BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Ahad, Jun 28, 2009

Desktopku Yang Lawa~

Salam

Hoho untuk memenuhi tuntutan dari Ziera yang nak aku letak gambar desktop aku..

Selamat Tinggal Michael

Salam

Semua dah tahu Jacko dah meninggal dunia semalam. Aku tak tahu nak kata dia ni Islam pada nama atau memang dah Islam atau Kristian. Sebelum ni semua dah tahu yang berita SiJacko ni masuk Islam tersebarkan. Lepas dari tu ada yang kata surat khabar inggeris The Sun, cuma buat gimik sensasi. Entah ler..benda macam ni pun boleh buat main.

Hmm..kalau korang ingat tahun 90an, televisyen kat rumah kau tu mesti ada pasang tayang lagu. Lagu ni femes nak mati rasanya masa tu. Masa tu aku suka lagu ni pun sebab buat aku fikir, macam mana la diorang buat video klip orang mati, pokok tumbang boleh elok semula. Aku tak tahu nak kata apa..sampai sekarang pun terfikir macam mana diorang buat video macam tu. Kan bagus kalau video tu ditayangkan balik pada masa sekarang ni.. tak gitu?


Michael Jackson - Earth Song




Ini pula aku cilok dari Youtube. Aku tak tahu la betul ke tak, tapi sekurang-kurangnya kita tahu la juga apa yang jadi dan agak-agaknya mesti Lan Pet Pet sedih melampau sebab idola dia ni dah takde
I dont know if u guys have heard , BUT you know that KID that said Michael Jackson abused him in 1993? Well after Michael Jackson died , the kid admitted THAT he was lying and he also said that the only reason he made up that story was because his step father pushed him to say that so he could steal Michael Jackson's money and at the same time Michael jackson was all about helping children and people in need... Rip Mj (King of pop) You will never forgotten!! :'(
Heh apa-apa pun Rest In Peace la ko ya Jacko. Ko meninggal pun aku terasa.

Michael Jackson 1958 - 2009

*sampai post ini ditaip, ada sebilangan web yang tak dapat dimasukki disebabkan over bandwith limit

Sabtu, Jun 13, 2009

TuneMoney.com

Salam

Oh kau pernah dengar pasal Tunemoney? Okeh kau tahu AirAsia? Dah tentu tahu, kan?

TuneMoney.Com merupakan satu kad pintar yang serupa dengan kad kredit. Tapi ini bukan kad kredit, malah merupakan satu kad yang serupa dengan kad kredit. Kad ini tidak memerlukan akaun seperti kad kredit lain. Kad ini hanya bergantung kepada jumlah duit yang dimasukkan dalam kad tersebut. Kad ini sebagai ganti kepada duit tunai. Duit tunai boleh dimasukkan dalam kad itu untuk berbelanja dan lain² lagi tetapi terhad. Untuk memasukkan duit dalam kad ini dengan menggunakan ATM CIMB bank, Pos Malaysia dan BSN.
Kad ini juga boleh dibawakan khas daripada AirAsia Airline untuk pelbagai kegunaan. Kad ini juga berfungsi sebagai kad kredit dan juga boleh bayar bil tiket kapal terbang. Kad ini juga boleh slap macam kad kredit.
Aku selalu keliru Tunemoney ni dengan Tuneup..

TuneMoney ni kau perlu daftarkan diri dilaman web https://www.tunemoney.com/. Perlu diingatkan kau perlulah daftar dengan sebaik+secermat+sehati semasa mendaftar, kalau tidak mesti senasib dengan aku!

Aku daftar dan bayar semua sekali tahun lepas bulan 12. Kelmarin 10 June baru dapat lepas dah maki hampir mencarut kat customer service tu..letih menunggu wei.


*Kesilapan dia kat bahagian hujung nama aku tu.."bin amir"..

Oh Lapuk - Reka T-shirt

Salam

Oh yang ini cerita lapuk yang baru aku nak beritahu.

Kalau kau pengguna msjbox@Junaidix mesti kau sedia maklum pasal promosi jualan t-shirt yang dibuat untuk pengguna atau bukan pengguna msjbox tu bukan?

Aku ada join pertandingan tu tapi dapat sagu hati je..


Ha inilah seni yang aku hantar
Pemenang dia yang kau lihat dalam promosi tu la

Akhirnya EP Yuna..

Salam

Hoho akhirnya berjaya juga aku beli ep Yuna! Hmm..dah lama sangat kut sejak dia keluarkan pengumuman mail-order dari dia tu.

Aku beli siang tu..esok dia hantar emel dia kata dah hantar, lusa tu dah dapat! Hoho rupanya ada satu track lagu dia yang aku takde dalam koleksi aku; Backpacking Around Europe.

Heh kau tahu dia ada datang anjurkan gig dekat Telok Chempedak Kuantan hari tu? Aku tak pergi pun..ada hal lain masa tu..Btw ni flyer dia dan..EP!

..

Hehe kualiti lagu dia lagi power dari yang mp3 kau ada he he..

Rabu, Jun 03, 2009

Aktiviti Mendownload


Salam

Apa yang kau buat tatkala cuti?

Heh aku dengan aktiviti aku tersendiri iaitu..
- Mendowload anime, movie dan lagu
- Praktis DOTA


Baiklah semenjak cuti ni HDD aku telah meningkat lebih 5 gig! akibat proses mendownload pelbagai movie dan segala software. Kenapa aku buat kerja untuk hilangkan bosan ni? sebab aku aku bosan tu aku download

Minggu lepas duit masuk, hehe.. Aku terasa hidup! Sebab kalau kau mahu tahu, duit aku dah habis 2 hari sebelum aku balik. Kemana duit tu pergi meniggalkan aku? Ha bak kata pepatah "bia la rahsia".

Baik! ini adalah senarai movie, lagu dan anime yang aku download ya..

Movie
- Letters From Iwo Jima - Peperangan Jepun vs Amerika
- All Well End Well Too - lawak
- Night At The Museum 2006 - sejarah
- Pirates of Caribbean 2 - sejarah
- The Core - sains
- Der Untergang -Kisah Adolf Hitler

Lagu (album)
- Lenka - Lenka
- Linkin Park
- Avatar The last Airbender
- Norah Jones

Anime
- Code - Geass
- One Piece
- My Neighbour Totoro
- Doraemon Return

Hmm..bab DOTA pula

Sekarang semua dah ada kat rumah masing-masing. Heh aku masih Normal lagi


Hero feveret aku
- Void
- Troll
- Magina
- aku terlupa nama dia

Kesemua download diatas, aku download dari link-link yang aku percayai seumur hidup sekarang. Baik ini dia link itu! (sesetengah kau kena jadi ahli terlebih dahulu)

Movie
http://www.forfreedownloads.com/ 
http://www.syok.org/portal/forum/index.php
http://bach-khoa.org/forum/showthread.php?t=21991


Lagu
http://www.mp3locker.net/

Anime
http://www.realitylapse.com/
ftp://ftp.anime-browser.com/

Selamat Mendownload~

Ouh kalau kau ada link lain..beritahu la ya~

Selasa, Jun 02, 2009

Part-time Oh Part-time


salam

YahOo! Amir dah dapat idea!

Oh dah hampir sebulan cuti semester bermula. Bukan aku tidak mahu update tetapi takde bahan nak diceritakan pada kau. Hari-hari buat dan buang lemak. Takde perubahan.

Hari sabtu minggu lepas aku mula buat kerja part-time yang dulu-dulu tu..iaitu kerja menghidang makanan! Oh sebenarnya kawan aku keluarga dia ada buat perkhidmatan katering, jadi disebabkan diorang x cukup orang, jadi aku dengan kawan-kawan kau yang lain dipanggil untuk datang membantu. Aku tak panggil gaji sebabnya sehari dapat RM30 sahaja tak kira kau terlebih rajin berkerja atau macam mana banyak tu juga kau dapat. Tapi kira ok la juga kan sementara duit takde ni.

Kadang-kadang bising juga le mak aku suruh pegi cari kerja. Tapi aku malas teramat. Niat cuti sems kali ni aku nak cuti bersungguh-sungguh. Tu la pasal aku malas nak pergi cari. Tapi aku ada ambil borang 7Eleven. Alahai setakat ambil dan isi je, hantar? entah la..fikir-fikir peluang tu mesti tipis. Bongek taknak amik risiko.

Oh apa yang kau buat masa cuti-cuti ni?

Ini jadual aku dari Isnin sampai jumaat

10Am - Bangun, baring-baring kat atas kerusi, buka tv, on pc, online

1 PM - Mandi, Online


3 PM - Rilek-rilek, tengok tv


4PM - Online


6 PM - keluar jalan-jalan, tengok tv


8 PM - online 


10 PM - Makan malam, tengok tv


12 Am - online


3 AM - Tido

Heh hari sabtu dengan ahad berterabur. Aku pun tak tahu apa yang aku buat 2 hari tu. Kadang stamina tidur overload heh nak buat macam mana kan.

Oh aku sebenarnya tak jadi pergi tengok gig Yuna sebabnya..ada kat kemaman time tu! huhu! dah berapa kali aku bagi signal suruh balik tapi taknak balik-balik juga!

Oh ada seorang kawan bloggers aku balik hari ni dari UK (ulu kelantan ekek!). Nama dia Ika. Selamat pulang Ika !