BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Sabtu, Jun 13, 2009

TuneMoney.com

Salam

Oh kau pernah dengar pasal Tunemoney? Okeh kau tahu AirAsia? Dah tentu tahu, kan?

TuneMoney.Com merupakan satu kad pintar yang serupa dengan kad kredit. Tapi ini bukan kad kredit, malah merupakan satu kad yang serupa dengan kad kredit. Kad ini tidak memerlukan akaun seperti kad kredit lain. Kad ini hanya bergantung kepada jumlah duit yang dimasukkan dalam kad tersebut. Kad ini sebagai ganti kepada duit tunai. Duit tunai boleh dimasukkan dalam kad itu untuk berbelanja dan lain² lagi tetapi terhad. Untuk memasukkan duit dalam kad ini dengan menggunakan ATM CIMB bank, Pos Malaysia dan BSN.
Kad ini juga boleh dibawakan khas daripada AirAsia Airline untuk pelbagai kegunaan. Kad ini juga berfungsi sebagai kad kredit dan juga boleh bayar bil tiket kapal terbang. Kad ini juga boleh slap macam kad kredit.
Aku selalu keliru Tunemoney ni dengan Tuneup..

TuneMoney ni kau perlu daftarkan diri dilaman web https://www.tunemoney.com/. Perlu diingatkan kau perlulah daftar dengan sebaik+secermat+sehati semasa mendaftar, kalau tidak mesti senasib dengan aku!

Aku daftar dan bayar semua sekali tahun lepas bulan 12. Kelmarin 10 June baru dapat lepas dah maki hampir mencarut kat customer service tu..letih menunggu wei.


*Kesilapan dia kat bahagian hujung nama aku tu.."bin amir"..

0 Commentores: