BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Selasa, Februari 10, 2009

Semalam Hari Malang!

Salam
Adeh tak sangka hari aku malang macam semalam! Damn! Kelas sekarang nih rata-rata mula pukul 8 pagi, habis pulak tak menentu! 

Ades..ok semalam kelmarin punya cerita.
Aku sepatut ada 3 lab semalam tapi lab dari pukul 8 hingga 11 dibatalakan, maka baki lagi 2 lab. Fuuhh~~ starting lab pukul 11 tu pun dah penat giler, bayangkan dari pagi tak makan (sebab aku tido pukul 6 bangun pukul 10.40 pagi) heh letih wei. Aku dah bajet lab pagi tu mesti panjang sebabnya lab manual untuk eksperimen kitorang tu pun 12 helai muka surat!! Bagi kitorang teramat la panjang kalau nak buat lab report. 

Tumit aku haus 
Kemudian lab kitorang tu habis pukul 1.35 gitu. Kira mujur la habis awal macam tu sebab ada lagi 1 eksperiment kitorang tak kena buat. Masa tu la mulanya tak syok yang aku rasa. Aku tak pakai stokin jadi terus pakai kasut but lab, hoho sebabnya semester nih aku asyik terlupa dan tangguh untuk beli stokin..sengal.
Tumit aku kering haus!
Dah habis lab tu, aku pergi lab lain pula. Yang ekstream sikit la untuk tambah kesedapan haus tu, jauh juga aku parking motor aku dari lab tu. Aku tak tau kenapa. Dah tu aku pergi Admin dulu untuk confirm kelas ada tak (melaka je yang tade raya hindu) dan alangkah gembiranya T_T lab ada petang tu! Aku pun tekedek-kedek tahan sakit kat tumit. Akhirnya, mujur la lab pukul 2 tu habis awal.

Hoho melecur zzssssttt~
Dah habis lab, aku pergi makan kat cafe. Disebabkan terlampau letih, slow2 je makan. Habis tu, aku nak balik rumah sebab petang tu pukul 5 ada kelas pulak. Aku teringat tayar motor aku  cam takde angin aku singgah Petronas kat Simpang Ampat tu eh. 
Hoho dengan penuh semangat aku pun cucuh/cucuk pam tu kat tayar. Panas woo petang tu. Puas aku cucuk2 nak bagi tayar aku kembang mekar macam bunga!Macam2 posisi aku cucuh nk bagi angin masuk, tapi tak guna angin tu terkeluar dan klimaksnya..atas sikit..sikiiiittt je dari ibu jari aku, terkena ekzos motor! Tak guna! f**@..as!@o1&!! Tengah aku kepedihan yang sedap tak terasa tu datang la sebiji kereta yang mempunyai pemandu dan pekerja yang s1@l, 

"wei! (jerit ngan frekuinsi berbisik dari dalam kereta) pam tu rosak! pergi isi angin kat sebelah lagi satu!"
Hoho sungguh bijak pekerja nih kerana tolong aku untuk menambahkan maki ngan carutan kat pam angin tuh! Aku pun tolak ngokngek2 motor aku yang takde nagin kat tayar belakang tu pegi ke pam lagi satu kat situ.

Malangnya lepas beratur untuk isi angin masih tak bleh jugak kembangkan tayar motor, pe nasib ar. Masa tu aku dah mula nak sakit kepala (mungkin sebab heatstrok <--memandai je). Aku pun helo kawan aku then kitorang pun pi isi angin kat bengkel kereta kat situ.

Tidoooo
Petang tu aku ingat nak ponteng kelas tapi memandangkan ada ura-ura kata ada kuiz, tak jadi ler aku nak ponteng. Kalau tak..mesti boleh tidur ngan aman bawah kipas kuning nih.

Rupanya takde kuiz. Pergi kelas 20 min mengantuk pastu tidur, 10 minit akhir kelas je aku boleh fokus walaupun tengah mamai~~

Balik dari makan malam tu aku terus tidur sampai la pukul 1 pagi then... pe lagi study le!

8 Commentores:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

kalau amir kata amir malang...

akak lagi malang semalam woo~

Atiqah Adnan berkata...

jangan dikata dirimu malang dik..
cume nasibmu tidak baik semalam...

didi berkata...

begitu upernye kehidupan anda...
sungguh mengharukan ~~

call me kinah ;) berkata...

wee .. cdey2 ..
tiap ari malang gak .. tp x smalang anda ..
camat mnempuh ari ecok !!!!
nguhuhu ~

Amir' berkata...

sis zara! - hoho ades lgi kecian kat kak zara~!

atiqah! - huhu sory..btw tq coz igtkan..

yana! - hoh standard..ISO kut?

kinah! - haha! slamat kat kamu jgak!

aku berkata...

amir bljr course pe?
smpai bnyk lab2 nih..
T_T

hady berkata...

huhu, kesian nya amir

saya ada satu teori
yang dalam setahun, mesti ada satu hari tu, memang malang gila lah

biasa saya akan terkena, dari pagi, bertimpa timpa kejadian malang sampai la ke malam
stress woooo....

banyak bersabo la dik

Amir' berkata...

walah! yeke hady??
ades kena berhati2 dlm 365 hari tuh!

ouho..kejuruteraan la dini