assalamualaikum
Berikut ialah apa dilakukan sepanjang 6/7-13/7
6.7.08
aku sampai ke "Rumah Sewa Orang2 Bujang Simpang Ampat"
hanya aku dan hafiz je yang ada
8.7.08
aku bertolak seorang diri ke k.ill pada jam 11.00 pagi menaiki bas Jebat Ekspres untuk berfoya-foya dan bertemu dengan Badrul@Bro Yo, sepupu.
sebaik tiba di Pudu, dengan pantas aku mencari tandas untuk "make up"kan diri
member aku pun sampai dan kitorag pergi Sogo dan lepak disitu
memandangkan less kaw-kaw ok, aku beli sehelai baju Padini bercorak hitam. sungguh fit dengan badan aku.
disebelah malam aku berjumpa dengan sepupuku di...aku sudah lupa.
9.7.08
aku pulang ke melaka pada pukul 12 tengahari
aku telah ditipu oleh akak yang jaga kaunter kerana, dia mendakwa tiketku melalui Alor Gajah dahulu sebelum ke Melaka, namun sebaliknya yang terjadi.
10.7.08
motor Wave yang abah hantarkan pada isnin lepas telah sampai ke melaka. buktinya aku dihubungi oleh pihak pos laju melaka
rakan-rakanku yang dihalau keluar dari asrama MICET telah datang melawat kerumah kami pada malamnya. namun tidaklah semeriah mana.
pada jam 11 malam aku hafiz dan rooney pergi merongeng-ronggeng ke Ayer Panas Gadek pada sebelah malam. namun tidaklah sepanas mana air panas yang kami mandi. sungguh tidak seronok.
pulang pada jam 3 pagi
11.7.08
sungguh lemah badanku pagi itu
petangnya pada mulanya aku hafiz dan rooney merangcang mahu bermain futsel pada petang itu, namun disebabbkan ketiadaan bole futsel dan court, hafiz mencadangkan pergi ke pantai...lupa, untuk melihat matahari terbenam.
agak jauh perjalanan ke pantai itu
Para/Amir pulang kerumah sewa akhirnya.
malamnya kami pergi funfair di Tampin. rooney telah terpikat dengan keayuan seorang gadis disitu. tambah beliau lagi wajah gadis itu adalah "kena" kehendak beliau yang sukakan gadis kacukan India+Melayu=Muslim. sungguh aku tidak sangka. namun begitu disebabkan ketidakberanian beliau untuk mengur gadis itu, maka terlepaslah peluang untuk beliau berkenalan. agak malang bagi beliau.
12.7.08
aku dan rooney keluar ke bandar melaka untuk membeli belah. hafiz pergi ke Serdang untuk menguruskan ptptn adiknya yang sebaya aku yang meelanjutkan dalam bidang Ijazah Aeroangkasa. bidang yang paling aku minati sejak darjah enam. Para pula pulang ke kampungnya di melaka.
malamnya aku tidur dirumah sewa rooney yang baru pindah masuk. lagi pun hanya aku seorang sahaja dirumah pada malam itu.
13.7.08
hampir semua sampai tiba dirumah kecuali kowi dan budin.
sekian~
akhirnya "terguna" juga label "aktiviti budak kampus"..
Isnin, Julai 14, 2008
1 minggu Di Simpang Ampat
Pos Laju-laju 6:42 PG 0 Commentores
Spiesis Aktiviti Budak kampus, Bahasa, Diari
Selasa, Julai 08, 2008
Sunday - Open Season
Assalamualaikum
Actually i've been in mallaca a few days ago. moved at 7.40 a.m sharp! and arrived at 11 morning cam tu la. hafiz sorang je yang ada kat dalam rumah tu, the others hv't came back yet. hmm let me describe about my rent house.
Deposit: Rm500 for 2 months
Rent for a month: Rm250
No of room: 3 - bedroom + 1 toilet with bathroom + 1 space for kitchen
Members: 7 - aku, apis, para, wan,...forgot names
My best port - my bed room - luas gles~
Distance from home to campus - maybe 2-3 km kut..less 5 mint if ride..
Sorry coz xde picture..
worth rent that house coz not bad la jarak ngn harga~
Pos Laju-laju 12:18 PTG 0 Commentores
Sabtu, Julai 05, 2008
Alternatif Instant Messenger
Pernah tak terjadi situasi macam nih kat korang?
anda dah berjanji dengan kawan anda untuk ber'IM (instant massenging) kat yahoo messengger, MSN atau kat mana-mana sahaja host IM. kemudian seperti masa yang dijanjikan anda pun on'kan pc dan login kedalam host IM, tiba-tiba anda dapati, anda tidak boleh login.
pendek kata apa yang cuba nak sampaikan nih, jikalau YM/MSN/IM/google anda tiba2 tidak boleh di'login.
bagaimana nak selesaikan masalah nih untuk seketika?
di laman web bawah ni anda boleh login menggunakan akaun anda yang asal. malahan penggunaan laman web dibawah untuk ber'IM adalah sama seperti IM host yang anda gunakan.
*tahukah anda google talk adalah alternatif yang terbaik untuk berhubung di hostel atau kolej anda. kerana kepantasan ggopgle talk menghantar file atau im adalh lebih laju atau baik dari ym atau skype.- x ramai orang guna google talk.
www.meebo.com - laman nih free untuk semua akaun. ym msn aim aol
http://webmessenger.msn.com/default.aspx?R=1- untuk pengguna yang menggunakan akaun MSN sahaja
http://webmessenger.yahoo.com/ - untuk pengguna yahoo messengger
http://talkgadget.google.com/talkgadget/popout - hanya menggunakan akaun google anda shaja untuk login
Pos Laju-laju 3:04 PG 0 Commentores
Spiesis Budaya, Hi-Streaming, Ilmu
Rabu, Julai 02, 2008
Mamat Photoshop dan Youtube Part 1
Hikayat Photoshop dan Seorang Mamat..dan Sebuah Youtube.
Tintong2!!!
Mamat - "ish cam lembab cam kuda je photoshop nih! mana dia nih.."
Mamat - "rilek dulu youtube bese arr salah rumah"
tintong~
Mamat - "adeh salah rumah nih kut"
dirumah lain pula..
tintong~
Mamat - "hah! photoshop! ada pun ko kat sini!"
Photoshop - "ye ada pe mat cari aku nih?"
Mamat - "jum aku nak ajak ko kuar gi layan hasil seni aku nih"
mamat mengeluarkan sesuatu dari kepalanya.
Mamat - "mendape nih mat?? kosong je!"
mamat perkenalkan youtube pada photoshop.
"hi nama ambo youtube mung nih photoshop ork?"
"haah aku nih photoshop ko nih orang tranung ke?"
"dok arr aku omputih tapi versen tranung, mung pahang ork base aku royak nih?"
"ouh dunt wory saing"
photoshop dan youtube berjabat tangan dan..kiss2 pipi sekali.
mamat bertanya sesuatu pada photoshop
"camne ko nak folow kitorang x? g tengok hasil seni kat kepala aku nih"
"aku kena tanya dulu adobe aku dulu ar"
"huh ko pegi arr tanya, cepat skit"
photoshop melangkah masuk kedalam.
beberapa minit kemudian photoshop keluar semula
"mat aku boleh folow korang, tapi adobe aku bagi tempoh 30 jam je.."
"huh?! 30 jam je?? kira boleh arr tuh..lebih dari yang boleh"
mereka pun keluar bertiga menuju ke makmal bawah tanah.
makmal disitu hanya mempunyai sebuah komputer dan segenap ruang yang mencukupi untuk 3 makhluk disitu.
"weh mat ko ajak kitorang data sini wat pe??"
"rilek arr bro photoshop"
mamat men'switch on'kan komputer disitu
"okeh photoshop tunjuk pe yang ada kat ko skang nih!"
"banyak bro, ko nak apa? sume ada"
"ok trimas"
"wei youtube ko pegi cari video seni dari suku sakat photoshop yang len"
"begheh bro"
dengan kepakaran dari youtube mamat mula mengolah kelebihan yang ada pada photoshop terhadap komputer yang disayangi itu.
hasil yang pertama yang mamat dapat adalah gambar dalam format GIF. kemudian mamat cuba lagi menghasilkan sesuatu yang lain dalam masa 30 hari tu.
jam ke 28
"mat tinggal baki 2 ari lagi arr ntuk aku besama ngan korang"
"tu arr wat pe mase mung derah sangat hah photoshop?? cam kemaring je aku baru jupe mung"
"ye arr photoshop aku pun rasa cam baru je ko ngan kitorang nih ko jangan riso photoshop keje nih pun ada nak kena repair lagi"
mamat dapat idea nak lepaskan photoshop (?!)
"aku nak kuar jap nak g cari serial code, kut2 la dia leh tolong lepaskan ko dari cengkaman adobe ko yang kejam tu k"
"okeh mat no hal lah pegi arr"
"hati-hati mung mat skarang nh banyok prosak! kut2 arr mung balik2 cni dah jadi bengong ke takut gak aku"
"trimas geng!"
mamat pun mula pergi mencari serial code untuk melepaskan photoshop dari adobe. mamat tahu jika dia tidak dapat cari serial code, maka buhbye la photoshop tu.
dah banyak tempat, merata mamat pergi cari serial code. akhirnya..
"wei youtube! ko tolong aku g cari serial code kat dalam file ko tuh! aku rasa mesti ada ! try arr ko belek2 file ko tuh"
"begheh boh!"
..... bersambung..
Pos Laju-laju 9:37 PTG 0 Commentores
Selasa, Julai 01, 2008
Filem Sepi
Tentang Sepi 1/7/07
huhuhu terkezut tadi masa masuk panggung hampir semua penonton kat situ perempuan!.. ingat kut-kut la tersalah masuk pintu panggung macam akak tiket yang tunjuk pintu salah kat aku tadi. mesti akak tu fikir aku nih takkan la nak layan filem genre cam tu kan? kata dia..
"hah adik pergi kat pintu sana k." "trimas kak"
aku main redah je cuba cari pintu no1. tapi yang ada pintu 4 dan 5,
"wtf! sah le aku kena kelentong ngn akak tu."
aku kan profesional jadi kena la bertindak profesional kan? aku pun pergi cari pintu no1 kat sebelah sana tu, (GSC kuantan nih drg asingkan pintu 1,2,3 kat sebelah kanan, 4,5 sebelah kiri)
"heheh dah jumpa pun "pintu kebenaran".
aku try la intai-intai. hak!! semua yang ada kat dalam tu perempuan!! adeh sedih lor rasa menyesal lak beli, tapi mengingatkan hari nih..
tak pe rilek dulu tunggu lampu dipadamkan dulu baru la masuk. aku pun duduk cam tengah tunggu orang datang..heheh hati aku lagi terel mengarah dari khabir bhaktia tu.
filem nih best tahap touching kalau korang layan ngan bf/gf korang (jangan wat maksiat dalam tu dh le). aku pun teringin nak cry tapi mungkin salur air mata aku dah frost sebab air-cond kut??
siapa kata filem korea saja yang boleh wat korang touching and then feel romance when watch it with ur bf/gf?? filem melayu sekarang pun dah boleh buat macam tu la.
Tapi kecian gles watak Imaan dalam filem nih, bf dia (piere) mati kena toreh/sabit/cucuk (aku x tau nak bayangkan camne sebab orang yg wat tu bukn bnuh pakai pisau tapi mnda len) dengan orang jahat masa dia leraikan pergaduhan last2 kena humban dalam sungai. Imaan tengok menda tu semua tapi dia macam x pecaya dia tengok kearah lain rupanya bf dia nih tengah melambai kat dia. korang mesti x faham kan? jadi pergi la tengok!
Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku syurgaku
Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku

Sinopsis Filem Sepi
Jalan menemui kebahagiaan tidak selalunya mudah. Untuk Adam, Sufi dan Imaan, sepi terlebih dulu menjengah hati mereka. Sepi membuat mereka mencari cinta, memilih cinta, dan menggengam cinta. Sepilah mengajar mereka erti cinta.
Adam seorang chef yang berjaya, dan kek perkahwinannya sering menjadi idaman pengantin. Dia sentiasa menghadiri majlis majlis perkahwinan – tanpa pasangan. Walau sentiasa dikelilingi teman-teman, Adam rasa tersendiri. Walau sentiasa kelihatan ceria, hatinya tercari-cari. Dia inginkan seseorang untuk berkongsi bahagia.
Tapi mungkinlah cinta yang dicari, telah lama berada di depannya?
Sufi & Marya
Setelah kematian isterinya, Sufi terbeban dengan memori. Hatinya yang kosong enggan meneruskan hidup tanpa kekasih hati. Dia berlari - menjauhkan diri dari realiti kehidupan, kerjaya, malah anaknya sendiri. Tidak terbayang olehnya cinta akan menjenguknya lagi. Bukankah cinta datang hanya sekali dalam hidup?
Imaan kecewa bila pementasan teater nukilannya tidak diambil serius oleh pelakon utamanya, Ean. Imaan bencikan Ean, tapi tanpa disedarinya, Ean berjaya mencuri hatinya. Benci berubah menjadi bibit cinta. Tapi Imaan sudah berpunya. Hatinya tersepit antara kasih pada dua lelaki yang begitu penting dalam hidupnya. Akhirnya, cinta memaksa Imaan memilih.
Tiga kisah yang berbeza, terikat dalam satu desitini.
Pos Laju-laju 3:43 PG 3 Commentores
Spiesis Budaya, Diari, Hiburan, Suatu Sentuhan, Wayang
Lesen L
assalamualaikum
Wa!! akhirnya..aku mempunyai lesen motorsikal dan kereta!
hmm.. bukan senang nak dapatkan kad yang dipanggil lesen oleh umum ni.
untuk dapatkanya aku terpaksa keluarkan pitih sendiri untuk dapatkan sekeping kad yang hampir setiap lapisan masyarakat berumur 18 keatas ada.
huu~ dengan jayanya aku meronda2 bandar kuantan siang tadi selepas menuntut hak aku dari sekolahku syurgaku di stadium kuantan. Hepynya~
Tin tong!! Promote! Sekolah Memandu Sri Galing Fauzi! - tokey dia nih jiran sebelah rumah aku masa kami tinggal dirumah flat di Alor Akar masa muda-muda dulu.
hmm.. azam aku seterusnya..P ko tunggu aku!! err..muka kena blurr k..
Pos Laju-laju 2:39 PG 0 Commentores
Spiesis Diari