BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Ahad, April 05, 2009

Karangan Father Muslim

Salam

Aku menaip bukan untuk mengkritik bahkan untuk mengingatkan dan menyebarkan

Pernah tak kau baca karangan Father Muslim seperti begini;






 ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).
> > >
> > > Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. Selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
> > >
> > > (a)isteri tidak mendengar kata suami.(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa
> > > (c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.
> > >

> > > Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.
> > >
> > > PESANAN HAMBA INI
> > > (a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
> > > (b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
> > > (c) Bersembahyanglah
> > > (d) berzakat - jangan ditinggalkan.
> > > (e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
> > > (f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.
> > >
> > > UNTUK MAKLUMAN
> > > 1.seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.
> > > 2.seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
> > > 3.Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekasKetua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.
> > > 4.Tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.
> > >
> > > p/s:- Hanya ALLAH Sahaja yang tahu kebenarannya..Dari ALLAH kita datang,kepada ALLAh kita kembali..


Karangan paling laris dalam 2 dekad! Oh aku cuba untuk mengeposkan peringatan di buletin, tapi tak keluar pula post buletin aku tu. Oh tak guna! Waktu begini jadi macam ni.
Sudah lama bukan fenomena begini berlaku? Bagi aku surat ini boleh disamakan seperti penganut Kristian yang minta dihapuskan dosa daripada Father mereka dan Father mereka mohon diampunkan dosa daripada ketua Father mereka dan ketua Father mereka mohon diampunkan dosa daripada Pope dan..Pope mohon kemaafan dari manusia mana? Lebih baik jangan jadi Pope kalau begitu! Dosa Pope lagi banyak dari sekalian makhluk yang lain, dia rela?! Ah emosional.

Jadi ini adalah hukum yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1978.

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).
Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.
Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Sudah siang lagi ditidur! Apakah yang kau rasa sekarang?

KITA BOLEH DENGAR ATAU BACA SEMUA BERITA, TAPI KITA TAK PERLU SEBAR SEMUA BERITA!!!


BAHAN BERITA YANG KITA SEBARKAN MENENTUKAN SIAPA DIRI KITA, SI BADUTKAH? SI BANGANGKAH? ATAU MUNGKIN SI PERASAN BIJAK,,HE HE HE..

Ah surat-surat berantai seperti diatas diharamkan dibendung! Budak kecil paling bersemangat nak sebarkan semua ni. Ha ha teringat aku dulu bila adik aku dapat surat macam ni, aku siyatkan saja surat tu! Ah Kristian tidak sama seperti Islam, lahir sudah ada dosa tapi Islam tidak! Hukum mempercayai adalah Haram.

Rujukan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Surat_berantai
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=545
http://al-ikhwanweb.tripod.com/fatwasuratberantai.htm
http://keretamayat.blogspot.com/2007/04/sudahkah-anda-baikot.html

2 Commentores:

http://kiyohashim.blogdrive.com berkata...

Salam to amir... Aq pnah dpt surat yg die soh photostat smpai 50 set, then semua pntu kebaikan akn terbuka.. NI serumpun gak la kot kan...

Amir' berkata...

Amir Reply:

kau abaikn je surt2 tu sume..kat lmn sosial skang ni..dh besepah org g edar surt2 tu