BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Rabu, Ogos 26, 2009

Pemerhatian?


Bila ada di dalam kalangan geng femes, mesti kau tak tahu nak kata apa. Diorang menguasai pesekitaran. Apa yang perbuatan yang diorang buat, kau boleh anggap apa yang diorang buat tu kool. Cakap pun kalau kau terer mencelah + kona maut sikit bagi kau tu biasa je. Tapi kalau kawan kau yang tak terer bab mencelah, mesti diam sejuta tahun..macam aku. Kalau kau jenis segan, kau dapat duduk sebelah budak kool, mesti kau rasa..peerrgh! segan giler aku!..kalau kau rasa macam ni, kalau tak? Menyesal kut.

Macam mana pula kalau kau berada kat depan sekali masa berjalan, mesti kau berasa teragak nak jalan dulu, yela kut kau pergi kiri kawan-kawan kau yang femes pergi kanan. Malu juga macam ni. Heh kalau bab ketawa, lawak entah apa-apa yang kawan femes kau tu buat, kau suka macam nak mati. Bab puji, oh! pujian itu adalah saham Bloomberg!

Tapi yang paling penting, bila bab keluar, kau harus berani tampil kehadapan dengan muka rilek untuk cop tempat supaya dapat keluar sekali, kalau kau tak buat macam tu? Tak dapat la kau mendalami perasaan gelabah mengayakan pakaian, cek baki duit dalam bank, gayakan rambut kau supaya nampak kool. Baju kena la paling branded. Haha jadi la poyo sejati kau hari tu.

Posting hari ni cuma pemerhatian aku sebagai budak tak femes hoho~

Isnin, Ogos 24, 2009

Bulan Puasa


Salam

Dah 3 hari kita semua puasa ya. Aku rasa macam xde beza dengan hari lain haha. Entah la. Sangat normal, bila dah tengah bulan duit makin susut. Hmm..duit 200+ bukan habis macam tu je, tak main la, 200 habis bayar bil Streamyx. Tu pun bahagi 8 orang ada yang belum bayar lagi sampai hari ni. Letih kot ingat semester ni nak kurang minta duit masa tetengah bulan gini. Asal tengah bulan minta dana bantuan. Dah tu cerita kat bebudak asrama, tinggal luar paling ekstrem berdikari bebas..kononnya.

Oh sekarang dah ada sesuatu yang paling aku berpuas hati, rasa seronok ler pulak. Ha aku bukan orang suka tukar ngan kagum ngan henset ya. Mustahil. Gambar pun puas hati best! Sebab tu telefon aku paling kuno antara member aku yang lain.

Macam biasa la bulan puasa tidur awal nak bangun sahur. Pastu letak status "fighting with Dawn" kat facebook. Heh best pulak facebook. Oh friendster dah x bape nak aktif sebab yang tu jadi macam arkib jejak kasih.

Oh! macam puasa yang lepas2, aku buat saguhati duit raya. Niat nak x nak je bagi sebenarnya haha. "kalau kamu puasa penuh 30 hari, dapat duit raya 30 ringgit dari amir" jeng..jeng..jeng.. Memang takde beza semester ni dengan semester lepas macam ni huhu.

Oh! Jum dengar P.Ramli - Dendang Perantau?

Selasa, Ogos 04, 2009

Brand Bas

Salam

Kenapa setiap kali balik mesti dengan Maraliner hah?

Aku rasa aku pengguna setia Maraliner hehe.. Sebab apa? Yela setiap kali balik mesti naik bas merah kelabu. Hoh bukan sebab aku tak nak naik bas brand lain, tapi entah la mungkin sebab mudah dengan servis dia yang tip top!

Korang mesti tahu kewujudan sebiji bas ni..CEPAT EKSPRES. Hoho kamu nak tahu sesuatu?

Waktu ni malam pastu kawan aku nak balik kampung jadi kitorang teman dia kat terminal Alor Gajah

member aku: sam ko balik naik bas apa?
sam: tu hah aku pi balik naik cepat ekspress
member aku: kah! kah! ko balik naik bas cepat sam?? memang cepat la ko nanti!
sam: awatnya pulak?
member aku: bas ko pukul berapa betolak?
sam: 10.30
member aku: kah! kah! nama je cepat tapi servis macam sial!

Paling aku benci sekali bila berurusan dengan tukang jual tiket Cepat ni! Melaka dengan kuantan sama je.. Heh macam taknak kerja je aku tengok.

Pasal Maraliner ni, sebelum ni aku pasti sangat diorang tak buat trip ke Alor Gajah. Tapi lepas aku check kat laman web diorang lepas cuti sems baru-baru ni, heh diorang ada buat ler. Lagipun yang mudahnya korang tak payah nak bekejar pergi beli tiket kat kaunter, online sudey. Tiket pun murah! Trans aku beli sems lepas RM28+ Maraliner RM24. Beza banyak la juga kan.

Aku ingat lepas ni aku cuba brand lain ar pula. Hmm..tengok la..

Ahad, Ogos 02, 2009

Minggu Pertama Julai

Salam

Oh kalau kamu hendak tahu, aku sudah berpindah kerumah sewa yang baru. Sebab apa? ada la.. Jadi pindah kerumah baru ni dah tentu takde wireless kan? Rumah yang kitorang sewa tu kebetulan tuan rumah nak bagi tv sebijik, layan tv je la.

Macam mana nak beza budak baru kat kampus hoh?

Oh meh tengok gambar minggu ni..



Segala adalah Hakmilik amirhaddatsa.b.c

Ahad, Julai 12, 2009

Job: Pengapit Lelaki~

Adei letihnya..

Salam

Hari Jumaat hingga sabtu minggu lepas kitorang (lepas bergabung dengan geng keluarga dari kemaman) berkonvoi pergi K.Ill. Hoho sebuah van dengan unser. Gambar tak banyak yang ambil, adik aku la seng'hal pi amik gambar badan je. Blur pula tuh!

Oh walau apa-apa pun yang kahwin ni bukan orang luar ya, sepupu aku yang kahwin. Pagi sabtu pi akad nikah, malam tu pula bersanding. Heh tak pernah lagi (aku rasa la) aku pergi majlis orang kahwin waktu malam. Hoho kalau kau nak tahu, akak ipar sepupu aku tu Rina Khan..kui..kui aku pun tak kenal tapi dia ni artis, mak aku cerita dia ni pengacara gameshow kat Tv3.

Hoho aku tak mau nak komen siapa pengapit perempuan. Huhu merepek je orang K.Ill ni ber'dressing.


Hoho Selamat Pengantin Baru ya..

Rabu, Julai 08, 2009

Optimus Prime Boleh Cakap Melayu!

Salam

Korang dah tengok Transformers ke belum? Beh~

Hoho hari ni pergi tengok filem Transformers, adeh best pula. Tapi aku rasa yang pertama lagi best kut, hoho sebab yang pertama tu aku pergi tengok kat panggung juga tapi perasaan dia tak sama macam yang kedua ni. Aiya~ masa tengok tu rasa sekejap je padahal filem tu 2 jam 20 minit, tapi yang tak bestnya, terlalu sejuk! Sipi-sipi nak ter'tui~. 

Tu lah siapa suruh beli air Spritzer..
Tapi nak buat macam mana sebab lepas aku beli tiket tu aku kena hantar barang adik aku pula. Panas siang hari ni, mujur tak peluh banjir je aku. Layan DVD dia pula lepas ni.

PPSMI ke PSMI?..tak kisah la apa pun
Aku bukan golongan mana-mana parti politikus yang hancing kat dalam Malaysia ni.

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009 setelah melakukan kajian mendalam.
Hoho sebenarnya aku tak setuju langsung dasar ni. Kau racun macam mana pun aku memang tak bersetuju dengan dasar ni. Sebabnya macam semua maklum penarafan budak-budak sekolah ni makin menurun. Memang orang tua kata "alah budak sekarang makin senang belajo tak sama macam kitorang dulu-dulu kala hoho~~" sebabnya makin lama makin senang. 

Heh tapi disebabkan makin senang ni la aku sampai tahap ni. Entah-entah kalau ikut sistem feudal tu mesti aku repeat paper berpuluh kali. Tapi aku bukan nak ceritakan pasal ni.

Sekarang ni kalau korang tengok drama tv3, dah takde dialog pure melayu betul tak? Pelakon yang takde guna faedah pada ekonomi negara berlakon cakap bahasa Inggeris sekerat-sekerat, baru la stailkan? Baru la ada gaya dengan tajuk ARTIS kat depan nama. Hoho hebatkan slang yang diorang cakap tu?..kaku. Suruh diorang ni yang belajar semula guna dasar PPSMI tu.

Aku rasa kat rumah orang-orang besar melayu lagi hebat tahap dewa bahasa inggeris diorang dari artis kampung ni. Am I Right? Aku lagi segan nak dengar apa diorang cakap..iyala dah pergi luar negara kan. Tapi tak kisah la dengan golongan ni sebab diorang dah hebat. Tapi yang kesiannya kadang terkeluar juga bahasa inggeris kalau bercakap dengan pak mak cik. Pergi jalan dalam Tanah Melayu ni pun diorang lagi sanggup cakap bahasa inggeris..betapa agungnya inggeris.

PPSMI dikatakan sebagai persediaan untuk pelajar sebelum pergi ke IPT. Aku sampai sekarang noob bahasa inggeris. Tapi macam mana la ya Jepun Amerika Russia China boleh maju kehadapan ya. Kalau korang noob untuk memahami sesuatu maklumat, kalau disediakan depan korang antara buku bahasa Melayu dan Inggeris, yang mana korang pilih?

Jelasnya kaum Melayu hari ini, bahasa diorang makin terhakis. Aku dengar kalau kat Korea, diorang sanggup buat wawancara kat seluruh dunia untuk mencari sesiapa sahaja selain orang Korea untuk bercakap bahasa Korea. Yusuf Haslam dengan anak-anak dia tak boleh lawan la cerita dari Korea ni sebab bahasa Melayu kan second standard, tak gitu? Orang cina pun marah sebab PPSMI gugat bahasa diorang.

Cuma disini harapnya kalau PPSMI tu berjaya, berjaya biarlah pada orang yang nak cari ilmu. Jangan yang hebat menghiburkan orang ni nak amalkan sekali dasar PPLNI (Pengajaran dan Pembelajaran Lakonan dan Nyanyian dalam bahasa Inggeris). Sebabnya dari sejak darjah satu lagi kita semua mesti pernah buat karangan "Televisyen memberi kesan buruk". 

Biarkan PPSMI tu cuma dalam sekolah sahaja. Secara konklusinya bahasa Melayu dah takde nilai.
Hoho lupa lak 2010 nanti aku nak cadangkan kat Majlis Olimpik Kebangsaan supaya mengusulkan cadangan aku ni..Tak sia-sia kalau diorang usulkan, percaya la.


DIADAKAN PERTANDINGAN SUKAN NYANYIAN. 


Pembekal atlit, 
Astro - Jangan Lupa Lirik, Akademi Fantasia
Tv3 - Mentor, Jomheboh, OIAM