BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Rabu, Januari 07, 2009

Hamas

 
HAMAS adalah singkatan dari “HARAPAN MASYARAKAT ”, bukan sekadar satu slogan kosong atau retorik semata-mata ( apatah lagi bila ia dikaitkan secara kebetulan dengan Pertubuhan HAMAS di bumi Palestin yang bergolak hari ini ). Tetapi ianya lahir dan muncul pada pertengahan tahun 2007 hasil dari pengalaman dan rentetan liku-liku perjuangan yang dilalui oleh pengasasnya, Al Ustaz Ahmad Fuad Azam bin Almarhum Ustaz Ahmad Azzam Hanafiah bermula seawal dekad 90-an sekembalinya beliau dari pengajian bidang Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Jika ingin diimbau secara lebih mendalam detik-detik awal sejarah idea penubuhan dan kelahiran HAMAS, ianya adalah hampir sama ( secara kebetulan tanpa dirancang ) dengan kelahiran HAMAS di bumi Isra’ dan Mikraj,Palestin Al-Mubarakah. Sejarah telah mencatakan dengan tinta emas, bahawa perjuangan intifadah yang muncul pada tahun 1987 yang melahirkan pertubuhan HAMAS sehingga dikenali ramai hari ini, sebenarnya adalah kesinambungan dari sejarah awal perjuangan umat Islam di Palestin yang diasaskan oleh Syeikh Izuddin Al-Qassam pada tahun 1948 seterusnya disambung oleh rangkaian Al-Ikhwanul Muslimun yang bergerak di bumi Palestin dan sekitarnya dengan menggunakan pelbagai nama dengan jemaah induknya berpusat di Cairo,Mesir. Dalam konteks gerak kerja di bumi Malaysia tercinta,HAMAS meletakkan dirinya sebagai salah satu matarantai-matarantai usaha dakwah generasi terawal yang meneroka, merintis dan mempolopori perjuangan dakwah Islamiah. 
 http://hamastoday.com/

0 Commentores: