BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Khamis, April 22, 2010

Mood: Meh Betenung...





"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah:216)

Rabu, April 21, 2010

Bila Lelaki Memasak: Huhu

Salam

hahah tetarik dengan statement ni~ Adei xkan kut
huhu hari ni bru ada inisiatif nk blajar masak

*******

fakta menarik tentang lelaki.....senyum dulu baru baca.tau....!!!...


senyum dulu baru baca tau.......:003:
kalau salah maafkan saya.....:011:


* 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.


* Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…


* Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.


* Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak…


* Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak telur masin…


* Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.


* Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…


* Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..


Antara sebab sebab lelaki memasak:


* Malas nak pegi kedai
* Hampir hampir pokai
* Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
* Mental theraphy
* Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
* Buang tebiat…


Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki..

http://www.nogold.com/forum/showthread.php?41123-fakta-menarik-tentang-lelaki-senyum-dulu-baru-baca-tau-!!!

Jumaat, April 16, 2010

Jumaat 16April



Salam


Tadi hantar laptop kat faiz. Hoho pandai ko faiz bab2 komputer, x sia2 ko rajin ponteng skola dulu2 layan ps patut ko x payah jadi pakcik nurse..jadi pakar IT terus! Keh keh keh gurauan semata2 faiz oi. Bagus2 kalau hanif xde ke atau ilmu ko lagi tinggi dari anep yg tengah semangat study tu aku letak ko dalam priority aku la ya.


Untuk korang yang ada masalah dengan nak format Laptop Hp Mini samada yang korang dapat dari langgan streamyx tu ke atau menang contest macam abah aku atau pun korang beli sendiri. Laptop Hp Mini tu xde ruang untuk DVD Driver kan, jadi untuk format tu memang akan fly rm30 kan kalau hantar kedai. 


Jadi korang x payah hantar kedai, buat sendiri lagi best. Nak buat tutor macam photoshop tu, rajin plak aku. Cumanya untuk format laptop Hp Mini ni, kalau korang reti nak boot dari pendrive, ikut suka hangpa la. Aku x reti pun sebab komplikated. Jadi korang carikan external DVD driver.


Hahaha pelaburan sentiasa ada. (hmm apa motif aku nk britau ni)


*******


Hoho~ baru je lepas orintasi dengan otai2 fotog. Hoho~ xnak la aku beritau hangpa sapa diorang. Hoho terasa diriku yang rendah ni huhu. Xde apa pun cuma alhamdulillah diorang ok x sombong. Gelak je banyak.


******


Blog baru akan menyusul nanti~~


******


Ok ni list untuk senarai brand dengan siri laptop yang compatible dengan OS Win 7

Acer
Compaq
Dell

Selasa, April 13, 2010

Foto Hari Keluarga


Salam

Hoho ni gambar Hari Keluarga Mara Pahang 10 April lepas.








Isnin, Mac 22, 2010

PS: Fish Eye Teknik


Sebelum

Selepas

Salam

Hoho aku baru tahu teknik hasilkan gambar jenis fisheye dari brader Huzai. Hoho kredit ni penting hehe..
Ok cara cara untuk buat fisheye ni..

Filter --- Distort --- Lens Correction

Hoho pesan Huzai, 

ko ubah2 r slider dia sikit
hahaha
tp jgn obvious sgt r

Aku tak berapa faham sangat, so boleh la ni kan

Ahad, Mac 07, 2010

Mungkin Dah Terlambat

Salam

Hoho sekarang makin gila dari dulu

Betul betul gila..orang tua nak mampus 40-an (agak) pukul budak sampai mati. Fuuh memang hebat laki tu. Agaknya dia tu tok guru silat kot (?). mana taknya dia dengan berani pukul budak perempuan sampai mampus. Fuuh agaknya dia terikut “kecik kecik taknak mampus besar besar mnyusahkan orang” hoho dia ada vision untuk masa depan punya..gilakan.
Si mak budak pulak, mujur lawa, sebab tu boleh beranak anak luar nikah sampai anak tu jadi anak yang sah. Dah tu pulak disalahkan orang tua gila tu, yang jadi penyebab anak dia yang sah tu mati. Adeh makin kronik.

Huhu kes baru bayi dibuang kat sarawak

******

Ada satu kisah

Pernah aku lepak dengan member member aku. Diorang jenis mulut banyak cakap punya. Tapi still boleh kawal mulut (harap). Oh kalau korang nak tahu aku ni payah nak masuk (pendiam/low profil) kalau kenal dengan member baru. Jadi yang member member tu semua orang yang baru aku kenal. Salah sorang dari diorang Tanya aku ni jenis pendiam kea pa. aku jawab aku tengok mood kalau rasa macam tak boleh masuk, ndiam kalu baru kenal dengan orang baru pastu most time aku memang suka senyap.

Jadinya kawan baru tu tiba tiba (stail becakap paling jelik/sindir) cakap orang pendiam ni merbahaya. Aku tak tahu nak jawab. Did not expect that awful voice came out.
Okeh untuk korang korang yang jenis pendiam atau kuat bercakap, bagi aku tak semua masa kita nak kena bercakap lepas tu tunjuk betapa mesra kita dengan member baru. Orang jenis pendiam ni memang penyimpan rahsia rahsia kerajaan terbaik (mungkin). Kalau cakap banyak pun orang jadi rimas. Pot pet sepanjang masa..adeh.

Tapi aku rasa yang dia maksudkan “merbahaya” tu mungkin orang jenis pendiam ni simpan dendam gile gile dalam hati then sampai satu masa nanti orang tu boleh mengamuk. Ha tu memang betul. Jadi jangan la pula korang amik kesempatan buli kawan kawan korang ya.

******

Kadang kadang kita xtahu berapa lama kita boleh berkawan baik dengan kawan yang berlawan jantina. Korang (lelaki/perempuan) rasa boleh ke kawan baik dengan kawan (lelaki/perempuan) korang sampai bila bila? Entah la..kalau korang rasa boleh kawan sampai bila bila, maksudnya sampai korang dah kawen pun korang boleh hang out sama sama? Semua ni mesti ada stop. Ada masa yang terhenti yang korang xkan berhubung lagi.

******

Aku kalau boleh nak sangat sangat lepak dengan dia ni. Sekali.. pun xpe. Tapi mungkin dah terlambat.