BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Sabtu, November 21, 2009

2012: Doomsday




Salam

Akhirnya berjaya juga aku tengok filem 2012, dah lama giler babeng aku tunggu dia tayang!. Oh aku peminat scince fiction. Sebelum cite 2012 tayang, ada lagi satu filem, District 9. Hoho berpuas hati dapat donlod~ Heh memang dah minat, boleh aku katakan Star Wars, Sunshine mungkin Star Trek tu A lagi la kalau nak banding cerita lain. Walopun nak tengok cite fiksyen ni kena pakai imaginasi, tapi kena logik juga. Ada filem aku donlod, macam entah apa-apa efek yang diorang buat.

Tapi senarai A filem fiksyen yang aku penah tengok, aku ingat banyak. Semua dalam drive D dengan DVD.
Sumpah filem Armageddon, Sunshine, Star Wars dengan yang lain-lain tu dah bape kali aku ulang tengok.

Bagi aku, hoho pandangan ni, aku tengok filem fiksyen ni semua sebabkan efek yang diorang buat, biar nampak tak logik, prob hampiri matahari, spacecraft yang kecik tapi custom yang diorang pakai, macam kuno, alien masih perlu hidup dengan graviti, tapi tu ler pasal efek yang diorang buat.

Kita dah biasa sangat tengok cite dalam lingkungan kita, terlalu realistik, kiranya cinta2 pastu masalah sosial yang bodoh semua tu. Pastu, filem ni buat kita fikir pasal masa depan, kalau menda tu betul-betul terjadi, hidup lagi ke kita masa tu?

Khamis, November 12, 2009

5 Cerita, Posting ke-200




Salam


Hari ni hari Jumaat, hari jugak aku akan buat posting yang ke-200!
Oh periksa dah pun habis semalam, adeh susah2.

******


Oh aku nak ucapkan trilion terima kasih pada kamu yang mengucapkan selamat hari lahir 5hb haritu. Oh papepun terima kasih kak Zara sebab telefon malam tu! hoho saya anggap yang tu hadiah hari jadi la ya kak n_n.

Heh aku dah umo 20 tahun! dah takde belasan dah. Kalau nak tahu, dari Jan haritu lagi aku dah rasa, tahun ni memang x cantek..oh bukan sebab apa pun, cuma umo akan genap 20 tahun, bagi aku belasan ni kita x kan jumpa dah selepas puluh. Selepas 20 umo kita akan ada "puluh" ditengah2 sehingga la mati. Tak ke rasa nikmat belasan dengan muda tu sudah tamat?

******

Okeh berbalik kisah "Masalah negara" dan "Masalah negara 2" tu, aku memang dah add dia, kemudian kitorang sembang perkara biasa je, last2 macam biasa aku yang takde idea nak cakap pasal pe dah. Oh untuk ajak keluar dan berbagai tu, maaf la belum sampai masa lagi. Jauh kut rumah dia. Nak telefon dia, tak tau nak cakap pe. Takpe2 slow and steady dulu~ Tapi dia ada wish 5hb tu, hoho kat fb je, hmm xpela.

******

Oh sekarang apa yang aku buat ya..nak siapkan thesis dengan kerja analisis yang tak siap lagi. Huhu mujur aku dapat advisor terbaik hoho~~ mujur dia jenis suruh jaga grammar dengan sumber datang dari mana. Kalu dia jenis nak cepat je, sah aku kena pancung!

******

Hoho musim cuti dah mula! Jom bercuti! Aku ingat nak bekerja. Hoho bagi aku seminggu dulu duk rumah, rilek2~~ Oh Aku Nak Tengok Filem 2012!

Chioww~

Khamis, Oktober 29, 2009

Masalah Negara 2

aku dah add dia..






huhu kita tengok pe yang jadi 

Isnin, Oktober 26, 2009

Masalah Negara

Salam

Sebentar tadi aku saja2 google nama orang. Tiba2, Ya Allah sangat hebat kuasa-Mu!
Aku tak tahu samada ini petunjuk atau apa, tapi orang yang aku google kan tu, sorang yang sangat aku kenali dari PLKN, kiranya orang yang aku minatlah.

Betul aku ada juga profile friendster dia, tapi makin lama terlalu jarang kami berhubung. Dia jenis kalau lelaki yang dia tak kenal dia x berapa nak layan. Jadi dalam kes aku, silapnya masa PLKN dulu aku suruh member aku pergi amik no. telefon dari dia! huhu punyala tersangat besar giler malu aku pada perempuan waktu tu. Sampaikan hati nak sangat minta no. telefon sendiri nak pergi bersembang bagai, tapi apa boleh buat MALU menebal!

Tapi alhamdulillah dalam tempoh 2 bulan setengah kitorang kat dalam kem tu, aku ada member yang memahami (cewah) dia ni la yang tolong adjust nya. Hehe bila teringat masa2 tu rasa rugi pulak, ye la semua member yang tolong buatkan, cuba kalau aku yang mula? Kunfem takde posting ni (sebab aku dengan dia selalu kontek). Tapi nak buat macam mana, nasib.

Okeh, aku terjumpa facebook dia masa aku godeh nama dia kat google. Pergh! kalau kau pengguna facebook dah tentu kau akan kata "Facebook helps you connect and share with the people in your life." huhu memang betul pun sebab mudah. Tapi yang aku malunya,

- Nak add dia macam tu je ke atau
- Tanya dia ada tak akaun facebook

Masalah negara kan?

Ahad, Oktober 25, 2009

Akon Berbogel Ketika Buat Show



Salam

Akon tak berbaju

Oh aku menanti mana orang melayu yang sangat2 la beria protes masa si Faizal Tahir buka baju dulu?


Itu Faizal Tahir, macam mana plak dengan Anggun? Alahai takde siapa pun yang bising tentang anggun dengan yang lain.

Oh aku bukan peminat Faizal Tahir atau pencinta seni! Ulangi, BUKAN PEMINAT dan PENCINTA!!

Hm..agaknya kenapa jadi macam tu..dalam majalah Mangga Porno Melayu tu lagi bersepah budak perempuan melayu tnjuk muka tak malu, WHAT THE HELL?

Oh sengaja aku emosi

Si Faizal Tahir tu asal dari kumpulan nasyid Nirwana oleh itu dia tak patut bertelanjang diatas pentas, begitu ke? macam mana pulak dengan isu anak melayu perempuan, yang bersosial dengan lelaki? Anak artis yang HOT2~ lagi bersepah bercampur dengan lelaki bukan suami diorang.

Aku cuma sakit hati dengan dengan melayu jenis macam ni. Benda kecik pun nak protes gila babi. Benda sebesar maruah semua buat dek siap bluurr lagi muka yang tak malu tu.

Tu pasal aku tak sokong industri hiburan Malaysia ni, GOTOHELLSUCKERS!



Credit - http://fajridil.blogspot.com/2009/05/anggun-seksi-salah-siapa.html

Jumaat, Oktober 23, 2009

Hatiku telah dicuri!

Salam

Oh kenapa aku rasa makin naik gila dengan KAU?


Kenapa kau JUAL MAHAL sangat?


Betul kau sungguh CANTIK, COMEL, dan MENAWAN!


Aku tahu aku tak mampu pikat yang golongan kau yang BERKULIT PUTIH.


Tiap malam aku MENATAP BADAN mu, yang hitam manis..bagiku.


Tiap malam aku terasa TERANSANG untuk bersamamu.


Aku mahu ajak kau keluar, tapi kau perlu diteman.


Diluar ni sangat merbahaya..


Kalau kau mahu tahu, semua orang kata aku SESUAI UNTUK DAPATKAN kau


Kau tahu mengapa?


Sebab kau dari keturunan baik, berkualiti dan argh...sungguh indah dunia aku.


Insyaallah kalau ada duit lebih aku akan beli kau!!


:) Canon EF-S 55-250mm f/4-5.6 IS