BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Isnin, Ogos 24, 2009

Bulan Puasa


Salam

Dah 3 hari kita semua puasa ya. Aku rasa macam xde beza dengan hari lain haha. Entah la. Sangat normal, bila dah tengah bulan duit makin susut. Hmm..duit 200+ bukan habis macam tu je, tak main la, 200 habis bayar bil Streamyx. Tu pun bahagi 8 orang ada yang belum bayar lagi sampai hari ni. Letih kot ingat semester ni nak kurang minta duit masa tetengah bulan gini. Asal tengah bulan minta dana bantuan. Dah tu cerita kat bebudak asrama, tinggal luar paling ekstrem berdikari bebas..kononnya.

Oh sekarang dah ada sesuatu yang paling aku berpuas hati, rasa seronok ler pulak. Ha aku bukan orang suka tukar ngan kagum ngan henset ya. Mustahil. Gambar pun puas hati best! Sebab tu telefon aku paling kuno antara member aku yang lain.

Macam biasa la bulan puasa tidur awal nak bangun sahur. Pastu letak status "fighting with Dawn" kat facebook. Heh best pulak facebook. Oh friendster dah x bape nak aktif sebab yang tu jadi macam arkib jejak kasih.

Oh! macam puasa yang lepas2, aku buat saguhati duit raya. Niat nak x nak je bagi sebenarnya haha. "kalau kamu puasa penuh 30 hari, dapat duit raya 30 ringgit dari amir" jeng..jeng..jeng.. Memang takde beza semester ni dengan semester lepas macam ni huhu.

Oh! Jum dengar P.Ramli - Dendang Perantau?

0 Commentores: