BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Isnin, Januari 05, 2009

Dota Allstars


Huh semenjak aku mempunyai device yang paling optimum untuk menyokong menda melalai ni, aku dah mula jadi gila. Setiap jam aku layan lalalai~an tahap pelampau ini. Ouh! Siapa yang buat sehingga aku terjebak dalam kancah lalalai~an ini?

Hoho hanif yang sentiasa mengajar aku perbuatan yang penuh keganasan ini bak kata cik pipah, dengan penuh kesabaran menjwab segala persoalan maut aku kepadanya. Tak sangka beliau sungguh pintar dengan lalalai~an ini. Manakala bagi sektor hasutan pula, iaitu kawan kolej aku, anam dan faiz (killme). Mereka inilah golongan yang berjaya menghasut aku untuk tahu lebih lanjut perbuatan lalalai~an ini.

Ouh, aku masih baru dalam dunia keganasan ini. Setiap kali aku menggunakan champion aku, aku pasti dan aku ingat iaitu, musuh aku dapat menjai godlike dengan mudah. Ouh benci sungguh aku. Puas makian dan cacian yang tidak berlapik dengan jaring aku lontarkan, tapi bukan pada device babyku itu, tetapi kepada musuhku.

Kini sukar ouh sukar, kerana sifu aku sudah beragkat ke UPM untuk teruskan pengajian dibidang lalalai~an ini. Sehingga cuti nanti kami berjumpa. Dan berjuang bersama di rumah sahabat aku, anam.


lalalai~an = Dota allstar

0 Commentores: