BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Isnin, Oktober 26, 2009

Masalah Negara

Salam

Sebentar tadi aku saja2 google nama orang. Tiba2, Ya Allah sangat hebat kuasa-Mu!
Aku tak tahu samada ini petunjuk atau apa, tapi orang yang aku google kan tu, sorang yang sangat aku kenali dari PLKN, kiranya orang yang aku minatlah.

Betul aku ada juga profile friendster dia, tapi makin lama terlalu jarang kami berhubung. Dia jenis kalau lelaki yang dia tak kenal dia x berapa nak layan. Jadi dalam kes aku, silapnya masa PLKN dulu aku suruh member aku pergi amik no. telefon dari dia! huhu punyala tersangat besar giler malu aku pada perempuan waktu tu. Sampaikan hati nak sangat minta no. telefon sendiri nak pergi bersembang bagai, tapi apa boleh buat MALU menebal!

Tapi alhamdulillah dalam tempoh 2 bulan setengah kitorang kat dalam kem tu, aku ada member yang memahami (cewah) dia ni la yang tolong adjust nya. Hehe bila teringat masa2 tu rasa rugi pulak, ye la semua member yang tolong buatkan, cuba kalau aku yang mula? Kunfem takde posting ni (sebab aku dengan dia selalu kontek). Tapi nak buat macam mana, nasib.

Okeh, aku terjumpa facebook dia masa aku godeh nama dia kat google. Pergh! kalau kau pengguna facebook dah tentu kau akan kata "Facebook helps you connect and share with the people in your life." huhu memang betul pun sebab mudah. Tapi yang aku malunya,

- Nak add dia macam tu je ke atau
- Tanya dia ada tak akaun facebook

Masalah negara kan?

8 Commentores:

Qamaruls berkata...

kou semua pompuan nak ha3

Unknown berkata...

1)Add dia macam tu jer .....
2)Made sure dia kenal ko
3)Klu dia letak gambar masa PLKN .. jangan lupa komen jer semua
4)Yang lain terpulang pada anda .

amirhaddatsa berkata...

mna ada ar qama..dia tu aku knl dlu sblm aku knl kwn ko

oh akan ku cuba dlm msa trdekat ni insyallah!

hady berkata...

hmmmmm... memang masalah negara
dulu saya masa muda remaja selalu macam tu
malu sebab tak cukup handsome
malu sebab body tak fit @ tough
malu sebab gigi tak cukup tersusun

at the end of the day
tak sempat bagitau
dan gadis idaman sudah jatuh cinta pada member yang lebih GEMUK, lebih TAK HANDSOME, dan takde kena mengena dengan gigi

so, amir
sila beranikan diri dan redah sahaja
untung nasib, timbul..

selamat berjaya bro!

SyazInaJue..... berkata...

hei hei!
kau lelaki, so, berani lahh beb!
die terima atau x, belakang cerita oke?
aku doakan kau!
:D

amirhaddatsa berkata...

hady - serius sy cukup terharu dgn cita hady..hmm..sy pn pk mcm tu jgk nk men redah je..biarkn dia pk kte ingtkan dia..btul kan?

syaz - wokeh! aku cuba tahan sume tu!

Tanpa Nama berkata...

hahaha..
apa la kamu ni..
sng je 2..
add je dia..
mst dia bangga nya la..
hahaha..
-light_in_shadow-

Amir' berkata...

sy dah add dia..
huhu kte tgk pe yg jdi kmudian