap kelas atau seksyen tahu tempat atau aktiviti mereka dimana. Walaubagaimanapun pada permulaan, bejet terpaksa dikeluarkan setiap kelas terlebih dahulu. Micet dikatakan hanya mengeluarkan RM300 untuk setiap kelas.

Fuuh! sebenarnya susah juga nak organize sesuatu event atau function nih! Kelas aku buat aktiviti Spell-it-right alah macam dalam tv tu. Tapi kami ada juga selitkan aktiviti sampingan selain SIT tu. T-shrit, banner, id kad, dan tempat untuk berlansung aktiviti tu dah kami siapkan. Sebagai sokongan kepada modal, kami juga membuat jualan biasa-biasa je..

Mulanya kami nak juga buat benda nih secara grand. NST, WC kami dah cuba mohon untuk jadi penaja tapi, adeh diorang tak balas permintaan kami tu. Kemudian baru-baru nih masa cuti balik raya, ada yang nak try minta kat famili diorang, tapi seposen pun tak dapat.. adeh UniKL belum sefemes IPTA lain untuk diorang melabur..

Selasa, Oktober 07, 2008

Kami The Movie

Salam

Baru-baru ni (selasa malam) aku, Hafiz, Wan, Budin pergi tengok filem KAmi The Movie! Hehe. Mulanya Wan kebosanan tahap hyper duduk kat rumah, yela takde aktiviti lansung! Meh baca perbualan yang terjadi kat dalam rumah usang ni.

******

Wan: Fuuh bosannya..
Dia pergi baring

Wan: Amir jum tengok cte Kami?
Aku: ko serius ke?

Wan: Bosan bodo..

Wan telefon..

Wan: Amir jum arr tengok cite Kami..
Aku: Betul ke? aku pun bosan gak nih.. 

Wan: Jum arr
Aku: Ko kontek arr Budin suruh balik


Wan telefon

Aku: Budin kat mana? Dia nak ikut ke?
Wan: Mtah arr dia otw nak balik..dia nak ikut.

Aku: Kalu cam tu bia aku check cite tu tayang pukul berapa..nak tengok kat mana?

Wan: Kat Dataran (Dataran Pahlawan)

*****

9:10 malam berkejar pergi Ayer Keroh Melaka.
Di Dataran filem Kami mula pukul 9.50. Jadi kami pergi ke Melaka Raya, MBO.
Di MBO filem tu mula 10.15 kami sampai pula masa tu tepat jam 10 (jam tangan aku ler)..



+++sinopsis untuk Kami The Movie+++

Hidup ini memang palat. tapi esok masih ada

Filem "KAMI" mengekalkan Liyana Jasmay sebagai Lynn, Syarul Ezani (Ali), Nas-T (Abu), Juliana Evans (Sofie) dan Zayanah Ibrahim (Adii) juga Zahiril Adzim sebagai (Boy). Ia meneruskan kisah lima sahabat ini yang bakal meninggalkan zaman sekolah.

Lynn, tanpa diketahui rakan-rakannya telah berpindah dari kampung bersama ibunya untuk membina hidup baru setelah Lynn didapati bekerja untuk Boy, seorang pengedar dadah.

Lebih mengeruhkan keadaan, Lynn yang menulis majalah terbitannya sendiri iaitu KAMI dibawah nama samaran Teka Teki telah menyumbangkan ulasan yang mengkritik pedas band Ali di dalam sebuah majalah muzik tempatan. Dalam kesukaran menyembunyikan rahsianya, Lynn mendapati semua rakannya juga mempunyai rahsia masing-masing.

"KAMI" bermula dengan Abu melarikan diri dari rumah akhlak untuk bersama Ali meraikan hari terakhir Lynn, Sofie dan Adii menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Namun, kegembiraan mereka tidak kekal apabila kehidupan lampau Lynn kembali menghantui dan mencetus konflik lalu memaksa setiap daripada mereka untuk berhadapan dengan pergolakan hidup masing-masing dan membuat keputusan yang bakal mengubah hidup mereka buat selama-lamanya.


Layan je~

Sabtu, Oktober 04, 2008

Foto Episod Raya

Salam

 
  

Isnin, September 29, 2008

E-kad Raya

Salam

Hoho~
Pertama!
Aku ingin mengucapkan trimas kat anda yang tanpa segan silu (mahupun aku) bagi kad raya pada aku.

Kedua!
Aku ingin katakan kad raya dari anda tu penuh kreativit. Dah semestinya idea anda sendiri yang buat kad tu.

Ketiga!
Tahniah sebab ada diantara anda yang menggunakan Adobe Photoshop untuk meng'create'kan kad raya dari ciptaan anda tu.

Keempat!
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kalu anda rasakan aku ada cilok idea anda..maafkan aku huhu~..

Meh tengok koleksi kad raya

Dari farin

Dari ardini

Dari Ihsan

 
Dari Ien

Ahad, September 28, 2008

Kisah 29 Ramadhan

Salam

Hari ini 29 Ramadhan.
Cepat je masa berlalu.
Kadang terasa macam tak puas je puasa tahun ini.
Tapi bukan bermakna aku ada ponteng puasa ye..akukan budak baik..
Tapi serius, tak tahu kenapa rasa cepat je.


Hmm..malam ini malam terakhir sembahyang terawih.
Adei tak pernah aku lengkap 30 hari sembahyang terawih.
Malas ler..huduh perangai.


Pengalaman puasa kali ini lagi puas banding tahun lepas.
Sekali je aku buka puasa seorang diri.
Masa tu nak balik melaka lepas habis cuti mid.


Apa-apa pun aku nak ucapkan..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

E-kad Raya

Salam

Hoho~
Tak sangka ya, rata-rata bloggers nih bukan saja terel berblog, terel dalam penulisan, terel dalam bidang masing-masing, tapi dalam masa yang sama mereka pun terel dalam meng'edit gambar atau apa-apa sahaja dalam bentuk foto.

Ok pertama sekali dah tentu aku ingin ucapkan TRIMAS! kat mereka yang bagi aku e-kad raya dengan tanpa segan silu mengajak aku pergi ambil benda tu diblog mereka..

sebagai tindakbalasannya, aku ingin sebarkan e-kad raya aku nih kepada semua bloggers yang telah aku jemput/tidak untuk save dalam blog masing-masing. Jangan segan, jangan silu k!

ouhoho~ ala nasi kadar je..