BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Rabu, Mac 25, 2009

XXX Hanya Untuk Akil Baligh Sahaja!


Salam
Setiap blog atau laman web pasti akan dapat tahu keyword yang menyebabkan pelawat ke blog diorang. Ini adalah keyword yang aku ambil ahad minggu lepas.

Heh boleh tahan juga keyword ke blog aku ni. Selalunya kalau aku perasan, cerita blue ni pasti akan naik kat carta nuffnang tu. Contoh yang aku ingat "rm5 budak sekolah" hoho~. Sebabnya blog ni pernah aku copypaste berita Metro 'RM5 sahaja untuk buat seks' (lebih kurang cam tu).

Kalau nak dapatkan perkembangan perlakuan seks di Malaysia ni, rajin-rajin la beli surat khabar Metro. Kalau yang kaki gosip atau mengumpat pasal artis atau yang otak cuma fikir pasal artis Malaysia tu, elok la juga cari akhbar ini. Kebanyakkan cerita blue dan tak berkembang tu disiarkan muka depan ok contohnya "siti makin kurus rindu kat papanya", surat khabar hari tu membuatkan aku rasa kesian kat surat khabar ni. Aku pasti jualan dia mesti laku pada sebahagian orang Malaysia yang sibuk atau penyibuk atau otak pemalas yang rajin sangat ambil pasti hiburan kelas kedua dalam Malaysia ni...bukan begitu?

Cerita pasal lucah ni, semalam kami serumah pergi keluar makan lewat malam di Melaka. Rugi kalau orang Melaka tak tahu port Asam Pedas yang paling sedap! Ok kemudian dah masing boroi2 kitorang pergi kacau maknyah kat..aku tak tahu nama tempat tu.


Fuh! Malam tu boleh tahan juga lawa maknyah2 kat situ! Hei lelaki tu ok. Aku tak tahu apa beza maknyah melaka dengan Lorong Haji Taib. Tapi ada sorang tu body dia macam perempuan kemudian dada dia macam ori lepas tu macam cina pun ada! Pada aku nampak macam perempuan cantik..bukan lelaki. Last-last bila kitorang usik, garau! ekekek..(kitorang dalam kereta masa tu)

Heh jadi jauhkan diri kau dari seks pada umur yang muda dan pasangan kau selagi belum ijabkabul. Perempuan yang cintakan kecantikan dengan keyuan tu, jauhkan kemaluan kau dari didekati oleh pasangan kau selagi belum ijabkabul.

*Untuk pengetahuan anda semua muhrim bermaksud orang yang berihram dan mahram pula bermakna orang yang haram dikahwini. 


*Kredit untuk Yana 

0 Commentores: