BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Isnin, Februari 16, 2009

Pengembaraan Geng Upin dan Ipin


Salam

Dah lama aku teringin nak tengok cerita Geng Upin dan Ipin ni, dan akhirnya, kitorang pergi juga tengok malam minggu sabtu minggu lepas walaupun sekarang nih dah tengah-tengah bulan kitorang tetap pergi jugak! hehe..

Serius cerita Upin dan Ipin ni memang best! Betul-betul best daripada cerita kartun Malaysia yang lain. Hoho cerita upin ipin nih tepat dengan tema dia tentang kisah pengembaraan dan komedi budak-budak kecik tu. Betul tak sia-sia kitorang pergi tengok walaupun dalam panggung tu budak kecil dengan famili yang ramai. Hampir penuh pulak tu! Tapi tak penuh lagi la..

Jadi anda yang mana kaki anime atau otaku atau berasa dah tua atau berasa jiwa remaja atau kanak-kanak, pergi la layan cerita Upin Ipin nih! Memang best hoh!
p/s huuu~ akak upin ipin kak ros cun hoo betul3

Sinopsis


Jejak kaki yang ganjil dan suara-suara yang ngeri cumalah beberapa daripada apa-apa yang menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh. Terdapat cerita-cerita bahawa ada seekor makhluk ganas yang berkeliaran di hutan pada waktu malam.



Tiada sesiapa yang berani untuk mencari benda tersebut, sehinggalah Badrol dan Lim yang sedang bercuti di kampung ini, bertembung dengan punca misteri itu sendiri. Sekarang terpulanglah kepada kedua-dua lelaki tersebut bersama rakan-rakan baru mereka: Rajoo yang boleh berkomunikasi dengan haiwan, Ros si jelita kammpung, serta adik-beradik kembar Upin dan Ipin yang nakal, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri.



11 Commentores:

_FiQa AiN_ berkata...

ala..
best nye..
nak tgk gak..
tp ekonomi meleset r..
blanje r..

Amir' berkata...

haha..kna ar blja bjimat cm ktrg ekeke..

Tanpa Nama berkata...

mana2 blog aku jumpa mesti ulas benda nie...best sgt ker?

Ini benar2 menimbulkan kemarahan jer nie...sbbnya aku tak dpt tiket smlm...sumer tiket abis....waaa!!!

tp hari nie aku nak g tgk jugak...dah dpt tiket..ekeke

Amir' berkata...

best hoo~ btul nk bndingkn cte katun malaysia yg len..yang nh la plg trbaik dri yg lain2 tu

didi berkata...

jeles dgn mereka yg dpt tgk...
knp ar kat tganu nie xde cinema..???
huk3 ~~

Amir' berkata...

haha..jum pi men boling kat astaka~

Fazl berkata...

bole tolong dpt kn student price tak? :D

atiq lee berkata...

nak tengok...
tapi...
elaun MARA tak masuk lagi...
isk isk isk..
MARA...come to me! T___T.
haha. :P

Atiqah Adnan berkata...

ye setuju!!
akak tgok da 2 kali tapi rase cam nak tgOk lagi juga ni.. huhu~

Tanpa Nama berkata...

huhu sory la eh..keje mrbhya tuh..hehe

Tanpa Nama berkata...

tika** hoh! eh bbdak sblh cni dah msuk la elaun mara tuh..

Atiqah** waa!! 2x?? fuh! beh sgt2kan cte dia?? hepy2 adventure je tgk~