BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/
Memaparkan catatan dengan label Unikl. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Unikl. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 15, 2009

Kisah Baju Major



Salam
Hoho akhirnya sampai juga baju dari Food Department. Lebih kurang 2 3 minggu aku tunggu baju ni, sebelum raya rasanya. Hmm..aku pakai, oh tidak! Lengan dia kontot la.. adeh Cuma separuh lengan je baju tu tutup, baki dia terdedah alahai~

Oh aku xberapa berkenan sikit sebab lengan aku bukan lengan gusti..

Hmm..baju dari major aku? Kui..kui..kui..entah. Yang pernah aku beli pun kali terakhir kaler hitam. Style juga la sebab rasanya tu la satu2nya baju ada tulisan “chemical engineering bla..bla..bla..” hoho style cuma masa tu je la.

Oh ada kawan aku ajak aku join diorang jual baju sebelum final ni. Aku cuma design je. Nak tengok ke design baju tu? Heh tunggu lepas baju tu semua dah siap ya. 

Selasa, Oktober 06, 2009

Ammonia, En. Azrin dan MiCET



Salam

Hoho aku agak budak2 hostel mesti kelam kabut semalam.

Korang nak tahu? FAKTA ni!

1. Semalam (6/10) ammonia bocor kat Micet! Ni bukan ammonia yang ringan2, standard industri! Hmm..hebatkan?


2. Tahu x, semua tu terjadi kat lab tempat aku buat projek bisnes biodiesel! 


3. Oh, En. Azrin tu pensyarah aku dari semester 4, dia yang incharge lab tu. 


4. Nak tahu tak? ada orang kata ada instrument kat dalam lab tu meletup tu menyebabkan sorang technician, cedera (tak tahu la parah ke tak) dekat muka, dan En. Azrin tu cedera bahagian tangan. Hah dah sampai 'part' ni, macam2 cerita keluar, sampai En. Azrin koma pun ada.


5. Hmm..sebenarnya sehari sebelum semalam masa aku buat projek dalam makmal tu, aku tengok diorang2 ni kelam kabut baiki instrument machine dalam lab tu. 


6. Oh 1 lagi fakta, semua lab diMicet tak boleh digunakan sementara waktu. Tu bermakna, projek biodiesel aku lambat lagi la siap!


7. Hmm..sebenarnya sehari sebelum semalam, aku dah booking nak gunakan lab tu pada malam semalam, lepas tu jadi macam ni, alahai~ alhamdulillah mujur tak pergi lab semalam.

Hah tu jela faktanya. Semester ni dah 2x arahan kuarantin dikeluarkan. Harap2 la takde kelas hari ni.. :)

Sabtu, Oktober 03, 2009

Keramaian 2009



Salam

Hoho lepas posting luahan merapu yang baru ni, aku nak bercerita pasal pesta keramai-ramaian malam semalam.

Oh malam semalam kampus aku ada buat majlis hari raya, alah setiap U ke kolej ke mesti buat benda ni semua.

Fuuhh~ mujur aku bawa baju melayu raya kaler kuning. Tapi sayang! songket kaler ungu yang beli kat Kuala Terengganu hari tu, tak bawa! Nampak macam kontra kuning vs ungu, tapi kena dengan kulit aku yang warna coklat hoho bukan putih cerah ya.

Kami, aku ijat dengan haliman, gamble je pergi tak beli kupon RM5. Peh ada orang kata mahal banding tahun sebelum ni. Tapi aku memang sengaja tak nak beli, kut sampai masa ada yang tak jadi pergi, semua cancel.

Sampai tu, memang ramai la orang. Perempuan dengan mekap comel mereka, lelaki dengan baju melayu lengkap. Mujur takde yang pakai keris kat pingang.

Cuma konklusinya yang aku dapat dari member2, malam tu x meriah mana pun. Kalau meriah mungkin sebab last sekali tu diorang ni berkumpul amik gambar. Okeh! harap aku semester 1 kat situ nanti lagi meriah ya!








Ahad, September 13, 2009

Lab Oh Puasa

Salam

Raya makin dekat kan, kan?

Kelmarin kitorang ada lab minyak. Buat sabun, ni bukan tahap basic tingkatan 4 5 ya. Peh! lama mengila dari 9 pagi sampai 4 petang!

2x ulang buat titrate pula tu! Balik lab tu fikir nak buka puasa je, ponteng la. Tapi rasa2 boleh tahan sebab apa masa tu dah pukul 4 lebih baki 3 jam je. Alahai alhamdulillah puasa juga haritu.





p/s trimas syaz

Jumaat, April 17, 2009

UniKL di IPTA kan


Salam

KUALA LUMPUR: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (Maju) mungkin ditukar statusnya menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam usaha memantapkan pembangunan prasarana dan modal intelektual kedua-dua universiti swasta itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kaedah terbaik dan paling sesuai untuk menukar status UniKL dan Maju sedang dikaji selepas kedua-duanya secara rasmi dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi, kelmarin. 


Adakah kau sudah tahu UniKL kini menjadi ipta ?

Oh! aku tak mahu UniKL menjadi ipta! Ya kalau menjadi ipta UniKL tidak akan dipandang lagak lagi oleh budak-budak ipta yang lain disebabkan swasta sebelum ini. Tapi jika sudah ditukar menjadi ipta, maka UniKL mungkin bukan lagi universiti 90% pelajar adalah orang melayu, dan sudah tentu untuk menjaga kualiti, kemasukkan ke UniKL diketatkan seperti ipta yang lain. Alahai, aku mahu habiskan hidup belajar aku berbaki 6 tahun 7 bulan lagi disini.

Persaingan sengit akan berlaku. Aku tak rasa pelajar peminjam MARA yang lain mahu tukar pinjaman dari MARA ke PTPTN. Aku tak mahu. Penggunaan fasiliti makmal mungkin terbaik dan berbeza dari ipta yang lain akan menjadi sesuatu yang tiada beza dengan ipta yang lain. Untuk pengetahuan kau, fasiliti makmal di UniKL sahaja yang lengkap (tegur jika salah) nak dibandingkan ipta yang lain.

Banyak perbezaan mungkin akan jadi nanti. Kau sendiri tahu apa rasa kalau tinggal dikolej yang serba terjaga dengan skemanya perlu pergi ke kelas. Dulu boleh pakai selipar, dulu boleh berambut panjang, dulu boleh pakai T, dulu boleh keluar masuk suka hati. Mungkin nanti pelajar MICET ramai yang jenis open-minded, ramai yang sporting dan segalanya berbeza. Yang pastinya kualiti pejar terjamin gila-gila oleh kementerian.

Ahad, Februari 22, 2009

Tak Sia-sia Aku Berblogger


Salam

Hoho susah juga buat assignment kalau melibatkan komunikasi dengan orang luar.

Minggu lepas kelam kabut juga nak cari jurutera petronas yang jaga bahagian turbine. Kitorang baru dapat tahu (selepas 2minggu) assignment Plant utility kena cari sorang jurutera untuk menerangkan jenis turbine apa yang digunakan dalam plant diorang tu. Contohnya kalau Petronas kat Kerteh, kitorang kena cari sorang jurutera yang expert dalam bidang turbine kat situ untuk terangkan jenis turbine apa yang digunakan kat loji tu.

Jadi, mujur aku seorang blogger (eceh), aku teringat Syam dari Aeropama.com yang bekerja kat loji Petronas Penapisan Melaka. Hoho selamat2~ tapi ada satu masalah, macam mana nak kontek dan dapat maklumat dari dia?

Mulanya aku cuba hantar emel kat melalui blog dia, blog diakan ada ruangan untuk lontarkan segala soalan. Tapi dia tak jawab pula walaupun dah 2 hari aku usya Gmail aku kut2 dia ada reply. Tapi xde.

Kedua. Aku salah sorang ahli (2eceh) dari forum Sembangkomputer.com , teringat yang si Syam nih rajin pi komen kat forum tu aku pun buat 1 thread untuk cari orang dikehendaki (WANTED). Tapi takde juga yang balas.

Ketiga. Aku teringat yang owner forum MK tu rapat dengan Syam nih (sebab aku penah baca yang blogger2 Negaraku.net penah buat gathering), aku pun tanya dia samada dia ada tak no kontek Syam nih. Tapi malangnya no dia dah hilang ler.

Keempat. MK cadangkan cuba  minta pada Noktahhitam.com . Aku pun minta melalui ruangan Contact samajuga macam Aeropama.com sebelum ni. Tapi tak berbalas. Tapi aku tunggu dengan setia kut dia sibuk ke pe kan.

Akhirnya pukul 3 pagi cam tu aku dapat no telefon Syam lepas aku bersungguh! minta kat NH melalui gtalk.

Hoho kipas-susah-mati! Tak sia2 aku minta esok tu aku helo Syam dan dia sudi nak bantu.

Kesimpulannya, tak sia-sia aku berblogger~~

Huhu bila nak pi jalan kat loji melaka tuh?!