BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Rabu, Julai 30, 2008

Hari Selasa

Assalamualaikum

Hari selasa kelas aku @ seksyen J'auh hari yang paling letih+lelah daripada hari yang lain.

J'auh ke? Jauh sebab mudah untuk aku beritahu member yang lain aku dari seksyen "J".
Jadual (J lagi)? aku tak seberapa ingat dari pagi hingga petang kelas apa.
Tapi yang pasti, pagi tu kelas dengan pensyarah yang paling dicintai oleh segenap lapisan pelajar MICET.
Iaitu Ocuptional safety bla..bla.. Pensyarah oleh....jeng..jeng..En Shahidi! Tepuk..tepuk!

Beh kan kelas dia? ok apa dua masa dengan dia.
pagi lecture petang tutor.
pagi pelajar lelaki dibarisan hadapan petang hampir semua pelajar sekelas di'psycho oleh beliau. X BEH kan?



****** (aku risau jika ada blogger yang lain mengatakan aku meniru "**" dari blog mereka..biarlah)



Madame Rosiah berseloroh waktu kelas beliau pada pukul 2 petang.

Madame: You all macam letih je, dah makan ke belum nih?
Students: Not yet madame..

Madame: "terkejut" hah?! belum? tadi kelas apa?
Students: Lab madame..proses instrument

Madame: "tiba-tiba" kalu mak ada nasi, mak dah bagi dah makan.
Students: "terkejut" uish! hahaha

sambung beliau lagi

Madame: kecian anak-anak mak belum makan lagi.



        ******



Aku perlu amik vitamin untuk hari selasa dan khamis.
kenapa hari khamis?
hari khamis kitorag ada Workshop Engineering.
lagi berpeluh penat aku nak bertukang petang tu.
huhuhu...

Jumaat, Julai 25, 2008

Ayat-ayat Cinta

Aku selalu ingat aku ini siapa? Anak petani miskin. Aku ini siapa?

aku adalah lumpur hitam
yang mendebu
menempel di sandal dan sepatu
hinggap di atas aspal
terguyar hujan
terpelanting
masuk longkang
siapa sudi memandang
atau menghulur tangan?
tanpa uluran tangan Tuhan
aku adalah lumpur hitam
yang malang
***

m/s260

aku tersihir oleh personanya. tanpa sedar hatiku bertasbih dan berpuisi:
alangkah manisnya gadis ini 
bukan main elok dan ayu
calon isteriku
matanya berbinar-binar
alangkah indahnya
***

m/s279

kehilangan satu huruf saja kau akan sangat menyesalnya:

agar dapat melukiskan hasratku, kekasih,
taruh bibirmu seperti bintang di langit kat-katamu,
ciuman dalam malam yang hidup,
dan deras lenganmu memeluk daku
seperti suatu nyala bertanda kemenangan
mimpiku pun berada dalam
benderang dan abadi
***
paul eluard
m/s316

assalamualaikum

Hampir aku habiskan novel ayat-ayat cinta. novel nih pertama sekali yang aku baca. dah lama aku usya2 nak beli novel nih tapi iman tak kuat nak kekang daripada beli benda lain. Di atas ini adalah puisi yang aku rasakan sedap untuk dihahami dari novel Ayat-ayat Cinta.

novel ni bagi aku, takde la jiwang terlampau karat sangat. Tapi ada suatu perasaan yang anda mesti rasa seronok nak baca bab seterus..dan seterusnya..anda boleh kenal bangsa Mesir dan tempat-tempat di Mesir melalui novel ni.novel ni lebih menekankan aspek keIslaman dan kelembutan agama tu sendiri. sebagai contoh perlamaran Aisha terhadap Fahri sangat lembut sangat menekankan aspek Islam kata lain ber'taaruf la. tapi memang syok la! Padan la A Samad Said pun puji novel nih.




Taaruf
Taaruf adalah kegiatan bersilaturhmi, kalau pada masa ini kita katakan sebagai berkenalan bertatap muka, atau main/bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya. Boleh juga dikatakan bahwa tujuan dari berkenalan tersebut adalah untuk mencari jodoh. Taaruf boleh juga dilakukan jika kedua belah pihak keluarga setuju dan tinggal menunggu keputusan anak untuk bersedia atau tidak untuk dilanjutkan ke jenjang khitbah - taaruf dengan mempertemukan yang hendak dijodohkan dengan maksud agar saling mengenal.
Islam itu indah

Kuda Laut

Assalamualaikum

Aku balik rumah.Takde lah awal sangat aku balik. (waktu artikel ini ditaip 12:18AM)
aku sampai rumah dalam pukul 8.40 malam.
aku naik bas Cepat Ekspres. "CEPAT" ke?
cepat macam kuda.

aku bertolak dari rumah lepas sembahyang Jumaat.
aku suruh Mizan tolong hantarkan aku ke Melaka Central.
tempat paling femes pada pelajar MICET dan penduduk Melaka.

tiket bas "Cepat" pukul 3.00PM. Tepat.
tapi macam biasa setengah jam kemudian baru bertolak. 3.30PM.
lambat bukan sampai kuantan?
selalu aku naik 5 jam untuk sampai. Bas "Cepat" kononnya.
Kerenah birokrasi.

Lambat

Ahad, Julai 20, 2008

Letih...

assalamualaikum

Huhu..letih aku naik tangga untuk ke kelas. letih aku naik tangga untuk update testi friendster dan blog nih. semester nih aku mula guna motorsikal untuk ke kelas, aku dah kurang berjalan. pergi mana-mana dengan motorsikal buruk je, aku dah kurang guna otot. 5-10 minit sebelum kelas mula, dah mula gerak dari rumah sewa, mujur dekat, aku mula disiplinkan diri. kadang terasa "lenguh" jantung aku bila naik tangga, terutama lab English, aku dah tak gagah. agaknya aku akan jadi cepat semput kalau ada aktiviti fizikal.
stamina aku semakin kurang..

Isnin, Julai 14, 2008

Meniru atau Ditiru??

Asslamualaikum

Tidak dimaksudkan mana-mana blogger. namun begitu aku mahu menjelaskan bahawa:

1. ya aku tiru secebis ayat dari blog kamu, aku mempunyai sebab sendiri dan tidak perlu aku nyatakan disini.aku minta maaf kerana tidak meminta kebenaran (kononnya) dari kamu.

2. kebanyakan stail artikel aku disini aku cedok dari mana-mana blog yang sesuai bagiku untuk aku sampaikan kepada sesiapa sahaja pembaca aku. aku cuma ingin mencari kelainan berblogger.

3. mungkin adakah disebabkan aku pengunjung ke blog kamu dan kamu mengetahui aku meniru tulisan kamu, maka kamu akan menaip posting sedemikian diblog kamu?

Perbualan Di Ayer PAnas

assalamualaikum

masa kitorang nak blah dari kolam tempat kitorang berendam (aku rooney hafiz), aku ngn rooney terdengar perbualan pengujung-pengujung yang hampir sebaya ngn kitorang kat situ

mamat A: uish panas giler dowh air panas nih! cam ne nak mandi nih??
mamat B: ala nanti kalau ko nak masuk neraka cmne? lagi panas..

aku dengan rooney terpaksa tahan ketawa. rooney cakap cam nih pada aku

Rooney: hahaha diorang cam dah bajet je nak masuk neraka.
Owner: ekeke tu arr sal cam dah tau je takdir drg masuk neraka.



Kecik + cetek kolam air panas kat situ. x beh