BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Sabtu, September 26, 2009

Wujud ke Nur Kasih..



Salam

Rasa macam nak luah, tapi nak mula macam mana?

Oh kawan aku selalu ulang ayat ni pada aku tatkala aku mencuci mata, tengok perempuan yang bagi aku lawa kat facebook atau friendster.

"haha! ko cari orang lain la! dia bukan sesuai untuk ko!"
"hmm baik ko cari orang lain la, dengan aku padan la"

Haha padahal kawan aku tu takda la hensem mana pun, kachak lagi aku hehe (oih!!).

Ada awek orang percaya, takda awek lagi la orang percaya.

"Ha amir sorang je yang takda awek, awak bila lagi amir?"
"Oh saya tunggu Nur Kasih"

Keh3 wujud ke Nur Kasih..

Bila tengok foto2 kawan aku, adeh nak tonyoh2 mata aku macam tak percaya. Dirumah lain bersalam minta izin keluar, diluar lain. Macam mana la pakwe diorang rasa bila gambar aurat awek diorang tu jadi umum.

Belum kahwin, nak rasa apa?

Makin susah kut nak rapat dengan perempuan sekarang ni. Tapi diorang kata tak pandang rupa, hmm.. pandang benda lain kut? bukan harta benda tapi, badan..otot.

Jumaat, September 25, 2009

Kisah Beg Duit Yang Hilang dan xkan Jumpa



Salam


Oh kisah pasal dompet/beg duit aku tu.


Hmm..nak mula camna ya..

Oh camni, hari khamis minggu lepas kan aku  semangat giles! nak balik rumah, sampai je kat rumah malam tu dalam 1.30am baru aku teringat beg duit aku takde.

Godei2 seluar tak jumpa. Mana pegi hah?

Lepas tu baru aku teringat bas yang aku naik tu. Bangang tak bodohnya, aku tercicir beg duit dalam bas tu?? dan sampai rumah baru sedar ada barang hilang.

Penat sangat sebab baru sampai rumah, lantak ko la beg duit, aku terus tidur sahur tu baru aku cerita kat mak.

Pagi tu telefon kaunter trans kut pemandu tu ada tinggalkan ke x, tapi xde. Kemudian pergi depot minta no pemandu, pemandu tu kata x jumpa, haram betul.

Time ni abah aku dah start bising

Lepas sembahyang jumaat, pergi buat report polis. Oh disini aku mahu komplen sekomplennya!

Polis? Perkhidmatan cekap. Layanan, x mesra lansung!

Masa buat report tu, puan yang amik report tu bengkeng nak mati, mungkin. Tanya soalan macam aku ni yang pegi mencuri, padahal benda tu nak hilang nak buat macam mana?? Aku ingat dia datang bulan atau anti lelaki! Last2 member dia duk sebelah tu ajak pergi bazaar rilek je menjawab siap nak manja2 lagi. NI KE LAYANAN POLIS?

Tapi aku xtau la polis2 lain macam mana kan. Lagipun ni kali pertama aku buat report polis

Lepas dari tu, long2 time after that~ Khamis, lepas rabu tu balik rumah, aku pergi buat IC dengan lesen. Habis rm140.

Tak sangka denda hilang IC naik sampai rm110 seingat aku 30 lebih je untuk kali pertama.

Hoho tu je la kisah nya. Tadi pergi buat kad atm CIMB, free x kena bayar denda~~

p/s
- cuma pandangan perasaan secara peribadi
- huuu~~ yang penting gambar lesen ngan ic lagi kachak dari sebelum ni hahah~

Khamis, September 24, 2009

Tournament Raya Besar-besaran



Salam

Adeh terasa dan memang terasa best 3 hari ni!



Untuk pengetahuan korang, ni kali pertama lepas 2 tahun kami buat tournament raya besar-besaran.



Oh test?, fyp?, report? argh abaikan itu semua! dunia!



Tapi secara teknikalnya memang best dapat jumpa kawan sekolah dulu2 kala.



Cuma dah bosan dengan "oh kau ajak aku just untuk cukupkan orang ke?". Hina atau apa?



Lepas ni harap aktiviti macam ni, jadi aktiviti tahunan.



Oh teringat awek2 yang aku jarang tegur masa sekolah dulu. Kini sudah berjumpa~







Waalaikumusalam

Rabu, September 23, 2009

Kad Raya 2009!

Salam!

Meh hari ni aku nak edar kad raya (betul ke "kad" raya)!!

Tahun lepas tema lain! Tahun ni tema lain pula! meh tempek kat blog kamu ya! :)




Kepada-



< Semoga kita semua terus berblogger dan terus berhubung antara satu sama lain ya! Dan maaf sangat2 kalau ada yang terkasar pada kamu tapi tidak bagi aku



Assalamualaikum

Jumaat, September 18, 2009

Koleksi Kad Raya Tahun ni

Salam

hoho terima kasih bebanyak la bagi siapa2 yang sudi bagi kad raya kat aku ya.. susah2 je pada yang bagi.. oh sebelum terlambat selamat hari raya maaf zahir dan batin!




Dari Zierea





p/s insyaallah lepas ni aku ceritakan kisah dompet aku yang hilang tatkala balik berhari raya~

Isnin, September 14, 2009

Buat e-Card Raya 2009

Salam

Sempena hari raya Aidilfitri yang akan menjelang tak lama lagi, jadi aku akan tunjukkan cara untuk buat kad raya atau e-kad raya.

Semua ada 16 langkah. Selamat mencuba~

Langkah 1 & 2



Cari gambar untuk muka depan, dan adjust level (image>adjustment>level)

Langkah 3 & 4





Create New layout namakan sebagai "bahagian depan". Yang ini kita guna 1280x800, kalau layout tu dalam bentuk melintang, rotatekanya tegak (image>image rotation>90'CW)

buatkan lagi 1 New Layout, kali ini saiznya pastikan lagi besar dari yang atas. Ini sebagai background asas diatas.

Langkah 5


Copy layout "bahagian depan" (highlight bahagian depan Ctrl+C dan paste ke layout 5 (layout asas). Duplicate "bahagian depan".

*Bahagian layout yang tegak (bahagian depan)
Masukkan layout yang menegak tadi kedalam layout yang bersaiz besar, kemudian letakkan warna (paint) ke layout yang tegak tadi supaya mudah ntuk beza. Duplicate kan layer ni dan warna kan layout yang baru tu seperti gmbar diatas.

Langkah 6



Sama seperti langkah 5, tapi kali ini dengan gambar untuk hias "bahagian depan". Namakan layer gambar masjid sebagai "masjid" dan susun mengikut shot gambar yang kita mahukan, contoh seperti gambar dibawah ini.

Langkah 7 - 9




Dengan menggunakan pen tool buat garisan untuk buat hias bahagian depan, kemudian inverse kan layer masjid tu dan tekan Delete.

*pastikan anda rujuk seperti gambar diatas 

Langkah 10




Taip ucapan di bahgian atas kad.

Untuk lebih cantik, klik kanan pada layer "Salam Aidilfitri" dan blending options. Disini boleh adjust bentuk macam mana kita mahu pada tulisan.

Langkah 11




Selesai diatas, anda highlight semua layer kecuali "bahagian belakang" dan background kemudian klik kanan pada layer dan klik link layers.

Dibahagian gambar, anda perlu rotate (klik kanan>free transform) dan anda rotate la~

Langkah 12



Setelah sudah berpuas hati dengan rotate, highlight kan sekali lagi semua sekali layer kemudian groupkan.

Langkah 13 & 14


Duplicate group dan pilih salah satu group untuk dirotate untuk membuat mirror atau cermin dibahagian bawah

Tarik gambar kebawah dan anda lakukan rotate, pastikan dari atas gambar ke bawah (klik kanan pada gambar>free transform)

Langkah 15 & 16



Untuk membuang lebihan background, Crop kan background anda

sekarang sudey siap!


Tag - kad raya, buat kad raya, contoh kad raya, cara buat kad raya, e-card raya